Ramadhan:Semarakkan Taqwa

iftar_thumbSabda Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang berbunyi antara Jumaat dengan Jumaat,Ramadhan dengan Ramadhan ialah keampunan selagi tidak melakukan dosa yang besar.Berdasarkan hadis ini dapatlah kita rungkaikan betapa Pemurah nya Allah dalam mengampunkan hamba-hamba Nya yang sememangnya tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa kecil.Ada kalanya kita terlepas cakap sehingga terkeluar perkataan-perkataan yang tidak enak didengar,Allah ampunkan.Ada kalanya kita terdetik di hati bahawa kita lah yang paling hensem,Allah ampunkan.Semua dosa-dosa kecil Allah ampunkan kerana apa?Kerana mulianya satu bulan yang diberi nama Ramadhan.Analoginya mudah,jika seorang pembesar ingin datang ke tempat kita,pasti kita akan mengemas dan mencantikkan tempat kita walaupun dia belum tiba,kerana apa?Kerana mulianya dia di pandang mata kita.Begitu juga Ramadhan,bukan sahaja mulia di mata kita tapi sangat mulia di sisi Allah.

Rasulullah sekali lagi menegaskan betapa mulianya Ramadhan dalam satu hadis lain yang berbunyi, “Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah telah mewajibkan puasa dala mbulan ini.Dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan.Ia mempunyai satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya,tersangatlah rugi.”

Berdasarkan hadis di atas,sekali lagi kita dapat tahu bahawa betapa Allah mahukan semua hamba-hamba Nya masuk ke dalam syurga dan betapa Allah tidak inginkan walaupun seorang hamba Nya tercampak ke dalam neraka.Allah sifat Nya tidak zalim,Allah tidak akan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Allah ciptakan syurga untuk manusia jadi Allah mahukan semua manusia masuk ke dalam syurga tanpa tertinggal walaupun seorang.Tapi, adakah adil jika Allah meletakkan manusia berperangai seperti syaitan masuk ke dalam syurga bersama-sama dengan orang yang alim?Tidak, Allah tidak zalim.

Disebabkan mulianya bulan ini,maka menjadi satu kewajipan ke atas kita untuk memastikan bahawa kita telah memaksimumkan amalan kita pada bulan ini.Baru-baru ini,Malaysia dikecohkan dengan banyak kematian terutama artis-artis yang menjadi ikutan remaja seperti Ustaz Asri,Param dan Yasmin Ahmad.Ustaz masih muda tapi telah pergi meninggalkan kita dan Param sudahpun tua dan selayaknya dia pergi meninggalkan kita.Apa ibrah yang patut kita ambil daripada 2 kisah kematian ini?Ketahuilah bahawa jika kita hidup Ramadhan kali ini,belum tentu kita hidup pada Ramadhan yang akan datang.Ada orang bertahun-tahun sakit tapi tidak mati-mati tetapi ada pula orang yang segar bugar tapi terus mati.Muda kah kita,tua kah kita,itu bukan persaolannya,persoalannya,adakah sudah cukup amalan kita untuk menempuh hari muda nanti? Kenapa hari muda bukan hari tua?Kerana sesiapa yang masuk syurga akan terus muda selama-lamanya.

Jadi,untuk meraikan Ramadhan yang akan datang ini,2 jenis persiadaan wajib dibuat,persediaan jiwa dan persediaan amali.Jiwa kita mesti diisi dengan pelbagai jenis doa dan fadhilat-fadhilat di bulan Ramadhan supaya lahirnya semangat untuk beribadah di bulan Ramadhan nanti.Dari segi amali pula, perbanyakkan bacaan al-quran dan puasa sunat.

Daripada Aishah,katanya bahawa dia tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan 1 bulan puasa melainkan di bulan Ramadhan dan dia tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa paling banyak melainkan di bulah Sya’ban.Sya’ban adalah bulan persiapan untuk menyambut Ramadhan,ulama’ mengatakan bahawa Sya’ban ialah bulan latihan dan Ramadhan ialah bulan ujian.

Namun,apa yang mengecewakan kita sebagai umat Islam pada hari ini ialah puasa kita adalah sebagai adat bukan lagi ibadah.Sepatutnya apabila tiba sahaja bulan Ramadhan,maka wujudlah suasana ibadah,manusia berkejar-kejar mendirikan solat,membaca al-quran,menjamu orang dalam kelaparan tetapi apa yang berlaku sebaik sahaja tiba ramadhan? “Abang,cat rumah tu,da nak raya ni,”Walaupun baru hari pertama berpuasa.Ibu-ibu sibuk ke kedai-kedai mencari alat  perhiasan baru untuk menggantikan perhiasan rumah yang sudah berumur 1 tahun.

Ramadhan sepatutnya mengajar kita membentuk ruh kita tapi bila tiba Ramadhan,kuih-kuih yang tidak ada pada bulan lain ada pada bulan Ramadhan. Ramadhan lebih menumpukan kepada pembentukan fizikal yang terlampau.Sebelum masuk waktu berbuka,dibelinya kebab,nasi kerabu,ayam bakar, ikan masak pedas,kuih taik itik,air cendol dan air kelapa.Sekali makan,terus tersandar,tidak mampu lagi bangun.Terawih?Andai mampu bangun,maka ada lah 8 rakaat,jika tidak mampu, “terawih tu perkara sunat je.”

Lailatul qadar ada pada 10 malam terakhir,bila dan hari ke berapa?Kekal misteri.Pernah suatu ketika Rasulullah diberi tahu tentang malam al-qadr itu tapi Rasulullah dilupakan kerana dalam perjalanan baginda ke arah sahabat untuk mengumumkan berita gembira itu,ada 2 orang muslim sedang bergaduh.Atas sebab itu,maka Allah melupakan Rasulullah tentang malam Al-qadr.Yang penting,10 malam terakhir jadi 10 malam terakhir sepatutnya dipulun habis-habisan tetapi 10 malam terakhirlah akak sibuk menguli tepung,adik sibuk menyalakan bunga api di laman rumah,emak sibuk dengan kain langsir barunya dan ayah sudah terbungkang di hadapan telivisyen menonton ‘pondok buruk’ sambil menangis teresak-esak.Tiada lagi ibadah, hanya adat semata-mata.

Para ulama’ menangis atas pemergian ramadhan tetapi kita bergembira menyambut syawal.Tidak salah bergembira menyambut syawal tetapi fikirkan adakah kelebihan ramadhan ada pada bulan-bulan yang lain?Adakah amalan sunat pada bulan lain mendapat pahala amalan wajib seperti amalan di bulan Ramadhan?Rasulullah ada bersabda bahawa jika umatku tahu kelebihan di bulan Ramadhan,pasti mereka pinta pada Allah bahawa setiap bulan adalah bulan Ramadhan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s