Kenapa Tidak Pada Babi?

“Skang,orang kafir pun pakai purdah!”Beritahu Jijan sambil berseloroh.

“Betul?Islam dah jadi Ustaziyatul Alam ke?”Tanya Jiji yang mengambil gurauan Jijan secara serius.

“Gurau je la.Dorang pakai flu mask la,takut selesema babi.Hahahah,”cuba membetulkan salah faham Jiji sambil ketawa besar.

Menakutkan.Virus yang menyerang sistem pernafasan ini mampu membunuh manusia dalam jangka masa yang terlampau pendek.Sindromnya adalah sakit-sakit biasa seperti sesak nafas,pening kepala dan muntah-muntah ini menyebabkan ramai yang tidak cakna dengannya.Virus ini menyerang semua manusia tidak kenal tua atau muda,tidak kenal putih atau hitam dan tidak kenal Islam atau kafir!Semua orang ada potensi untuk kena.

Sebelum menulis lebih panjang,ana ingin memohon maaf jika ada yang terasa kerana ana lebih suka menggunakan perkataan babi daripada khinzir supaya jelas hinanya binatang ini.Jika anda tidak suka,anda boleh membacanya sebagai khinzir.

Kenapa Tidak Pada Babi?

Dulu dengan menyebut namanya sahaja,semua orang dapat menilai betapa teruk,bahaya dan hinanya virus ini,tapi ada pihak merasakan namanya tidak sesuai,buruk sebutan kata mereka,maka mereka menukar nama virus ini kepada H1N1.Kini tiada lagi selesema babi,yang tinggal hanya H1N1.Tapi kenapa hanya kepada babi?Kenapa tidak pada penyakit kuku dan mulut yang disandar kepada lembu dulu?Kenapa tidak pada selesema burung?Kenapa hanya kepada selesema babi?Ada sesuatu yang tidak kena di sini.

Virus ini senang menyerang sesiapa yang hidupnya berkisar dengan hidup babi dan orang-orang di sekeliling mereka.Maknanya,bukan orang kafir sahaja berpotensi diserang virus gila ini tetapi orang islam juga berpotensi besar untuk diserang virus ini.

Katakan dalam satu kampung tinggal Haji Mat(penghulu kampung), Pak Chad(pak Imam),Syahid(kekasih Florance),Fei Mau(penternak babi) dan Florance(anak Fei Mau). Fei Mau adalah seorang penternak babi yang berjaya,hari-hari dia akan menggosok badan babi-babinya dan ditakdirkan Allah,dia terkena virus selesema babi. Apabila dia balik ke rumah,dia telah menyebabkan anaknya,Florance,dijangkiti virus ini. Tanpa mengetahui dirinya dijangkiti virus ini,Florance telah berpacaran dengan Syahid di bawah pokok dan Syahid pun terkena virus ini.Ditakdirkan, semasa tengah berpacaran,Pak Chad bersama Haji Mat menangkap Syahid sedang berkhalwat dan Pak Chad dan Haji Mat juga dijangkiti virus yang sama.Jadi, ingat bahawa virus ini tidak kenal siapa yang mengucap 2 kalimah syahadah atau tidak!  :D

Semasa dunia digegarkan dengan penyakit kuku dan mulut yang berpunca daripada lembu,habis semua lembu dibunuh. Semasa dunia kecoh memperkata penyakit selesema burung,habis semua unggas dilupuskan.Tapi kenapa babi-babi tidak dihapuskan sedangkan sana sini berbicara tentang selesema babi?Kenapa hanya pada lembu dan ayam?Kenapa tida pada babi?Apa lebihnya babi daripada lembu dan ayam?Mungkin disebabkan babi tidak bertengkuk,jadi susah untuk disembelih.Agaknya.

Apa Dah Jadi?

Belum tiba masanya untuk diri ini berkubang dalam lumpur politik negara ini, namun jauh di sudut hati,terbuku jutaan rasa kebimbangan apabila melihat senario politik masa kini.Secara pribadi,jujur untuk dikatakan bahawa ana tidak berada di mana-mana pihak,cuma inilah pendapat ana.Ammar(bukan nama sebenar) selalu berpesan dan pesannya ini selalu disalah erti.Katanya, tidak kisah siapa amir(ketua),yang penting Islam sampai kepada budak JAD. Maksudnya,tidak kisahlah parti mana yang memerintah asalkan mereka menegakkan hukum Allah,ok.

Kembali kepada topik asal perbincangan,kenapa tidak dilupus atau dihapuskan semua babi-babi sedangkan semasa selesema burung,habis semua unggas disembur racun?Bukan setakat 1 kandang,bahkan satu dunia berusaha keras untuk membunuh burung supaya virus itu dapat dimatikan dari akar umbinya.Tetapi,mengapa hal sedemikian tidak berulang kepada babi?

Hukum hudud dikatakan satu hukum yang kejam,hukum yang menganiaya manusia,maka atas dasar ini hukum hudud diketepikan.Katakan kita terima alasan ini kerana hukum hudud satu perkara yang besar,ingat ana hanya cakap katakan(andaian,bukan betul-betul) kerana ana tidak sesekali menerima pengguguran hukum hudud dalam dunia.Tapi,mengapa menghapuskan babi-babi juga tidak dijalankan sedangkan perkara itu perkara kecil malah mendatangkan manfaat kepada kemandirian manusia?Zalim? Tidakkah pelupusan ayam-ayam dan puyuh-puyuh suatu ketika dahulu lagi zalim dek kerana puyuh-puyuh itu makanan manusia?

“Tak boleh,kita menzalimi bangsa cina.Mereka tidak boleh hidup tanpa babi,”jawab seorang pemimpin,barangkali.

“Adakah mengharamkan seorang kanak-kanak untuk bermain di tengah jalan raya dikira zalim ke atas kanak-kanak itu?Sedangkan pengharaman itu mendatangkan faedah kepada kanak-kanak itu sendiri bukan kepada kita,” jawab ana,bakal pemimpin,barangkali.😀

Pengharaman Babi

Sejak 1430 tahun dahulu lagi,Islam telah menegaskan bahaya babi di dalam al-quran sebanyak 4 kali.Ada 2 perkara perlu diambil perhatian daripada kenyataan ana sebentar tadi.Yang pertama,Allah menyebut tentang babi di dalam al-quran.Maknanya,babi bukanlah satu benda atau spesifiknya, binatang yang hina atau keji kerana namanya ada di dalam satu kitab yang suci daripada perkara hina dan keji.Yang kedua,perihal babi disebut sebanyak 4 kali,maksudnya babi ini betul-betul mendatangkan bahaya kepada manusia sehingga Allah terpaksa mengulangnya berkali-kali.

Jika ditanya kepada anda,mengapa babi haram untuk dimakan,apa jawapan anda?Mungkin jawapan-jawapan di bawah terselit jawapan anda.

1.Allah tak bagi kerana ia satu ujian.

2.Saintis kata babi ni bahaya,ada virus yang tidak akan mati walaupun dibakar dengan suhu yang tinggi.

3.Saintis terangkan dalam badan babi ada virus yang boleh berubah dari masa ke semasa.

4.La,da Allah cakap takley,takley la.Banyak songeh!

Yang mana satu jawapan anda?Jika jawapan anda ialah no.2 atau no.3 atau mungkin kedua-dua sekali,anda silap.Betul itu jawapannya,bukti saintifik tapi itu bukan satu alasan yang kukuh.Pada tahun 2007,sekumpulan saintis Jepun telah berjaya mencipta satu klon bersih seekor babi yang bersih daripada sebarang virus atau bakteria.Seusai sahaja mereka menghidupkan babi bersih itu,mereka mengajukan soalan kepada orang Islam, “adakah babi bersih ini kamu boleh makan?”Sekarang apa jawapan anda?Masih berbahaya?

Jawapan yang paling tepat,nombor 1 dan 2.Biarpun bersih mana,manfaat mana pun sesuatu itu apabila Allah kata haram maka ia haram.Biarpun kotor, buruk mana pun sesuatu itu tapi apabila Allah kata halal maka ia halal,tapi Allah tidak pernah memberi kemudaratan kepada ciptaan Nya.

Tukar Kerajaan?

Mungkin artikel ini tajam membidas kerajaan kerana tidak menghapuskan kelibat babi di atas bumi Hang Tuah ini namun tidak bermakna ana ingin melompat masuk parti pembangkang dan mengguling kerajaan dengan strategi ‘katak’,tidak,sesekali tidak.Sekali lagi ana ingin tegaskan bahawa ana tidak berpihak kepada mana-mana parti,ana masih kanak-kanak,baru melewati 20 tahun Februari lepas.:D

Tapi pada pendapat ana,ana tidak merasakan mengguling kerajaan atau menukar kerajaan sebelum pilihanraya adalah satu tindakan yang wajar bagi seorang manusia yang memakai mahkota Islam.Suka untuk ana memperincikan lagi cerita Abu Hanifah menolak jawatan ketua hakim Kufah dalam artikel ‘diri ini tidak layak‘.

Semasa di dalam penjara,Abu Hanifah didatangi oleh wakil penduduk kufah. Katanya, “Wahai Abu Hanifah,ketahuilah penduduk Kufah telah berkumpul untuk membebaskan engkau.Mereka hanya menunggu kebenaran daripada engkau sahaja untuk memberontak.”

Jawab Imam Abu Hanifah, “Wahai Abdullah,ketahuilah sesuatu kerajaan itu ditubuhkan untuk diperbetulkan bukan untuk diguling.Maka pulanglah engkau kepada kaum mu dan bersama-sama mereka membetulkan kesalahan yang dilakukan pemimpin ini.”

Jika Imam besar,bapa segala Imam mazhab malah dikatakan muhaddisin oleh sesetengah pihak pun tidak ingin melakukan pemberotakan inikan pula kita yang ilmu agama hanya senipis kulit bawang. Baru ada sedikit ilmu tentang hudud kita pun memberontak bagai nak rak langit dibuatnya.

Logik akal pun dapat terima kata-kata Imam Abu Hanifah.Analoginya, dalam sebuah keluarga,Si Ayah lah yang mengemudikan bahtera keluarga. Ditakdirkan si Ayah melakukan kesilapan,adakah kita ingin tukar ayah yang baru?Satu lagi,siapakah yang memimpin diri kita?Kita sendiri!Jadi jika kita melakukan kesilapan,adakah kita ingin tukar diri kita sendiri?!

Tidak,kita akan menegur ayah kita dan kita akan berusaha berubah menjadi diri yang baik.Adakah kita yakin ayah yang baru akan menyayangi kita seperti ayah yang lama?Adakah kita yakin bahawa diri kita yang baru lagi bertenaga daripada diri yang lama?

“Ala,tak salah mencuba yang baru,”ngomel Asraff.

“Kepala otak ko,kalo yang ko cube tu jadi worst?Nak tukar yang baru lagi?” Marah Asraff pada diri sendiri.

“Ok gak,”bisik Asraff kepada dirinya lagi.

“Oooo,jadi sampai kiamat la kite nak main tukar-tukar?Asyik tukar-tukar, semakin buruk la jadinya.Mana taknya,naik seorang pakai mahkota rosakkan tanaman.Kita tukar,naik yang baru rosakkan tanah.Kita tukar,naik pula yang baru cemarkan air.Akhirnya tiada lagi tanaman atas muka bumi ini,”monolog nya sendirian.

Sistem Demokrasi, Adil?

“Ala,buat ape nak betulkan dorang,kite kan sistem demokrasi,kita boleh pilih mana-mana parti yang kita suka,”cakap Mohsein sambil meniup kopi panas.

Ana bukanlah orang yang arif dalam membicarakan sistem demokrasi cuma apa yang ana tahu,sistem ini membenarkan semua rakyat memilih mana-mana parti yang diorang suka untuk dijadikan kerajaan.Secara kasarnya, nampak adil tapi secara halusnya,tidak.

Katakan sekumpulan menyokong parti A sebagai kerajaan tapi sokongan kumpulan itu diketepikan kerana parti B mendapat sokongan yang lagi ramai. Majoriti dalam istilah demokrasi.Betul,penyokong B mendapat apa yang mereka mahukan tetapi bagaimana pula dengan penyokong A?Mereka tidak sokong parti B,hati mereka hati parti A.Jika demokrasi adalah satu sistem yang adil,pasti tiada seorang pun yang berduka apabila kerajaan ditubuhkan tapi ini tidak,bahkan ada yang sampai bertumbuk kerana ketidak puas hatian masing-masing.

Tiap-tiap hari ahli parlimen bersidang sehingga mereka lupa tanggungjawab mereka bukan berbahas tetapi menjaga kebajikan rakyat hingga ada ungkapan-ungkapan seperti ‘wakil rakyat balik tyme pilhan raya jea’ dikeluarkan.Pokok takkan bergoyang jika tiada beruk di atasnya. Maksudnya,rakyat tidak akan berbunyi jika wakil rakyat tidak buat onar.

Jadi,bagi ana sistem demokrasi bukanlah satu sistem yang adil. Tambahan, jika sistem demokrasi ini merupakan satu sistem yang adil, mengapa Rasulullah tidak mengamalkannya?Anda mengaku bahawa Rasulullah adalah contoh teladan yang terbaik tetapi mengapa anda tidak mengikutnya?Oh,maafkan ana,ana lupa.Rasulullah adalah contoh teladan terbaik hanya bagi 3 golongan sahaja.Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Akhir Qalam

Ana ingin mengingatkan diri ana dan pembaca sekalian supaya jangan terburu-buru menjatuhkan kerajaan sebaliknya fikirlah cara yang paling berhemat dalam menegur mereka.Berubah itu hidayah dan hidayah itu milik Allah,tiada siapa pun tahu teguran yang macamana dapat menjadi ‘turning point’ kepada pemimpin-pemimpin kita,jadi berusahalah.Allah tidak pernah menzalimi orang yang berusaha jadi jangan sesekali berputus asa dalam menegur dan berdakwah.

Lihat,nabi Sulaiman,seorang pemimpin yang mengawal dunia,bukan negeri atau negara,tersentak apabila ditegur oleh seekor semut hitam yang kecil. Siapa sangka perkara itu boleh berulang?Anda tahu ketentuan Allah?Ingat,kita merancang Dia pun merancang tapi rancangan Nya pasti berlaku.

Pernah suatu ketika di Falahiah,ana mendengar satu tazkirah akhir zaman oleh seorang senior.Katanya, “paderi yang meramal kematian Mahatma Gandi dan peperangan di Iraq pernah meramal tentang kebangkitan Islam. Katanya, Islam akan bangkit dari satu tempat yang melunjur ke arah selatan. Penduduknya tidak tinggi dan tidak rendah serta tidak putih dan tidak hitam. Siapa lagi kalau bukan kita?!Allahu Akbar!”

Jika itu kita,Alhamdulillah dan insya Allah,ana pun bersedia menjadi sebahagian jentera yang akan menjayakannya.Tapi,bila dilihat situasi yang berlaku sekarang, tidak mungkin itu kita.Dengan pemimpin yang tidak tentu arah,rakyat pula hilang arah,pasti itu bukan kita.Menyedihkan.Ingat,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri.

Ana yakin,walaupun pendapat ini tidak berlandaskan sains,selesema babi ini tidak akan berhenti melainkan semua babi-babi dihapuskan.Hapuskan Projek Khinzir Raksaksa!Hapuskan Projek Babi Negara! Hapuskan semua!

Baliklah pada Islam yang syumul!

Kepada Pemimpin negara (jika anda sedang membaca artikel ini),ana di belakang antum semua jika anda menegakkan syariat Allah!Jom sama-sama betulkan kerajaan,bukan guling kerajaan.

p/s:mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ana,anda boleh suarakannya di bahagian komen di bawah untuk dibawa muzakarah.

6 thoughts on “Kenapa Tidak Pada Babi?

  1. btol gak ye
    x terfikir sbelum ni
    mase selsema burung dulu, satu dunia bunuh unggas2
    mase selsema babi x dop pulop yg bising2 suh bunuh babi
    ade sesuatu yang aneh disitu…~
    aku melihat dunia hari ini
    masih jauh dr kehidupan yang dituntut islam
    perlu bangkit manusia sehebat dan seberani
    Salehuddin Al-Ayubbi supaya bumi ini makmur di bawah pimpinan orang2 soleh
    semoga kite dijauhkan dr virus itu…amin

  2. salam…
    pelik jugak… kenapa smpai nk kena bunuh binatang tu habis semua?? burung2 dan babi2?? dan tak salah ana, masa selsema burung tu, xde laa satu dunia berusaha keras nak bunuh burung, hanya yang disyaki dan berada berdekatan dengan burung yang dijangkiti jer laa… apa, kalau kita bunuh binatang, boleh elakkan drpada djangkiti virus langsung??? ana rasa takde masalah dengan babi, dia tetap binatang, cuma daging dia haram untuk dimakan sebab dah jelas bawa mudarat. Kalau tak salah ana, dulu masa banjir besar masa zaman Nabi Nuh dulu, baginda pun bawa binatang berpasangan naik atas kapal sekali, termasuk babi, dan fungsi binatang ni, membersihkan najis2 atas kapal.
    Bunuh babi tu lebih kepada tuntutan Islam ke??? Iskkk… Bukan ke Allah suruh sayangkan semua makhluk ke?? Semestinya ada cara lain yang lebih baik, bukan setakat bunuh semua binatang yang disyaki pembawa virus tu. Tu pemikiran akal pendek. Dari segi biologi pun, semua binatang x kira laa spesies apa pun, semua tu bawa manfaat kat alam semulajadi. Hmmm…

  3. Takde la,ana tak bermaksud pun kene bunuh babi bahkan semasa isu pelajar Uitm bergambar dengan babi,ana mengutuk sesiapa yang mengutuk pelajar tersebut.Maksud ana dalam post ni,tegakkan hukum Allah kerana hanya hukum Allah sahaja mampu mengubah dunia menjadi lagi baik.Isu babi itu hanyalah satu gambaran sahaja,tidak lebih dari itu.

  4. sye stju ngn author btoi 2..
    2 jaz gmbrn cik/en :p..
    relax doo xbunuh pon lgi
    babi2 2..tau d pn mkluk
    Allah..

  5. a’a,babi lagi mulie dari ikan lumbe2 taw..kalo tak,takkan name babi ade lam kitab yang paling suci tp ikan lumbe2 takde?😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s