Semoga esok lebih baik…

sunset_thumbSekadar luahan peribadi. Semoga menjadi pengajaran buat semua. Semoga kita menjadi insan yang lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Permulaan hari yang agak tak baik. Bangun pagi rasa sakit tekak dan hidung mula berair. Langkah kaki diteruskan juga untuk menghadiri kuliah. Malam hari suhu badan meningkat, report masih belum start buat, ada kuiz pula keesokan harinya. Ketegangan atau stress berganda apabila keupayaan untuk menyiapkan report dan study untuk kuiz terbatas akibat kesihatan diri yang tidak stabil.

Maka, dengan penuh tawakal, kaki melangkah ke kelas, bersedia untuk menjawab soalan kuiz. Alhamdulillah, sekali lagi diuji apabila tak berjaya menjawab dengan baik. Stress dengan diri sendiri. Tapi ada banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Siapkan report, pergi ke klinik, makan tengahari dan berehat sementara menunggu solat asar.

Rupanya ujian masih belum berakhir. Saya tertinggal bus pula untuk pulang ke tbp. Rasa nak menangis dan menjerit di tengah-tengah jalan raya, tapi akal yang waras dan iman di hati tidak membenarkan saya bertindak sedemikian rupa. Alhamdulillah, diuji lagi apabila dapat naik teksi yang mahal dengan pakcik teksi yang menggatal. Besar sungguh fitnah perempuan. Menyesal naik teksi seorang diri, tapi hanya itu pilihan yang ada selain bermalam di Unisel.

Hari yang akan saya kenang sampai bila-bila. Kata orang kenangan pahit itu satu hari nanti akan jadi suatu yang indah buat kita. Apa yang penting, bersabarlah apabila kita diuji. Macam mana nak bersabar? Saya pun tiada jawapan yang pasti untuk soalan ini. Yang pasti, apabila anda bersedih capailah al-quran dan bacalah. Berwudhuk dan bersolatlah. Mungkin dengan cara ini kita dapat mengelakkan diri daripada mengeluh dan meratapi nasib diri yang diuji. Dan hati akan menjadi lebih tenang setelah meluahkan segala yang terpendam kepada Dia Yang Maha Mendengar.

Hari ini, saya faham kenapa orang-orang yang dilanda masalah, mengambil jalan mudah untuk melarikan diri daripadanya dengan membunuh diri, menelan pil-pil khayal ataupun meneguk arak. Kerana peritnya ujian itu, maka ramai yang bertindak untuk menamatkannya secepat mungkin. Kerana saya juga turut merasakan hal yang sama. Terfikir kalau mati saat ini, tak payah la hantar report, dan tak payah pening dan risau pasal exam esok hari. Tak pun, nak telan ubat dan berehat sepuas-puasnya malam ni dan tak payah ke kelas esok.

Tapi, hidup ini tak semudah itu. Kita masing-masing punya tanggungjawab pada diri, keluarga dan agama. Berhenti berfikir pasal ketidakmampuan diri, dan pandanglah ke hadapan. Banyak lagi yang perlu diselesaikan. Kekuatan itu daripada Allah SWT jua. Sakit macam mana pun, kalau Allah bagi kekuatan, kita pasti mampu untuk berusaha semaksimum mungkin.

Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan. (al-Insyirah:5-6)

Semoga kepahitan dan derita ini dapat kita lalui dengan hati yang terbuka. Semoga esok ada mentari dan pelangi buat saya. Semoga hari-hari akan datang menjadi lebih baik lagi buat diri ini. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup ini di masa akan datang. Kerana manisnya syurga, pahit perjuangan ditelan. Semoga derita ini membawa kita ke syurgaNya.

http://www.youtube.com/v/OD2COX4wTSA

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

5 thoughts on “Semoga esok lebih baik…

  1. mentari dan pelangi sentiasa ada, cuma perlu dongakkan kepala ke atas, jangan asyik tunduk meratap nasib diri…

    “semoga tabah hati…”

  2. tabah selalu k~
    saye selalu suruh org tabah
    tapi x pula saya cuba tabahkan diri sendiri
    ” kerana manisnya syurga,pahit perjuangan ditelan”

  3. “look up to the sky, you’ll see things that cn make u smile”
    “if u fall,dont change, if u got rejected,keep moving on..”

    sy tau awk kuat.!!!

  4. setuju sgt dgn penulis..kdg2 bila diri diuji kte rse lemah sgt..rse cm knp la ujian ni org len x rse gak..tpi yakin dgn janji Allah iaitu Allah x kn bebankan hambanya dgn ujian yg x mampu dia pikul..

    harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma,
    itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa,
    diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan,
    hanya yang terpilih antara berjuta mendpat rahmatnya..

    suka sangat part ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s