Flu-mask : Bagusnya Jepun

Berdasarkan beberapa hadis nabi,penyakit-penyakit pelik merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat kecil,jadi tidak peliklah kalau suatu hari nanti akan ada selsema cipan atau selsema cenderawasih kalau selsema babi pun dah ada.Setelah lama berada dalam zon selamat,kini Malaysia,Selangor khususnya, diancam dengan wabak selsema babi.Dahulunya dikenali dengan nama H1N1 kini bertukar balik menjadi selesema babi atas alasan supaya manusia gerun mendengarnya.Lantak ko la labu.

Wabak ini semakin menjadi-jadi,sehingga kini lebih kurang 3 buah sekolah terpaksa ditutup dan beberapa buah sekolah lagi mengambil langkah berjaga-jaga.Semua pelajar dikehendaki memakai topeng muka atau flu mask supaya tidak berjangkit dengan orang lain.Opps,ada kesilapan fakta di situ.

Betul selsema babi boleh merebak melalui batuk dan bersin tetapi batuk dan bersin orang yang dijangkitinya bukan orang yang tidak dijangkitinya. Andai kata Soleh dijangkiti wabak ini dan Amir tidak,Soleh tidak pakai flu-mask tetapi Amir pakai.Jika Soleh batuk dan Amir berada di sebelahnya,Amir mempunyai potensi besar untuk terkena penyakit ini walaupun dia memakai flu-mask.Jadi,siapakah yang patut pakai flu-mask ini sebenarnya?Amir ke Soleh?

Jika di Amerika,sesiapa yang memakai flu-mask akan dituduh pembawa virus selsema babi,jadi hanya beberapa orang yang disyakki dijangkiti selsema babi sahaja yang memakai flu-mask.Tetapi berlainan di Jepun,semua orag memakai flu-mask(sensei ga itta),tidak kisahlah dia dijangkiti atau tidak.Di Malaysia pula?Pakai kerana terpaksa atau pakai kerana nampak cool. =P

japan

Ana tidak tahu apa motif semua orang Jepun memakai flu-mask ini namun jika dilihat pada satu sudut,orang jepun sangat mengasihi orang di sekeliling mereka.

Hujahnya adalah penyakit selsema babi ini tidak mempunyai satu simpton yang istimewa yang membolehkan orang tahu yang seseorang itu dijangkiti atau tidak seperti denggi,jadi seseorang itu tidak tahu adakah dia dijangkiti wabak ini atau tidak.Jika denggi,senang,kita dapat tahu seseorang itu menghidap denggi apabila dia demam melampau dan tiba-tiba kebah tetapi selsema babi tidak.Selsema babi mempunyai simpton-simpton seperti demam selsema yang lain,badan panas,hidung berair dan pening kepala. Tiada tanda-tanda yang istimewa.Penyakit ini boleh merebak melalui batuk atau bersin orang yang dijangkitinya,namun persoalan sekarang,macamana anda ingin tahu bahawa anda telah dijangkiti atau tidak sebelum pengesahan doktor keluar?Ya,tidak kita tidak tahu.Jadi,lebih baik kita memakai flu-mask supaya orang di sekeliling kita tidak dijangkiti penyakit ini jikalau kita salah seorang mangsanya.Atas dasar inilah,orang jepun boleh dikatakan orang yang perihatin terhadap saudaranya.

Sebagai penutup bicara,sama-samalah kita berusaha menghindar penyakit supaya kita dapat terus berjuang demi Islam.Oh lupa,teringat kepada satu cerita tentang saidina Umar.

Suatu masa,temapt Umar tinggal diserang wabak taun.Ramai yang telah meninggal.Lalu Umar pun membuat keputusan untuk berhijrah ke tempat yang lebih selamat.

Seorang sahabat bertanya kepada Umar, “wahai Umar, adakah kamu tidak mendengar sabda nabi yang melarang kita lari daripada sesuatu wabak penyaki.Kamu seperti telah lari dari qada’ qadar Allah.”

“Wahai sahabat,aku lari daripada qadar ini dan menuju kepada qadar yang lain,”jawab Umar.

So,atas sebab itulah,tidak menjadi satu kesalahan bagi kita jika kita meninggalkan Malaysia dan pergi ke satu tempat yang lebih selamat andai kata Malaysia sudah kritikal.Nauzubillah.

2 thoughts on “Flu-mask : Bagusnya Jepun

  1. dlu penah ade sorg TA selesema, pas2 die pakai mask g unisel..
    kagum2..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s