Rejab-Kita ditipu atau tertipu?

1_rejab_thumbPejam celik pejam celik,kita sudah sampai di bulan Rejab,salah satu bulan di mana Allah mengharamkan peperangan di dalamnya.Firman Allah dalam Surah Al-Taubah ayat 36 yang bermaksud, “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati . Itulah ( ketetapan ) agama yang lurus maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat, dan perangilah orang-orang musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya ; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa .” Ulamak secara jumhurnya telah sepakati bahawa 4 bulan yang dimaksudkan itu ialah Zulhijjah,Zulkaedah,Muharam dan Rejab.

Bulan rejab bererti memuliakan bersempena dengan amalan orang arab jahiliyah yang memuliakan bulan ini.Orang arab jahiliyah mengharamkan sebarang bentuk pergaduhan atau peperangan di dalam bulan bulan ini.Jika peperangan pun diharamkan pada bulan ini,apatah lagi dengan perkara-perkara kecil seperti penipuan atau penyelewengan?Jika arab jahiliyah,satu bangsa yang tidak bertamadun,yang tidak menjadi rebutan mana-mana kuasa yang sedang gila menakluk dunia pun tahu menghormati dan memuliakan bulan ini, dimanakah kedudukan orang yang tidak tahu menghormati bulan ini seperti bangsa Melayu?

Bangsa Melayu tidak menghormati bulan Rejab?

Pasti kita ingat bangsa Melayu telah memuliakan bulan Rejab kerana ramai di antara kita yang puasa genap sebulan di bulan rejab,qiamullail suntuk satu malam dan bersedaqah jiwa dan raganya.Ironinya,kita betul-betul telah menghina bulan rejab bahkan Rasulullah sendiri dengan berpegang kepada hadis-hadis fadhail(fadilat) yang palsu.

Satu demi satu pendustaan berlaku terhadap Muhammad bin Abdullah dengan mereka fadilat ibadah pada bulan rejab dengan menisbatkan ke atas Rasulullah.Yang paling ketara ialah peristiwa Israk Mikraj.Ulama telah sepakat mengatakan bahawa tarikh sebenar Israk Mikraj tidak diketahui tetapi kita pula sepakat mengatakan tarikh Israk Mikrah jatuh pada 27 Rejab. Hebat betul kita.

Apabila tiba bulan Rejab,kita juga biasa mendengar satu hadis dari Anas bin Malik berkata, bersabda Nabi: ” Bulan Rejab bulan Allah , bulan Syaban bulanku , bulan Ramadhan bulan umatku.”Hadis ini telah dilabelkan sebagai hadis maudho’ oleh para Ulamak dan kita ditegaskan supaya tidak berpegang dengan hadis maudho’ walaupun satu hadis.

“Eh takpe,hadis maudho’ tu pom hadis gak,”seorang pakcik memberi kenyataan yang membuatkan telinga ini sakit.

“Takley pakcik,hadis maudho’ tu takley nak pegang,tak sah.Kalu dhoif boley lagi tapi kalo maudho’,kene buang terus,”ana membantah.

“Hebat sangat ke awak sampai bley lawan ulama’ yang tulis hadis ini?!”Marah pakcik itu sehingga aku terdiam.Lebih baik berdiam daripada membalas, fikir ana.

Hadis tadi tidak berhenti di situ,ada sambungannya.Sambung Anas lagi, Rasulullah bersabda, “tidak seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab , kemudian ia bersolat pada malam jumaat antara waktu isyak 12 rakaat .. kecuali Allah akan mengampuni kesemua dosanya sekalipun dosanya seperti buih di laut dan sebanyak daun-daun pohon kayu serta diberi syafaat pada hari kiamat sebanyak 700.”

Ana bukanlah menentang sesiapa yang berpuasa sunat di bulan Rejab, berqiamullail sepanjang malam di bulan Rejab dan bersedeqah tetapi ana hanya ingin menegakkan kebenaran bahawa tiada hadis yang mengatakan fadhilat-fadhilat khas di bulan Rejab.

Ingin berpuasa genap sebulan?Silakan tetapi perbetulkan niat antum(kamu) bahawa antum puasa kerana Allah semata-mata bukan kerana kelebihan bulan Rejab.Nasihat ana,janganlah kita berlebih-lebihan,nanti buruk padahnya.Aishah berkata bahawa nabi tidak pernah berpuasa sebulan penuh melainkan bulan RamadhanJadi,fikir-fikirkanlah.

Jangan pula selepas membaca artikel ini kita tidak ingin perbanyakkan amal ibadah di bulan Rejab kerana sememangnya ulama’ mengsyorkan kita supaya perbanyakkan amal ibadah di bulan ini supaya senang kita beribadah di bulan Ramadhan nanti.Rasulullah SAW juga antara lain menganjurkan kita dengan bacaan doam,“Ya Allah berkati kami di bulan rejab dan sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan!”

Pesan ana supaya kita membetulkan apa yang salah dalam masyarakat kita, lakukan pembahruan,lakukan Islah!Ini bukan masalah kaum muda atau kaum tua tetapi ini masalah ummat.Berhentilah daripada sebarkan perkara yang dusta,tegakkan haq walaupun ia pahit.Betul Rejab itu mulia tetapi jangan terlebih dalam memuliakannya sehingga kita berdusta dengan menggunakan nama Rasulullah.

Akhir qalam,apa tunggu lagi?Jom beribadah sebanyak yang boleh! GAMBAROU!!!

11 thoughts on “Rejab-Kita ditipu atau tertipu?

  1. jom puasa esok sempena meraikan kedatangan bulan yang mulia…..

    iftar disediakan kat surau…. jom ramai!!!!!

  2. jom puasa bln rejab syaban ramadhan…fuh tiga bln sekali gus…sbg peringatan…Rasulullah sndiri x mnggalakkan umatnye brpuasa sebln kecuali bln ramadhan..sbb Rasulullah x prnh bepuasa pnuh sebulan melainkn pada bln ramadhan…jgn disbbkn kite sbuk brpuasa kite jdkn alasan letih kpd lecturer…nnti jd fitnah plk trhdp agama…lain jdnye..

  3. btol tu…byk drpd kita, yer laa puasa, tp dsbabkan puasa, diorg ckp letih, malas2, muka masam…mcm laa puasa tu ssuatu yg buruk… buat malu jerrr…kn kn??

  4. ade senpai (dah fly) belanje domino pizza, sebab malam tu sepatutnya ade la sorang hamba Allah ni bawak turun puding roti untuk iftar, tetibe die lak tetido, tepaksa ler senpai order pizza (naseb baek senpai tu ader kupon diskaun), kalau x tak makanlah org yg turun iftar…. sapela yg tertido tu yer….. huhuhu….

  5. haha dah la puding roti tu hangus….

    menu bulan rejab yer…kite try dapatkan kurma untuk ramadan, tapi kalau ade bajet lebih leh beli tuk rejab n syaaban skali… insyaallah mggu depan kite akan gerakkan semula tabung iftar… so jom beramal bersama…. untuk menu lain, bergantung ler pada kemampuan dan kapasiti org2 yg akan masak…. sebarang kekurangan amat disesali….
    [ni EUFORIA bukan UWAIS]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s