Untukmu sahabatku…

menghormatisahabat_thumbArtikel ini ditulis sewaktu saya sangat rindukan sahabat-sahabat saya. Saya rindukan mereka yang telah pergi jauh dari saya untuk menuntut ilmu, mencari kehidupan dan masa depan yang terbaik untuk diri masing-masing. Mengenang mereka, membuatkan saya teringat pada kamu semua.

Alangkah indahnya jika kita dapat sama-sama melangkah dan memimpin tangan satu dengan yang lain sambil memasuki syurga Allah SWT. Akhirnya, saya temui juga faktor yang sangat kuat untuk hati ini menyeru kalimah Allah kepada kalian. Walaupun pahit yang ditelan apabila kata-kata tidak diterima, usaha tidak dihargai, pelajaran merosot dan pelbagai lagi dugaan yang Dia datangkan untuk menguji keimanan hambaNya yang lemah ini, saya kuatkan semangat untuk mengharunginya.

Mengorbankan prinsip sendiri yang takut untuk gagal, tidur selewat-lewatnya pukul 12 malam, shukudai kene buat sendiri dan lain-lain demi dakwah ini. Bukan untuk mengangkat diri dan mengungkit segala yang telah dilakukan, tetapi hanya ingin kamu semua rasainya. Saya lakukan ini semua kerana saya sayangkan kamu. Saya nak masuk syurga dengan kamu semua!! Itu impian saya.

Hidup ini singkat dan hanya senda gurau sahaja. Sedarlah kalian tentang kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Sekejap sahaja lagi kita akan ke sana. Melihat kematian ikhwah di Mesir, akh Ammar, benar-benar mengundang keinsafan pada diri ini. Tak lama lagi pasti saya juga akan mengekorinya, cuma tak pasti samada baikkah di akhirnya, atau sebaliknya.

Kalau boleh, saya pinta kalian lapangkanlah dada untuk menerima dakwah ini. Marilah kita sama-sama mengejar redhaNya dalam kehidupan ini. Semoga dengan rahmatNya, kita boleh sama-sama memasuki syurgaNya pula…insyaAllah…

Langkah kaki ini juga pernah terpesong sebelum ini. Pernah juga tersilap jalan. Saya juga masih berusaha untuk berjalan lurus. God gives us no power to change the past, but He gives us options on how we destined our future. Yang berlalu biarkan berlalu, kita coraklah hidup kita yang mendatang dengan lebih baik. Sejarah buruk itu bukanlah untuk diulang, tapi untuk dielak daripada berulang.

Rasa terbeban dengan dosa itu memang perlu, untuk kita sentiasa merasakan diri ini lemah dihadapanNya. Tapi janganlah kita membiarkan rasa itu meghalang kita untuk beramal di jalan dakwah ini. Kerana sesungguhnya mengenangkan dosa yang banyak terbeban itulah, saya memilih jalan ini. Jalan untuk saya memperbanyak amal, jalan untuk saya menebus kembali kesalahan-kesalahan lampau, jalan untuk saya mencari redha dan cintaNya. Saya juga seperti kamu, malah mungkin lebih teruk daripada kamu. Biarlah segala yang telah berlalu menjadi rahsia antara saya dengan Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tapi, itulah kekuatan untuk saya memperbanyak amal kini, sebelum dijemput untuk bertemuNya. Saya yang kesuntukan masa kerana mungkin telah separuh atau mungkin telah 3suku telah digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya.

Kalau saya masih tidak berputus asa menagih ampunanNya, berusaha untuk mendekatiNya, saya harap kamu semua pun begitu juga. Sebab saya nak sangat bersama-sama kamu di syurga nanti. Sahabat, kalau ada di antara kamu yang terasa dengan saya, apabila kesibukan saya dengan belajar dan dakwah menjauhkan saya dengan kamu, saya minta maaf banyak-banyak. Terasa juga dengan post sebelum ini yang menegur budak surau. Mungkin banyak hati-hati yang telah saya lukakan apabila kesibukan itu memenatkan saya, memuramkan wajah saya, menghilangkan masa saya untuk bersama kamu. Maafkanlah saya. Sedaya upaya, saya ingin tunaikan hak kamu sebagai sahabat saya, tapi jika itupun tak mampu saya tunaikan, hanya doa saya mengiringi kamu semua. Sebab tu saya nak bersama-sama kamu di syurga. Agar kita dapat habiskan masa lebih lama untuk berborak dan berbual mesra. Semoga di sana nanti, kita dapat saling menzirahi rumah masing-masing di syurga-syurga yang berbeza. Moga di sana nanti, kita dapat bermandi-manda di sungai-sungai yang indah. Moga di sana nanti kita dipertemukan dengan insan agung, Nabi Muhammad SAW.

Tegakkanlah Islam dalam dirimu, barulah Islam akan tertegak dibumimu. Marilah kita sama-sama betulkan langkah kita. Marilah bersama-sama kenali diri kita. Marilah bersama-sama kenali pencipta kita. Semoga syurga itu menjadi tempat untuk kita reunion kembali suatu masa nanti. Tempat untuk kita mengenang saat-saat indah suka dan duka kita di JAD, di SERATAS, di Convent dan lain-lain.

Sahabat,

Kadang-kadang langkah kaki saya juga bengkok. Terpesong dari tujuan yang asal. Saya harap di kala itu, kamu dapat menarik saya kembali ke jalan yang lurus ini. Kamu pun nak masuk syurga bukan? Saat saya terleka nanti, berilah peringatan kepada saya. Saya harap saat itu nanti, kamu juga dapat memandang saya dengan penuh kasih-sayang. Dengan penuh rasa berharap untuk melangkah ke syurga bersama-sama saya. Tolong jangan tinggalkan saya terumabang-ambing saat itu. Tolong betulkan saya.

Sahabat,

Pandanglah mereka disekelilingmu dengan pandangan kasih-sayang. Kasih seorang manusia terhadap manusia lain. Janganlah dipandang hina mereka atas perbuatan buruk mereka, kerana mungkin mereka tidak mengetahuinya. Kitalah yang tahu bertanggungjawab untuk menyampaikan suruhan Allah SWT kepada mereka. Bertanggungjawab untuk menyampaikan kata-kata rasulullah SAW kepada mereka. Sebab, kita pun nak masuk syurga dengan mereka. Bersungguh-sungguhlah dalam dakwahmu, dakwah yang akan menyelamatkan kita dan mereka dari azab Allah SWT yang tersangat dahsyat.

Sahabat,

Bersyukurlah apabila ada yang menegur perbuatan buruk kita. Kerana masih ada yang sayang pada kita. Kerana mereka nak masuk syurga dengan kita. Janganlah bersangka buruk terhadap mereka kerana sesungguhnya, mereka hanya inginkan yang terbaik buat kita di kehidupan kekal abadi kelak. Merekalah sahabat-sahabat yang akan memimpin tangan kita untuk ke syurga bersama-sama nanti. Berterima kasihlah kepada mereka.

Sahabat,

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Saya nak masuk syurga dengan kamu.

Jomlah kita amalkan ajaran Islam yang sebenar. Jomlah kita taati Allah dan rasulNya. Jomlah kita perbanyak amal kita sementara masih ada. Jomlah kita menjadi kekuatan satu sama lain untuk terus berada di jalanNya.

Akhir kata, saya sayang kamu semua. Doakanlah kebaikan untul saya di dunia dan akhirat. Kamu juga akan sentiasa dalam doa-doa saya. Sebab, saya nak sangat masuk syurga dengan kamu!!

http://www.youtube.com/v/FvQGrqQMrEc&feature

Advertisements

19 thoughts on “Untukmu sahabatku…

  1. terharunye bace post ni
    nok jadi ore 1st kOmen…
    saye pon nk masuk syurga dengan kamu
    banyaknye dosa kita..tapi luas lagi ampunan dan rahmat Allah
    sentiasa pohon ampun dari Allah
    semoga kita jadi hamba terbaik buat Pencipta Yang Satu…

  2. andainya alam ini mampu berkata-kata,
    pastilah pujian buatmu teman,
    di waktu itu akulah yang bertuah,
    punya sahabat seperti mu…

    smoge kte dpt lindungan arasy Allah kelak,
    duhai sahabat..

    😀

  3. kawan jadilah seperti si matahari
    Membakar diri demi insan sejagat
    kawan jadilah seperti bulan purnama
    Menerangi malam yang gelap gelita
    Menunjukkan jalan demi umat semesta

  4. sy pn syg kamo jga =)

    sy pn ingin msk syurga dgn kamo
    sy pn ingin msk syurga dgn kamo
    .::sy pn ingin msk syurga dgn kamo::.

    doakn kta sm2 dpt hdp dgn keredhaanNya n sm2 dpt msk syurga…aminnn

  5. salam,
    terharunya baca post ni…sungguh melankolik…teringat teman2 di seperjuangan di SMKPUTERI(rindunya kt korang sume) dan JAD…semoga ukhwah persahabatan kita kekal ke akhirnya…semoga syurga Ilahi menjadi tempat perjumpaan kita kelak..

    sesungguhnya teman ibarat cermin diri kita sendiri.janganlah kita biarkan teman seperjuangan kita sendirian andai langkah kakinya terpesong, tersasar ke lorong yang salah.sama2lah kita membantunya..buat temanku andai diri ini punya kekhilafan pernah terkasar bahasa tersilap bicara,maafkan ku teman..aku ingin ke syurga berpimpinan tangan dengan kalian..

    wassalam…

  6. “harini kawan aku marahkan aku”
    maka nukilkanlah ia pada pasir dipantai agar ombak mmbawanya pergi
    “harini kawan aku senyum padaku”
    maka nukilkanlah ia pada batu disungai agar ia kekal disitu
    tu la kata2 hikmah dalam bersahabat
    kurangkan berdendam..banyakkan mengenang jasanya..
    macam mana nk buat tuh??
    Rasulullah dah tnjukkan contoh tbaek
    tak sempurna iman seseorang jika tak menyayangi saudaranya seperti mana dia sayangkan dirinya..
    itulah harganya sebuah kasih sayang..malah menjadi sebahagian dari kesempurnaan iman..
    maka jgn sesekali memperlekehkannya..walaupun hanya menerima senyuman yang lahir dari kasih syg sahabatmu itu..
    kasih sayang menghapuskan dendam..
    kasih sayang melebarkan ukhwah..
    pimpinlah tangan sahabatmu dengan kasih sayang menuju ke jalanNya..amiiin

  7. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

    “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'”

    kalau sayang sahabat kte, doakan kebaikan untuknya..moga kta juga beroleh kebaikan dariNya..amin..

  8. ala,doa shbt cik konokokoro x makbul la camni coz cik kokoro da taw sahabat die doa kat die..ala… 😀

  9. baru ku sedari langkah kaki ini sudah terpesong….

    masuk ke jannah bersama kalian sahabatku merupakan impianku,
    lantaran itu….
    ak mencelah dalam kalangan kalian,
    untuk menyebarkan seruan dakwah,
    untuk menerima pengiktirafan kalian,
    ku ikut rentak hidupmu sahabat,
    untuk menaburkan haruman ukhuwah,
    tapi ak tewas………
    tewas dengan gaya hidup kalian,
    tewas dengan pergaulan kalian,
    tewas dalam menarik kalian ke sirotol mustaqim….

    hingga kini kutewas untuk mengatakan y haq kpd mu,
    lantaran gusar andai teguranku memutuskan ikatan persahabatan kita…..
    astaghfirullah….
    moge ALLAH ampuni kekhilafanku…

    ya ALLAH berikanku kekuatan utk membimbing diriku juga sahabat kesayangan ku sekalian….

    moga jannah mu terbuka untuk ku dan sahabat lillah ku…
    amiiiin…

  10. kdg2 inginku berkongsi segala isi hati ngn seorg
    insan bernama kawan..tpi ape daya insan bernama kawan
    pn punye mslah n hidup sndri..andai kata aku bercerita sudi ke
    kwn mendengar masalahku..dbahu ku kini tergalas ujian dari ALLAH
    perlukn sokongn dr insan bernama kwn selain berpaut pada Allah..
    cik konokokoro ingin sekali sye menglimu ngn lebih dkat..(“,)

  11. kepada cik me,

    saya juga nak sangat kenal dengan awak..nak jugak masuk syurga dengan awak..^_^

    bahu saya pun ade kalau awak nak pinjam…saya mungkin bukan penyelesai masalah yang baik..tapi insyaAllah, boleh jadi seorang pendengar yang baik…orang cakap bila kita boleh ceritakan masalah kita pada orang lain pun, separuh daripada masalah tu akan hilang…

    jgn risau kalau x ada yg dengar, atau mcm x ada yg nak amek peduli @ sayang kt kte..insyaAllah, awk masih ada Allah dan saya…saya syg awk:)

    cik me nak kawan dgn saya x?add la dkt ym @ boleh email sy, nnt kte borak2 ek…xylannet_03@yahoo.com

  12. jangan gitu cik konokokoro,entah2 cik me tu laki..takley bg pinjam bahu camtu je..hahah

  13. tu ayat org perempuan rasenya..apape pun, jgn risau, masih ada yang sayangkan awk cik/encik me…

    kalau awk lelaki, saya tolong pinjamkan bahu uwais utk awk..dont worry, be happy~

    dan sebenarnya artikel ni pun ditujukan kepada rakan-rakan sy yg lelaki…sebab sy tak boleh terlalu baik dan rapat dgn anda semua, sbb nnt Allah murka dan habislah impian sy dan anda semua utk masuk syurga sama2kan..maka sy berharap kat syurga nanti kita boleh menjadi sahabat baik dgn redha Allah SWT..

  14. (“,)sye gurl sebb 2 sye nk knal ngn lbih rpt
    ngn cik konokokoro..hehehe..Allah mguji sye
    ngn skit supye sye sentiasa ingt kpdeNya..
    Allah msih sygkn sye..sye rse hti sye dlm
    “skit” perlukn rawtn rohani..trme ksih cik
    konokokoro..sudi mmbce n mmbntu sye..dekireba
    anata to ishouni tengoku o hairitai..

  15. sahabat tegurlah daku..
    biar kte2mu menyakitkan htiku..
    andai itu yg mampu mmbuatkan
    aku berubah ke jalan Allah..
    jgn tkut krne tkut aku terasa..

    ayat yg plg ku ingt..
    “jange royat mg xke wat bende 2 klu
    sblum ni mg tau bende 2 slah..coz loni
    mg wat dah pon bende 2..sape mg nk wi
    hujah mg klu nok bndg nge hujah2 Allah”..

    trme ksih shabatku..

    p/s:terima ksih sahabatku yg meminjamkn
    bahumu kpde ku..(“,)saye sgt mg…

    saye nak masuk syurga nge kamu..
    saye nak masuk syurga nge kamu..
    saye nak msuk syurga nge kamu..

  16. untuk sahabatku…
    lupakanlah persengketaan itu..
    jalinkanlah kembali persahabatan ini..
    tergamaknya engkau memutuskan
    silaturahim dan persahabatan ini..
    aku ikhlas bersahabat denganmu..
    tentu masih kau ingat kata-kataku ini,
    bahawa kau adalah anugerah tuhan untuk menjadi sahabatku.
    lantas dengan itu aku berjanji utk menjadikan kau adalah sahabatku dunia akhirat.
    tetapi takdir telah memisahkan kita atas sebab yang sendiri ku tak pasti.kau terlalu turutkan hati,hinggakan tiada satu pun kebaikan ku padamu selama bersahabat dulu.
    aku redha apa yang berlaku.aku juga dgn seikhlas hati memaafkan segala keceluparan tuturmu,janjimu yang terabai,tingkahmu yang menyakitkan,sikapmu yang menguriskan.
    aku redha dengan perpisahan ini,walaupun amat menyakitkan.pedihnya hingga ke ulu hati.rasanya mati pun sanggup dari mengingati dan menanggung segala kepahitan dan kepedihan ini.
    maafkan aku wahai sahabatku,kerana meluahkan segala kesedihanku untuk tatapan ramai.doa dariku semoga kau berada dlm rahmat allah,serta sejahtera selalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s