Catatan Kembara JIMAH : Kita Juga Akan Jadi Mereka

jimah_thumbPerjalanan ke JIMAH Powerplant untuk lawatan sambil belajar (bagi student mekanikal U2) sungguh meletihkan. Ramai yang tertidur dalam bas sementara menunggu masuk waktu zuhur. Kemudian kami meredah terik mentari menuju ke surau di R&R Dengkil untuk solat zuhur. Masa yang diperuntukkan untuk solat hanya sekitar 15-20 minit sahaja untuk memastikan jadual perjalanan tidak tergendala.

Oleh kerana surau agak kecil, kami tidak dapat solat berjemaah serentak. Saya berkesempatan untuk solat berjemaah dengan imam yang pertama. Selesai solat saya bergegas keluar surau untuk member ruang kepada pelajar lain untuk bersolat. Saya terus menaiki bas, tanpa menyedari telah berlaku insiden yang aneh di surau tersebut.

Setelah semua pelajar menaiki bas, bas mula bergerak menuju destinasi. Selang beberapa minit, bahagian belakang bas mula riuh dengan suara-suara pelajar yang berbual dengan nada yang keras.

“Aku nak tegur dah pak cik tu, tapi takut dia terasa pulak nanti!” laung seorang pelajar.

“Aku tengah solat time tu, tak khusyuk aku solat, rasa nak habiskan cepat-cepat je sebab nak tegur pak cik tu!” laung palajar yang lain.

Hati mula tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah terjadi hingga begitu riuh sekali perbincangan di belakang bas. Ada pelajar yang tergelak besar mengingatkan peristiwa tersebut, ada yang tersenyum sinis, ada yang menggeleng sedih dan tak kurang juga yang tak ambil kisah, terus melayan lagu atau tidur. Saya bertanya kepada mereka apa sebenarnya yang terjadi.

Rupa-rupanya ketika seorang pelajar ingin mengimamkan jemaah kedua, seorang pak cik menyapa,

“solat zuhur 4 rakaat ke jama’?”

“4 rakaat” jawab pelajar terbabit.

Terdetik dalam hati pelajar tersebut, ‘entah-entah pak cik ni nak jama’ solat kot’, maka dia menoleh semula ke belakang seketika. Namun beliau tidak terlihat pak cik tersebut. ‘dia nak solat sekali la kot’ fikir pelajar tersebut kerana menyangka pak cik itu telah masuk ke dalam saf makmum.

Maka beliau pun mula mengangkat takbir, “Allahuakbar!”

Rupa-rupanya pada masa yang sama pak cik terbabit telah mengajak beberapa rakannya untuk membentuk jemaah yang baru pula yang diimami olehnya sendiri, di belakang saf jemaah pelajar-pelajar tersebut. Maka terbentuklah dua jemaah pada masa yang sama di surau tersebut.

Itulah insiden yang mencetuskan perbincangan hangat dalam bas tersebut. Cara tersebut adalah salah sebenarnya. Cara yang betul adalah, pak cik tersebut memohon menjadi imam kepada solat berkenaan. Kemudian mereka yang turut ingin menjama’ qasar kan solat seeloknya dikumpulkan di saf hadapan. Kemudian solatlah bersama-sama dengan mereka yang ingin solat zuhur sempurna 4 rakaat. Ketika imam tahiyat akhir, setelah dua rakaat, makmum yang berniat solat sempurna 4 rakaat perlulah bangun semula dan menyempurnakan baki 2 rakaat setelah imam memberi salam.

Namun mungkin kerana kekurangan ilmu terjadilah peristiwa berkenaan. Saya tertarik untuk mengulas satu gurauan yang dilontarkan seorang pelajar di dalam bas, berkenaan insiden berikut.

“Kita bunuh semua orang tua kat Malaysia ni senang cerita,” (dalam nada gurauan)

Dalam gelak tawa pelajar-pelajar yang bersimpang siur dengan derum enjin bas, saya terfikir, kalau lah kita bunuh semua orang-orang tua yang kononnya kurang ilmu agama itu pun, bukankah satu hari nanti kita juga akan menjadi tua seperti mereka. Maka jika usia yang muda ini, gagal kita manfaatkan untuk memahami Islam dengan betul, bukankag nanti bila kita sudah tua, kita pula akan mengulangi kesilapan yang sama dan menjadi bahan gelak ketawa anak-anak cucu kita. Apakah ketika itu, anak-anak kita pula akan berkata, “kita bunuh je bapa-bapa kita tu senang cerita, tak jadi fitnah pada agama” ?

Apabila terjadi insiden tersebut, barulah kita sedar, rupa-rupanya di kalangan pelajar sendiri pun masih ada yang tidak tahu cara sebenar untuk menyelesaikan masalah di atas. Jika ada yang tahu, mesti sudah ada di kalangan pelajar yang telah menegur pak cik tersebut.

Bukanlah pula niat saya untuk mengatakan pelajar-pelajar JAD tak faham agama. Tapi maksud yang saya cuba sampaikan adalah, dalam agama yang kita anuti berbelas tahun ini masih banyak keraguan-keraguan yang kita termasuk saya tidak tahu. Apatah lagi dalam keadaan kebanyakan ibadat diikut secara taqlid.

Cuba bayangkan dalam jangka masa pendek, kita akan terbang ke Jepun. Jika kita tidak cuba belajar mendalami ilmu agama sekarang, bagaimana kita hendak berhadapan dengan segala masalah di Jepun kelak? Takut-takut nanti terkeluar lah pula fatwa dan hukum hakam yang kita cipta sendiri. Semuanya gara-gara sementara kesempatan masih ada sekarang ini kita tak mahu manfaatkan untuk belajar.

Jadi saya mengambil peluang menegur diri sendiri sebelum sahabat-sahabat, agar sedikit kesempatan yang tersisa ini kita manfaatkan untuk mendalami dan menghayati agama yang kita anuti berdasarkan ilmu. Kerana nanti, kita lah yang akan menggantikan generasi sedia ada, dan kita pula bakal diketawakan oleh anak-anak kerana jahilnya kita tentang agama.

Marilah bersama-sama kita tingkatkan ilmu kita. Rajin-rajinlah turun ceramah khamis malam jumaat (terutama lelaki yang akan memimpin keluarga nanti. Rajin-rajinlah turun solat jemaah (terutama lelaki yang Rasulullah murka jika tak solat berjemaah tanpa keuzuran). Rajin-rajinlah hadir perjumpaan Smart Group. Rajin-rajinlah sertai program keagamaan.

Kerana masa muda ini, sebentar lagi akan pergi. Jangan disia-siakan kesempatan yang ada, kerana masa yang pergi takkan kembali lagi.

p/s : hebahan awal, jumaat malam sabtu ni akan diadakan ceramah sempena menyambut Ramadan bertajuk “Ramadan : Bawa Hatimu Menghadap Tuhan” yang akan membincangkan tentang penghayatan bulan Ramadan (bukan sekadar ibadat puasa dan tarawih). Ceramah akan diadakan di surau TBP selepas solat isyak. Marilah beramai-ramai kita perbaiki amalan dan pengetahuan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s