Syurga Cinta

love_cloud_thumbSuatu pagi di dalam surau UNISEL,sebelum aku melelapkan mata untuk berehat, aku ditanya oleh seorang mad’u aku.

“Tengok doh Syurga Cinta?”Soalnya.

“Belom lagi.Cerita yang Heliza ngan Awal blakon tu?”Balas aku.

“Tengok la,best gle.Cite tu ajar care couple ikut Islam.”Dia menjawab.

“Oh,ajar couple ikut Islam ek?Huhuhu,Camne tu ek.”Sahut aku.

“Dok la,tapi…Ala,die nok couple,terus tunang.Takde dating2 ni.”Dia cuba menerangkan maksudnya.

Aku hanya tersenyum,malas komen apa-apa sebelum aku sendiri menontonnya. Pernah aku mempromosikan cerita ‘Perempuan Berkalung Serban’ di Azz.Com dan aku mendapat satu tamparan hebat daripada pembaca-pembaca yang menontonya.Mungkin mereka melihat pada sudut yang berlainan dari apa yang aku lihat.Namun begitu,ada juga yang sependapat dengan aku dan anda semua boleh membacanya di blog beliau.

Untuk kali ini,aku akan lebih berhati-hati dalam memberi pendapatku tentang filem ‘Syurga Cinta’ arahan Ahmad Idham ini supaya kita semua menonton filem ini dari sudut yang sama.

Sinopsis Filem

Irham,seorang lelaki yang berasal daripada keluarga yang kaya telah dicabar oleh kedua-dua orang kawan baiknya untuk memikat seorang gadis bertudung dalam masa satu bulan.Gadis tersebut,Syuhada,merupakan guru kelas adik angkatnya,Iqmal.Syuhada merupakan seorang gadis yang alim, tinggi ilmu agamanya,berfalsafah dan sopan-santun.Untuk dijadikan cerita, Irham betul-betul jatuh hati kepada Syuhada tapi yang menjadi masalahnya, bukan sahaja solat,berwudhuk pun Irham tidak tahu.Maka,berlakulah pelbagai adegan-adegan yang tidak sepatutnya berlaku.Dek kerana cintanya kepada Syuhada,Irham pun belajar agama dan mula mendirikan solat. Filem ini sampai ke kemuncaknya apabila Irham terpaksa bawa Syuhada kepada kawan-kawannya dan terangkan kepada Syuhada bahawa selama ini dia hanya menipu Syuhada untuk menyahut cabaran dari kawan-kawannya. Apabila mendengar pengakuan dari Irham,Syuhada menangis lalu meninggalkan Irham bersama kawan-kawannya.Bagaimana Irham mendapatkan Syuhada?Tontonlah sendiri! =P

Mungkin ada yang berpendapat bahawa jalan cerita filem ini hampir sama dengan filem Indon,’Qiamat Sudah Dekat’.Memang benar,itu aku tidak nafikan namun ada bezanya.Apa yang sama dan apa yangberbeza?

Yang samanya,hero bagi kedua-dua cerita merupakan anak kepada orang kaya dan menaruh hati kepada seorang perempuan yang tinggi ilmu agamanya dan pada masa yang sama,si perempuan pun ada hati dengan lelaki tersebut.Hero juga digambarkan sebagai seorang yang tidak pintar dan memerlukan bantuan daripada seorang budak kecil.Dan pengakhiran pada kedua-dua cerita,hero berjaya mengahwini heroin yang dikejarnya.

Apa yang berbeza?

Yang paling jelas latar masyarakat.Filem syurga cinta menggambarkan latar masyarakat yang kaya raya,hero berasal daripada keluarga yang kaya raya, heroin pun berasal daripada keluarga yang kaya raya.

http://www.youtube.com/v/MHU8GPNkPAk

AMARAH:SILA TONTON FILEM INI DAHULU SEBELUM MEMBACA KOMEN DI BAWAH.

Memang filem ini nampak Islamiknya.Kata-kata Syuhada penuh dengan falsafah.Jelas agamanya namun aku dapat kesan 1 kesalahan yang dibuat oleh pengarah atau mungkin penulis skripnya.

Kata Syuhada, “apabila kita keluar berdua,akan ada yang ketiga dan yang ketiga itu Syaitan.”

Irham membalas, “ala,ke mana sahaja kita pergi kene bawak Iqmal la.Sebuk betul budak tu.”

Dan jika kita perhatikan,memang benar ke mana sahaja mereka berdua pergi, mereka akan ditemani oleh Iqmal.Apa yang salahnya di sini?

Dalam Islam,jika si lelaki ingin keluar dengan tunangnya,tunangnya wajib ditemani oleh mahramnya yang mumayyiz.Apa yang berlaku dalam filem ini, Syuhada tidak ditemani oleh adiknya sebaliknya Irham yang ditemani oleh adiknya.Terbalik.Daripada pahala,tiba-tiba menjadi dosa.

Mungkin banyak lagi kesalahan tapi aku tidak perasan,tapi apa kata kita bincang di bawah agar yang baik kita dapat yang buruk dapat kita jadikan sempadan.

Advertisements

2 thoughts on “Syurga Cinta

  1. Selesai sudah menonton Syurga Cinta, filem yang menarik kiranya apabila ditonton sebelum menjelang peperiksaan.

    Filem ini sangat menarik cuma bab 10 hingga 15 minit awal agak keterlaluan sedikit bahasa dan latar yang ditonjolkan.

    Mungkin boleh berkongsi sedikit daripada cerita ini di mana atok berkata kepada Irham

    Jodoh itu ada tiga, dari syaitan, dari jin, dan dari Allah,

    Daripada penerangan atok, dapatlah saya kaitkan kenapa Filem ini dinamakan Syurga Cinta.

    Alhamdulillah dapat melihat filem yang bagus hasil pengarah tempatan, tertunggu satu lagi drama yang mempunyai sentuhan dan pandangan daripada Ustaz Hasrizal yang lebih popular menerusi blognya saifulislam.com

    CINTA SEMPURNA…

    p/s: ustaz jangan kecewakan kami :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s