Bertawakkallah walaupun kertas jawapan kosong

Alhamdulillah,selepas 1 minggu lebih bersengkang mata untuk belajar demi peperiksaan akhir,kami selesai menjawab kesemua kertas 2 hari yang lalu. Peperiksaan yang cukup mencabar,boleh dikatakan setiap kertas ada sahaja yang menangis,baik mechanical student mahupun electrical student,baik yang perempuan mahupun yang lelaki terutamanya ketika menjawab kertas matematik 3.Tengah pening menjawab soalan kertas matematik 3(suugaku 3),terdengar bunyi esakan dari 2,3 penjuru kelas.2 atau 3 orang sahabat telah menitis air mata.

“Ya Allah,rupa-rupanya bukan aku seorang yang tak dapat jawab soalan ni. Ya Allah bantulah aku dan kawan-kawan aku dalam menjawab soalan ni. Susah sangat Ya Allah,”hati kecil ini berdoa.

Tatkala kaki ini melangkah masuk ke dalam bas dengan perasaan yang agak gembira kerana peperangan sudah selesai,tiba-tiba hati ini dikejutkan dengan satu pemandangan yang tidak ingin sekali dilihat.Seorang kawan menangis dengan kuat sekali di atas bas sambil ditenangkan oleh seorang kawan yang lain.Tiba-tiba hati ini bertanya sendiri adakah aku juga akan lulus?Terlampau bimbang apabila melihat rakan-rakan yang jauh lebih pandai menangis.”Kalau dia takleh buat,aku lagi la..”

*Tuk,Tuk,Tuk.pintu rumah diketuk.

“Ish,bakpo tok bukok pitu nyoh?!”Aku berseleroh.

Tiada ku sangka bahawa aku akan disambut dengan jelingan yang agak dingin oleh seorang teman serumahku.Dari wajahnya aku dapati bahawa dia begitu tertekan dengan peperiksaan sebentar tadi.

**** la!Aku study sapa tok tidor tapi tokley jawab,baik takyah study!”Dia menjerit.

“Ilek la,cool-cool.Ko gak yang nasihat aku soh cool.”Aku cuba menenangkannya.

Kesimpulan daripada peperiksaan kali ini-SU’UL KHATIMAH.Sangkaan bahawa peperiksaan ini akan berakhir dengan kesudahan yang menggembirakan meleset.Cuti seminggu ini bagaikan tidak cuti kerana hati masing-masing berdebar menanti satu panggilan ‘maut’ dari YPM.

4 hari sebelum peperiksaan matematik di kelas kikai(mechanical)”

“Everyone in this class have passed mechanics and mechanical.So,please concerntrate to this exam(mechanical design).”Pengumumuman yang menggembirakan sesiapa sahaja yang mengambil kertas ini.

di kelas denden(electric n electronic)

“Ada 6 orang failed denshi kairo tapi sensei da tolong,so sume orang lulus,” seorang kawan memberitahu kawan-kawan yang lain.

Sehari selepas itu di kelas kikai

“Kepada orang-orang yang namanya tertulis di bawah,sila berjumpa dengan Suwa Sensei.”

Sensei:Awak berdua failed dalam kertas material.Tapi saya akan luluskan awak berdua cuma di Jepun esok,awak kena berusaha lebih keras lagi.

Pagi sebelum menjawab kertas matematik di kelas denden

“Semua orang lulus kertas denjiki,”

Semua orang bersorak kegembiraan.

Selepas sahaja kertas matematik,kegembiraan sebelum-sebelum ini bagaikan sudah lesap sekelip mata.Tiada lagi insan yang mampu tersenyum apabila memikirkan kertas matematik.Sangkaan bahawa sensei akan mengeluarkan soalan yang sama dengan report yang diberi adalah satu sangkaan awal yang memakan diri sendiri.

Namun kawan sekalian,kita telah berusaha maka bertawakkallah.

Nak bodek sensei?Itu bukan sikap orang Islam.

Nak pecah bak jawapan dan ubah balik jawapan?Itu bukan sikap orang Islam.

Nak menangis dan keluar JAD?Itu juga bukan sikap orang Islam.

Bertawakkallah kerana bertawakkal itu adalah sikap orang Islam.

Kita manusia,Sensei juga manusia maka ita dan sensei mempunyai Tuhan yang sama walaupun berlainan agama.

“Ah,Sensei tu orang jepun.Die mane beragama.”

Betul sensei tidak beragama tapi dia juga diciptakan oleh Tuhan yang satu.Tak bermakna apabila seseorang itu menyembah tuhan selain Allah dia mempunyai Tuhan yang lain.Biar dia beragama Buddha,Kristian,Shinto atau apa-apa sahaja namun Allah tetap yang menciptakan mereka,maka bertawakkallah kerana Allah adalah Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Allah boleh mengubah apa-apa sahaja apabila Dia mahu.Kun Fayakun.

Apa yang penting?Berusaha.Allah tidak akan menolong hamba-hamba yang meminta tolong daripada Nya tapi tidak berusaha.Kawan-kawan,kita telah berusaha.Biarpun sedikit tapi kita telah berusaha.Kita telah buat apa yang Allah suruh iaitu berusaha maka yakinlah.Yakinlah Allah sebaik-baik pembuat keputusan kepada kita.

Tiada Common Sense dalam beragama,semua baru bila beragama.Air sifatnya tidak akan putus bila dicincang namun dalam beragama air putus apabila nabi Musa ketuk tongkatnya di atas permukaan air.Api sifatnya membakar namun tidak satu helai pun bulu roma nabi Ibrahim terbakar ketika dicampak ke dalam api yang besar.Pisau tajam sifatnya memotong namun leher nabi Ismail tidak putus ketika dipotong.Mati sifatnya tidak boleh hidup kembalik namun Sam Bin Nuh hidup balik selepas beribu-ribu tahun mati apabila nabi Isa berdoa.Lihat,kadang-kadang Allah menentang common senses.Semuanya untuk apa?

Untuk manusia yakin bahawa Allah boleh buat apa sahaja yang Dia suka. Jadi, biar kosong manapun kertas peperiksaan kita,jika kita telah berusaha, maka bertawakkallah.Berdoa,bertahajud dan yakinlah bahawa jika Allah mahu kita lulus,nak tak nak,kita akan lulus juga.Cuma perlu ingat,syaratnya kita telah berusaha.

Dunia ini Darul Asbab,apa-apa nak berlaku mesti ada sebabnya.Untuk berjaya asbabnya ialah berusaha maka berusahalah kerana itu syarat yang Allah tetapkan kepada kita.Namun jika kita telah berusaha tapi gagal,percayalah bahawa Allah memberi kegagalan itu supaya kegagalan itu memotivasikan kita supaya menjadi lebih berjaya.

Berdoalah kepada Allah dengan penuh yakin dan rasa rendah diri.Menangislah kerana Allah adalah tempat kita menangis.Allah tempat kita mengadu dan Allah tempat kita bercinta.

Jika dengan awek,kita akan melakukan ‘duty report‘,mengapa tidak dengan Allah?

Jika dengan Umi,kita akan mengadu sampai teresak-esak,mengapa tidak dengan Allah?

Sedarlah bahawa Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan,mintalah apa-apa sahaja dari Allah,pasti Dia makbulkan…

Bertawakallah walaupun kertas jawapan kita kosong..

kerana kita telah berusaha…

12 thoughts on “Bertawakkallah walaupun kertas jawapan kosong

  1. nice article
    maths betol2 buat cuti aku tak bermakne
    kegembiraan balik kampung terpakse dikongsi dengan kebimbangan
    seyes takut
    kegembiraan dengan ketas denjiki ngan denshi yang melepasi target sebenar aku telah tersekat ngan maths
    sebelum exam maths
    aku da rase cm x leh jawab
    sbb 2 hari sebelum tu
    aku diberitahu berita gembira tentang markah denshi ngan denjiki yg diluar jangkaan aku
    tapi aku yakin
    ape yg Allah bg,tu la ujian untuk menguji tahap kesyukuran kita
    bila kita berjaya,biarlah kejayaan itu meninggikan rasa syukur kita pada Allah
    jika kita gagal,jadikanlah kegagalan itu sebagai pendorong utk kita terus berjaya~
    semoga Allah membuka pintu hati Ueno Sensei utk murah hati memberi markah terbaik untk kita sume~

  2. terime kasih utk artikel ni..
    sy pun slu kecewa sgt bile da brusaha tp result x se gah org lain..
    astaghfirullah..
    thanx krew azzariyat for sharing this…:)

  3. salam dari jepon..buat adik2 ku,even aku setahun je pon tua..moga2 diberi kekuatan dari Allah….

    bila bce entry,ni tringat balik zaman2 kat jad dulu,bagaimana seorang demi seorang kawan2 terpaksa meninggalkan jad secara terpaksa mahupun rela,tapi jelas dipaksa oleh keadaan dan tekanan
    dan teringat gak diri sendiri yg memang bukan dari golongan bijak pandai,study mcm mne pon result cukup makan je.makin sakit hati bila tgk org laen yg study last minute,klas pon slalu ponteng,result gempak,meletup,,dan perkataan2 yg lain yg selayaknya..
    time 2 kalau kouhaitachi dpt taw psl akademik kita ya Allah segannya,ditambah dengan beberpa org dari ypm yg mungkin kurang ilmu motivasi,24 jam asyik nak pressure batch2 yg bakal fly nih..’klo x lepas kene kick la,dismiss la,bayar balik la..mcm2..
    kesian kt member lain yg susah nk kawal stress,tp diri sndiri pon stress gak..so pada masa yg sama pujuk diri kawan dan pujuk diri sendiri..
    bila kita ditimpa kesusahan,kita slalu pk Allah x adil la,buang masa study la,mcm2 la..tp cuba pk balik,mungkin ini kifarah dosa atas salah yg kita prnah buat..sebab dosa itu fitrahnya bukan sahaja diselubungi kemungkaran,bahkan diselaputi kemurungan…
    dan ingat juga,manusia kalau waktu susah la baru nak cari Allah..anggap kegagalan itu sebagai tanda kasih sayang Allah untuk menyedarkan hamba tersayanNya yang sedikit lalai

    ”barangkali perkara yang kamu suka itu tidak baik bagi kamu,barangkali perkara yang kamu benci itu baik bagi kamu”

    akhir sekali,kita renung kembali doa dari rasulullah s.aw.’moga2 Allah campakkan kejayaan dan belas kasihnya kepada semua..aku tunggu suma adik2 aku smpai jepon…

    ”ya Allah,berilah aku 1 hari untuk lapar dan 1 hari untuk aku kenyang,moga tika aku lapar aku ingat padamu dan tika aku kenyang aku bersyukur padamu..”

  4. ak pn pnah kecewa sgt bila ak study gler2, x dpt apa yg ak nk…ak nangis gler2..rse cm frust gler..tp bile jd mcmni, sbnrnyer Allah nk kte sdar,ap yg kte dh buat utk Dia,adakah memadai jika doa kte dmakbulkan..cukup ke sume tu utk Dia makbulkan doa kter..itulah nsht yg cukup terkesan bg ak oleh sorg yg sgt memahami..tq..

  5. alhamdulillah…xm da abes..
    cuma nak pesan kpd kawan2 n diri sendiri…jgn pernah berputus asa dari rahmat Allah…saya pun x sangka boleh lulus kikou walaupun banyak yg dibiarkan kosong…Yakinlah, hanya Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..

    Dan janganlah kita terlalu yakin boleh mendapat A+ apabila berjaya menjawab semua soalan dengan baik…kalau Allah boleh bagi kertas jawapan yang kosong markah yg baik, kertas jawapan yg semua betul pun boleh jadi sebaliknya…hanya kepadaNya jua tempat kta berharap…

    Semoga segala yang diusahakan membuahkan hasil yang diingini..
    dan yakinlah, segala yang diberiNya adalah yang terbaik untuk kita semua..

  6. em..Allah nak suh pk..
    Tyme die suh kte tutup aurat,kite taknak tutup..ego..
    nah,tyme kite nak pertolongan Die,Die taknak bg..
    skang rasekan..

  7. InsyaAllah,jika kte yakin akan pertolongannye…Dia akan tolong kte…moga Allah lembutkan hati sensei~~

  8. nice post cerah.kepada batch aku,jangan bimbang sangat ngn math 2.ueno sensei 2 macam baik.macam la.insyaALLAH semua lulus.kita smue nie sket lg nk g jepun,mesti sensei tolong nya..senyum sokmo

  9. b4 ak bce artikel nih
    ak da xtau nk wat pe…
    tp thanx kpd author…
    ak da sdar ak ptut bertawakal

  10. exam …semua org risau ..mintalah pada Allah supaya dikurniakn hati yg tenang menghadapi segala situasi dalam hidup..senyum..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s