Syurga Di Pintu Neraka

doorSaya teringat sebuah drama melayu yang pernah saya tonton sewaktu kecil dahulu, bertajuk “Syurga Di Pintu Neraka”. Drama ini mengisahkan kehidupan seorang remaja wanita yang hidup bebas berpeleseran dan berkawan dengan ‘mat-mat motor’ (mat rempit mengikut istilah kini). Walaupun acapkali ditegur ibu bapanya, namun dia masih degil dan akhirnya pergaduhan berlaku yang menatijahkan dia lari dari rumah. Dipendekkan cerita akhirnya, suatu hari wanita ini terjebak dengan pengedaran dadah dan ditangkap serta dihukum gantung mandatori. Di dalam penjara, ketika melewati saat-saat akhir hidupnya barulah dia insaf akan segala perbuatannya dan memohon keampunan Allah. Drama berakhir dengan perjalanannya ke tali gantung yang diiringi sendu dan air mata.

Ketika menjelang raya pula, kita dapat perhatikan lambakan drama yang cuba mempamerkan imej islam tetapi banyak yang berlegar-legar di sekitar corak penceritaan yang serupa. Seseorang itu (tak kira remaja, lelaki, wanita atau orang tua), akan dipamerkan imejnya yang menyimpang dari Islam, kemudian kerana insiden-insiden tertentu beliau insaf kemudian di akhir cerita beliau kembali ke pangkal jalan. Jika drama-drama yang berkisar kasih ibu pula, kebanyakannya akan bercerita tentang anak-anak yang tidak menghargai kasih ibunya dan akhirnya apabila sudah terlewat (ibunya meninggal) barulah anak-anak insaf dan sebagainya.

Saya secara peribadi merasakan, apa yang terpapar dalam drama-drama melayu (meskipun jalan ceritanya cliché) turut menggambarkan realiti umat masa kini. Dewasa ini kita acapkali menolak seruan-seruan untuk kembali kepada Islam dengan pelbagai alasan dan yang paling terkenal, kerana kita merakan masanya belum tiba untuk kita berubah. Belum sampai seru! Mungkin kita mengharapkan kita didatangkan sesuatu insiden khas yang akhirnya Berjaya mengetuk pintu hati kita dan menyebabkan kita bertaubat. Mungkin kerana itu kita tegar menyusur jalan-jalan ke neraka dengan harapan bertemu syurga di akhir perjalanan.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah bagi yang bertemu syurga di pintu neraka.

Jika tidak? Naudzubillah..

Tahu Tapi Tak Mahu

Saya tertarik untuk mengulas kisah-kisah pencari syurga di pintu neraka ini, yang selalu mengharapkan hidayah turun dari langit untuk memimpin mereka ke jalan yang benar. Mereka ini bukanlah orang-orang yang tidak “tahu” akan kebenaran, cuma tidak “mahu” berubah kerana merasakan masanya belum tiba. Kerana mereka ini masih kenal akan Allah cuma liat untuk meninggalkan maksiat.

Kita perhatikan dari sudut solat mereka. Tolak ke tepi mereka yang tidak mengerjakan solat. Soalnya yang bersolat pun masih lagi selesa meletakkan diri di kancah maksiat, dan masih liat walaupun diajak berkali-kali kembali kepada kebenaran, atas alasan yang cukup simple, belum sampai seru! Mengapa?

“Tunjukkan Kami Ke Jalan Yang Lurus”

Sedangkan, dalam solat kita, setiap rakaat kita akan mengulang permohonan minta ditunjukkan jalan yang lurus. Jika sehari solat lima waktu, dan jika secara purata kita baligh sekitar usia 15 tahun dan kini berusia 20 tahun, bermakna kita telah mengulang mohon jalan yang lurus sebanyak lebih kurang 34,675 kali. Namun kenapakah mereka (atau kita) masih lagi terkapar-kapar menunggu seru (hidayah) yang menunjukkan kita jalan yang lurus.

Takkanlah dalam beribu-ribu kali kita berdoa, tak ada satu pun yang Allah dengar. Sedangkan Allah berjanji dalam satu hadis qudsi :

Daripada Abu Dzar Al-Ghifaari r.a., daripada Rasulullah s.a.w. berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya ia berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku menjadikannya di kalangan kamu sebagai perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling menzalimi di antara satu sama lain.
Wahai hamba-hamba-Ku! Setiap kamu adalah sesat melainkan sesiapa yang Aku berikan kepadanya petunjuk, maka mintalah petunjuk daripada-Ku nescaya akan-Ku berikan petunjuk kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku! Setiap kamu adalah lapar melainkan sesiapa yang Aku berikan kepadanya makan, maka mintalah makanan daripada-Ku nescaya akan-Ku berikan makanan kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku! Setiap kamu adalah bertelanjang kecuali sesiapa yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah pakaian daripada-Ku nescaya akan-Ku berikan pakaian kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya kalau semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu, dari kalangan manusia ataupun jin, kesemua mereka keadaannya sama dengan hati seorang lelaki yang paling bertaqwa di kalangan kamu, kerajaan-Ku tidak akan bertambah sedikit pun disebabkan perkara tersebut.

Wahai hamba-hamba-Ku! Kiranya semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian dari kamu, dari kalangan manusia ataupun jin, kesemua mereka keadaannya sama dengan hati seorang lelaki yang paling jahat daripada kamu, kerajaan-Ku tidak akan berkurangan sedikitpun disebabkan perkara tersebut.

Wahai hamba-hamba-Ku! Kiranya semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu, dari kalangan manusia atau jin berada di satu tempat, mereka meminta kepada-Ku, lalu Aku berikan kepada setiap orang akan permintaannya, maka perkara tersebut tidak akan mengurangkan apa yang ada pada-Ku melainkan seperti mana berkurangnya air lautan apabila dimasukkan sebatang jarum kemudian dikeluarkan daripadanya.

Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya ia adalah amalan-amalan kamu yang Aku hitungkan untukmu, kemudian Aku sempurnakan balasan kamu disebabkan amalan kamu. Maka sesiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan sesaipa yang mendapat selain daripada itu, maka janganlah dia mencela kecuali dirinya sendiri.”
-Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab “Berbuat baik” bab “Haram melakukan kezaliman”. Hadis nombor: 2577

Dan dikuatkan pula dengan janji dalam Al-Quran :

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahulah sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul”.
[Al-Baqarah 186]

Maha Suci Allah dari segala sifat yang memungkiri janji. Namun mengapakah permohonan-permohonan kita untuk ditunjukkan jalan yang lurus masih lagi tidak berjawab sehingga memampukan kita berhujah dengan selesa, kita belum sampai seru!

“When You Ask, Listen!”

Ada pepatah mengatakan “when you ask, listen!”. Maksudnya apabila kita bartanya (memohon) sesuatu, maka dengarlah jawapannya. Bukankah sangat sombong lagi jahil, serta pelik lagi ajaib, apabila kita bertanya sesuatu kepada seseorang namun kita tidak mahu mendengar jawapannya. Baik tak payah bertanya!

Begitu jugalah dengan Allah, apabila kita memohon ditunjukkan jalan yang lurus, maka dengarkanlah jawapannya daripada Allah. Allah tidak akan menjelma di depan mata kita dan menurap sebuah jalan tar, supaya kita dapat mengatakan inilah jalan yang lurus. Maka bagaimana kita mendengar jawapan Allah? Tentulah melalui perantaraan-perantaraan makhluk-makhluknya.

1) Manusia sekeliling

Selalu kita dikurniakan segolongan manusia di sekeliling kita yang saban masa mengajak kita kepada kebaikan. Namun seringkali juga, kita gagal melihat mereka sebagai jawapan daripada Allah. Selalu kita mencari kelemahan dalam diri mereka untuk kita jadikan hujah sandaran untuk tidak mengikuti kebaikan yang mereka sebarkan.

“alah akak tu pakai je tudung labuh, tapi ber’couple’ jugak”

“macam mana saya nak berubah, senior smart group saya tu cakap pandai, tapi tak turun surau jugak”

“dia tu kat UNISEL nampak je alim, tapi kat rumah Naudzubillah. Macam mana saya nak dengar cakap dia?”

Itulah antara alasan-alasan yang kita sering guna pakai untuk menolak seruan ke arah kebaikan. Jika itulah caranya, kesempurnaan yang anda damba, tunggulah malaikat turun memimpin anda ke arah kebenaran. Meskipun begitu adakah jaminan anda akan berubah? Ataukah anda menambah siri alasan dengan mengatakan “dia malaikat boleh lah buat baik. Senang je tak yah lawan nafsu”. Jadi adakah kesilapannya jatuh pada orang di sekeliling anda sehinggakan anda gagal memandang mereka sebagai ‘jawapan’ yang diutus tuhan? Saya rasakan tidak.

2) Hati

Kunci utamanya letak di hati. Biarpun akal tahu dan bibir mampu bercakap “nak berubah”, tetapi jika hati tidak “mahu” berubah, hantarlah malaikat sekalipun untuk mendakwahkan anda, pasti anda menolaknya. Seperti yang saya pernah nukilkan sebelum ini mengenai tahapan-tahapan hati yang dijangkiti dosa ada empat.

1. Rasa bersalah dengan dosa

2. Rasa biasa dengan dosa

3. Rasa seronok dengan dosa

4. Menjadi pembela/mempromosikan dosa

Memetik kata-kata Syeikh Ibn Ata’illah

“sebahagian tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa”

Maka apabila hati kita telah mati, segala kebaikan di depan mata yang Allah bentangkan untuk menjawab permintaan kita memohon jalan yang lurus, pasti terhijab dari pandangan mata.

Mari Kita Duduk Dan Beriman Sejenak

Hidayah tidak akan datang bergolek. Kerana dalam siri kehidupan ini, kita sentiasa dicenderungkan oleh dua tarikan; 1. Tarikan iman, 2. Godaan syaitan. Kerana hal inilah maka iman kita saban hari ada naik dan turun, ada pasang dan surut. Maka kerana itulah kita perlu senantiasa muhasabah diri dan memeriksa hati dan iman kita seperti yang diungkapkan oleh Mu’az bin Jabal ketika mengingatkan sahabat-sahabatnya melalui kata-katanya yang cukup terkenal “marilah kita duduk untuk beriman sejenak”

Hidupkan Semula Hati

Soalnya bagaimana menghidupkan semula hati yang telah mati? Bawalah hati itu mendekati tuhan, pasti kita akan merasa tenang (Ar-Ra’d:28).

Larikan diri seketika daripada kesibukan dunia yang saban hari meletihkan dan melelahkan kita dengan pelbagai kerenah manusia yang tidak henti-henti. Duduklah sejenak dan renungkan ke dalam dasar hati, dan muhasabah kembali tujuan kita hidup di dunia ini dan halatuju kita selepas mati.

Bukankah Rasullullah mengajar kita bahawa dosa kejahatan itu ialah yang meresahkan hati, dan semestinya hati yang resah dengan dosa ialah hati yang terpandu oleh kesedaran bertuhan. Maka mulakanlah langkah perubahan anda (jika anda ikhlas mahu berubah), dengan mencari hati anda kembali.

“carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Imam al-Ghazali

Hidayah Perlu Dicari Dengan Mata Hati

Akhir kalam, sedarlah hidayah itu takkan datang bergolek dan ibrah pengajaran yang Allah tunjukkan perlu ditanggapi dengan mata hati. Dan semestinyalah hati itu perlu ikhlas mengharapkan redha Allah.

Jika anda masih tega menunggu keajaiban berlaku, sehingga tiba-tiba terlukis di langit nama anda; contohnya “Nur tutup aurat”, baru anda hendak menggagau mencari tudung, maka teruslah menunggu dan menunggu.

Atau jika anda masih tega menyalahkan orang-orang yang berdakwah kepada anda disebabkan ketidaksempurnaan atau kesalahan mereka, teruskanlah! Kerana di akhirat kelak, Allah tidak akan bertanya tentang mereka, tapi tentang amal yang anda lakukan.

Janganlah nanti di akhirat kelak baru kita hendak berlagak sombong memarahi syaitan dan golongan pendosa yang menjerumuskan kita ke lembah maksiat (Fussilat:29), sedangkan di dunia ini anda merelakan diri menjadi hamba mereka yang bertuhankan nafsu.

Berhentilah mencari syurga di pintu neraka, kerana jika tersilap langkah kekallah kita di dalamnya. Berubahlah sebelum terlambat, sebelum ajal dijemput tuhan. Fikir dulu sebelum melangkah, anda mampu mengubahnya!

Saya teringat sebuah drama melayu yang pernah saya tonton sewaktu kecil dahulu, bertajuk “Syurga Di Pintu Neraka”. Drama ini mengisahkan kehidupan seorang remaja wanita yang hidup bebas berpeleseran dan berkawan dengan ‘mat-mat motor’ (mat rempit mengikut istilah kini). Walaupun acapkali ditegur ibu bapanya, namun dia masih degil dan akhirnya pergaduhan berlaku yang menatijahkan dia lari dari rumah. Dipendekkan cerita akhirnya, suatu hari wanita ini terjebak dengan pengedaran dadah dan ditangkap serta dihukum gantung mandatori. Di dalam penjara, ketika melewati saat-saat akhir hidupnya barulah dia insaf akan segala perbuatannya dan memohon keampunan Allah. Drama berakhir dengan perjalanannya ke tali gantung yang diiringi sendu dan air mata.

One thought on “Syurga Di Pintu Neraka

  1. Allah mengilhamkan
    sukma kefasikan dan ketakwaan
    beruntung bagi yang mensucikannya
    merugi bagi yang mengotorinya..subhanallah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s