Meniru…(edited)

tiru_thumbZed                  : Ish, banyak betul nak kena belajar exam kali ni. Apa kata subjek enkaku (distance learning)  tu aku study bab 1,2,3,4 kau study bab 5,6,7,8. Nanti masa exam kita sama-sama letak kertas jawapan kat hujung-hujung meja.

Al-Habsyee      :Bagus juga idea kau. Macam tu la baru dikatakan sinergi, macam kita belajar dalam S.G minggu lepas. ーApa yang penting……

Zed                  :Kerjaーsama…..

Musim peperiksaan menjelang lagi. Dalam keriuhan pelajar-pelajar mengulangkaji pelajaran, ada segelintir pelajar yang telah merangka idea untuk meniru. Ada yang berpakat dengan rakan, menconteng nota pada pakaian, ada yang telah menyiapkan beberapa set bahasa isyarat badan untuk digunakan di dalam dewan peperiksaan dan pelbagai lagi. Tidak kiralah betapa ketat sistem yang membatasi, otak manusia sentiasa kreatif mencari jalan melepaskan diri.

Perbuatan meniru dalam peperiksaan telah begitu sinonim bukan sahaja antara pelajar JAD bahkan di seluruh negara. Sehinggakan tak terasa bersalah dan berdosa apabila meniru. Bahkan yang berusaha keras untuk tidak meniru pula dianggap ganjil, ego tak bertempat dan sebagainya. Tidak kiralah budak-budak agama atau budak biasa-biasa, semua terpalit bahana budaya meniru ini. Sama ada berpakat untuk meniru atau mengintai jawapan kawan, akal sentiasa kreatif mencari jalan untuk meniru walaupun dikawal sensei di setiap penjuru.

Boleh ke meniru?

Sepertimana kes dialog di atas, pelajar bekerjasama merancang untuk meniru.

Periksa sukar!

Masa suntuk!

Gagal periksa = dismiss (dibuang dari JAD)

Pelbagai implikasi negatif terbayang di kepala andai kata gagal dalam peperiksaan kali ini. Dibuang dari JAD, menghampakan harapan ibu bapa, menjatuhkan maruah keluarga, menjadi fitnah kepada agama, membazirkan wang rakyat selama ini dan sebagainya. Maka tatkala situasi genting sebegitu, apa-apa cara sekalipun sanggup dilakukan asalkan lulus dalam peperiksaan hatta meniru sekalipun.

Bukankah Islam itu mudah dan tidak membebankan umatnya…

Takpe Allah tahu aku lemah dan tak mampu lulus kalau tak meniru, mesti Dia maafkan aku…

Dalam keadaan darurat kan babi pun boleh dimakan, sekarang ni aku tengah darurat nak lulus ni, apa salahnya meniru…

Mungkin beginilah bisikan-bisikan hati insan yang memilih untuk meniru. Hairannya sebelum ini, sesuka hati menghabiskan masa bersuka ria dan mengambil mudah (take for granted) hal-hal pelajaran.

Jadi bagaimana pembaca-pembaca sekalian, adakah Islam menganggap meniru ketika itu satu keadaan darurat yang membolehkan yang halal jadi haram? Adakah Islam memberikan keringanan dalam soal ini?

Rezeki terpijak!

Itu situasi pelajar yang memang dari awal merancang untuk meniru.

Bagaimana pula jika ada pelajar bernama Amirul Idham yang memang dari awal rajin mengulang kaji pelajaran. Tidak pernah tidur dalam kelas, dan selalu berjumpa pensyarah jika tidak faham dan tidak pernah terlupa menyiapkan kerja rumah. Pada masa sama, Amirul Idham juga merupakan seorang yang taat perintah agama, rajin solat berjemaah, mengaji al-Quran malah menjadi mentor dalam smart group.

Tiba-tiba di dalam dewan periksa, Amirul Idham diuji. Mental block! Pensel tak tergerak, tidak tahu apa hendak ditulis. Hati tak keruan, air mata mula mengisi ruang mata.

Tiba-tiba kertas soalan pelajar di hadapan Amirul Idham terjulur keluar. Wah, ini mungkin rezeki atau petunjuk hidayah dari Illahi! Mungkin Allah nak membalas segala kebaikanku selama ini dan memberikan pertolongan-Nya melalui kertas jawapan rakan di depan. Mungkin begitu bisik hati …….

Bagaimana pendapat anda para pembaca? Amirul Idham tidak meminta bahkan tidak merancang untuk meniru, tiba-tiba rezeki datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Boleh ke Amirul Idham meniru ketika itu?

Puasa mengajar kita!

Analoginya mudah, katakan Lydia sedang berpuasa,

Ketika tengah hari yang panas terik, dalam keadaan yang sangat haus, Lydia mandi untuk menyejukkan badan. Ketika menikmati air pancutan (shower) tiba-tiba, GULP…. air termasuk ke dalam mulut Lydia. Lydia tidak meminta bahkan tidak mencari, air masuk sendiri ke dalam mulutnya yang sedang haus dan kering. Mungkinkah ini rezeki dari tuhan? Apakah boleh ditelan air yang sudah di hujung tekak atau hendak dimuntahkan kembali?

Saya yakin rata-rata para pembaca akan memilih untuk memuntahkan kembali air tersebut kerana jika ditelan maka batallah puasa. Ya mungkin ia rezeki, tapi perlu diingat, rezeki ada yang halal dan ada yang haram.

Ketika kita berpuasa kita bukannya tidak boleh makan atau tidak boleh minum! Tetapi kita MEMILIH untuk tidak makan dan tidak minum dalam keadaan kita sebenarnya mampu makan dan minum.

Jadi mengapa ketika di dewan periksa tidak memilih untuk tidak meniru walaupun mampu berbuat sedemikian?

Hukum Meniru!

Saya tidak berminat untuk membahaskan hukum dari sudut syarak kerana saya bukanlah orang yang layak. Namun saya kira segalanya jelas, dan saya yakin anda juga tahu apa hukumnya meniru.

“Barangsiapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari]

IHSAN!

Cuma yang ingin saya peringatkan, peliharalah maruah diri. Malulah sedikit kepada Tuhan. Apalah gunanya kita bersolat hajat berjemaah, menangis merintih, bermunajat berqiam di hujung malam mencari Tuhan sebelum melangkah kaki ke dewan periksa, bahkan ditambah dengan bacaan doa sebelum periksa bermula mohon keberkatan? Namun bermulanya periksa, ghairahnya meniru jawapan bagai terlupa kita bertuhan. Itukah ertinya ‘rezeki yang dipermudahkan Tuhan’ yang kita doakan hingga mengalir air mata? Tak terasakah bagai mempersendakan doa dan keberkatan Tuhan?

Sejauh mana kita pergi, setinggi mana kita terbang, semulia mana dipandang orang, ke kubur juga akhirnya kita. Apakah tidak sedar Tuhan yang bakal kita ketemu di Sana, ialah juga Tuhan yang melihat kita di dewan periksa, biarpun sensei terlepas pandang perbuatan meniru kita.

Perubahan bermula dari kita! Saya menyeru, sesiapa yang tak pernah meniru, istiqamahlah, sesiapa yang selalu meniru, berubahlah, sesiapa yang merancang untuk meniru, hentikanlah.

Biar kita miskin harta, jangan kita miskin jiwa. Ia bukan sekadar isu khilaf hukum halal haram, tetapi soal jati diri dan maruah seorang Islam.

Meniru dan menipu diri, adalah perbuatan menghina diri sendiri, di mata manusia atau di sisi Ilahi.

Pilihlah yang mana berkenan di hati. Anda mampu mengubahnya!

“Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau

4 thoughts on “Meniru…(edited)

  1. bila kita jawab sendiri kemampuan diri sendiri dpt diterokai n kesilapn diri dpt dikesan malahn boleh dibaiki..y penting,be yourself in exam untuk kebaikan n keharmonian sejagat~~no pain no gain~\(~_~)/~ganbarimasyou!!

  2. kalo kite meniru tu maksudnye kurang la tawakkal kite pada Allah kan.
    herm…katenye usaha doa tawakal. mane tawakkalnye kalo meniru?? (tengah tegur diri sndiri ni)

  3. salam..meniru…nk tanya satu soalan boleh tk…kn kalau dekat JAD repot yg dihantar akan dikira sebagai carry mark…adakah meniru shukudai(homework) kawan termasuk dalam kategori meniru yg penulis sedang bicarakan…al maklumlah diri ini adalah pelajar yg agak terkebelakang…harap penulis dapat berikan pandangan…terima kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s