Jumaat yang hilang serinya..

“Penghulu segala nabi?”Tanya Ustazah Maimunah kepada anak-anak muridnya.

“Nabi Muhammad,ustazah!”Jerit anak-anak muridnya yang baru sahaja berumur 9 tahun.

“Penghulu segala bulan?”Soal Ustazah lagi.

“Ramadhan,ustazah!”Jerit mereka lagi.

“Penghulu segala hari?”Soal Ustazah sambil memegang sebatang kapur.

“Hari Jumaat,ustazah!”Jerit murid-muridnya.

“Ha~,pandai anak murid ustazah.Hari Jumaat kita panggil sebagai..”

“Saiyidul Ayyam!”Fatihi memotong.

Ya,penghulu segala hari ialah hari jumaat dan hari jumaat digelar sebagai saiyidul-Ayyam. Salah satu sebab kenapa hari jumaat dianggap sebagai penghulu segala hari adalah kerana pada hari itu adanya solat Jumaat.Solat yang hanyasanya ada pada hari itu sahaja,tiada pada hari khamis mahupun sabtu.Solat yang mana mewajibkan umat Islam berkumpul,berbincang dan bertanya khabar sesama sendiri.

Solat Jumaat juga ada istimewanya kerana solat Jumaat tidak dikira sah jika tiada khutbah sebelumnya dan lelaki yang mukallaf yang sengaja meninggalnya selama tiga kali tanpa sebab yang munasabah dikira terbatal syahadah.

Kenapa sampai begitu sekali?

Hakikatnya,solat Jumaat sepatutnya digunakan oleh setiap Muslim untuk berkumpul dan berbincang tentang masalah ummah bukan sekadar menadah telinga dan berdengkur.Khutbah yang sepatutnya menjadi nasihat dan pedoman menjadi lagu-lagu indah mengulik pendengar supaya terus terlena.

Langkah kaki ke Masjid negeri Selangor atau nama lainnya Masjid Biru,membuatkan hati ini hampa. Masjid yang mempunyai kemudahan yang agak hebat itu betul-betul memudahkan pengguna untuk menjadikannya tempat berehat.Di kawasan bawah dan belakang masjid kelihatan ‘mayat-mayat’ yang terkujur kaku,lena diulik bidadari-bidadari mereka.Di satu sudut pula,kelihatan beberapa orang pelajar yang sedang asyik membelek-belek kertas nota mereka,barangkali mereka ada peperiksaan petang nanti.

Tidak salah jika ingin tidur,tapi tidurlah sebelum khutbah dibaca.Tidak salah jika ingin study,tapi studylah sebelum khutbah didendangkan.

Rasulullah melarang keras sesiapa yang bermain janggut atau bermain pasir ketika baginda berkhutbah. Bayangkan kalau bermain janggut dan pasir juga dilarang,apatah lagi study atau tidur?

Tengah diri ini asyik mendengar khutbah,datang seorang  pakcik yang berjanggut dan berjubah putih, orang agama lagaknya,dia berjalan ke arah seorang rakannya dan bertanya khabar.Ya Allah,tengah imam berkhutbah boleh dia bertanya khabar.Betul,solat Jumaat merupakan platform untuk bertanya khabar namun bukan ketika imam berkhutbah.Jika melarang orang supaya jangan berbuat bisingpun salah,inikah pula riuh-rendah bertanya khabar.

Tahu kenapa melarang orang berbuat bising ditegah?

Kerana melarang orang buat bising itu akan menarik perhatian makmum-makmum lain,secara automatik mengganggu konsentrasi mereka mendengar khutbah.Lihatlah,betapa pentingnya memberi tumpuan ketika khatib membaca kutbah.

“Bagaimana pula kalau tertidur,pak?”

“Kamu bertanya dengan memberi jawapan,pelik benar kamu.”

“Bertanya dengan memberi jawapan?”

“Ya,pada perkataan ‘TER’ itu ada jawapannya.Tapi,cuba kamu bayangkan.Kalau ada orang sedang mengagih makanan,aku sedar dan kamu tidur.Siapa yang akan dapat lebih?Kamu atau aku?”

“Bapakla kerana bapak sedar.Saya tidur.”

“Benar,itulah pahalanya.”

Jadi,saya menyeru kepada diri saya dan diri yang membaca semua supaya kita betul-betul mengambil iktibar pada setiap khutbah yang dibaca.Kembalilah kepada sunah nabi dan hidupkan kembali ruh SAYYIDUL AYYAM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s