Ya Allah,semoga aku juga seyakin itu…

Selesai solat isyak di surau, aminah duduk termenung mengenang nasib diri. Hatinya tidak berapa tenang sejak akhir-akhir ini mengenangkan nasib diri yang sedang diuji olehNya. Cuba untuk mencari kekuatan di rumah Allah itu, semoga ketenangan datang menyapa hati, meneguhkan keimanan dalam diri. Tiba-tiba telinganya disapa oleh satu suara, yang benar-benar membekas di hati saat terasa diri benar-benar lemah di sisiNya.

Di sebalik tirai merah itu, terdengar satu suara bercerita. Katanya…

Kisah Abu Darda’

Para sahabat dahulu begitu yakin pada janji Allah SWT. Dikisahkan, seorang sahabat yang bernama Abu Darda’. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, seorang sahabat menegurnya,

“Wahai Abu Darda’, sesungguhnya rumah kamu sedang terbakar.”sa

Tetapi Abu Darda’ tak percaya, maka tidak diendahkannya sahabat tersebut. Beliau pun berjalan lagi dan terjumpa pula seorang sahabat yang lain. Sahabat itu juga mengatakan perkara yang sama.

“Ya Abu Darda’, rumah kamu sedang terbakar.”

Maka Abu Darda’ pun menjawab, ” Bagaimana mungkin rumah aku boleh terbakar, sedangkan rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sesiapa yang mengamalkan zikir ini, setiap pagi dan petang, nescaya dia tidak akan ditimpa bencana selama-lamanya.”

Begitulah keyakinan seorang sahabat pada janji Allah dan rasulNya sehinggakan para sahabat lain mengatakan rumahnya sedang terbakar pun, perkara itu masih tidak mampu untuk menggugat keyakinan beliau pada Dia Yang Maha Berkuasa.

Dan kemudian Abu Darda’ pun pulang ke rumahnya dan mendapati tiada apa pun yang berlaku pada rumahnya sedngkan rumah-rumah yang lain habis terbakar. Bagitulah ganjaran Allah buat hambaNya yang sentiasa yakin denganNya.

Kisah Saidina Ali

Setelah itu, suara tersebut menceritakan pula kisah Saidina Ali. Suatu hari, Saidina Ali pulang ke rumah dan mendapati tiada sebarang makanan untuk dimakan, maka beliau pun terus ke masjid untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat. Setelah itu beliau pun kembali kerumahnya dan melihat lagi di atas meja. Masih juga tiada sebarang makanan untuk dijamah. Maka beliau pun berjalan lagi ke masjid dan bersolat lagi. Perkara yang sama berulang sebanyak 3 kali. Dan setelah itu dengan izin Allah, barulah beliau mendapati ada makanan di rumahnya.

Hebatnya keyakinan para sahabat kepada Dia Yang Maha Esa. Walaupun pulang kerumah dan mendapati tiada makanan, saidina Ali masih tidak berputus asa dan terus berdoa, kerana keyakinannya pada Allah Yang Maha Mendengar.

Kisah Saidina Umar

Suara itu terus menyambung ceritanya. Tentang Saidina Umar pula.

Dikisahkan sewaktu Saidina Umar memerintah Madinah, sebuah gunung berapi telah meletus di kawasan tersebut. Maka untuk menyelamatkan rakyatnya, beliau telah menugaskan 2 orang sahabat untuk memasukkan kembali larva-larva tersebut ke dalam gunung. Bagi kita mungkin mustahil, tapi para sahabat punya keyakinan yang tinggi bahawa larva itu juga adalah makhluk Allah, dan mereka percaya, dengan kuasa Allah segalanya mampu untuk dilakukan. Maka, 2 orang sahabat yang diberi amanah oleh khalifah mereka ini pun terus mendekati larva tersebut dan menggulungnya seperti menggulung tikar dan dimasukkan kembali ke dalam gunung tersebut.

Itulah asasnya. Keyakinan terhadap Allah SWT. Aminah pun kembali memuhasabah dirinya. Dimanakah kedudukan Allah di dalam hatinya? Yakinkah dia akan janjiNya? Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith qudsi, yang bermaksud:

Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.”

Maka, kalau kita yakin dengan Allah, pasti Allah tunaikan janjiNya kepada kita. Kalau kita masih ragu-ragu samada doa kita dimakbulkan atau tidak, Allah akan bantu kita atau tidak,  maka itulah yang Allah akan beri. Mungkin Allah juga akan ragu-ragu terhadap kita. Keyakinan itulah asasnya.

Kisah Adik Irfan

Seorang sahabat ada bercerita tentang cousinnya, Irfan yang baru berusia 8 tahun ketika ini. Sewaktu masih di tadika, Irfan selalu ke rumahnya. Suatu ketika, kakak si Irfan bercerita yang Irfan sangat takut dengan dosa. Jadi, kalau dia nakal-nakal, cakap je tentang dosa. Biar dia takut sikit. Meragui  apa yang dikatakan oleh kakak si Irfan, maka sahabat ini pun mengadakan ujikajinya ke atas Irfan. Waktu itu, Irfan sedang bermain lompat-lompat atas katil dengan cousin-cousin lain yang seumur dengannya.

“Apa main lompat-lompat atas katil akak ni? Berdosa tau sepah-sepahkan katil orang..”

Cousin lain langsung tidak mengendahkan teguran tersebut, sebaliknya Irfan terus senyap dan dengan muka cuak, turun dari katil. Subhanallah….tingginya keyakinan anak itu pada dosa yang membawa balasan buruk di akhirat dan kemurkaan Allah SWT. Cakaplah apa sahaja yang hukumnya berdosa, contohnya seperti makan ais krim, main basikal waktu petang, pegang bola dan lain-lain yang mungkin bagi kita mustahil untuk berdosa atau mendapat kemurkaan Allah, Irfan tetap akan percaya dan meninggalkannya, hanya kerana ia satu dosa. MasyaAllah…kagum dengan keteguhannya dalam mengelakkan diri dari dosa, terasa hina pula diri yang menguji keyakinannya pada Dia Yang Esa dengan perkara-perkara yang merapu, seperti mempermainkan hukum Allah ke atas seorang anak kecil. Ampunilah kami Ya Allah…

Suatu ketika, ibunya bercerita yang Irfan tidak pernah meninggalkan solat sejak ustazahnya di sekolah bercerita tentang neraka dan antara penghuni neraka adalah mereka yang meninggalkan solat. Maka, sejak itu dia berazam dan berpesan pada ahli keluarga yang lain supaya menggerakkan dia untuk solat subuh dan mengingatkannya setiap kali waktu solat.

Maka, ketika hari raya yang lalu, biasalah, kanak-kanak tentulah golongan yang paling gembira. Dan malam sebelum hari raya itu tentulah banyak aktiviti seperti menghabiskan stok bunga api dan mercun, sesi bercerita dan bertemu sanak saudara dan lain-lain. Maka ditakdirkan Allah, Irfan tidur lewat dan pagi tersebut ibunya terlupa untuk menggerakkannya bangun solat subuh. Maka pagi raya di rumah tokwan itu digegarkan dengan tangisan dan raungan seorang anak kecil berusia 7tahun ketika itu hanya kerana tiada yang membangunkannya untuk solat. Habis semua yang ada dalam kereta sewaktu pergi beraya dimarahi kerana menjadi penyebab dia ke neraka Allah SWT.

Mereka dan kita

Marilah kita sama-sama kembali memuhasabah diri kita. Kalau anak sekecil itu, dengan ilmunya tentang dosa, pahala, neraka dan syurga yang mungkin tidak sebanyak yang kita tahu boleh begitu yakin dan bermujahadah untuk mengelak dari dosa, bagaimana pula keadaannya dengan kita? Kalau dia begitu yakin dengan kehidupan selepas mati yang kekal abadi sehingga membuatkannya begitu tension apabila melanggar hukum Allah, bagaimana pula dengan kita? Kalau dia boleh terus meninggalkan segala perkara yang dikatakan dosa,walaupun teringin sangat untuk melakukannya, bagaimana pula dengan kita?

Kalau bercerita tentang para sahabat rasulullah SAW dan keyakinan mereka pada Allah SWT, mungkin kita masih punya alasan dengan mengatakan, “para sahabat bolehla…cara tarbiyah lain…mereka ditarbiyah terus oleh rasulullah…”. Tapi saya harap, dengan perkongsian kisah benar tentang adek Irfan ini, mampu untuk memberi sedikit kesan pada hati kita yang sering beralasan. Kanak-kanak yang baru kenal dunia, yang ilmunya tidak sebanyak kita, yang tidak mempunyai laptop dan handset untuk gerak subuh, yang tak boleh sesuka hati ke masjid dan surau untuk solat berjemaah dan mendengar majlis ilmu, yang baru belajar mengaji dan tidak berkeupayaan untuk mentadabbur ayat-ayat Allah, tapi masih mampu dan bersungguh-sungguh untuk melakukan suruhanNya.

Terasa hinanya seorang hamba yang diberi pelbagai nikmat olehNya, tapi masih lagi tidak mampu untuk bersyukur dengan memberi ketaatan penuh kepada Dia Yang Menciptakan, Dia yang Maha Memberi.

Macamana nak yakin?

Rasa susah untuk yakin kepadaNya? Tuntutlah ilmu tentangNya dan berdoalah, berdoalah dan teruslah berdoa. Keyakinan itu juga satu anugerah yang tidak ternilai dariNya. Maka pohonlah kepadaNya agar hati-hati kita dipenuhi dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepadaNya. Semoga dengan keyakinan itu mampu untuk membuahkan ketaatan kepadaNya.

Kita berdoa, tapi terasa macam Allah tak dengar pun, tak makbulkan pun. Maka selidikilah diri kita tentang 10 sebab doa tidak dimakbulkan dan perbaikilah diri. Teruskanlah berdoa, kerana Saidina Ali yang Allah selalu dengar suaranya saban malam pun kene berdoa sebanyak 4 kali, baru Allah puas mendengar suaranya. Apatah lagi kita yang jarang-jarang menadah tangan kepadaNya. Mungkin Allah rindu pada suara kita. Allah nak dengar suara kita hari-hari. Kalau dimakbulkan, mungkin esok kita berhenti menadah tangan kepadaNya. Mungkin esok, mungkin lagi sebulan, mungkin lagi setahun atau mungkin sehingga akhir hayat kita Allah nak kita sentiasa berharap kepadaNya. Apa yang pasti, dimakbulkan atau tidak doa tersebut, setiap kali berdoa kita pasti akan dapat ganjarannya. Dan Allah pasti akan menghampiri kita. Maka, yakinlah dengan Allah SWT!!!

4 thoughts on “Ya Allah,semoga aku juga seyakin itu…

  1. aq taw camne nak yakin! Kena bercinta! Haaa..so,jom bercinta! Tapi..bercinta dengan ape n siapa?

  2. thanxz 4 da tazkirah…

    terasa diri mula jauh dari keikhlasan beribadah padaNYA n tawar sudah kemanisan beribadah dalam diri, lantaran kesibukan duniawi…=(

    ingin ku kembaki kpd fitrah insani…

    (nice header, bile lak ak pose gitu…???!! ahakxz =p)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s