Tom And Jerry-Siapa salah?

Tom and Jerry,siapa yang salah.Itulah tajuk yang ana sengaja keluarkan di shoutbox untuk tahu pandangan pembaca-pembaca Azz.Com.Banyak pandangan yang ana terima,ada yang mengatakan Tom yang salah dan ada juga yang mengatakan Jerry yang salah.Tom dianggap bersalah kerana dia merancang segala rancangan jahat untuk menangkap Jerry,manakala Jerry pula dianggap bersalah apabila mengenakan Tom balik dengan taktik yang tersangat kotor.Jadi,persoalannya sekarang,siapa yang salah,Tom atau Jerry?Alhamdulillah, kiranya motif soalan tercapai apabila pembaca yang mengguna nama jolokan ‘Guest’ memberi pandangan.Sebelum kita baca balik pandangan cik Guest,jom kita kenali dahulu Tom dan Jerry supaya kita juga mempunyai pandangan yang tersendiri.

Asal Cerita…

Tom merupakan seekor kucing yang dipelihara oleh seorang makcik yang tidak berkepala.Ana mengatakan makcik itu tidak berkepala kerana kepala makcik itu tidak pernah ditunjuk oleh pelukis walaupun dalam satu episod,kalau ada mungkin ana tertinggal.Tom hidup dengan tenang dan gembira kerana dimanjakan oleh tuannya.Namun,ketenangan hidup Tom berubah apabila dia mula menyedari bahawa ada seekor lagi haiwan yang wujud di dalam mahligainya iaitu seekor tikus bernama Jerry.

Dijadikan cerita,walaupun fitrah seekor tikus keluar pada waktu malam untuk mencari rezeki,Tom keluar pada waktu siang.Disebabkan perangainya yang suka keluar pada waktu siang,kewujudannya diketahui oleh Tom.Jadi,Tom merancang untuk menangkap dan menelan Jerry yang mengganggu ketenteramannya.Tetapi yang malangnya,setiap usaha keras Tom dapat dihalang oleh akal Jerry yang cukup licik.Sampai satu tahap,Tom hampir mati kerana dikenakan oleh Jerry.

Tom & Jerry by Mama Min

Tom anda Jerry

Salah Siapa?

Jadi,persolannya sekarang,siapa yang salah dalam hal ini?Adakah Tom yang merancang mengenakan Jerry?Tapi Tom tidak akan merancang plan untuk membunuh Jerry jika Jerry tidak menunjuk mukanya.Jika Jerry pula ingin disalahkan,Jerry hanya melakukan apa yang dia patut buat yakni mencari makanan,lansung tidak terlintas di hatinya untuk menarik perhatian Tom. Jadi kesimpulannya,siapa salah?Tom atau Jerry?

shoutbox by you.

Guest's Comment

Apa?Dua-dua tidak salah tapi ana yang salah sebab ana yang buat soalan ini?Mengikut seorang pembaca yang bernama Guest,ana yang patut dipersalahkan kerana mengeluarkan soalan yang merepek kerana sememangnya fitrah Tom dan Jerry sebegitu. Mungkin jawapan sebegini tidak disukai oleh pembahas-pembahas seperti Euforia tetapi inilah jawapan yang ana cari sebenarnya,inilah hakikat kepada soalan ini.Mengapa kita persoalkan Tom and Jerry,siapa yang salah padahal hakikat penciptaan cerita itu sememangnya sebegitu.Tom akan cuba tangkap Jerry dan Jerry akan kenakan Tom balik. Inilah hakikatnya,mereka tidak akan lengang dengan pergaduhan.Samalah seperti kita persoalkan tentang syaitan.Adakah syaitan salah menggoda kita melakukan maksiat?Tidak,kerana sememangnya hakikat penciptaan syaitan adalah untuk menggoda manusia melakukan maksiat.Salahkah seorang guru mengajar seorang murid kalau sememangnya kerja seorang guru adalah mendidik anak muridnya? Salahkah seorang nelayan pergi ke laut menangkap ikan kalau sememangnya tugas seorang nelayan pergi ke laut untuk menangkap ikan?Samalah Tom dan Jerry,mereka tidak salah kerana sememangnya mereka diciptakan oleh pelukisnya untuk saling bergaduh.Jadi,salah siapa sekarang?Salah kita,silap, salah ana kerana menimbulkan soalan ini.

Kita Terlepas Pandang..

Buka sahaja surat khabar,pasti ada kes rogol.Kalau bukan teman lelaki rogol teman wanita,datuk rogol cucu.Kalau bukan datuk rogol cucu,anak rogol mak. Inilah lumrah kehidupan di Malaysia.Jika di era 80-an,kes rogol diambil berat oleh masyarakat namun sekarang?Seorang datuk merogol cucu perempuannya yang berumur 5 tahun secara beramai-ramai,berjemaah.Apa nak buat,One Malaysia,’barang kau,barang aku juga’.

GIRLS vs BOYS !! (EXPLORED) by Still Alive ..

girl vs girl

Azzariyat pernah membincangkan isu rogol,salah siapa,lelaki atau perempuan. Sememangnya soalan ini tidak ada jawapannya seperti soalan Tom dan Jerry,siapa yang salah kerana kalau hendak dikata perempuan freehair pencetus kepada masalah ini,terkadang perempuan berpurdah pun dirogolnya. Kalau lelaki nak disalahkan,perempuan yang menarik minat lelaki. Pokok takkan bergoncang kalau tiada beruk di dalamnya.Jadi, persoalan ini tidak akan selesai jika asyik menuding jari kepada orang lain, sebaliknya muhasabahlah diri sendiri,adakah kita bersalah atau tidak.

Apabila kita berhadapan dengan masalah kehidupan yang tidak dapat diselesaikan oleh akal,maka rujuklah al-quran,kembalilah kepada sunnah nabi. Apa nabi kata,apa Allah kata harus diutamakan dalam segenap perkara.

Terbiasa sangat apabila membincangkan isu rogol ini,kita akan merujuk kepada surah An-Nur ayat 31 yang mengandungi perintah supaya perempuan-perempuan beriman menutup aurat.Firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;…. (sehingga ayat terakhir)

Sememangnya ayat ini menegaskan kepada perempuan-perempuan yang BERIMAN supaya menyekat pandangan mereka dan menjaga aurat mereka. Jika dirujuk kepada ayat di atas,kita akan faham bahawa perempuanlah punca kepada kes-kes rogol yang berlaku sekarang.Tapi,ana persoalkan, adakah cucu yang berumur 5 tahu boleh dipersalahkan dalam kes rogol datuknya?Adakah cucu ini menayang buah dadanya kepada datuknya? Menggoda datuknya?Tidak,sama sekali tidak malah mustahil dan tidak masuk akal.

Inilah kesilapan terbesar kita dalam membaca firman Allah.Kita terlalu suka untuk berhujah dengan satu ayat sahaja sehingga kita lupa kepada ayat-ayat yang lain.

Imam-imam di masjid yang berlambang ‘biru’ setia melihat maksiat di hadapan mata tanpa berani melangkah kehadapan menegakkan yang hak. Alasan mereka?”Taatilah Allah,taatilah Rasul dan pemimpin di antara kamu..” kata mereka.Aik,ayat itu belum habis lagi.Surah An-Nisa ayat 59:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan juga kepada Ulil Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Allah (al-Qur’an) dan (sunnah) RasulNYa jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”

Apa yang kita terlepas pandang?

Berbalik kepada surah An-Nur ayat 31,apa yang kita terlepas pandang? Jelas sekali bahawa kita terlepas pandang ayat sebelumnya yang menegaskan kepada lelaki yang BERIMAN supaya menjaga pandangan mereka.Firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Allah menurunkan ayat quran bukan sebab main-main atau suka-suka, mesti ada sebabnya.Turunnya surah Tahrim untuk menegur nabi.Turunnya surah Al-Lahab untuk mencela Abu Lahab.Mesti ada sebab dan musababnya. Begitu juga dengan urutan ayat yang diturunkan,Allah tidak turunkannya dalam keadaan kucar kacir atau suka-suka.Apabila Allah kata mati sebelum hidup seperti dalam surah Al-Mulk,mesti ada sebabnya.

Begitu juga dengan ayat-ayat surah An-Nur ini,jelas sekali Allah ingin menerangkan bahawa kes rogol ini tidak akan terjadi andai lelaki menjaga pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.Allah menjelaskan lagi dalam ayat yang sama bahawa Allah amat mendalam pengetahuan Nya.Apa maksudnya di sini?

Wahai kaum Hawa,mungkin anti semua tidak tahu tapi ana tahu apa yang makhluk yang bergelar lelaki rasa terhadap antum.Semasa makan di KFC lepas ceramah ustaz Fairuz khamis lepas,seorang kawan dari Taylor College membuat satu falsafah baru.” Tiada cinta yang lahir dari hati seorang lelaki melainkan bermula daripada nafsu.“Anti tidak percaya?Percayalah kerana anti tidak faham hati dan jiwa seseorang lelaki.

Allah menegaskan bahawa Allah tahu apa yang ada di dalam hati lelaki kerana lelaki cukup kuat nafsunya.(rujuk:9akal 1 nafsu,1 akal 9 nafsu) Penglihatan lelaki penglihatan transparent.Biar purdah tebal mana pun seseorang perempuan,andai lelaki mahu melihat wajahnya,pasti lelaki itu tahi di mana tahi lalatnya,besar mana jerawatnya dan seksi mana bibirnya. Kalau berpurdah pun lelaki dapat tahu,kalau perempuan yang seksi?Mungkin pada pandangan anti mereka berpakaian tetapi pada mata lelaki? Mereka bogel!

Wahai lelaki,rogol tidak akan berlaku andai kita dapat menahan nafsu kita dengan menunduk pandangan dan menjaga kehormatan(kemaluan) kita. Biar tidak berbaju pun seorang perempuan,andai kita berpegang teguh dengan apa yang diajar oleh Allah yakni menunduk pandangan dan menjaga kemaluan kita,pasti kita menjadi orang yang berjaya.Betapa pentingnya kita menjaga kemaluan kita sehingga nabi bersabda bahawa:

‘Sesiapa yang menjaga apa yang ada di antara dua tulang pipinya (mulut) dan yang berada di antara dua kakinya (kemaluan), aku menjamin untuknya syurga’. (al Bukhari, 6474).

Wahai lelaki,kita asyik menuding jari ke arah perempuan.Berlaku sahaja kes rogol,perempuan yang salah.”Mereka tidak jaga aurat mereka”,kata kita tapi adakah zina itu akan berlaku jika kita hanya berdiam diri dan tidak memberi gerak balas positif ke arah mereka?

Walau hebat mana pun godaan mereka,zina tidak akan berlaku tanpa kita memulakannya.Seorang perempuan,berbikini,muka yang agak menarik, memanggil kita ‘abang’,adakah itu dianggap zina?Seorang perempuan berpurdah,menarik kita masuk ke dalam bilik yang gelap,memegang kita dan cuba mencium kita,adakah itu dipanggil zina?Tidak,itu semua tidak dipanggil zina atau rogol tetapi itu hanya maksiat.

Apakah zina itu?Apakah rogol itu?Anda jawab sendiri kerana ana anggap kurang sopan untuk menerangkannya di sini tetapi apa yang ingin ana tegaskan,sesuatu perbuatan itu akan dipanggil zina,rogol,cabul jika lelaki tidak melakukannya.

Wahai lelaki,kita adalah kaum yang mulia,kita adalah kaum Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi,maka jagalah kemulian kita sepertimana firman Allah dan sabdaan nabi di atas.Allah tahu lelaki gilakan wanita,jadi Allah ciptakan bidadari- bidadari yang sentiasa muda dan dara di akhirat esok.Bidadari-bidadari itu tidak sama mukanya,muka mereka dicipta berpaksikan citarasa kita sendiri. Ada yang suka putih,hidung mancung dan berambut panjang,maka bidadari baginya di syurga esok berkulit putih,hidung mancung dan berambut panjang.Ada yang suka hitam,pendek dan gemuk maka bidadarinya hitam, pendek dan gemuk.Anda ingat semua bidadari umur sama?Anda silap,jika anda seorang datuk yang sukakan budak-budak yang berumur 5 tahun,maka itulah bidadari anda di akhirat esok.Jika anda seorang remaja yang sukakan janda anak 5?Maka itulah bidadari anda di akhirat esok.Choose your own choice!

Wanita bukanlah dicipta untuk menjadi tempat kita melepaskan nafsu kita semata-mata tetapi wanita dicipta untuk menjadi salah satu sebab untuk kita dapat masuk ke  dalam syurga.Berkahwinlah dan jagalah mereka sebaik yang anda mampu. Jangan siksa mereka atas dasar cinta kerana cinta merekalah membawa kita kepada cinta Ilahi seperti yang ditulis dalam artikel ‘tentang cinta 1‘ dan ‘tentang cinta 2‘.

Wahai lelaki,jom tundukkan pandangan kita dan menjaga kemaluan kita supaya dunia ini aman daripada segala maksiat.Ayuh! Apa ditunggu lagi, lakukan sekarang kerana bidadari tengah melihat bakal suaminya di akhirat kelak.Senyumlah…

14 thoughts on “Tom And Jerry-Siapa salah?

  1. a’a..kalo manusie ngaku sume silap mreka n cube bg yg tbaik,dunie ni akan jadi aman… tu la konsep sinergi 1+1=3

  2. assalamualaikum…
    nk tnye, knape xleh bkk ke link 9 akal 1 nafsu, 9 nafsu 1 akal ek…?
    nk tau dgn lbh lnjut ni…
    thanks🙂

  3. @ sm@ll_soul
    kemgknn browser yg saudara/i gne ad mslh…cbe upgrade ke browser yg trkini…klu msih trdpt sbrg mslh..blh laporkn pd kami..

  4. masyaAllah..besarnya tanggungjawab kita sbg hambaNYA n khalifah bumi Allah..tidak kira lelaki mahupn perempuan..sama2 la kita menjaga kehormatan diri dan tidak hanya sibuk untuk menuding jari kpd sesiapa atas apa jua kesalahn mahupun bencana..setiap y berlaku d muka bumi Allah adalh tggungjawab bersama..

    “Zinanya mata adalah melihat (sesuatu), zinanya lisan adalah mengucapkan (sesuatu), zinanya hati adalah mengharapkan dan menginginkan (sesuatu), sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu (semua) …”,
    HR Bukhari & Muslim

  5. stuju2..kalo tgk ayat ‘la taqrabu zina’ sendiri pom,Allah menggunakan perkataan ‘qaraba’ yg mane maksudnye mendekatkan dengan hati..cam ‘taqarrub ila llah’..maksud taqrabu zina,jgn dkt zina dengan hati..kalo dengan hati pom takley,mata,kaki,sume?lagi la..

  6. “Mungkin jawapan sebegini tidak disukai oleh pembahas-pembahas seperti Euforia”

    silap statement tu…. saje je gune nama guest sebab malas nak tukar nama….

  7. x sgka mcm tu skali naluri lelaki..chotto kowaine..
    InsyaAllah,same2 kte mnjage ape yg ptt dijage..smoga Allah sentiasa mlindungi kter dr perkara2 x elok..amin..

  8. kita tidak ada kuasa untuk ubah apa2, kecuali diri kita….kerana Allah kurniakan kepada setiap insan satu benda yang boleh dikatakan mutlak, iaitu KEBEBASAN MEMILIH….so pandai2lah memilih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s