Laporan:Al-Quran Pemangkin Kecemerlangan

allahbangga_thumbAlhamdulillah,buat julung-julung kalinya persatuan Penduduk menganjurkan satu ‘talkshow’ untuk pelajar-pelajar JAD.Talkshow itu dihangatkan lagi dengan kehadiran Dr.Danial Zainal Abidin dan Pak Cik Roslan.Diberitakan bahawa program ini merupakan anjuran bersama satu badan NGO.Bertuahnya pelajar JAD kerana dapat mendengar ceramah daripada Dr.Danial secara percuma, di Taman Bukit Pelangi dan disediakan sarapan secara percuma.Semuanya hasil kerjasama penduduk dan NGO tersebut.Dan Alhamdulillah,kehadiran pelajar-pelajar JAD juga memberansangkan kalau dibandingkan dengan program-program sebelumnya,kira-kira hampir separuh pelajar JAD turun padang pada hari itu.Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar dari Taylor College.

IMG_0303
bende yang menjadi rebutan

Kata Dr seawal ceramahnya bahawa dia tidak suka untuk berbicara sesuatu perkara yang di luar bidangnya,dia hanya berminat untuk membicarakan tentang quran dan sains.Dr menceritakan bahawa dia baru sahaja balik daripada satu rakaman di TV9 yang membincangkan isu ‘Bumi’.Bumi berada dalam keadaan yang elok apabila yang menginapnya adalah orang-orang yang soleh.Kita lihat bagaimana bumi mengalami kemusnahan semasa arab jahiliyah tetapi lahirnya nabi Muhammad untuk menyelamat bumi daripada terus dimusnahkan.Kemudian,perjuangan nabi Muhammad diteruskan lagi oleh orang-orang yang saleh,bumi masih selamat sehinggalah kesolehan itu hilang,maka keselamatan bumi juga hilang.Jadi,kesolehan itu perlu demi kemaslahatan bumi itu sendiri.

IMG_0317
dari kiri:akmal,izan,pakcik roslan,dr.danial,abg zul

Acuan Kecemerlangan

Untuk cemerlang,perlunya acuan,acuan kecemerlangan.Untuk buat kuih baulu,kita perlukan acuan baulu.Jadi,acuan kecemerlangan sebenarnya ialah al-quran.Dalam Al-Israk ayat 9:

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang awwam, dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Perlu ditekankan perkataan ‘Awwam’.Apakah itu Awwam.Dalam mentafsir Awwam,saya(Dr.Danial) merujuk kepada tafsiran Qurtubi.Lihat, tidak semestinya orang Arab baru dapat karang kitab-kitab hebat,tidak semestinya orang arab baru boleh jadi ulamak.Ramai lagi ulama’-ulama’ yang non-arab, contohnya Imam Qurtubi yang berasal dari Bukhara.Imam Qurtubi,asalnya dari Cordova,Sepanyol.Imam Qurtubi mentakrif ‘Awwam’ itu sebagai yang paling benar,yang paling adil dan yang paling tepat.Apa yang lagi benar ¬†melainkan yang paling benar?Apa yang lagi adil melainkan yang paling adil? Dan apa yang paling tepat melainkan yang paling tepat?

Dalam Al-Quran,Allah telah bersumpah bahawa kita(umat Islam) adalah umat yang terbaik.Sebelum kita,Yahudi adalah umat yang terbaik tapi apabila kita dilahirkan,keistimewaan yang diberikan kepada Yahudi ditarik balik dan kita menjadi umat yang paling baik.Namun,sumpah Allah itu bukanlah satu sumpah seperti ‘check kosong’,boleh diisi dengan sesuka hati. Allah menetapkan syarat-syarat dalam menentukan adakah kita umat yang terbaik ataupun tidak.

Dalam menerangkan umat yang terbaik,Allah menggunakan gaya bahasa superlatif(superlative).Superlatif digunakan bagi menerangkan sesuatu secara hebat bagi menambahkan keistimewaan kepadanya.Contohnya,budak itu ialah budak baik.Ramai budak yang baik di atas muka bumi ini,jadi budak itu bukanlah budak yang istimewa.Tapi,apabila ditambah superlatif ke dalam ayat itu,budak itu ialah budak yang terbaik,maknanya tiada lagi budak lain yang lagi hebat daripada budak itu.Begitu juga dengan kita,kita adalah umat yang terbaik,umat yang membatalkan keistimewaan umat Yahudi.

Yang pertama,menyeru manusia ke arah kebaikan.Jika diperhatikan kalimah ‘ta’muru’,kalimah itu merupakan kalimah aktif,bukan kalimah pasif. Maksudnya,mesti bergerak,mesti aktif dalam mengajak manusia,tidak boleh duduk diam sahaja.Kalau duduk diam sahaja,itu bukan mengajak namanya. Untuk mengajak,mesti tahu kepada apa yang diajak,bagaimana nak mengajak dan apa yang diajak.Kalau tidak tau,kena belajar.Jangan sombong berlagak tahu tetapi sebenarnya ‘tin kosong’.

IMG_0304
jousei yang hadir
IMG_0305
dansei yang hadir

Analogi pakcik kedai kopi

Semua orang sibuk berbicara tentang virus H1N1 hatta pak cik-pak cik di kedai kopi.

“Uish,bahaya virus ni.Kena je mati,”seorang pakcik memulakan topik perbualan.

“A’a,kena je mati.Tapi takpa,hangpa suma jangan dot kalooottt,”celah seorang pakcik dengan loghat utara.

“Bakpo pulooook?”Tanya seorang pakcik yang berasal dari kelantan.

“Mana taknya,virus itu hanya serang orang bukan Islam sahaja,orang Islam tak makan babi,takkan diserang selesema babi,”pakcik tadi berfatwa.

Inilah yang akan berlaku jika diri hanya sebuah tin kosong,isi tiada tapi bunyinya kuat.Berdasarkan kata-kata saya sebentar tadi,untuk menjadi umat yang terbaik,kita mesti menyeru manusia ke arah kebaikan.Untuk menyeru manusia ke arah kebaikan,kita mesti ada ilmu.Maka,tuntutlah ilmu berlandaskan al-quran.

Syarat kedua,mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.Juga ayat aktif.Mesti bergerak untuk lakukan pencegahan.Untuk mencegah, tunjangnya mesti betul,mesti berlandaskan Islam,bukan kerana nafsu. Ilmu itu penting,kalau tidak,apa yang dicegahpun tidak tahu.Nampak orang tengah solat,dicegahnya.Nampak orang menderma,dicegahnya.Semua amal baik dicegah.Kerana apa?Kerana ilmunya tiada.

Dalam belajar,bila ada peluang,gunakan peluang itu sebaik mungkin.Jika ustaz ada di hadapan,tanyalah seberapa banyak soalan yang mengelirukan anda supaya tidak mendatangkan masalah kepada anda pada masa yang lain.

Fulan tengah solat,tiba-tiba imam solatnya terlupa untuk baca tahiyyat awal. Lalu dikeluarkan talefonnya dan dia mendail ustaz.

“ustaz,saya ada soalan.Macamana nak buat kalau imam terlupa baca tahiyyat awal?Batalkah solat?”Tanya Fulan sambil rakaat ketiga.

“Imam terlupa tahiyyat awal?Awak tengah solat ke?”Soal Ustaz.

“Ya,saya tengah solat.Rakaat ketiga tapi tadi imam lupa tahiyyat awal,sah ke tidak solat imam?”Tanya Fulan lagi.

“Tengah solat?Rakaat ketiga?”Ustaz cuba mendapatkan kepastian.

“A’a,tengah solat ni.”Jawab Fulan.

“Solat Imam tak batal,solat kamu yang batal kerana bercakap tengah solat!” Jawab Ustaz.

“Oh,takpa2,saya letak talefon,tak cakap lagi.”

Menyedihkan.

Perkara sebegini akan berlaku jika peluang untuk bertanya tidak digunakan sebaik mungkin.Jadi,bertanyalah supaya ilmu yang ada tidak terpesong daripada acuan yang sebenar.

Syarat terakhir,beriman kepada Allah.Maksudnya,perubahan itu mesti dari dalam diri kita sendiri.Selalu dipertikaikan,kuatkan iman,kuatkan iman tapi jarang sekali kita dengar ceramah bagaimana nak kuatkan iman.Bagaimana kita ingin kuatkan iman dengan al-quran?Lihat Al-Quran sebagai satu mukjizat.

“Apa yang mukjizatnya.Aku letak al-quran sama je dengan buku-buku lain. Buku-buku lain aku tak baca,al-quran pun aku tak baca.Sama je,”tanya saya.

Maka saya terus mengkaji dan mengkaji al-quran dari sudut sains dan saya bertemu dengan pelbagai bukti-bukti sains yang sahih.Lantas,perkara itulah yang menguatkan iman saya…..

Untuk tahu lebih lanjut tentang Al-Quran dan Sains,belilah buku karangan Dr.Danial yang bertajuk ‘Al-Quran Saintifik’.

CANDID!!

IMG_0314

IMG_0318IMG_0321IMG_0320IMG_0324IMG_0327

sepagi bersama Dr.Danial

2 thoughts on “Laporan:Al-Quran Pemangkin Kecemerlangan

  1. tahniah kpd semua MPP dan kakitangan2 nya yg terlibat kerana berjaya menganjurkan program dgn jayanya…

    terima kasih juga pada warga Kolej Taylor dan kolej2 lain yang sudi meluangkan masa bersama kami…

    terima kasih juga pada persatuan penduduk….

    bile nak wat prog susulan??

  2. waahhhhhhhh!!

    jelesnye kat korg!
    last time dgr ceramah dr danial kat UIA jek…
    korg mesti dah baca buku2 die kan…
    uh..jeles2..

    sore jya, ganbatte minna!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s