Doa si penghuni neraka

Menjadi lumrah manusia apabila dia dalam kesusahan,kepayahan atau kesakitan maka dia akan kembali kepada Pemilik nya.Begitu juga dengan manusia-manusia yang menghuni neraka kelak,apabila kesakitan itu sudah tidak dapat ditampung lagi,mereka akan berdoa kepada Allah, mengharap secebis belas kasihan daripada Tuhan sekalian alam walaupun mereka tahu semuanya sudah terlambat,nasi sudah menjadi bubur.

Dalam satu kisah yang diriwayat oleh Ibnu Al-Mubarak,katanya bahawa Al-Hakam bin Umar menceritakan kepada kami berita yang bersumberkan dari Muhammad Bin Ka’ab Al-Qardzi.Katanya: Telah sampai berita kepadaku bahawa ahli neraka itu akan meminta pertolongan kepada malaikat-malaikat penjaga neraka,seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Ghafir ayat 49:

Dan berkatalah pula orang-orang yang ada dalam neraka kepada malaikat-malaikat penjaga neraka Jahannam: “Pohonkanlah kepada Tuhan kamu, supaya Ia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari”.

Lalu permintaan mereka itu dijawab oleh malaikat penjaga neraka seperti ayat berikutnya:

Malaikat penjaga neraka menjawab: “Bukankah kamu telah didatangi Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)?” Mereka menjawab: “Ya, telah datang”. Malaikat itu berkata: “Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri. Dan doa permohonan orang-orang yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja”.

Mendengarkan jawapan daripada malaikat-malaikat tadi,mereka berasa sungguh kecewa dan mereka bercadang untuk berjumpa dengan ketua malaikat neraka,malaikat Malik Zabaniyah.Malik Zabaniyah berada di tengah-tengah neraka,menguasai jambatan-jambatan yang dilalui oleh malaikat-malaikat azab.Mereka berjumpa dengan Malik dan berkata:

Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): “Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!”[Az-Zukhruff:77]

Namun soalan mereka tidak dijawab oleh Malik sehinggalah 80 tahun akhirat. Setelah berlalu 80 tahun,Malik bersuara:

Malik menjawab: “Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!” [Az-Zukhruff:77]

Mereka bagaikan dilempang apabila mendengar jawapan yang diberi oleh Malik,lalu sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain, “Sesungguhnya kamu telah ditimpa bala dan azab seperti yang kamu lihat.Maka,marilah kita bersabar.Boleh jadi dengan kesabaran itu dapat memanfaatkan kita sebagaimana orang yang taat kepada Allah yang mendapat manfaat daripada kesabaran mereka.” Lantas mereka pun bersabar dengan begitu lama sekali sehingga jiwa mereka diselubungi dengan kegelisahan.Mereka berkata:

Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? ” Mereka menjawab: “Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)”. [Ibrahim:21]

Iblis yang berada di sisi mereka mendengar apa yang dilafazkan oleh mereka dan membalas:

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. [Ibrahim:22]

Apabila mendengar kata-kata iblis itu,mereka mula menyesal dan mula membenci diri sendiri.Tatkala mereka membenci diri sendiri itu,mereka diseru:

Sesungguhnya orang-orang yang kafir akan dipanggil dan dikatakan kepada mereka (pada hari kiamat): “Demi sesungguhnya! Kebencian Allah (kepada kamu) lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri sendiri, (sebabnya kerana) semasa kamu diseru dan diajak (di dunia dahulu) supaya beriman, (kamu enggan dan menolak), lalu kamu terus berkeadaan kufur”. [Ghafir:10]

Mereka menjawab:

Mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?” [Ghafir:11]

Lalu Allah menjawab:

(Lalu dikatakan kepada mereka): “Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah, kamu kufur (dan menolak cara bertauhid itu); dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya (dan menerima bawaan syirik itu). Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi (dari apa yang dipersekutukan), lagi Yang Maha Besar (pemerintahanNya)”. [Ghafir:12]

Mereka menyeru kepada Allah buat kali kedua:

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

[As-Sajda:12]

Allah menjawab:

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”. [As-Sajda:13]

Mereka meminta lagi kepada Allah untuk kali seterusnya:

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? [Ibrahim:44]

Allah menjawab:

“Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)”.  [Ibrahim:45]

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. [Ibrahim:46]

Untuk kali keempat,mereka memohon kepada Allah:

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan[Fatir:37]

Allah membalas:

(lalu Allah menempelak mereka): “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan”. [Fatir:37]

Setelah menjawab kepada soalan mereka yang keempat ini,Allah membiarkan mereka selama yang dikehendaki Nya dan setelah itu Dia berfirman:

(Sambil dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?” [Al-Mukminun:105]

Apabila mendengar suara Allah itu,mereka berfikir mungkin masih ada peluang bagi mereka sehingga ada yang mengatakan bahawa mungkin Allah telah redha terhadap mereka.Tatkala itu mereka berkata:

Mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat. [Al-Mukminun:106]

“Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.” [Al-Mukminun:107]

Akhirnya Allah berfirman:

(Allah) berfirman: “Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! [Al-Mukminun:108]

Lalu mereka diam tidak terkata buat selama-lamanya.Diazab dan terus diazab oleh Allah.Semoga kita dapat ambil pengajaran daripada cerita ini.Amin.

8 thoughts on “Doa si penghuni neraka

  1. Ya Allah dekatkanlah kami dengan syurgaMu
    jauhkanlah kami dari api nerakaMu~ amin

  2. di akhirat esok,Allah akan bukakan panggil semua penghuni syurga duduk di hadapan neraka untuk menyaksikan satu persembahan.Lalu Allah membuka pintu neraka buat ahli neraka,maka larilah mereka ke arah pintu-pintu itu untuk keluar dari neraka sambil diperhatikan oleh Allah syurga.Tatkala mereka hampir sahaja dengan pintu itu,Allah menutupkan pintu-pintu neraka.Mereka terkejut dan kecewa manakalah ahli syurga gelak terbahak-bahak.Pertunjukan diulang buat kali kedua dan begitulah yang berlaku. Kali ketiga menyaksikan bahawa ahli neraka sudah tahu bahawa mereka dipermainkan oleh Allah lalu mereka kekal di tempat mereka diazab. Allah bersabda, “dulu kamulah yang memperolok-olokkan agama Ku,kini aku pula memperolok-olokkan mu”.

    Moge kite menjadi ahli syurga yang gelak terbahak-bahak itu,bukan ahli neraka yang sadis.

  3. salam ukhwah,
    takutnya ble bce post nie…de seorg sahabat bgi tau kt saya..apb tiba waktu di padang masyar nanti,org yg pling byk melakukan dosa sanggup msuk neraka tanpa Allah perhitungkn dosanya..saya pn bertnye,”knp nk jdi cm 2??dia malu ke??knp nk malu bukan ke tyme 2 masing2 hnya fikirkn masalah masing2″…..kwn sye pn jwb”dia malu bukan kepada manusia tapi malu kepada diri sendiri sbb x sanggup nk tgk kesalahan2 dia yg lalu apb allah pamerkn satu per satu dosa2nya..”wallahualam

    semoga kita dijauhkn dri nerakanya..
    wassalam..

  4. salam..
    to geng azzariyat..
    sy doakan korg jgn berhenti buat artikel2 mcmni..
    sgt2 berguna utk ramai org😉
    jgn putus asa tau..
    sy juga doakan korg xputus atau kehabisan idea untuk terus menulis artikel2 yg menarik..
    good luck korg:)
    ^ i mean it ^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s