Nak kahwin dengan lelaki macam Aidil lah!~

kahwin_thumbDua tiga hari ini, mata asyik mengadap laptop menonton satu drama Melayu. Drama yang baru saya tahu kewujudannya selepas cuti bertajuk Nur Kasih. Di kelas, sana sini rakan-rakan asyik bercerita tentang Nur Kasih.Tiada niat untuk terlalu mengagung-agungkan drama ini, cuma mungkin hati ini terpikat dengan jalan ceritanya yang lain dari yang lain,sarat dengan pengajaran dan penuh menyentuh hati kecil manusia. Babak-babak dalam cerita ini banyak memberi kesan kepada hati.
Hati mula berasa geram dan marah dengan watak bernama Adam. Seorang lelaki yang kalah dengan kelemahan diri sendiri. Sejak kecil dia tidak pernah mencuba untuk jadi sebaik abangnya. Dia sentiasa mengaku kelemahan diri. Mengaku dia jahat,mengaku dia teruk berbanding abangnya. Mungkin dia ego. Namun malangnya, sifat ego itu menemani dirinye sehingga dia dewasa. Sukar sekali dia menerima nasihat ayahnya. Dia hanya melihat apa yang negative dari nasihat ayahnya lantas mengheret dia ke kancah maksiat. Berjaya melanjutkan pelajaran ke Australia,bersekedudukan dengan teman wanita dan arak menjadi minuman hariannya. Terpaksa pulang ke kampung saat ayahnya sakit teruk membuat diri Adam rasa ‘terpaksa’ pulang dan menganggap dia sentiasa perlu berkorban untuk kesenangan orang lain. Apatah lagi Adam ‘dipaksa’ berkahwin dengan Nur Amina bagi memenuhi permintaan terakhir ayahnya. Nur Amina, anak perempuan imam di kampung itu. Seorang gadis yang baik dan memiliki keperibadian yang tinggi. Rasa marah bertambah-tambah dengan watak Adam saat dia nekad membiarkan Nur Amina digantung tak bertali di Malaysia sedangkan dia telah berkahwin dengan kekasih hatinya di Australia.
Aidil satu watak yang berjaya menambat hati wanita saya. Seorang anak yang taat dan tinggi ilmu agamanya. Melanjutkan pelajaran di Mesir dan ikhlas menyayangi adiknya, Adam. Sudah lama menyimpan perasaan pada Nur Amina.Namun hatinya hancur saat ayahnya memutuskan untuk meminang Nur Amina untuk adiknya demi memastikan adiknya tidak terus hanyut dengan kehidupan barat dan merasakan Adam perlukan bimbingan seorang isteri yang baik untuk menjamin kebahagiaan hidupnya dunia dan akhirat. Setiap kali babak pertemuan Aidil dan Nur Amina pasti menyentuh hati ini kerana lakonan Fizz Fairuz itu benar-benar berkesan menunjukkan reaksi kecewanya apabila gadis idamannya kini menjadi adik ipar sendiri. Subhanallah, dirasakan cukup sempurna makhluk Tuhan bernama Aidil dalam drama itu. Setiap kesedihan berjaya ditutupi dengan ketabahan dan kesabaran.
Watak yang berjaya mencubit rasa sedih dihati pastinya watak Nur Amina. Gadis yang kuat pegangan agamanya. Gadis yang digantung tak bertali oleh suaminya. Gadis yang mengorbankan cita-citanya demi menjaga hati orang tuanya. Namun pengorbanan Nur Amina dibalas dengan begitu kejam oleh Adam. Setiap hari dia menangis merenung nasib diri kerana terpaksa hidup dalam penipuan. Terpaksa menipu ibubapanya yang dia bahagia dengan Adam sedangkan apa yang berlaku sungguh diluar jangkaan ibu bapanya.
Cukup sudah huraian tentang watak2nya. Berminat berkongsi sesuatu yang menarik dari cerita ini. Saat Adam dikahwinkan dengan Nur Amina, sayalah orang yang paling membangkang babak itu. Saya percaya dengan janji Allah dalam surah An-Nur ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)”
Mengikut ayat ini, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya. Tapi kenapa dalam cerita ni Adam yang jahat boleh kahwin dengan Nur Amina yang baik? Hati bertanya. Tak mengapa, perancangan Allah yang terbaik. Drama itu belum berakhir. Mungkin Allah memberi hidayah kepada Adam dan Adam menjadi lelaki terbaik buat Nur Amina. Itulah harapan saya untuk pengakhiran drama ini.
Drama Nur Kasih itu hanyalah satu mukadimmah. Daripada fenomena Nur Kasih ini, ada sesuatu yang menarik perhatian saya, saya dan rakan-rakan cukup terpikat dengan keberibadian Aidil. Memang manjadi lumrah, setiap wanita pasti mahukan suami yang baik yang boleh membimbing. Jika ditanya artis-artis di Malaysia sekalipun, macam mana ciri-ciri suami idaman, pasti jawapan hampir sama keluar dari mulut mereka.
“ Saya mahukan lelaki yang beriman.”
“ Saya mahukan lelaki yang baik yang taat perintah agama yang boleh membimbing saya.”
“ Saya terpikat pada suami saya kerana dia seorang yang kuat pegangan agama.”
Selepas menonton drama Nur Kasih,
“ Aku suka sangat dengan Aidil”
“ Aku nak kawin dengan lelaki macam Aidil”
“ Tabahnya Aidil tu. Kalu lelaki macam tu pinang aku, aku terus terima,tapi lepas grad la.”
Bukan bermaksud kami memuja-muja lelaki bernama Aidil itu, cuma begitu mengagumi lelaki ciptaan Allah itu, andai benar wujud lelaki sesempurna itu. Pasti Saidatina Khadijah adalah wanita terhebat kerana beliau layak bersuamikan lelaki sesempurna Muhammad Bin Abdullah.
Semuanye bermula dengan ketinggian agama. Menjadi lumrah wanita inginkan suami yang baik. Namun saya bimbang diri saya tersasar dari landasan sebenar. Saya takut keinginan untuk peroleh suami yang baik mengikat diri saya untuk berubah bukan kerana Allah. Berubah kerana ingin menjadi baik supaya mendapat suami yang baik. Jodoh pertemuan semua milik Allah dan Allah juga yang layak menentukan. Cuma berharap diri ini dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan bertemu dengan lelaki yang terbaik untuk diri,lelaki yang akan sama-sama berjuang memartabatkan Islam. Hanya berdoa diri ini ikhlas berubah mendekati Allah hanya untuk mendapat keredhaan Allah.

http://www.youtube.com/v/XXJtnLGhC48&feature

10 thoughts on “Nak kahwin dengan lelaki macam Aidil lah!~

  1. tabahnya nur dlm crite ni kn..kadang2 ade gak tpikir,mampukah ak nie jd setabah watak nur nie.dtggalkan suami btahun2 tp demi mjaga hati n aib semua org,dia sanggup bkorban..bolehkah ak setabahnya secekalnya..y pasti sememngnya lelaki y mpunyai pwatakan spt aidil adlh idaman kaum hawa..tp.ye la kan..klu berhajat nk pasgn y baik,diri pom kne jd baik jugk..so,kita sbg kaum hawa nie jomlah sama2 perbaiki diri n mperingati sesama sendiri ntuk mjadi lbih baik..kerjasama kan penting..kerjasama dlm amar makruf nahi mungkar pom penting..=))moga ketemu dgn apa y diingini..
    p/s:cik mut tgh cri jodoh iras2 aidil ke??kat dungun tcinta rase2 ade x org cm2??arap2 ade la kn..amin…(jgn marah yea)

  2. alamak
    mcm mane kantoi lak aku tulis post ni
    uisshh
    alang2 kantoi bia la aku reply komen
    cik…..x mengapalah
    x yah la cari
    saye rase Aidil saye tgh tunggu saye habis grad je tu
    hehehe
    sepatu biru..doakan ade org dungun cam tu~
    ape2 pon
    berserah pada Allah..kene yakin Allah tahu sape terbaik untuk kite~

  3. salam,
    hmpir tiap org menginginkn jodoh yg trbaik buat mereka.semoga kita semua dipertemukn dgn jodoh spt yg kita mahukn.sesungguhnya jodoh prtemuan semuany di tangan Allah.tpi cik mut selalu ckp dgn sy, jodoh kita berada di sekeliling kita.x gitu cik mut.sy doakn cik mut brtemu jodoh dgn org dungun tu ye…hehe..teringin nk ke dungun 6t…

  4. cik (^_^)…
    saye dengar org kate mcm tu
    saye berkongsi la dengan awak
    disekeliling saya tiada org dungun
    x mengapalah
    mungkin ketemu dilain tempat kelak~

  5. tidak salah inginkan jodoh yang baik kerana mengharap yang baik itu sifat Allah dan sifat para Rasul.Dapat ke tidak?Itu urusan Allah.Yang penting,pegang pada janjinya, yang baik hanyasanya untuk yang baik.Dan perlu diingatkan,jodoh bukan dicipta untuk ditunggu tapi untuk dicari cuma ada cara mencarinya…

  6. x pe la cik mut klu bkn kt m’sia mne tau dkt nihon 6t ketemu dgn mr.dungun…hehehehe..mcm yg cin uwais ckp kne cari..

  7. cam confuse plak..macam pnah bace, kat azzariyat yang diedarkan kat klas dulu, kalo orang perempuan, tunggu je jodoh datang. kalo kite baik, Allah akan bagi jodoh yang baik. maksudnye macam xyah cari pon xpe. nanti die datang sendiri la.. betol ke camni??

  8. x…kene cari tp ‘cari’ tu yang bagaimana,itu yang perlu dibincangkan.’Cari’ bagi perempuan lain caranya dengan ‘cari’ lelaki.Rasa-rasa anda,bagaimana ‘cari’ perempuan itu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s