Nota Ringkas Buat Budak Surau

All the things before and after, all melt into gossip and laughter

Sengaja saya mulakan dengan perkataan “budak surau”, agar siapa yang terasa dirinya memegang lencana dai’e menyemak diri kembali, dan sesiapa yang belum menjadi ahli, bila lagi nak sertai??

Sedar atau tidak, masa membawa kita terdewasa meniti arus perubahan menuju muara kematangan. Bercerita tentang kisah dulu dan kini, sepanjang saya menjalani hidup di JAD bersama-sama rakan-rakan seperjuangan, 2 tahun lebih ini menjadi saksi kepada pelbagai perubahan. Ada yang tidak bertudung kepada bertudung, ada yang bertudung kepada tidak bertudung, ada yang berketayap kepada berserban, ada yang bercinta putus di tengah jalan, ada yang cinta dan putus cinta silih berganti dengan orang yang sama, ada yang menyulam janji mengecap hari bahagia, ada yang masih menanti si ‘dia’.

Segala perubahan ini terakam kemas di ingatan saya. Untuk kali ini, seperti yang diwarwarkan, saya ingin fokus pada mereka yang berubah menjadikan diri sebahagian daripada golongan dakwah.

Mereka yang dahulunya takut-takut bila disuruh bercakap dalam usrah, kini petah mengajak umat berfikir iman dan amal.

Mereka yang dahulu sibuk berpesta sehingga pagi, kini sibuk berendam air mata di tikar sejadah.

Mereka yang tak pernah peduli dengan hidup orang lain, yang kini menghambakan diri mentarbiyah rakan.

Mereka yang dulunya terloncat-loncat di atas pentas tarian, kini berselubung menjaga aurat dan ikhtilat.

Semestinya saya gembira melihat perubahan-perubahan ini. Dan saya juga sedar perubahan ini tidak berlaku tiba-tiba bahkan mengambil proses yang lama untuk hasilnya disemai menjadi tatapan dan pedoman semua.

Namun wahai sahabat-sahabat yang berubah, dalam keghairahanmu mentarbiyah diri, mencari ilmu di setiap pelosok bumi, duduk sejenak dan perhatikan sekelilingmu.

Betapa jauhnya kamu dari sahabat di sisi.

Betapa teman yang selalu bertepuk tampar, bercubit mesra, bergelak ketawa, makan minum malah tidur bersama sebelum tudung labuh menutupi dadamu, kini ke mana mereka?

Betapa teman yang selalu bersama berkongsi suka duka dan cerita gila-gila dunia remaja sewaktu serban belum melilit kepalamu, di mana mereka?

Jangan wahai sahabat-sahabatku, perubahan-perubahan yang kau lakukan membawamu makin jauh dari sahabat handai. Bahkan lebih berat lagi jangan kau rasa letih bersahabat dengan mereka walau mereka tidak bersamamu di medan dakwah ini.

“Buang masa je makan dengan diorang ni, lebih baik baca buku fikrah”

“hisy tak baik bersembang dengan diorang ni, diorang tak ada fikrah Islam, bercakap bende lagha”

“laaa dah hari-hari jumpa kat kelas, nak keluar hujung minggu lagi nak buat apa, baik aku hafal hadis 40 tu”

Jangan wahai sahabat kau meremehkan kewujudan mereka di sisimu.

Bahkan merekalah yang mungkin menahan sabar melayan emosimu tika kau sedang marah dengan usaha dakwah, dan menenangkanmu kembali.

Bahkan mungkin merekalah yang menyiapkan segala kerja-kerja di rumah tika kau sibuk berprogram. Bahkan mungkin merekalah yang bersedia dengan senyuman menyambutmu tika kau pulang letih berusrah.

Bahkan mungkin tanpa anda sedari, merekalah yang menitipkan semangat dan roh kekuatan, serta menyokongmu di belakang dari segala tohmahan.

Bawalah dirimu menongkah arus perubahan, namun sekali sekala jenguklah sahabat yang anda tinggalkan. Kalau dulu berkongsi tawa dan air mata, mengapa kini lidah kelu dari bercerita? Adakah berat sangat masalah dunia yang anda tanggung hingga tak terungkap secangkir senyuman?

Bersahabatlah sepenuh hati, sementara mereka masih di sisi. Kerana nanti bila semua membawa haluan sendiri, bukan mudah bertemu kembali. Hatta sedaerah pun belum tentu bersua wajah. Tika itu hanya doa mengiringi, agar mereka sentiasa selamat dan bahagia hingga ajal dijemput pulang.

Hargailah setiap saat anda mampu lagi melihat sahabat anda tersenyum.

Hargailah setiap saat anda mampu berjabat tangan berpeluk erat.

Hargailah setiap saat anda bertikam lidah bertegang leher.

Hargailah setiap saat mereka ada di sisi, kerana nanti, tidak tahu masihkah dapat bersua lagi.

Jangan nanti menyesali masa yang tak akan berulang kembali.

Maka sahabat-sahabat, marilah kita raikan secangkir persahabatan ini sebelum masanya tiba untuk masing-masing melebarkan sayap ke negeri orang.

All the things before and after, all melt into gossip and laughter.

Segala kenangan antara kita, tinggal sisa tawa dan air mata.

Hidup tidak selalunya indah, tapi yang indah selalu hidup dalam kenangan.

Moga jika berpisah kita bertemu kembali, jika tidak di dunia ini, moga di akhirat yang kekal abadi.

Kawan
Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Lirik & Lagu : Copyright Control
Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Sumber http://www.hijjaz.com.my

K.A.W.A.N

11 thoughts on “Nota Ringkas Buat Budak Surau

  1. Tersentuh dengan artikel ni…huuhuu..sangat terasa.

    Semoga kita lebih giat untuk menyebarkan dakwah dan menyampaikan Islam kepada rakan2 kita…insyaAllah.

  2. Alhamdulillah Allah s.w.t hadiahkan aku article ni saat2 diri sedang berperang dengan perasaan
    suatu hari aku lihat seorang kawan tgh bace satu artilce di Iluvislam..
    “bace ape tu” aku saje menegur
    “bace artilce ni. lame da x bace bende2 macam ni..sekarang x de orang da nk ingatkan saye pasal bende2 ni” rakan td mennjawab
    tersentak hati rase tertampar dengan jawapan td
    Ya Allah, dalam aku ghairah mengejar syurgamu, aku lupa pada seorang teman yang dulunya menjadi tempat aku berkongsi suka dan duka..
    kepada kawan aku tu, aku mintak maaf byk2..mungkin sifat manusia cepat lupa,aku lupa untuk ingatkan kamu tentang Islam…lepas ni kite same2 ingatkan satu sama lain..terima kasih sbb jadi kawan saye~

  3. hari ini bila ia datang jgn biar ia berlalu pergi,esok kalau ia masih bertandang jgn harap ia akan dtg kembali..
    semalam kalau ia x datang mungkin ia x akan pergi seterusnya ia x kan kembali krn hari ini br kau menyedari bhw semalam kau biarkan ia datang dan esok ia akan pergi dan seterusny x kan datang kembali..
    hari ini,semalam,esok dan seterusnya,kau sedari bahawa pertemuan,perpisahan adalah lumrah perkenalan,hari ini akan berlalu pergi bagai angin lalu..
    esok pasti ada tp esok belum pasti utk kita..
    mengenali awak membuatkan saya kuat utk meneruskan kehidupan ini.kadang2 diri ini leka dan lupa ttg tanggungjawab sbg seorang muslimah,awak lah yg slalu mengingatkan..jgn tinggalkan sy sahabat,krana diri ini takut akan jatuh lagi..

  4. asalamualaikum..
    sdih nyer.. wlpun aku ni kohai tapi terasa gak walau duk cni x sampai 1 tahun.haha

  5. bagus artikel nie..
    bagi mereke2 yg blom menyedarkan dirinye sendiri, rajin2kanla tgn membuke azzariyat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s