Tokoh:Tuan Guru Haji Nik Aziz

nik_aziz_thumbPost kali ini bukan bermotifkan politik,tetapi semata-mata untuk kita sama-sama menghayati dan meneliti kisah hidup seorang manusia yang masih hidup dan sedang memimpin manusia.Baik atau buruk kepimpinannya,terpulang kepada mata yang memandang tetapi saya berhasrat supaya saya,saudara dan saudari supaya dapat menjadi sama atau lebih baik daripada insan yang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya merupakan anak jati Kelantan dan berasal dari kampung Tapang,berhampiran dengan Pulai Melaka di mana wujudnya rumah Tuan Guru.Solat Jumaat saya tunaikan di sebuah masjid yang diberi nama Masjid Mukim Pauh.Suatu hari ketika saya masih kecil,sekitar 8-10 tahun,saya terpegun mendengar khatib membaca khutbahnya,lantang dan menarik.Saya mengangkat kepala dan cuba membuat kepastian siapakah khatib kali ini,mukanya macam saya kenal tapi saya tidak tahu siapa.Seusai solat didirikan,saya keluar masjid dan berjalan bersama dengan abang saya dan saya bertanya kepadanya siapa khatib sebentar tadi.Tidak pasal-pasal saya dikutuk teruk oleh abang saya kerana tidak kenal Tuan Guru.Maka lahirlah satu perasaan ingin tahu dalam hati saya,siapakah Tuan Guru sehingga abang saya begitu mengaguminya.

Alhamdulillah,saya menyambung tingkatan 1 di sekolah agama Falahiah dan ketika di tingkatan 2,ada seorang pelajar yang bernama Izzat Aiman pindah masuk ke sekolah saya.Dipendekkan cerita,Izzat Aiman ini merupakan anak kepada bodyguard Tuan Guru,jadi saya mengambil keputusan untuk singgah di rumah Izzat.Rumahnya berjiran dengan rumah Tuan Guru.

Mengejutkan,rumah Menteri Besar kelantan ini diperbuat daripada kayu,buruk kelihatannya.Mungkin sedang membilang hari untuk tumbang menyembah bumi.

Di hadapan rumah Tuan Guru,ada sebuah sekolah Tahfiz yang dibiayai oleh Tuan Guru sendiri dan di sebelah sekolah itu,ada sebuah masjid dan Tuan Guru selalu menjadi imam di situ.

Jadi,untuk mengenal lebih dalam siapakah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ini,marilah sama-sama kita saksikan video dokumentari yang dibuat ini tapi saya ingatkan bahawa post kali ini bukan ingin mendewa-dewakan Tuan Guru tetapi untuk dijadikan contoh,yang baik kita ikut dan yang buruk kita jadikan sempadan kerana saya sendiri akui bahawa Tuan Guru juga manusia dan semua manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa.

http://www.youtube.com/v/lsIZaezZGJ0&feature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s