Destinasi Kekal

“Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai(dengan dunia) dan berpaling (dari akhirat)”
Maksud ayat pertama dari surah Al-Anbiya ini benar-benar menyentuh hati kecil ini. Membuat hati kecil ini sedar kembali dalam keasyikan mengejar segulung ijazah di Jepun rupa-rupanya semakin hari kita semakin hampir dengan hari akhirat. Inilah destinasi kekal kita. Destinasi dimana membawa kita kepada kehidupan yang abadi. Siapa yang pahalanya banyak disyurgalah mereka,siapa yang dosanya banyak menangis dineraka lah mereka. Aku cuba membandingkan persediaan diri sendiri dalam menuju dua destinasi. Destinasi yang kekal dan destinasi sementara. Berada di JAD memaksa diri ini belajar bersungguh-sungguh untuk menuju ke satu destinasi yang belum pernah aku sampai iaitu Jepun. Kata orang “ berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”. Kalau nak berjaya perlu berusaha, kalau nak ke Jepun perlu belajar pandai-pandai,biar lulus JAD baru boleh ke Jepun. Aku bersetuju dengan peribahasa itu. Kalau nak senang bersusah-susah lah dahulu. Namun sayangnya aku gunakan peribahasa itu sebagai pendorong untuk menuju destinasi sementara sahaja. Mungkin kerana sifat manusia yang mudah lalai ini, aku lupa bahawa diri ini masih dalam ‘perjalanan’ menuju satu ‘destinasi kekal’. Setiap kali menerima berita kematian, bibir ini pucat ketakutan. Bimbang andai masa untuk aku tiba nanti. Bagaimana akan aku hadapi kematian itu? Bagaimana rupa Malaikat Izrail saat ‘datang’ mengambil nyawaku? Tak terbayang rasanya.
RUPA MALAIKAT IZRAIL
Membaca satu buku yang dipromote seorang rakan membuat jantung berdegup kencang. Buku yang menceritakan tentang saat-saat kematian. Berminat berkongsi sesuatu yang menarik dengan pembaca. Rupa Malaikat Izrail berbeza saat mengambil nyawa manusia. Saat mengambil nyawa manusia yang bagus amalnya, rupa malaikat Izrail sangat menyenangkan, berbau wangi. Sebaliknya,sangat berbeza rupanya saat mengambil nyawa orang yang banyak dosanya, rupa malaikat Izrail amat menakutkan, berbau busuk serta bengis dan garang. Macammana agaknya rupanya. Sanggupkah kita melihat rupa malaikat Izrail saat malaikat Izrail mencabut nyawa kita yang masih banyak dosa ini. Sedangkan Nabi Ibrahim pon tak sanggup melihat, inikan pula manusia biasa seperti kita. Satu kisah tentang Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim telah meminta Malaikat Izrail menunjukkan rupanya saat mencabut nyawa orang yang banyak dosa. Tetapi Malaikat Izrail enggan kerana bimbang Nabi Ibrahim takut melihatnya. Tapi Nabi Ibrahim tetap ingin melihatnya. Maka Malaikat Izrail akur, dan menunjukkan rupanya yang menakutkan itu lantas Nabi Ibrahim jatuh pengsan melihatnya. Lihat,renung dan fikirkan. Pasti rupanya amat menakutkan sehingga Nabi Ibrahim boleh pengsan melihatnya.
BAGAIMANA BEKALAN KITA?
Tiba saja musim exam, semua pelajar sentiasa menyayangi masanya. Jika petang-petang masanya banyak dihabiskan untuk berkaraoke, pada musim exam petang-petang pun masih baca nota yang sensei bagi. Dulu kalau tak paham terus tido, tapi bila tiba musim exam,kalau tak paham sikit pon terus naik bilik guru jumpa sensei. Terbukti, pelajar2 membuat persediaan yang sangat baik untuk menghadapi exam. Dengan persediaan yang cukup, pasti mereka berjaya dengan cemerlang di dalam exam. Ya! Itulah lumrah alam. Siapa yang berusaha pasti dia beroleh kejayaan. Itu sunatullah. Kita sanggup tak tido malam untuk belajar supaya kita dapat keputusan yang cemerlang kerana kita ingin menuju destinasi kita di jepun.
Namun bagaimana persediaan kita untuk menghadapi ‘exam’ di destinasi kekal kita nanti. Apa kita nak jawab saat diri ditanya siapa tuhan kamu? Siapa rasul kamu? Apa agama kamu? Jika didunia mulut pantas menjawab bila ditanya namun disana nanti mulut takkan menjalankan fungsinya lagi. Hanya amal yang dapat membantu kita. Amal yang macammana? Amal yang kita lakukan saat diri hidup didunia yang penuh godaan. Amal yang dilakukan penuh tabah dan tekun saat remaja-remaja lain ghairah mencari keseronokan dunia. Amal yang dilakukan saat manusia lain berpusu-pusu pergi ujibakat Akademi Fantasia mencari populariti dunia. Hanya orang yang tabah beramal sahaja akan berjaya di ‘sana’ nanti. Aku mengaku, sukar untuk beramal secara terus-terusan kerana kita tak nampak mana hasilnya. Kita tak nampak kehidupan akhirat tu macam mana. Namun disinilah keyakinan pada Allah itu diperlukan. Yakinlah dengan janji Allah bahawa hari pembalasan itu akan tiba.
“ Apabila terjadi hari kiamat…terjadinya tidak dapat didustakan(disangkal)” (56:1,2)
“ Sungguh, hari keputusan adalah suatu waktu yang telah ditetapkan,”(78:17)

Percayalah bahawa menuju syurga Allah bukan mudah. Seorang wanita yang banyak beramal saat kakinya ingin melangkah kesyurga tetapi disekat kerana sifat kedekutnya didunia. Seorang lelaki yang banyak beramal ingin masuk kesyurga tetapi disekat kerana ada satu amanah yang tidak ditunaikan semasa didunia. Dua kisah ini sebagai bukti tidak mudah melangkah kaki ke syurga Allah. Kadang-kadang kesilapan yang kita tak sedar mampu menarik kita jauh selangkah dari syurga Allah. Itu kisah orang yang banyak amalnya,tetapi masih sukar menjejakkan kaki ke syurga Allah. Apatah lagi kita yang masih belum cukup amalnya. Masih berat dosanya. Semoga Allah sentiasa mengampuni kita.
KITA TERKILAN BILA………..
Seorang pelajar sentiasa terkilan apabila tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Seorang pemain bola akan terkilan apabila gagal menjaringkan gol. Peminat Felix terkilan apabila Felix tidak berjaya menjadi juara AF3 dulu. Hakikatnya manusia sentiasa terkilan apabila tidak mendapat apa yang mereka mahu. Tetapi jarang sekali rasa terkilan bila kita tidak terbangun untuk qiamullail, jarang sekali rasa terkilan bila terlepas solat Subuh berjemaah. Jarang sekali rasa terkilan jika dalam sehari kita gagal membaca al-quran walaupun satu mukasurat.kerana apa? Kerana kita tak nampak hasilnya. Kerana bila berjaya dalam exam,kita nampak Keio dan Waseda Universiti menanti di Jepun,kerana kita nampak trofi kalau memang bola,kerana kita nampak Felix kesayangan kita menerima sebuah kereta bila menang AF. Kerana kita tak nampak apa yang kita dapat bila qiamullail, apa yang kita dapat bila kita solat berjemaah, apa yang kita dapat bila membaca kitab al-quran. Macammana nak nampak hasilnya kalau kita beramal? Percayalah hanya dengan ilmu dan keyakinan kepada Allah yang mampu membuat kita terus bersemangat untuk beramal. Sebab itu kita dituntut untuk tadabur ayat-ayat al-quran kerana dalam al-quran segalanya diceritakan dengan lengkap. Dalam al-quran menceritakan semua perkara yang telah,sedang dan akan berlaku. Pupuklah keyakinan kita kepada Allah melalui al-quran.

SEDIAKAN BEKAL…..
Banyak kita dengar tentang berita kematian mengejut. Setelah lama tidak mendengar berita kematian, satu Malaysia dikejutkan dengan berita kematian pengarah filem terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad. Cukup mengejutkan. Beliau yang sihat hanya jatuh pengsan seketika lalu koma dan 3 hari kemudian meninggal dunia. Siapa sangka beliau meninggal ketika sedang rancak mencipta filem-filemnya. Siapa yang mampu melawan takdir saat malaikat Izrail sudah ‘ditugaskan’ untuk mengambil nyawa yang dipinjam. Banyak cerita tentang kematian namun hanya beberapa minit ia terkesan dihati kecil ini. Kita tidak tahu, ibubapa kita tidak tahu,kawan kita pun tidak tahu.. tiada siapa tahu ajal masing-masing. Hanya Allah yang tahu.
“ Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan Kami tidak lemah.”(56:60)
Tugas kita hanya sediakan bekal, bekal sebagai pembela saat diri meniti titian sirat, bekal sebagai pengiring perjalanan kita menuju syurga Allah. Macammana nak sediakan bekal? Solat 5 waktu itulah sebagai bekal. Puasa di bulan Ramadhan itulah sebagai bekal. Taat perintah Allah itulah sebagai bekal. Taat pada suami itulah sebagai bekal. Dakwah yang disampaikan itulah sebagai bekal. Sediakan bekal dari sekarang.
“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara kusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan(kepada meraka) dan janganlah mereka(berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik.
Surah Al-Hadid:16

“Kita ibarat musafir yang melalui kehidupan sementara didunia ini sementara menuju destinasi kekal disana(akhirat)”

5 thoughts on “Destinasi Kekal

  1. ak pon terkejut gak ble dpt tau pengarah filem 2 dah meninggal dunia.mcm x expect je bende ni nk berlaku…mcm kte gak malaikat bley tarik nyawa kte ble2 mse je jika itu perintah Allah..

    dlm kte sume(u1 n U2) bercuti ni,marilah kte same2 mengambil peluang utk menambah amal kte yg ditinggalkan semata2 utk stdy utk kimatsu ari 2…mgkin ad yg x berkesempatan utk baca Quran tp inilah masenye utk kte ganti blk mse yg kte gnekan ari 2 utk stdy…

    p/s:sama2lah kte muhasabah diri dan saling mengingati~~

  2. x de la…mmg la ms yg berlalu x leh da nk ganti..
    mmg disbbkan kejahilan diri ini sbb sggup bersengkang mata utk stdy tp utk buat ibadat x cam2 pon..isk3..
    mmg senang utk berkata tp itulah hakikatnye diri sy..kne selalu diperigtkn..=)

  3. setiap manusia membuat kesilapan
    besar dosa kita
    besar lagi pengampunan Allah
    sentiasa berdoa agar diri kita tak henti ditarbiah oleh Allah
    sama2 kita berhijrah menjadi kita yg kebih baik~

  4. pernah terbaca hadith Allah akn ampunkan dosa hambaNya walau seluas bumi…kalu tk silap…ini menunjukkan keluasan rahmat Allah..jadi sebagai hamba banyk2 kn lah berdoa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s