Fathi Dan Jacko-Antara 2 Tokoh

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian, kemudian
kepada Kami engkau akan kembali”. (Al-Ankabut 57)

Biar hebat mana pun seseorang itu,kalau sudah sampai ajalnya,pasti dia akan mati.Itulah hakikat yang bernyawa,bukan sahaja manusia tetapi semua makhluk ciptaan Allah.Hidup ini sementara,bagaikan seorang Musafir bak kata Rasulullah,singgah di dunia yang sementara ini untuk mengumpul bekal akhirat esok.2 minggu ini,kita telah kehilangan 2 tokoh besar walaupun mereka berada dalam bidang yang jauh berbeza namun sumbangan mereka kepada dunia memang tidak boleh dinafikan.

Ramai yang bising mendengar berita kematian Raja Pop dunia,Michael Jackson (Jacko).Ada yang meratapi pemergiannya dan ada juga yang gembira dengan kematiannya.Seluruh dunia pesat membicarakan tentangnya sehingga setiap malam selepas kematiannya,rancangan- rancangan khas buatnya dipertontonkan kepada masyarakat.Ana yang tidak berapa kenal dengan Jacko pun menjadi sedikit arif tentangnya.

Namun,berapa ramai yang menangis di tikar sejadah kerana mengenang pemergian pengarang buku Maza Ya’ni,Ustaz Fathi Yakan?Kali pertama ana tahu tentang kematiannya melalui status seorang sahabat, ‘Al- Fatihah buat Ustaz Fathi Yakan’.Berita itu agak mengejutkan ana kerana ana begitu mengagumi tokoh ini.Dia seorang jurutera dan dia juga seorang pendakwah yang berjaya.Tapi yang sedihnya sedikit sangat manusia yang menangis kerana pemergiannya.Yang lebih teruk lagi,ada yang tidak kenal siapa insan yang bergelar Fathi Yakan ini.Sungguh mengilukan.

Tapi,itulah hakikatnya.Seorang penyanyi akan lebih terkenal daripada seorang pendakwah.Kematian seorang penyanyi akan diratapi satu dunia tetapi kematian seorang pendakwah akan ditangisi oleh sekumpulan kecil manusia.

Ana tidak berniat untuk merendahkan Jacko,bahkan ana cukup mengagumi beliau.Kerana kewujudan beliau dan kejayaan beliau lah dasar apatiks iaitu dasar yang mendiskriminasikan orang mengikut warna kulit dihapuskan. Beliau juga membuktikan bahawa orang kulit hitam boleh berjaya dan menjadi tokoh besar bagi semua orang kulit hitam.Kejayaannya bukanlah bermula selepas dia menukar kulitnya kepada kulit putih tetapi kejayaan sebenarnya bermula semasa dia menganggotai kumpulan Jackson 5 iaitu kumpulan adik-beradiknya.Albumnya berjaya terjual sebanyak 50 juta dan menjadi rekod jualan terbanyak sampai sekarang.Dan yang penting tentangnya, dia adalah seorang Islam.Namanya Mikael sempena nama malaikat pemberi rezeki.Semoga Allah merahmati roh beliau.

Usrah di Falahiah memberi impak yang besar terhadap diri ana.Daripada seorang insan yang hanya mempunyai seluar pendek,ana membuang kesemuanya.Aurat menjadi perkara yang sangat sensitif buat diri ini. Semuanya terhasil kerana satu didikan berdasarkan satu rujukan yakni buku Maza Ya’ni(apa erti saya menganut Islam).Nama Fathi Yakan cukup terkenal di Falahiah,tambah-tambah ada seorang kawan yang alim bernama Fathi. Ana ingatkan nama ulama’ besar ini hanya terkenal di Falahiah,pabila kaki melangkah masuk ke JAD,nama insan mulia ini sentiasa menari-nari di bibir para senior.Mantan ahli Parlimen Lubnan ini sentiasa menegaskan supaya kita berbalik kepada Islam dalam apa-apa tindakan kita.Dalam menjayakan kerjayanya sebagai seorang ahli politik Islam,dia banyak menegur ahli-ahli politik lain yang sentiasa sibuk berbicara tentang politik sehingga mengetepikan Islam.Itulah dia Fathi Yakan,seorang manusia yang sentiasa meletakkan Allah dan Rasul di hadapannya.

Pemergian kedua-dua tokoh ini pasti memberi satu kesan yang besar kepada dunia.Moga-moga,yang patah tumbuh  dan yang hilang berganti.Semoga kedua-dua Allahyarham di rahmati Allah.

Al-Fatihah

2 thoughts on “Fathi Dan Jacko-Antara 2 Tokoh

  1. secara jujur, aku memang tak kenal Ustaz Fathi Yakan
    aku tahu tentang kematian beliau juga melalui status seorang sahabat
    setelah baca article ni, baru aku tahu sumbangan beliau kepada Islam..
    semoga Allah memelihara beliau sebaiknya sebagaimana beliau memelihara agama Allah
    tidak berminat menyentuh tentang kematian Jacko sebab aku x minat omputih~
    Al-Fatihah untuk yang telah pergi~

  2. surat khabar kosmo ade tulis baru2 ni yg Jacko ade masalah kulit yg membuatkan kulit dia bertukar ‘sendiri’ kepada warna putih.. huhu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s