Apa yang baru?

azzariyat_thumbWalaupun baru hampir sebulan azzariyat.com berpindah ke hosting baru, pelbagai pendapat dan komen telah kami perolehi. Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca. Sebenarnya azzariyat masih dalam ‘beta’ dan masih dalam tempoh menguji pelbagai plugins yang didownload free. Kami mohon maaf sekiranya anda mempunyai masalah untuk melayari blog ini dalam tempoh sebulan dua ini nanti. Kami masih membuka dan berbesar hati untuk menerima sebarang cadangan atau komen daripada anda.

Semalam Barca menang 2-0 lawan Man Utd. Tahniah kepada Pasukan Barcelona dan selamat bergembira kepada penyokong Barca. Satu fenomena pelik terjadi semalam. Kenapa penyokong Chelsea dan Liverpool menjadi penokong Barca? Siapa boleh jawab? Maaf. Dah terlari tajuk.

Alhamdulillah kerana azzariyat.com masih mampu bernafas dengan sokongan anda semua. Apa yang baru dalam azzariyat.com?

1-Domain yang mudah

Ya, atas berkat usaha dan kerjasama semua krew, azzariyat.wordpress kini telah mempunyai domain name yang lebih simple dan lebih mudah untuk diingati. Ingat azzariyat, ingat azzariyat.com!

2-Widget dan plugins

Azzariyat.com kini dilengkapi widget-widget dan plugins yang lebih best seperti shoutmix, random post, featured article, similar article dan lain-lain. Kini korang boleh melayari azzariyat.com dengan lancar dan mudah!

3-RSS Feed

Setelah berhempas pulas, akhirnya si designer yang pemalas berjaya juga meletakkan RSS Feed untuk azzariyat.com. Korang boleh subscribe blog ini dengan mengklik page ‘RSS’ atau klik pada icon RSS yang terletak di bucu bawah sebelah kanan laman utama blog ini(Maaf kerana si designer tengah belajar nak letak RSS icon kat semua page). Apa tunggu lagi? Jom subscribe!

Apa itu RSS Feed atau dalam bahasa Melayu, suapan RSS? Korang tanya lah Pak Cik Google yang atau En. Wikipedia. Hehe. Soalan yang penting ialah, apakah kegunaan RSS Feed?. RSS Feed membolehkan korang mengetahu post-post terbaru bagi setiap blog/web yang korang subscribe(langgan?!). Post terbaru tersebut akan dihantar ke RSS Reader korang atau terus ke dalam kotak email  korang. Untuk subscribe, biasanya korang hanya perlu mencari logo  rss_logo dan klik.

Jadi, melalui RSS Reader, ia akan memaparkan post terbaru bagi blog-blog kegemaran korang. Jadi, lepas ni korang tak perlu bukak satu demi satu blog kegemaran korang untuk mengtahui ada post terbaru atau tidak.

Anologi yang cukup mudah; andaikan korang perlu berjalan ke empat kedai berasingan untuk membeli empat jenis surat khabar. Tetapi, dengan khidmat penghantaran, korang tak perlu berjalan ke kedai, malah surat khabar tersebut akan dihantar terus ke peti surat anda! Senang bukan?

Walaubagaimanapun, ada RSS Feed yang hanya memaparkan sebahagian daripada post tersebut. Jadi, anda perlu juga ke blog tersebut untuk membaca sambungan post itu.(Usah risau, biasanya link disediakan)

Apa pula RSS Reader? RSS Reader merupakan aplikasi untuk memaparkan RSS Feed yang korang subscribe. RSS Reader yang popular dan simple ialah Google Reader dan My Yahoo. Terdapat juga aplikasi RSS Reader seperti FeedDemon, Newsgator, RSSOwl, dan lain-lain. Psst, kalau korang perasan, dalam henset korang pon ada RSS Reader.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s