7 Eleven dah lame 24 jam, masjid bila lagi?

seven_eleven_thumbAlhamdulillah diberi kekuatan oleh yang Maha Penyayang untuk hadir ke satu forum hal ehwal Islam di masjid biru semalam tapi disebabkan sedikit kelewatan, ana tidak tahu tajuk apa yang dibincangkan. Cuma,daripada apa yang disampaikan oleh Ustaz Harun Din, Dr.Rubiah dan Dr.Hassan Ali, ana dapat menyimpulkan bahawa tajuknya berkisar bagaimana caranya melahirkan generasi bertaqwa.Secara pukul rata, forum kali ini sangat-sangat menegur para ibu bapa supaya merancang untuk merancang generasi bertaqwa. Bak kata Dr. Hassan Ali, kita merancang untuk mendapat 6 orang anak, 3 lelaki dan 3 perempuan tapi kita kena rancang bagaimana untuk mendapatkan 3 lelaki dan 3 perempuan,ada kurikulumnya,ada silibusnya.Dan apa yang paling menarik ialah kata-kata daripada Ustaz Harun Din,katanya, dalam merancang generasi bertaqwa ini,Rasulullah telah mengajar kita bahawa perancangan terawal ialah memilih isteri yang faham dengan agama,maka kamu akan beruntung.Pesanannya ringkas tapi maksudnya tepat.

Baiklah,berbalik kepada topik asal post kali ini, “7eleven dah lame 24jam,masjid bila lagi?”Idea untuk menulis artikel ini timbul sebaik sahaja mendengar satu perkongsian pengalaman oleh Dr.Hassan Ali.Dalam masa lebih kurang 5 minit,dia berkongsi cerita.

“1 kilo daripada tempat saya tinggal,TTDI,terdapat sebuah shoping complex yang terbesar di Malaysia,One Utama,OU.Saya lihat orang asyik berpusu- pusu ke sana tanpa henti,24 jam.Pukul 3 pagi di sana sama seperti 3 petang,tidak terlihat lansung kelesuan di muka-muka yang datang.Inilah budaya yang saya tidak tahu muncul dari mana,inilah HIDUNISME.Budaya hiburan tanpa henti,”cerita Dr. Hassan Ali.

Pada pendapat anda, adakah budaya Hidunisme ini mampu dihentikan? Pada pendapat peribadi saya, budaya ini akan terus menular dalam kalangan masyarakat kita fokusnya masyarakat Islam Melayu.Kalau dilihat daripada sejarah Melayu itu sendiri, kita dapat tahu bahawa orang Melayu memang gemar akan hiburan,sebelum British menjajah Melaka pun sudah timbul banyak perayaan-perayaan, permainan tradisional dan tarian-tarian kebudayaan.Jadi, hiburan telah sebati dalam jiwa orang Melayu.Siapalah Melayu tanpa hiburan.Atas sebab ini,ana merasakan bahawa membendung budaya Hidunisme ini bukanlah cara yang tepat buat masa sekarang.Ana tidak kata ia tidak sesuai sepanjang masa tetapi hanya untuk sekarang. Bila kaedah membendung ini sesuai?Apabila tertegaknya hukum hudud di Malaysia,maka ketika itulah budaya ini mampu dimansuh terus tapi buat masa sekarang,ada cara lain.

Perhatikan  dakwah Rasulullah pada awal-awal islam,penekanan terhadap akidah diutamakan.Pengharaman arak?Belum.Pengharaman zina?Juga belum. Solat?Jauh sekali. Apa yang dibawa oleh Rasulullah?Syurga dan Neraka,itulah topik perbualan harian Rasulullah dan para sahabat.Semuanya semata-mata untuk menanamkan ‘kepercayaan’ dan ‘keyakinan’ ke dalam hati para sahabat.Analoginya mudah, jika kita diberi sebatang pokok yang telah besar dan berbunga dan disuruh untuk menanam pokok itu balik supaya bunga-bunga dapat terus berkembang dan berbuah, bahagian mana yang paling penting untuk dijaga?Ya, tepat jawapan anda iaitu akarnya.Jika akar baik, bunga layupun masih tetap boleh berkembang mekar.Kalau kita asyik sibuk menjaga bunganya tanpa menghiraukan akarnya,apa yang akan jadi?Wah,sekali lagi jawapan anda tepat.Pasti pokok itu akan mati.Setelah tunjang iman dalam hati para sahabat kukuh, barulah perintah pengharaman arak turun.Perhatikan dengan terperinci tentang proses pengharaman arak. Allah tidak menurunkan ayat yang terus mengharamkan arak tetapi ayat-ayat menegur para sahabat dengan mengatakan bahawa arak tidak baik untuk diminum. Setelah sahabat-sahabat yakin barulah Allah menurunkan ayat pengharaman arak.

Atas hujah inilah,ana merasakan sudah tiba masanya untuk kita sama-sama menghidupkan masjid atau surau 24 jam sehari dan semalam. Sahabat-sahabat tidak pernah membiarkan masjid Nabi kosong walaupun seminit.

“Kalau macam tu,sahabat nabi tinggal dunia la?”

Tidak,sahabat-sahabat Nabi tidak pernah meninggalkan dunia.Dunia dalah jambatan ke akhirat.Para sahabat ada formula mereka sendiri. Jika si A ingin mencari rezeki,dia akan memanggil si B pulang ke masjid dan bila si B pula ingin mencari rezeki,si A pula akan beriktikaf di dalam masjid.Inilah formulanya.Jadi,masjid Nabi sentiasa hidup dengan ibadah walaupun hanya beriktikaf.Ramai orang kata, kalau ingin lihat bagaimana institusi kejiranan dalam satu kawasan perumahan,lihatlah institusi masjidnya.Semakin imarah masjidnya,semakin baik institusi kejiranan.

“Habis tu,buat amar makruf sahaja?Takyah buat nahi mungkar?”

Tidak,ana tidak bermaksud sedemikian.Masjid wajib dihidupkan,maksiat wajib ditegah.Jika kita meninggalkan salah satu daripadanya maka cacatlah peribadi muslim.Sibuk mengajak orang ke surau,mengajar orang membaca al-quran tetapi anak sendiri dibiarkan bermain game sehingga terpaksa mengqada’ solat,ini tidak betul.Sibuk memarahi orang sekelilingnya yang melakukan maksiat tapi dia sendiri tidak pernah bertaubat,ini juga tidak betul. Seperti ‘karipap’,tiada karipap tanpa kari atau puff.Kedua-duanya mesti ada barulah kuih itu dipanggil karipap.Jika kita meninggalkan salah satu daripada 2 ini,maka tidak layaklah kita untuk digelar sebagai muslim.Apakah muslim itu?Muslim ialah manusia yang beriman kepada Allah,mengajak yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Dalam ‘membendung’ budaya Hidusnime ini,ana fikirkan ada 2 cara.Pertama kali ana terfikir kaedah ini ketika mendengar satu tazkirah daripada seorang pelajar UiTM di surau TBP tetapi untuk anda lebih jelas,ana memetik penulisan ustaz Hasrizal dalam artikelnya:Dengar Cerita China Musim Sejuk.Dia menulis, “Dalam bab ini, satu sahaja pandangan saya. Kalau nampak ada manusia dah terjatuh ke dalam lubang najis, kaedah menyelamatkannya ada dua. Pertama, campakkan pelampung kepadanya dan tarik dari jauh. Nasib baik, dia selamat. Nasib kurang baik, matilah dia dalam najis tu. Kita pula boleh beri alasan yang kita sudah pun cuba menyelamatkan. Cara kedua, hulurkan tangan, tarik dia betul-betul. Tetapi tangan kita pun kotorlah juga terpalit najis. Cara kedua ini hanya sesuai kalau kita ada ilmu membersihkan najis dari tangan.”

Jadi,sempena Ramadhan yang bakal berkunjung ini,marilah sama-sama kita hidupkan surau atau masjid di Marhalah kita supaya tempat kita senantiasa disinari oleh cahaya Ilahi.Jangan biarkan diri anda berada di luar masjid atau surau jika tiada urusan penting.Jika ingin tidur,tidurlah di dalam surau dalam keadaan berwudhu dan berniat iktikaf.Ingat,amalan sunat mendapat pahala amalan wajib dan amalan wajib punya pahala pula digandakan sehingga 70 kali ganda.7eleven,KFC,mcD sudah lama dibuka selama 24 jam,tapi Islam lagi lama.1430 tahun dahulu lagi Islam sudah membuat ‘Masjid 24jam’.

3 thoughts on “7 Eleven dah lame 24 jam, masjid bila lagi?

  1. tajuk forum tu
    “melahirkan generasi beriman”
    semoga Islam terus berkembang di dunia ini~

  2. Masjid 24 jam memang menarik tapi imam takut nak buat bukan apa, nanti harta benda masjid kene curi. Sebab pencuri masuk malam-malam, pencuri-pencuri sekarang ni tak takut pun masjid tu rumah Allah. Semua main taram,

    sedih dan kucewa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s