Ya Allah, aku ingin berubah…tapi…

boysilhouette_thumbBy : Koizora

Ada seorang teman ni pada asalnya dia berminat melihat orang-orang yang memakai tudung-tudung labuh. Namun dia belum masih punya kekuatan untuk berubah secara mendadak kerana dia berasa takut kalau dia tak mampu belajar untuk istiqamah dan dia takut kalau-kalau diperli oleh teman-teman yang lain dek kalau terlalu cepat dia melakukan perubahan pada dirinya. Setelah sekian lama memendam perasaan ingin berubah telah timbul dalam hatinya untuk…

Mulakan langkah awal…

Merasakan terlalu mendadak baginya cuba untuk memakai tudung labuh dari tudung bawal yang jarang dan singkat, dia memulakan dengan menjatuhkan tudung bawalnya ke bawah dahulu. Jika dahulu dia sering menyilang tudung , dia cuba dengan mengubah untuk  menjatuhkan tudungnya ke bawah. Pada hari pertama dia memakainya rakan-rakan menegur…

“makcik nak jual ape makcik?”

“kau nak pergi pasar ke ni?”

Kata-kata semangat agar dirinya dapat berubah menjadi yang lebih baik dari rakan-rakan yang diharapkan, tetapi tomahan yang mereka berikan . Tetapi Alhamdulillah masih dikuatkan hatinya untuk ditabahkan hati menahan penangan sinis dari rakan-rakan yang tidak memahami.

Tekad baru…

Setelah beberapa lama , mula timbul perasaan baru untuk memakai tudung akel(bidang 50). Tudung ni tidak la selabuh mana namun sekurang-kurangnya tidak la sejarang tudung bawal. “Tidak sejarang tudung bawal. Iya aku nak pakai tudung bidang 50 pulak”. Dikuatkan sekali lagi hatinya untuk memakai tudung bidang 50 ke kelas.

“Tak sesuai la kau pakai ..macam mak orang “

“Ish…macam orang tua la”

Iman mula goyah

“Teruk sangat ke aku pakai tudung ni? Aku nak belajar berubah menjadi hambaNya yang lebih baik.”

“Hina sangat ke aku pakai tudung ni? Elok sangat ke kalau aku pakai tudung yang jarang?”

“Salahkah aku untuk berhijrah ke arah yang lebih baik?”

Setelah sekian lama diperli rakan-rakan , dia kembali dengan tudung yang lama. Kali ini tidak ada pula kata-kata yang menyakitkan hati. Semua orang seakan setuju dengan perbuatannya. Dia mula tertanya-tanya dalam hati… “Adakah ini yang lebih baik untukku Ya Allah?” Namun dibiarkan sahaja persoalan itu tanpa jawapan. Yang penting rakan-rakan tidak lagi mengata.

Bisikan hidayah

Walaupun mungkin telinga tenang dari penangan kata-kata sinis dari rakan-rakan, namun tak semudah itu untuk hati kekal tenang. Dicari-cari di manakah kelemahan diri. Ya, dia telah terlupa sesuatu….

Firman Allah S.W.T dalam surah An-‘Alkabut ayat 2…

“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman ,” dan mereka tidak diuji? “.

Ya..dia terlupa akan ujian  Allah kepadanya. Mudahnya iman goyah dek kata-kata dalam sekelip mata. Jauh dari sudut hati telah memaki rakan-rakan yang telah memerli diri, menyalahkan yang telah menyebabkan dia kembali berubah tanpa terfikir itu mungkin ujian Allah kepadanya. Mana kan mungkin datang kepada kamu seseorang dan berkata aku sebenarnya diutuskan untuk menguji kamu? Ya,itu adalah mustahil…Tanpa disedari mungkin kata-kata dari rakan-rakan itu adalah ujian dari Allah untuk Dia  mengetahui sejauh manakah kekuatan hati seorang hamba untuk berpaut pada jalan yang diredhaiNya . “Ya Allah betapa hati ini telah mudah goyah dari landasan hidayahMu. Diharapkan masih ada lagi ruang untuk diri ini berubah.”

Ikhlaskan hati

Alhamdulillah masih ada lagi ruang untuk kembali kepadaNya . Apa yang penting sekarang adalah untuk ikhlaskan hati. Pada awalnya masih ada kata-kata yang tidak sedap didengar, namun Alhamdulillah setelah seketika tidak ada lagi kata2 sinis dari rakan-rakan. Yang tinggal hanyalah hati yang ikhlas untukMu Ya Allah. dan Alhamdulillah rakan-rakan yang dahulu asyik memerli kerana memakai pemakaian tudung labuh juga belajar memaikainya. Bahkan mereka lagi istiqamah. Ya Allah sesungguhnya  Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Hidayah itu sememangnya milikMu…

Kadang-kadang kita terlalu mudah mengambil kata-kata dan pandangan orang dalam membentuk peribadi diri. Sedangkan apa yang diutarakan mereka masih belum pasti betulnya..

“Orang akan kata aku hipokrit ke?”

“Boleh ke aku nak istiqamah ni?”

“Aku takut kalau orang kata aku ni hangat-hangat tahi ayam aje”

“Kalau orang pikir aku buat ni sebab orang lain macammana?”

Rakan-rakan sekalian, kita pasti tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Orang tetap akan mengata samaada benda yang kita buat tu betul atau salah..betul tak? Apa yang paling penting adalah apa yang kita buat itu adalah berlandaskan syariat islam demi untuk mendapatkan keredhaanNya. Itu yang penting dan lebih utama dan bukannya kata-kata dari rakan-rakan. Ikhlaskan niatmu dan kamu pasti akan mendapat pertolongan dariNya. Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Mintalah agar hatimu sentiasa ditetapkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga apa yang kita semua lakukan, sentiasa mendapat keredhaanNya…amin….

18 thoughts on “Ya Allah, aku ingin berubah…tapi…

  1. cik koizora
    tabahkan hati kuatkan iman
    moga2 Allah tetapkan keikhlasan hati
    saye doakan awak~
    btw,cam kenal je cik koizora ni~

  2. moga tabah hati,
    tak berbelah bahagi,
    kerana Allah sentiasa memerhati,
    walau manusia tak pernah mengerti….

  3. maaf kpd teman yg ku coretkan kisahnye kat cni….
    ak juga dlm proses utk blajar beristiqamah…
    trime kasih krn mengajarku erti utk berani utk mncuba….

  4. salam koizora

    artikal yg menarik..perkara nie sering berlaku pada diri remaja..nie la konflik diri ketika mencari identiti..sy sendiri pernah mengalaminya..tapi bersabar la..Allah bersama org yg sabar..mana yg kita pentingkan. pandangan manusia atau pandangan Allah?…ketenangan akan kita dapat jika perubahan itu kearah kebaikan dan sebaliknya..maka cubalah..semoga ia memberi suntikan kepada saya, kamu dan juga shbt kamu untuk terus berubah kearah yg lebih baik.

  5. sye jgk sentiasa memikirkan perkara yg same seperti anda…
    ingin berubah tp….
    Ya Allah…tetapkanlah iman di hati2 kami…
    T_T

  6. salam finas….
    InsyaAllah same2 kte berusaha ke arah yg lbh baek….
    semoga ditetapkan hati ini ke arah jalanNya yg lurus…
    dan semoga kte semua mendpt keberkatan dariNya…InsyaAllah…

  7. salam..
    sye juga mengalami situasi seperti cik koizoro..
    dlm proses berubah, ‘tapi’ itu pasti ada..
    nak berubah..
    nak tutup aurat..
    nak pakai stokin..
    tapi..
    apa pandangan family nanti??
    macam mana nak berpakaian bila dibawah satu bumbung dgn ipar kita??
    dan yang paling takut adalah..
    apa pandangan orang..
    berpakaian menutup aurat..
    tapi bercouple..
    mampukah sye beristiqamah??
    kuatkah sye??
    atau sye hanya mampu berperwatakan sebegini hanya di TBP shj??
    Ya Allah..
    dekatkanlah kami dengan diriMU..
    tetapkanlah iman kami Ya Allah..

  8. tiada manusia yg perfect tp jadilah yg terbaik untuk diri sendiri dan untuk Allah..
    awal2 mayb oram susah nak trime,tp bile oram pk tu adalah kite,insya Allah die akan trime..
    manusia bley trime bile manusia jadi baik tapi syaitan takley trime ble manusia jadi baik,
    so sume prasaan yg xsronok tu,bukannya dtg drpd Allah tp dtg drpd syaitan,tugas kita?
    LAWAN TETAP?!!! LAWAN!!!😛

  9. hmm..jangan amik ati sgt kata2 luahan hati kawan2 tu. yg pening apa yg kita wa tu adalah betul dan mengikut syariat Islam..

  10. salam..saya pon mengalami situasi seperti ini..ade y tgur sy mngatakan tdg bawal 2 jarang..sy cuba tuk berubah..tp sy tiada kekuatan..sy rsa x confident apbla memakai tdg akel bidang 50..bantulah sy tuk berubah agar lbh ber istiqamah.huhu

  11. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (QS. Al Hadid: 16)

    wallahualam

  12. Salam semua,

    Saya mengalami perubahan yang sama dengan saudari dan masih dalam perubahan. Alhamdulillah Allah telah membuka pintu hati saya untuk berhijrah. Untuk pengetahuan saudari dahulu semasa diperingkat awal remaja saya sama sahaja seperti remaja lain yang teruk perangai. Tapi kini saya mahu berubah! Berubah dari sikap-sikap negatif. Pada peringkat awal saya akan menjaga semua aurat2 saya. Telah terlalu banyak dosa saya mendedahkan aurat, itu belum lagi yang saya tidak perasan. Saya akan menjaga setiap solat saya, doa saya, sikap saya. Saya akan cuba untuk mengumpul ilmu-ilmu yang ada. Insyaallah doakan perubahan saya..

  13. Kepada saudari yg menghantar komen diatas, pada pendapat saya tidak salah kalau saudari bercouple, couple maksudnya saudari mempunyai pasangan anda. Saya pun ada teman lelaki juga. Pada saya dia akan menerima kita seadanya jika dia amat menyayangi kita. Ia akan menjadi lebih baik jika dia turut sama ingin berubah, dan itulah yang sepatutnya. Menuju kearah yang lebih baik. Lupakan perkara yang telah saudari lakukan bersama pasangan saudari dahulu. Mulakan langkah awal dengan memakai pakaian yang menutup segala aurat saudari, berjumpa di tempat yang ramai orang (jgn berdua-duaan di tempat sunyi). Jika sampai waktu solat, ajak dia untuk ke surau atau masjid. Ajak dia untuk bersolat, jika dia tidak mahu jangan paksa. Sesungguhnya gunakanlah cara yang lembut. Kalau saudari terlalu memaksa, takut2 saudari dikatakan fanatik atau membuatkan dia meluat dengan saudari. Buatlah selalu, insyaallah terbuka juga pintu hatinya nanti untuk berubah. Apa yg penting jaga tingkah laku saudari. Tolaklah dengan cara yang tegas tapi lembut jika dia mengajak saudari untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Contohnya tukar tajuk perbualan yang mempengaruhi minatnya untuk berbual bersama.

    Untuk menjaga aurat dengan ipar lelaki dirumah, saya cadangkan saudari memiliki tudung yang mudah disarungkan tak payah berpin-pin. Cuma dengan sepuluh ringgit sahaja, kita boleh menjaga iman kita. Elakkan daripada memakai t-shirt berlengan pendek. Jgnlah memakai pakaian yang sendat.

    Apa yang paling penting untuk kita menguatkan iman kita, kita kenalah rajin-rajinkan usaha untuk membaca ilmu-ilmu agama, mengamalkan bacaan zikir dan doa selalu, elakkan daripada melihat video-video klip mat saleh yang sememangnya boleh melekakan kita. Jaga solat, jaga sikap kita. Untuk menjadi wanita solehah tidak susah. Kitalah yang menjaga diri kita dan yang menentukan sama ada syurga atau neraka.Hindari sikap mazmumah dan dekatkan diri dengan sikap mahmudah. Berpuasa juga amat bagus untuk langkah permulaan untuk berhijrah kepada kebaikan. Insyaallah kita akan menjadi lebih baik dari dahulu..amin

  14. @Dia,

    Insyaallah sy doakan kita semua dipermudahkan untuk berubah menjadi lebih baik…

  15. salam.. Mudah2an… diri ini jg dalam proses utk berubah.. harapnya, kita semua istiqamah dalam perjuangan menggapai redha Ilahi. Amin ya Rabbal A’lamin…

  16. salam..saya pun sama..still pakai tudung jarang dan kadang2 tidak pakai anak tudung,pakaian pun sama.agak ketat.kadang saya malu juga untuk pakai dan rasa berdoa.tapi say pakai jugak sebab dah terbiasa pakai.ada jugak sindiran dari adik lelaki saya tentang pakaian saya.tapi saya keras kepala.tapi dalam masa yang sama,saya berfikir tentang diri saya..dan saya juga ada terfikir penerimaan masyarakat luar jika saya ingin berubah,tapi saya tak fikirkan tentang penerimaan Allah s.w.t.betapa hinanya saya di muka bumi Allah ini.saya teringin juga untuk berubah..satu masih mencari hari itu.sahabat2,doakanlah saya agar dapat memperbaiki kelemahan diri.Ya allah tetapkanlah imah di hati hambaMu ini………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s