Iffah-Mendidik Nafsu

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا

جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ عِبَادَهُ بِالْغَيْبِ ۚ إِنَّهُ كَانَ وَعْدُهُ مَأْتِيًّا

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka), kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, (Iaitu) Syurga “Adn” yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku. [surah Maryam : 59-61]

PENCIPTAAN manusia sebagai makhluk Allah yang istimewa mengikut pendapat sebahagian tokoh Islam terdiri daripada gabungan beberapa elemen utama iaitu roh, jasad, akal dan emosi. Kekuatan roh Islam dalam diri seseorang individu itu penentu utama martabat nafsu dalam jiwanya.

Jika bentuk dan pergerakan nafsu itu baik, maka manusia itu menjadi khairul bariyyah (sebaik-baik makhluk). Jika sebaliknya, maka manusia itu menjadi syarrul bariyyah (seburuk-buruk makhluk).

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pada dasarnya manusia boleh saja memenuhi segala keinginannya selama keinginan itu tidak bertentangan dengan aturan Allah dan Rasul-Nya. Namun nafsu itu bersifat berkemahuan, di mana kemahuan itu kadang-kadang tidak sesuai dengan syari’at.

Jadi, sekiranya nafsu pada seseorang dapat ditundukkan dan dikawal oleh akal dan syari’at, maka org itu boleh dikatakan mempunyai sifat IFFAH

Nafsu itu dapat dikawal

Apabila tiba di satu persimpangan, ada dua pilihan iaitu perkara yang baik, lebih baik, buruk atau lebih buruk. Maka kuasa pemilihan berada di tangan kita setiap kali berada di persimpangan dan dalam situasi sebegini hendaklah kembali kepada Allah.

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). [Surah as-Syams : 7-10]

Membersihkan jiwa daripada hawa nafsu sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kita kembali daripada jihad (peperangan) kecil kepada jihad yang lebih besar (perjuangan melawan nafsu dan pembersihan hati).”

Menjadi kewajipan kita supaya sentiasa menjaga diri agar tidak dikuasai hawa nafsu walaupun sedikit. Sekiranya gagal menghilangkannya, sekurang-kurangnya kita menyanggah dan tidak mengikutinya.

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. [Surah Sadd: 26]

7 martabat nafsu yang perlu dijaga

Al-Quran menyentuh tujuh martabat nafsu dan wajar bagi setiap orang mengenal pasti kategori nafsu yang mereka duduki ketika ini.

* Pertama, nafsu amarah

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Surah Yusuf : 53]

Sebenarnya martabat atau kedudukan nafsu ini adalah yang paling rendah dan keji di sisi Allah. Setiap perlakuannya hanya perkara yang dipandang keji oleh Allah. Di samping itu, ia amat sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Nafsu amarah sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan tidak lagi wujud perbezaan antara perkara baik dengan yang buruk. Begitu juga tidak timbul langsung perasaan duka atau sesal jika berlaku perbuatan jahat. Sebaliknya, perasaan gembira dan berpuas hati akan timbul akibat daripada melakukan kejahatan seperti yang diinginkan oleh nafsu jahat ini.

* Kedua ialah nafsu lawwamah

وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ

Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! [Surah al-Qiyamah : 2]

Seseorang yang menduduki martabat nafsu ini akan mempunyai perasaan bahawa ia tidak patut melakukan perkara kejahatan dan kemaksiatan yang ditegah Allah. Jika kesalahan itu dilakukan juga, maka ia akan mencela dirinya dan amat menyesali atas perbuatannya.

Walau bagaimanapun, kekuatan nafsu itu belum memadai untuk menghindari seseorang daripada mengulangi perbuatan keji dan salah. Sebenarnya ia akan bergantung pada kekuatan imannya ketika berhadapan dengan keadaan yang menguji dirinya.

* Ketiga, nafsu mulhamah di mana seseorang yang menduduki martabat nafsu ini akan berusaha menghakis sifat keji (mazmumah) dan menggantikannya dengan sifat mulia (mahmudah).

Mereka kuat beriltizam untuk beribadat kepada Allah dan akan bertaubat nasuha atas segala dosa dilakukan sebelum ini. Sesalan yang dirasainya memang benar dan segala dugaan terhadap iman secara spontan menggerakkannya mencari perlindungan Allah.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) [Surah Ali ‘Imran : 135]

* Keempat, nafsu mutma’innah

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي

وَادْخُلِي جَنَّتِي

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia, Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! [Surah al-Fajr : 27-30]

Seseorang yang menduduki martabat nafsu ini akan suci dan bersih jiwanya. Kesucian jiwa itu diumpamakan sebagai kesucian jiwa orang solihin sama seperti kesucian jiwa bayi yang baru lahir. Martabat nafsu inilah yang mewujudkan ketenteraman dan ketenangan. Namun, ia hanya dikurniakan Allah kepada sesiapa yang diredai-Nya saja.

* Kelima, nafsu radhiah, nafsu mardhiyyah dan nafsu kamaliyyah. Ketiga-tiga nafsu ini adalah martabat yang semakin tinggi. Ia hanya boleh dicapai oleh mereka yang sudah mencapai martabat nafsu mutma’innah.

Pelbagai kelebihan dikurniakan Allah kepada mereka yang mampu sampai ke martabat tinggi ini. Tidak mustahil bagi sesiapa pun untuk mampu mencapai tahap tinggi asalkan berjaya memenuhi segala syarat ibadat, yakni segala elemen gabungan menjadikan insan ini bergerak secara bersama ke arah semata-mata mencari keredaan Allah.

Semua martabat nafsu diertikan sebagai sifat perlakuan naluri manusia mengikut tahap kesucian hati dan jiwanya dengan Allah. Jika nafsu itu kotor, maka rosaklah segala tindakan dan perlakuan seseorang. Sebaliknya, jika nafsunya bersih, maka segala tindakannya itu akan turut bersih dan baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s