Ayuh, Bangunlah Teman…

kubur_thumbUsrah hari ini tidak seperti biasa. Keahliannya masih sama biarpun kehadiran semuanya tak pernah menentu kerana ada saja sahabat yang punya alasan sendiri untuk tak menghadirkan diri. Namun biar apapun alasan mereka semoga hidayah dariNya sentiasa menaungi mereka. Bukan hal ini yang ingin dikongsi bersama tapi pengisiannya. Bukan senang untuk berubah. Tajuk yang cukup ringkas mudah difahami oleh sesiapa tak semua bisa merealisasikannya. Ada yang menemui jalan ini gelap tak bercahaya. Ada yang kecundang disaat langkahan kaki bermula dek kerana keyakinan yang belum benar-benar mantap. Ada yang berjaya melaluinya tapi gagal menemui pengakhirannya kerana tersungkur di pertengahan. Ada yang berjaya menemui penghujungnya setelah melalui pelbagai rintangan.

Memang benar untuk berubah tak semudah kita menterbalikkan tapak tangan. Keyakinan yang benar-benar mantap diperlukan. Isu yang ditimbulkan dalam usrah kali ini lebih tertumpu pada tradisi ‘couple’. Tradisi yang cukup popular dalam kalangan para siswa dan siswi. Malah turut di pelopor juga oleh para pelajar sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Hakikatnya tradisi amalan ‘couple’ ni memang menjadi tumpuan para remaja hari ini. Dan menjadi tumpuan para nuqaba dan para da’ie juga untuk mencari solusinya.

Rata-rata beranggapan bahawa masalah ‘couple’ ini bukanlah suatu isu. Malah persoalan ini dipandang remeh oleh segelintir masyarakat. Dan yang lebih parah ada ibubapa yang seolah-olah merelakan anak mereka mengamalkan tradisi yang bisa dipandang serong oleh agama lain andainya pengamalnya pemudi yang beragama Islam hari ini. Kenapa hal ini bisa dipandang serong oleh penganut agama lain?? Jawapannya ringkas, inikah ajaran Islam. Ajaran yang mengajak para penganutnya menjaga batas pergaulan sesama manusia yang berbeza jantina. Ajaran yang menyeru penganutnya membawa kebaikan di bumi, tapi remajanya berpeleseran bebas berpegangan tangan tanpa suatu lafaz janji yang dilafazkan berlandaskan nama yang Maha Esa. Lantas mereka melahirkan anak yang tak berdosa yang akan dicemuh oleh masyarakat. Jadi inikah ajaran Islam yang ingin kita pertontonkan kepada umum. Inikah caranya ajaran Islam itu di perkenalkan?? Melalui pergaulan bebas yang akan membawa kepada seks bebas.
Ajaran Islam yang sebenar harus diperhalusi dan di fahami bukan sekadar dipelajari. Ada rakan-rakan usrahku menyuarakan pandangan mereka dengan berkata, Ala kenapa isu-isu yang kecil harus kita pandang berat?? Bukan isu perihal solat ataupun ibadah-ibadah lain yang diperbincangkan. Bukankah itu lebih penting dari masalah ‘couple’. Ada pula masyarakat diluar sana berpandangan, kami bukan ‘couple’. Kami sekadar teman tapi mesra. Kami tak berpegangan tangan. Kami tak bercumbuan pada khalayak. Awek aku berpakaian menutup aurat. Pak we aku setiap hari pergi usrah. Tak pe la benda kecik je ni. Sekadar untuk menambah teman untuk mengenal dengan lebih dekat siapa dia dan aku sebelum kami dipersatukan.

Bukan kecil ataupun besar yang menjadi persoalannya. Namun yang lebih utama adalah peranan kita untuk membendungnya. Kenapa perlu dibendung?? Bukan ke isu lain itu lebih utama. Suatu masa dahulu aku urut terfikir perihal ni. Nampaknya tiada penyusutan di perlihatkan malah saban hari peningkatan yang dicatatkan.

Isu yang dipandang remeh inilah sewajarnya diberi lebih penumpuan. Kerana pada aku tak sempurna ibadah seseorang andai masih ada yang menjadi larangan Allah tidak dipatuhi. Analoginya mudah kita mengharamkan babi dan makan semua makanan halal tapi arak kita minum. “Eh, kan arak tu haram kenapa kau minum??” Alasannya mudah kan aku dah tak makan babi, aku dah solat, aku dah berpakaian tutup aurat. Takpe arak je. Pahala-pahala aku boleh ‘cover’ dosa minum arak ni. Namun sedarilah wahai teman seislamku haram tetap haram. Hukum tak bisa berubah andainya kita memperbanyakkan ibadah lain. Tak sempurna ibadah insan itu andai masih ada larangan Allah masih dilanggari. Ada yang beranggapan, tak pe aku ‘couple’ ni. Alasannya pula,” eh tak pe kalau ‘couple’. Andainya tak pegang-pegang tangan. Pakai tudung labuh baju labuh kalau kuar sekali. Time keluar plak kita bincang perihal usrah dan kebesaran Allah”. Inilah yang dikatakan tujuan menghalalkan cara. Hukumnya tetap haram. Analoginya umat islam dilarang makan babi kerana binatang ini makan segala jenis makanan termasuk najis. Tapi kalau kita sembelih babi tu, samak dia, masih bisakah kita makan babi?? Jawapannya tetap haram kan…samalah dengan situasi diatas.

Wahai sahabatku kita sering merintih mengharap padaNya agar diberikan segala kenikmatan didunia ini. Apabila rintihan kita tidak diendahkan, tatkala diri dihimpit keninaan dan kesusahan ada dalam kalangan kita akan mempersoalkan, “ish kenapa la result aku still teruk. Padahal kan aku dah belajar semalam. Kenapa time exam aku pening.” tatkala itu kita merasakan Allah bagaikan mengabaikan doa kita. Allah tak pernah dengar doa kita. Tapi pernahkah kita semak dimana letaknya Allah dalam diri kita? Kita mengakui Allah punya kuasa yang maha agung yang bisa menterbalikkan alam ini pada bila-bila masa sahaja. Kita sering berzikir melafazkan kata-kata cinta yang memuji kebesaranNya. Kita mengharapkan redhaNya.

Namun pernahkah sahabatku kau bertanya,”Allah terletak di bahagian mana dalam diri kita. Andai Allah itu kita letakkan di tapak tangan dan dunia itu di hati. Maka akan jauhlah diri kita dari terus mendapat hidayahNya kerana benda yang bisa digenggam mudah dilepas pada bila-bila waktu sahaja. Andainya Allah itu letaknya di situ maka insaflah wahai teman. Namun, andai letaknya Allah dihati kita akan sentiasa merasakan Allah itu dekat dengan kita. Walaupun sememangnya Allah lebih dekat dengan diri kita sendiri kalau nak dibandingkan dengan urat leher kita sendiri.

Sedarilah teman kerana masa itu masih ada menantikan tangisan taubatmu. Malaikat itu ada di kanan dan kiri tubuhmu untuk mencatat segala perbuatanmu agar ianya bisa dihisab dengan adil. Sehari usia kita meningkat tua semakin dekat saat pernikahan kita dengan maut kita. Setiap orang dilahirkan dalam keadaan diri yang telahpun dipertunangkan. Yakni dipertunangkan dengan kematian. Tinggal lagi hanya kad undangannya sahaja yang masih dihijabkan oleh Allah.

Ayuh bangunlah teman sebelum lampu isyaratmu tidak lagi menyalakan warnanya. Selagi kita masih mampu tersenyum, berubahlah…

3 thoughts on “Ayuh, Bangunlah Teman…

  1. dosa kita bergunung tinggi
    pengampunan Allah melangit luasnya
    ganbatte~
    lupakan masa silam kita
    bangkitlah dengan kita yang baru!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s