Allah tahu kita mampu~

SAYU… itu saja yang dapat aku ungkap saat kaki melangkah masuk ke dalam rumah seorang sahabat yang kematian ayahanda tercinta baru-baru ini. Ketika aku dan sahabat yang lain melangkah masuk ke dalam rumah,seorang demi seorang dari kami dipeluk rakan yang sedang bersedih itu. Tiba saat aku dipeluk,kuat pelukannya. Seakan-akan ingin buang semua kesedihan yang ada. Seakan-akan minta dimengerti bahawa dia sangat sedih saat itu. Seakan-akan ingin memberitahu bahawa sangat pedih ujian yang dia alami. Aku balas pelukan tadi, ingin sekali aku tanggung kesedihan itu bersama-sama.
Sebagai manusia biasa, yang ditanam perasaan sedih,gembira dalam hati,tidak salah kita bersedih apabila kehilangan orang tersayang. Aku memerhati rakan tadi, tabah dia hadapi situasi itu. Setelah aku mendapat berita kematian itu,terus aku terfikir. Macam mana rakan aku tu sekarang? Kuat ke dia terima semua ni? Semua itu terjawab apabila aku bertemu dengannya dirumahnya.
“Alhamdulillah. Nampak dia kuat terima semua ni.” Aku bermonolog.
SUSAHNYE HIDUP
“ Tensionnye nak exam. Banyak lagi x blaja.”
“ Report x siap lagi. Ade happyou(presentation) lagi. Semua subject tak cover lagi untuk exam.”
“ Ya Allah, dasyatnye hidup kat JAD ni. Sebelum exam da sibuk. Mase nk exam lagi la sibuk.”
“ Aku menyesal masuk JAD. Da la susah. Mase ngan family pon kurang.”
“ Andai dapat kuundur masa. Memang aku x masuk la JAD”
“ Kadang-kadang aku 2 hari tak tido,buat report.”
“Mujurlah aku x amik kikai, kalu aku amik kikai. Memang la hari2 menangis tak berlagu. Bizi sangat budak2 kikai ni. Aku yang amik EE ni pon da rase nak nangis da bizi sket.”
Itulah dialog yangsering aku dengar. Itulah dialog yang sering bermain-main dalam hati saat diri rasa tertekan dengan bebanan kerja.

ALLAH TAHU KITA MAMPU
Dua situasi diatas aku tulis sebagai bukti, terlalu banyak kesusahan yang kita hadapi dalam hidup. Semua perkara yang kita x minat dan malas nk buat dianggap sesuatu yang susah. Namun, mari kita baca dan hayati kembali ‘janji’ Allah dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……..”[2:286]
Allah yang menciptakan kita dan Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya. Apabila Allah uji rakan kita dengan kematian ayahanda tercinta saat kita semua menghitung hari peperiksaan, bermakna Allah s.w.t tahu rakan kita tadi mampu menanggungnya. Bila Allah uji budak2 kikai dengan report dan test yang terlalu banyak,bermakna mereka mampu tanggung semua tu. Apabila Allah uji kita dengan report chikyuu to kankyou(earth and environment) yang kita rasa satu report yang sia-sia dan menyusahkan, barmakna Allah tahu kita mampu dan ada sesuatu yang baik untuk kita. Buktinya kita mampu hantar report chikyuu tu sebelum pukul 5.00 petang 1 Julai lalu dan kita menjadi makin sayang pada bumi kita.
Dulu seringkali aku merungut bila ditimpa kesusahan. Merungut itu bukan sesuatu yang asing bagi manusia. Kerana sememangnya manusia dicipta bersifat suka mengeluh.
“Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh”(70:19)
Tapi sekarang, ‘janji’ Allah dalam surah Al-Baqarah itu benar-benar meyakinkan aku dan buat hati yang lemah kembali kuat.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan.”(Riwayat Bukhari)
Hadith diatas jelas membuktikan bahawa apa yang Allah rancang adalah yang terbaik buat kita. Apabila kita diuji, bukan kerana Allah tidak sayang kita,tetapi Allah merancang sesuatu yang baik buat kita. Sebagai manusia, kita lemah dan kadang-kadang kita rasa tak mampu nak galas semua kesusahan tu. Tapi kita kene ingat, Allah bentangkan luas jalan untuk kita kembali kepadaNya. Bila kita rasa terbeban dan tak mampu nak tanggung kesibukan tugas, cuba cari masa untuk sujud lama2. Ketika sujud,kita berada paling dekat dangan Allah s.w.t ,berdoa dan mintalah apa saja dari Allah s.w.t pasti akan Allah perkenankan. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman :
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. “[2:186]
SEMUA YANG ADA DILANGIT DAN BUMI MILIK ALLAH S.W.T
Menjelang peperiksaan ini, suka aku ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan. Jadikan peperiksaan ini satu medan untuk kita lebih dekat dengan Allah. Berminat berkongsi satu cerita. Cerita ni berlaku tahun lepas. Ketika pelajar2 JAD digemparkan dengan berita denggi, ketika 2 orang pelajar JAD masuk wad sebab denggi, berpusu-pusu pelajar2 lain ke Hospital Klang untuk check darah. Ketika itu hari Ahad, esoknye(Isnin) ada exam Jouhou shori(information precessing). Ain(bukan nama sebenar) dengan rela hati menemani Dino(bukan nama sebenar)ke Hospital Kelang. Atas dasar kasih pada sahabat ini, kebimbangan Ain terhadap exam ditolak tepi. Dari pagi sampai malam mereka di Hospital Kelang sebab banyak proses nak dijalankan disana.
“ ko da habis blaja jouhou shori?” Ain bertanya pada rakan-rakan.
“ Boleh la. Sume aku da tgk da.” Jawab Rossa.
“ Smalam da buat latihan sume. Tapi x tahu la leh jawab ke x esok.” Jawab Dayanti.
“ Baru nak habis ni. Sempat la nak habiskan semua latihan by malam ni.” Jawab Markonah.
Hati Ain menjadi tak tenang mendengar jawapan dari rakan-rakan. Macammana dia nak jawab exam esok. Satu pun x baca lagi. Tapi, kuasa Allah mengatasi segalanya. Berbakikan masa satu jam sebelum exam. Ain membelek-belek beberapa mukasurat nota jouhou shori dan sempat membuat beberapa latihan. Tiba waktu peperiksaan, Ain benar2 tawakal pada Allah. Bila buka sahaja kertas soalan, alangkah terkejutnya Ain apabila semua soalan yang keluar sama seperti latihan yang dia buat pagi tadi. Maka tersenyumlah Ain dengan result A+ untuk paper tu.
Berkongsi cerita ini bukan bermakna aku menyarankan semua orang untuk menolong kawan-kawan saat saat2 dekat nk exam sebab nak dapat result cemerlang. Cuma ingin berkongsi bagaimana keikhlasan hati mampu beri keberkatan dalam apa yang kita buat. Jika diamati balik cerita tadi, Ain hanya ada satu jam untuk mendapat result A+ berbanding dengan kawan2nya yang sehari suntuk belajar benda yang sama.
Sebelum exam ni, kuatkan hati dan pinta yang terbaik dari Allah. Sebelum kaki melangkah masuk dalam dewan peperiksaan,selagi itulah kita ada peluang untuk berdoa kepada Allah. Kawan2 aku mengambil kesempatan mohon ampun maaf atas segala kesilapan sepanjang kita bergelar sahabat. Dan jangan lupa doakan kejayaan diri dan rakan-rakan. Moga2 semua lulus cemerlang dalam exam dan insyaAllah kita sampai di Jepun tahun depan. Moga Allah iringi usaha kita dengan keredhaanNya. Amin.

9 thoughts on “Allah tahu kita mampu~

  1. Suka satu kata2 mutiara , “Kita minta pada Tuhan setangkai bunga segar, dia beri kaktus berduri… Kita minta rama2, diberi ulat berbulu.. Kita sedih dan kecewa..
    Namun kemudiannya kaktus itu berbunga, indah sekali… dan ulat itupun bertukar menjadi rama-rama yang cantik..”

  2. “Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh”(70:19)

    huuuhhhhh…….

  3. …sedih juga igt mase time denggi tu…sye dh menyusahkn ramai org…maaf kwn2..trm ksh ats jasa baik kamu semua..sggup korbnkn mase study demi sye..moga exam this time Allah bg yg terbaik utk kita semua..

  4. salam..erm..nk mntk pndgn skit..refer ayat kat ats(2;189)..Allah akn makbulkan doa hamba2Nya..i give u one situation..kter doa abh2 la untk exm kter spya kter lulus then finally,kter fail exm tu..hmm..so doa kter tak dimakbulkan..tapi Allah kata akn makbulkan doa kter,so cm ne??adakh doa kter akn mmg dimakbulkan cme belum msenye??hmm…i juz need some opinions..=)

  5. salam cik me myself…
    ni bukanlah jawapan bg soalan diatas
    masih mengkaji jawapan sebenar kpd persoalan diatas
    secara peribadi,rasanya kita sebagai manusia tidak layak mempersoalkan ‘urusan’ Allah. samaada Allah nak makbulkan atau tidak doa kita, itu diluar pemikiran kita
    Allah saja yang tahu urusanNya
    cuma ingin berkongsi pengetahuan
    dalam situasi diatas
    cuba kita berbalik kepada apa yang kita pinta dgn Allah
    kadang2 apa yang kita doakan memberi kesan kepada penerimaan kita terhadap qada’ dan qadar
    saya bg satu contoh:
    doa 1: Ya Allah, bagilah aku lulus cemerlang dalam sume subject.
    doa 2: Ya Allah. berilah aku keputusan yang terbaik. aku terima segalanya asalkan Engkau meredhainya. sesungguhnya hanya redhaMu yang aku damba di dunia ini.
    ok. ditakdirkan. kita fail satu subject~
    penerimaan(doa 1):Ala..fail. aku dah doa banyak dah.iishh.tensionnya aku.
    penerimaan(doa2): fail. xpe la.maybe ini yang terbaik buat aku.sbb aku da doa mintak yang tebaik.mungkin ni la yang terbaik Allah nk bg. mungkin Allah nk bg aku usaha lebih sket ni.
    —————————————————–
    situasi diatas saya kongsi utk tekankan didunia ini, redha Allah yang kita cari. jadi andai kata kita x berjaya dalam exam,jgn cepat melatah. berbalik kepada keredhaan Allah yang kita mahu.
    jika kita yakin dgn Allah, maka apa saja yang berlaku pada kita,itulah yang terbaik utk kita, yang penting Allah meredhai kita.
    —————————————————–
    saya kongsi juga satu perkara. kita doa utk lulus cemerlang dalam exam,ditakdirkan kita tidak lulus. jgn cepat putus asa dgn rahmat Allah kerana mungkin ketika itu Allah sedang menguji kita dan cara terbaik,cuba muhasabah diri balik. adakah kita dah beri yang terbaik untuk Allah? adakah kita benar2 menjaga perintah Allah?
    nak dapat yang terbaik mesti kene bagi yang terbaik.Jika rasa diri tak boleh terima kesusahan yang menimpa, cubalah minta dengan Allah agar dberi keyakinan yang tak berbelah bagi kepadaNya.
    SEKADAR BERKONGSI DARI PENGALAMAN.MAAF ANDAI INI TAK MEMBANTU PERSOALAN CIK ME MYSELF~WALLAHUALAM~

  6. salam,pembetulan bg cik me myself,ayat tu bukan 189 tapi 186.
    Ok,ini hanya pandangan peribadi,bukan fatwa mahupun hadis.

    Apabila kita berdoa supaya dpt markah cemerlang dalam xm tp kita tak dapat,tak bermakna Allah tidak makbulkan doa kita.Memang benar,yang kita mahu adalah kecemerlangan dalam xm tu tapi kita kena yakin bahawa Allah mahu berikan kita yang lebih baik daripada yang itu.

    Katakan kita fail,jika kita sedar tu adalah ujian maka kita akan berusaha untuk menjadi lebih cemerlang dan hasilnya kta akan dapat markah yang lagi cemerlang.

    Doa itu akan dimakbulkan melalui 2 cara di dunia dan 1 cara di akhirat,setahu atashi.

    Di dunia,samada apa yang kita hajatkan direalitikan atau apa yang dihajatkan itu dijadikan penyebab kita terselamat daripad bala bencana. Mungkin susah nak faham,so ni contohnya.Katakan satu hari cik mut patut disambar kilat,tapi disebabkan ada doa yang Allah belum realitikan,maka doa itu menyelamatkan cik mut dari disambar kilat.

    Di akhirat,dalam satu kisah.Ada hamba Allah ditetapkan masuk ke dalam neraka.Tatkala dia mahu masuk ke dalam neraka,Allah memanggilnya dan mengatakan dia dibenarkan masuk ke dalam syurga.Dia tanya kenapa dan Allah menjawab bahawa di dunia dia berdoa tapi tidak dimakbulkan dan sekarang doa-doa tidak dimakbulkan itu ditukar menjadi pahala.Lalu dia pom berkata, “kalau aku tahu doa yang tidak dimakbulkan akan menjadi penyelamatku,pasti aku tidak ingin doa ku dimakbulkan,walaupun satu.”

    Tu je yang atashi tau,atashi pun budak baru belajar…huhuuh

  7. salam…
    maaf sbab salah tulis ayat tu..
    trima ksih ats pandangn smua tu..
    siapalah dri ini mempersoalkan keptusan Allah..
    Allah Maha Mengetahui ap yg terbaik untk hambaNya..
    usaha,tawakkal,dan doa..
    sntiasa doa agar diberi taufiq untk sntiasa berdoa..
    kdg2 kter bdoa untk sesuatu,tapi kdg2 kter xyakin yg doa kter tu akn termakbul..
    analogi mcm kter nk pnjam brg org,then kter tnye org tu,btulke kau boleh bgi brg nie kat aku?so,mesti teragak-agak untk org tu bgi kter pnjam..
    tanya dri smula,setinggi mne kter yakin dgn Allah..
    Allah bersama sangkaan hamba2Nya..
    trima kasih tok smua yg bgi pandgn..
    jzzk…

  8. sama2
    jgn pernah malu bertanya
    kita belajar dr kesilapan
    jalan menuju syurga Allah x senang
    jadi kite mesti harunginye sebelum dapat bidadari(utk laki)
    perhiasan(utk pempuan)
    ganbatte ne~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s