Mahalnya sebuah keredhaan…

suamisoleh_thumbMengungkit kembali kisah yang pernah dibawa oleh ana suatu ketika dahulu tentang seorang insan yang bernama Ibrahim bin Adham.Ketika diminta untuk membayar duit untuk membolehkan dia menggunakan tandas,lantas dia menangis.Apabila ditanya adakah kerana tiada duit lalu dia menangis,dia menjawab tidak.Penjaga tandas itu bertanya lagi lalu kerana apa dia menangis dan akhirnya dia menjawab,jika untuk memasuki tandas,satu tempat yang paling jijik,kotor,tempat tinggal syaitan-syaitan laknatullah pun kena bayar, berapakah pula harga bagi syurga Allah,tempat yang paling mulia,aman,tempat tinggal para ambiyat.Sebenarnya,apa yang cuba disampaikan oleh Abu Ishaq sebenarnya,mahalnya keredhaan Allah.

Syurga dan Keredhaan Allah

Hari ini,ada di antara kita cuba memisahkan antara syurga dan keredhaan Allah secara mutlak.Bagi mereka,masuk ke dalam neraka pun tidak menjadi masalah asalkan mereka dapat menggapai keredhaan Allah dan tiada gunanya masuk syurga jika keredhaan Allah tidak dapat dicapai.Hal ini jelas menentang hukum logik yang ditetapkan oleh Allah.

Mungkin,ayat itu merupakan satu bentuk gaya bahasa yakni metafora bagi menggambarkan betapa tingginya nilai sebuah keredhaan sehingga kenikmatan syurga dan keperitan neraka itu mampu ditolak ketepi.Jika benar ayat itu satu metafora,maka ayat ini ayat yang sahih namun jika tidak, ayat ini ayat palsu,ayat yang salah.

Dalam satu universiti,ada 2 fakulti iaitu fakulti kejuruteraan dan fakulti bahasa.Untuk masuk ke dalam fakulti kejuruteraan,pemohon mesti ada kelulusan dalam subjek lukisan kejuruteraan dan untuk masuk ke dalam fakulti bahasa, pemohon mesti ada kelulusan dalam subjek bahasa.Ahmad mempunyai kelulusan dalam subjek lukisan kejuruteraan tetapi dia diletakkan ke dalam fakulti bahasa,logik?

Samalah keadaannya dengan syurga dan keredhaan Allah.Fakulti-fakulti itu adalah syurga dan neraka manakala kelulusan-kelulusan itu pula keredhaan atau kemurkaan Allah.Dan Allah telah menetapkan bahawa untuk masuk ke syurga,kita mesti mendapat keredhaan dari Nya dan untuk masuk ke dalam neraka,kita mesti mendapat kemurkaan dari Nya.Jadi,wajarkah kita mengungkapkan kata-kata seperti sebentar tadi?

Sahabat-sahabat membuktikan bahawa kerana mereka mengejar syurga, maka Allah redha dengan mereka.Ibnu Jabir berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan menangis dan mengadu bahawa bapanya telah gugur syahid dalam peperangan.Rasulullah bersabda yang maksudnya kamu ingin menangis ataupun tidak,itu terpulang kepada kamu tetapi ketahuilah bahawa semua pintu langit telah terbuka untuk ayahmu.Allah bertanya kepada ayahmu bahawa adakah dia mempunyai permintaan.Maka ayahmu menjawab ya dan Allah bertanya apakah permintaan itu.Ayahmu berkata bahawa dia ingin hidup sekali lagi dan ingin mati syahid buat sekali lagi namun Allah berfirman bahawa Aku telah tetapkan yang mati tidak akan hidup buat kali kedua,mintalah yang lain.Ayahmu pun minta kepada Allah supaya Allah meredhainya dan Allah meredhaainya.

Tengah manusia bertungkus-lumus untuk selamatkan nyawa masing-masing dalam perang Uhud,Anas An-Nadho berkata kepada seorang sahabat sambil matanya tajam merenung gunung Uhud, ” ketepi kamu!”Sahabat bertanya, “kemanakah kamu wahai Anas?”Anas menjawab, “aku telah terhidu bau syurga di sebalik Uhud.”Selepas Anas syahid,Anas diberi gelaran Radhiallahuanhu.

Maksudnya di sini,para sahabat berkejar-kejaran,berlumba-lumba dalam mengejar nikmat syurga.Disebabkan syurga tidak boleh dimasuki oleh seseorang tanpa redha Allah,maka sesiapa sahaja yang dapat masuk syurga, pasti mendapat redha Allah.

Mahalnya Sebuah Keredhaan

Manusia adalah sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini.Apabila diperincikan lagi maksud sebaik-baik kejadian,kita akan dapati bahawa comel mana seekor hamster pun,ia tidak akan sama dengan seorang bayi.Pandai mana seekor kancil pun,ia tidak akan segenius Adi Putra.Besar mana seekor gajah pun,ia tidak akan sehebat Arep.Maksudnya,tidak kisahlah apa sahaja yang ada di atas muka bumi ini,manusia adalah yang paling baik.Ahsanul Khaliqin!

Jadi,apabila dinilai melalui satu lagi sudut,kita akan dapati bahawa manusia adalah semulia-mulia makhluk dek kerana manusia adalah sebaik-baik makhluk.Plankton,ketam,biawak,gajah dan dinosour adalah tidak semulia manusia.Dan hukum logik menetapkan bahawa membandingkan antara 2 jenis benda yang tidak sama adalah tidak adil,seperti membandingkan rasa buah durian dengan rasa buah rambutan,berat sebelah.Namun,jika dibandingkan juga,apa maksudnya?

Maksudnya ada sesuatu yang pada rambutan yang durian tiada.Jika kita perhatikan kisah-kisah orang mendapat keredhaan dan kemurkaan Allah, biasanya kisah-kisah itu akan dikaitkan dengan manusia dan binatang. Contohnya pelacur yang memberi seekor anjing minum dan seorang wali yang menyepak seekor kucing.Hal ini seakan-akan kita cuba mengaitkan manusia yakni sebaik-baik kejadian dengan binatang yang darjatnya jauh lagi bawah daripada manusia.Maknanya di sini,dalam mencari keredhaan Allah, semua tempat wajib diredah,semua amal wajib dibuat.

Amin ditawarkan 2 jenis program persediaan ke luar negara.Program pertama mengkehendaki Amin supaya mendapat markah tidak kurang daripada 80 markah,jika Amin gagal mendapat 80 markah,maka Amin akan disingkirkan.Manakala satu lagi program mengkehendaki Amin supaya mendapat markah penuh tanpa kurang walaupun 1 markah,jika dia gagal mendapatkannya,dia akan disingkirkan.Jadi,di antara 2 program persediaan ini,yang mana lagi mahal harganya?Akal yang rasional akan mengiktiraf program yang kedua kerana adalah program yang lagi bernilai,lagi mempunyai manfaat daripada yang pertama kerana yang kedua lagi susah daripada yang pertama.

Begitu juga dengan keredhaan Allah.Dalam mencari keredhaan Yang Satu, semua manusia harus disatu menyembah Yang Satu,semua haiwan harus dibantu agar Akhirat esok lebih bermutu.

Kisah terbaru yang ana baca dalam majalah kegemaran ana,Solusi,edisi terbaru ada mencatatkan sebuah kisah tentang kerana lalat manusia mendapat keredhaan Allah dan kerana lalat juga manusia mendapat murka Allah.Lihatlah,betapa mahalnya keredhaan Allah sehingga pada makhluk yang kita asyik terlepas pandang itu pun terdapat keredhaan Nya.

2 orang kawan melewati sebuah tempat penyembahan berhala.Untuk melepasi tempat itu,mereka dikehendaki mengorbankan apa-apa sahaja haiwan sebagai tanda penyembahan.Mereka menjawab bahawa mereka tidak membawa apa-apa,lalu ahli rumah ibadat itu mengarahkannya supaya mengorbankan binatang walaupun dengan hanya seekor lalat.Salah seorang daripada mereka membawa lalat untuk disembah,lalu dia lepas tetapi seorang lagi tidak menyembahkan apa-apa untuk berhala itu,lalu dia dibunuh.Dalam kisah itu diterangkan bahawa orang yang mati dibunuh itu dimasukkan ke dalam syurga kerana mendapat keredhaan Allah tetapi seorang lagi dicampak ke dalam neraka kerana dimurkai Allah.Lihat,kerana lalat manusia mendapat kemurkaan dan keredhaan Allah!

Misi Mencari Keredhaan Allah

Di setiap ceruk kebaikan,di situ ada keredhaan Allah dan di setiap ceruk keburukan,di situ ada kemurkaan Allah.Allah tidak pernah menjadikan ibadah seseorang sebagai kayu ukur untuk menghadiahkan keredhaan Nya tetapi Allah menjadikan ikhlas sebagai kayu ukurnya.Satu kisah yang selalu kita dengar tentang seorang abid(ahli ibadah) yang mendirikan solat selama 100 tahun lamanya.Dia ditanya oleh Allah apakah dia ingin masuk ke syurga Allah kerana amalannya atau keredhaan Allah.Seraya abid itu menjawab, “dengan ibadahku.”Lalu Allah meletakkan segala amal ibadahnya di atas sebuah neraca dan Allah meletakkan nikmat mata di atas neraca yang di sebelah lagi.Lalu diceritakan bahawa neraca itu menjadi seimbang bahkan dalam satu riwayat yang lain dikatakan neraca yang ada nikmat mata itu jauh lagi berat daripada 100 tahun amal ibadah sang abid.

Jadi,kuat mana pun kita beribadah,jangan sesekali menyangka kita telah mendapat keredhaan Allah.Biar besar mana pun serban yang dipakai, biar labuh mana pun tudung yang dipakai,kita belum pasti dimasukkan ke dalam syurga.Tetapi,jangan sesekali berfikir kalau berserban besar pun belum pasti masuk syurga,bertudung labuh pun belum tentu masuk syurga jadi kita berkata ‘tidak’ pada serban dan tudung labuh.Harus diingatkan bahawa Allah sukakan kebaikan.

Kalau kita ada RM100,kita pun derma sebanyak RM1.Allah suka kepada kita.

Kalau kita ada RM100,kita pun derma sebanyak RM10.Allah lagi suka kepada kita.

Kalau kita ada RM100,kita pun derma semuanya.Allah cinta kepada kita!

Suka dan Cinta?Ibarat langit dan bumi,ibarat hitam dan putih,jauh bezanya.

Taqiyuddin adalah seorang yang dermawan,datang sahaja dia ke kelas,pasti dia akan membawa makanan untuk kawan-kawannya.Oleh yang demikian, kawan-kawannya suka akan dia dan memuliakannya.Suatu hari,dia ke kelas dengan membawa makanan,cuma pada kali ini ada sedikit istimewa,dia bawakan kek secret recepy untuk semua orang.Kawan-kawannya bukan lagi suka kepadanya bahkan kawan-kawannya sudah jatuh cinta kepadanya. Sehari sahaja Taqiyuddin tidak datang ke sekolah,semua orang mencarinya. Dia batuk kerana gelojoh makan,semua orang menghulurkan sapu tangan kepadanya.Dia tidak cukup seposen untuk beli cendol,semua orang mengeluarkan duit masing-masing untuk membantu Taqiyuddin.Pendek kata,apa yang boleh diberi,dikorbankan,ditolong,semuanya mereka ingin buat supaya cinta mereka dibalas.Semuanya kerana apa?Kerana cinta!The Power Of Love!

Itu baru cinta manusia,belum cakap tentang cinta Yang Mencipta manusia itu sendiri.Segala nikmat diberi Nya dan segala ujian ditarik.Biasanya,kita apabila berbicara tentang nikmat,kita akan merujuk kepada penglihatan, pendengaran,kekayaan, kejayaan tetapi hari ini,dengan sukacitanya ana ingin berkongsi apa itu nikmat dari satu sudut yang jarang dilihat.Jika Allah mula mencintai hamba Nya,segala kesedihan,kedukaan ,dendam, tekanan, kebencian akan ditarik Nya dan diberinya segala jenis kegembiraan, kesenangan ,kecintaan ,kerinduan ,kesefahaman.Inilah nikmat!

Selalu kita mendengar luahan hati sahabat-sahabat kita, ‘Ish,pressure nye!!!!’, ‘syukudai banyak lagi tak siap,tertekannya!!!!’ atau ‘esok ada kuiz tp malam ni ade usrah, sengal punye naqib,tak pk oram lain!!!’Ha,inilah yang Allah akan tarik apabila Dia mula mencintai hamba Nya atau dalam erti kata lain, apabila keredhaan Nya sudah kita sentuh.

Indahnya keredhaan ini sehingga manusia sanggup berlapar,sakit bahkan mati kerananya!Segala kesenangan dunia ditinggalkan,kesenangan akhirat yang didambakan.Hidupnya mewah sebagai permaisuri ditinggalkan apabila dia sedar bahawa suaminya bukan Tuhan,tetapi Allah adalah Tuhan yang Esa, itulah Asiah.Keredhaan suami sebagai ‘Tuhan’ diketepikan bahkan dinafikan dan keredhaan Allah yang dicari.Matinya dia bukan sia-sia,kuburnya wangi bak kasturi,syurga yang dijanji telah diberi,demi mencari keredhaan Ilahi.

Itu kisah mereka,bukan kisah kita.Itu kisah kelmarin,bukan kisah hari ini. Kelmarin ialah sejarah,hari ini ialah kita,esok belum pasti ada. Maka beramallah untuk hari ini biarpun dulu kita sehebat sang Wali.Ditekankan oleh Rasulullah,hadis ke-4 dalam hadis Arbain yang disusun oleh Imam Nawaw bahawa jika seseorang ditakdirkan untuk masuk neraka,dia tidak akan masuk syurga walaupun jaraknya dengan syurga adalah sehasta dan jika seseorang ditakdirkan untuk masuk syurga,dia tidak akan masuk neraka walaupun jaraknya dengan neraka hanyalah sehasta.

Bukan maksud hadis itu yang ingin ana bincangkan kerana ana bukanlah orang yang faqih dalam bab qadha’ dan qadar,tetapi pengajaran yang cuba disampaikan oleh Rasulullah.Biar baik manapun kita,kita belum tentu masuk masuk syurga sehinggalah kita mati,dan begitu juga jika sebaliknya, walau jahat seperti Firaun pun kita,kita belum tentu masuk neraka jika kita sempat bertaubat sebelum kita meninggal.Ingat,sebelum kita mati,jangan sesekali mengaku iman kita kepada Allah telah sempurna.Kerana apa?Kerana Kal Ho Na Ho!(esok belum pasti ada)

Jadi,keredhaan Allah itu harus dicari setiap masa,setiap ketika dan di mana-mana sahaja.Jangan ditinggalkan walaupun sekecil-kecil ma’ruf.Jumpa sesama muslim atau muslimah,senyum.Jumpa sampah di jalanan,kutip. Jumpa binatang dalam kesusahan,tolong.Jumpa orang tua berdiri dalam keretapi,berikan mereka duduk.Jumpa majlis ilmu,duduk sertai.Jumpa orang baca quran,dengar.Senang kata,apa sahaja perkara yang disebut baik, buat!

Ana berseru kepada diri ana dan juga pembaca sekalian supaya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari keredhaan Allah kerana kita tidak tahu di manakah harta karun itu sebenarnya.Mungkin pada kulit pisang yang kita jumpa di sebatang jalan atau mungkin pada majlis bacaan mathurat selepas asar.Kita tidak tahu.Jadi,jom lah beramal sebanyak mungkin yang kita mampu kerana sesiapa yang dapat keredhaan Allah,dia sudah dapat cinta dari Allah dan barangsiapa yang mendapat cinta dari Allah,dia akan dapat Allah.Konklusinya,siapa yang dapat Allah,dia akan dapat ?! KESEMUANYA!

http://www.youtube.com/v/ptdKkFDwIeg

One thought on “Mahalnya sebuah keredhaan…

  1. kal ho na ho…..

    menunggu gajah menjadi arep atau arep menjadi gajah, mesti comel kan… hahaha….
    tapi yg plg baik sekali, taqi berubah bawak kek secret recipe gi kelas, tapi takut gak, kalau2 die bawak kek tu tuk jual… berkembanglah bisnes housemate aku…

    huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s