Soft Skill: Jom Tarik Perhatian Orang!

tangan_thumbKatakan pada suatu hari, anda ditugaskan untuk mendekati atau menjadi fasilitator kepada beberapa orang remaja,bagaimanakah caranya anda mendekati atau menyelami hati mereka? Katakan remaja-remaja itu merupakan mat-mat rempit yang tegar, apakah topik yang akan anda mulakan untuk menasihati mereka? Mengingatkan mereka tentang mati? Memberitahu mereka bahawa hukum merempit adalah haram dan salah di sisi agama? Bercakap tentang aqidah mereka? Adakah anda yakin topik-topik ini mampu menarik minat mereka terhadap apa yang anda ingin nasihati mereka atau topik-topik ini mampu mengubah mereka? Percayalah kata saya,topik-topik ini walaupun releven dari segi teorinya tapi tidak dari segi praktikalnya.

Bak kata pepatah,masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang harimau,mengaung.Inilah cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menarik perhatian penduduk Makkah ketika menyeru mereka memeluk Islam.Apabila berjumpa dengan orang agama seperti Abu Bakar,Rasulullah akan masuk melalui agama.Bila berjumpa dengan Musa Al-Asy’ari,Rasulullah akan masuk melalui Taranum.Ketika berjumpa dengan dengan Zaid,Rasulullah akan menggosok kepalanya.Lain orang,lain pendekatan yang Rasulullah gunakan.

Bila anda ingin bercakap dengan Mat Rempit,sila masuk ke dunia Mat Rempit.Bila anda ingin menegur orang yang bercouple,sila masuk ke dunia orang yang bercouple.Bila anda ingin menerkan mereka yang ingin murtad,sila selami dunia mereka.Adakah hal ini bermaksud anda terpaksa merempit untuk faham dunia Mat Rempit atau anda harus bercouple untuk menegur orang bercouple dan anda wajib murtad untuk tahu perasaan orang murtad? Tidak. Apa yang saya maksudkan,penuhi diri anda dengan ilmu.Ilmu merempit,ilmu couple atau ilmu murtad.Anda mesti tanya diri anda soalan-soalan seperti kenapa dia merempit, bagaimana dia merempit, merempit perlukan apa, motor yang digunakan untuk merempit bagaimana, apakah habuan bagi mereka yang merempit. Dari sudut-sudut inilah kita mampu masuk ke dunia mereka.Bagaimana kita ingin mereka faham kita jika kita tidak faham mereka? Seek first to understand then to be understood!

Kenapa mereka akan tertarik?

Manusia lebih cenderong untuk mengetahui apa tentang diri mereka.Pelajar JAD contohnya.Pelajar JAD merupakan pelajar yang akan menyambung pelajaran ke Jepun.Jika dipanggil 2 orang penceramah untuk berkongsi pengalaman mereka,seorang yang pernah belajar di Makkah dan seorang pernah belajar di Jepun,saya percaya bahawa pelajar-pelajar akan lebih memberi perhatian ketika bekas pelajar Jepun daripada bekas pelajar Makkah. Kerana apa?Kerana mereka lebih suka mengetahui apa-apa yang berkaitan dengan diri mereka.

Sebagai contoh lagi,pelajar kejuruteraan.Pelajar kejuruteraan lebih tertarik untuk berbicara tentang kejuruteraan daripada perubatan.Kerana apa? Kerana mereka arif tentang kejuruteraan daripada perubatan,jadi mereka mempunyai modal yang banyak untuk bercakap tentang kejuruteraan.

Jadi,bagaimana kita ingin menarik perhatian pendengar?

Mulakan dengan senyuman,perhatikan muka pendengar-pendengar dengan penuh tenang dan yakin kepada diri sendiri.Ehm,yakin kepada diri sendiri, satu perkara yang sangat susah.Bagaimana ingin yakin kepada diri sendiri?Seperti saya beritahu sebentar tadi,siapkan diri anda dengan ilmu- ilmu yang cukup supaya lidah tidak kelu apabila berbicara. Secara konklusinya,bagaimana ingin melahirkan keyakinan dalam diri?Siapkan diri anda dengan ilmu selengkapnya.Jika anda tidak mampu menyentuh hatinya dari sudut bagaimana rempit,cuba sentuh hatinya melalui kenapa merempit,jika gagal juga, cuba gapainya dengan cara-cara merempit,jika masih tidak berjaya,cuba masuk melalui motor-motornya pula.Insya Allah,anda akan ketemu pintu hatinya dan anda akan berjaya membukanya,sikit demi sedikit.

Penting juga untuk kita memastikan pendengar-pendengar kita berada dalam keadaan selesa.Jika dia ingin melunjurkan kaki,tidak mahu bersila, biarkan mereka asalkan mereka dengar.Jika mereka ingin dengar dalam keadaan baring,baringkan mereka.Raikan mereka walau dengan apa jua cara sekalipun selagi tidak melanggar batas-batas syarak supaya kita dapat sentuh hati mereka.Pabila mereka mula menyertai perbualan kita, maka ketika itulah cuba masuk dengan agama untuk menegur mereka.

Tegur pun ada caranya,mulakan dengan pujian dan akhirinya dengan nasihat.”Awak merempit tu hebat,terer giler tapi takkan tak ingat mati kot.”

Jika pendengar adalah berkumpulan,jadikan perbualan anda dua hala,jadikan ia sebagai satu perbincangan.Soal pendengar-pendengar anda dengan soalan-soalan walaupun soalan itu berstatus soalan tadika kemas supaya anda dapat ‘ikat’ mereka dengan anda.Cara menyoal pula,jangan soal mengikut urutan.Biasanya,jika perbincangan itu dalam satu halaqah atau bulatan,pengurusi akan menyoal mengikut arah jam atau arah lawan jam.Ketika soalan berada pada orang pertama,orang ke sepuluh telah mula berfikir.Fenomena ini sebenarnya menyebabkan perbincangan anda menjadi boring jadi anda ada 2 cara,samada mengubah soalan bagi setiap orang atau tanya secara langkau-langkau,mula-mula orang pertama,selepas itu orang keempat dan selepas itu orang kesepuluh.Timbulkan unsur kejutan ke dalam diri setiap pendengar supaya mereka lebih menumpukan perhatian tentang apa yang anda cakap.

Satu lagi kaedah penting untuk menarik perhatian orang,kawal intonasi suara.Terkadang,ramai yang terlepas pandang tentang bukit-bukit suara padahal intonasi memberi impak yang sangat besar dalam satu perbualan.Pabila membaca quran contohnya,kita disuruh membaca dengan suara yang nyaring apabila berjumpa dengan ayat-ayat yang menyebut tentang neraka tetapi disuruh membaca dengan suara yang lembut apabila membaca ayat-ayat berkenaan dengan syurga.Kerana apa?Supaya pendengar tahu bahawa bahayanya neraka dan indahnya syurga.Begitu juga dalam perbualan, tinggikan suara ketika anda memberitahu isi-isi penting dan rendahkan suara ketika menyampaikan suatu yang biasa.Masukkan emosi anda ke dalam percakapan anda supaya pendengar dapat merasai apa yang anda cakap.Percayalah,anda mampu membuat orang menangis dengan cara percakapan anda walaupun orang itu tidak berada di hadapan anda jika anda memasukkan unsur emosi ke dalam percakapan anda.

Apa yang patut saya buat jika tiada isi untuk bercakap?Tibe-tibe blank contohnya..

Ketika ini,bunga-bunga bahasa memainkan peranan penting.Jika apa yang ingin anda cakapkan anda lupa,ulang balik apa yang anda cakapkan tadi cuma ubah kosa kata yang digunakan.Jika tadi anda menggunakan ayat ‘menyentuh hati’,tukar ia kepada ‘menggapai hati’ atau ‘mengetuk pintu qalbu’. Jadi,untuk mahir kaedah ini,apa yang penting?Bukan kerjesama tetapi membaca!Bacalah kitab-kitab,buku-buku atau novel-novel kerana walaupun kita tidak perasan tapi pembacaan kita memberi impak yang besar dalam percakapan kita sehari-harian.Contohnya perkataan ‘TERKESIMA’.Siapa yang tidak tahu dengan perkataan ini jika mereka belajar kesusasteraan melayu di sekolah menengah dahulu?Dari mana kita tahu perkataan ini jika tidak dari pembacaan?

Jadi,inilah beberapa cara yang saya gunakan untuk meraih perhatian daripada pendengar ketika saya bercakap.Memang banyak kurangnya,maka ada baiknya kita berkongsi bagaimana caranya mengambil perhatian pendengar.. =D

3 thoughts on “Soft Skill: Jom Tarik Perhatian Orang!

  1. Salam…
    btul2…soft skill teramatlah penting utk memastikan kerja dakwah berjln dgn lancar dan berkesan….
    lagilah penting jika kita bergerak dalam jemaah atau pun kumpulan…
    misalnya, dlm satu jemaah, semua ahli akan mengambil peranan menarik kumpulan2 tertentu…siapa yg byk pengetahuan atau minat dengan bola akan menarik golongan yg gila ngan bola smpai x ingat solat atau keluarga di rmh….yg byk pengetahuan dlm politik tarik mereka yg dlm politik…dan begitulah utk kumpulan yg lainnya…
    bkn sahaja dpt menarik perhatian mereka tetapi juga ‘established respect’ mad’u kpd dai’e…

    Wallahua’lam…

  2. ESQ mengajarkan kita senyum dua inci kiri dan kanan bile berjumpa orang.
    Bersalaman seperti semut.
    dan dalam training ESQ, kita boleh duduk di lantai sesuka hati. Agar lebih dekat dengan bumi Allah.

    Tapi kenapa Mufti Wilayah mengharamkan ESQ?
    Sudahkah dia join training tu?
    Kalau belum, kenapa beliau menuduh yang bukan2?

    saya remaja yang tak suka sembahyang sebelum ni,
    tapi lepas ikut program ESQ yang mnyampaikan apa yang disampaikan Rasulullah, hati saya lebih terbuka.
    dan rindu untuk solat. ESQ bukan nabi, tapi menyampaikan apa yang Rasulullah sampaikan. Berdakwah.
    ESQ liberal? tapi segala fakta dalam training tersebut based on Al-Quran dan Sunnah.

    Apa pendapat anda tentang ESQ?

  3. Salam Fontonk,jujurnya saya pun belum pernah menyertai ESQ tapi kawan saya ada yang pergi dan mengikut pengalaman yang diceritakan oleh beliau,tiada apa-apa yang terpesong dalam ESQ. Malah,setahu saya ESQ menerap balik nilai-nilai yang diajar dalam Al-Quran dan mengimbas balik sirah-sirah Nabawiyah. Satu perkara yang sangat baik.
    Tentang mufti Wilayah mengharamkan ESQ,saya tidak mempunyai apa-apa komen.Malah,pengharaman yang dibuat beliau ditentang oleh ramai orang seperti Mufti Perak dan DRMAZA sendiri.
    Pendapat peribadi,saya tidak bersetuju dengan pengharaman ESQ,dari diharamkan,lebih baik mereka betulkan modul kerana sudah banyak hati yang diikat dengan ESQ.Wallahualam. =D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s