PRISMA: kisah Kak Ayu~!!

wanita_purdahSiapakah Kak Ayu ni? Artis ke? Pelakon drama Nur Kasih ke? Sehingga namanya jadi tajuk utama post saya pada kali ini. Sebenarnya insan yang saya panggil Kak Ayu ini baru saya kenali beberapa hari lalu di program PRISMA. Kak Ayu sedang mengambil PHd di Universiti Utara Malaysia(UUM). Sempat juga berbual dengannya sebelum program bersurai. Kak Ayu adalah antara salah seorang panel yang berkongsi kisah hidupnya dengan kami semua pada hari itu. Apa yang buat saya tertarik menulis kisah hidup Kak Ayu ini adalah kerana apa yang dilalui oleh Kak Ayu kebanyakannya dilalui oleh kita semua Cuma yang membezakannya adalah bagaimana Kak Ayu bangkit dari kegagalannya.
Saya cuba kongsikan cerita Kak Ayu dengan pembaca. Mungkin ada sedikit perbezaan ayat memandangkan saya juga kurang ingat ayat penuh yang diungkapkan kak Ayu pada hari itu.
“ Saya berasal dari Kelantan dan dulu saya hanya bersekolah di sekolah berdekatan dengan rumah saya, Sekolah Kebangsaan Zainab 2. Saya rasa excited nak berkongsi cerita dengan adik-adik semua, saya minta saya dijauhkan daripada rasa riak dan ujub. Cerita saya ni bukan nak membangga-banggakan diri, Cuma ingin berkongsi cerita untuk jadi pengajaran buat adik-adik. Saya mula kenal usrah mase dekat matrik. Mase tu semua usrah saya join. Semangat la katakan. Kat sana kalu bab-bab couple ni, saya la paling kuat membangkang. Tapi result saya jatuh bila saya membabitkan diri dalam usrah. Ye la, usrah sampai malam, assignment tak siap lagi, tapi letih nak tido. X pe la saya pegang prinsip “ kalau kita tolong agama Allah, Allah tolong kita balik”. Tapi kalu kita pegang prinsip tu pun, kalu kita tak usaha tak kemana jugak kan. Result saya jatuh, jadi berkadar songsang dengan result-result sebelum ni. saya dapat pointer cukup-cukup makan je. “
“ lepas tu dapat tawaran g UUM, saya pikir nak pegi ke tak. Ye la, dah la jauh, orang cakap dalam hutan pulak tu. Tapi lepas pikir-pikir balik, xpe la. Saya pegi. Mula-mula study saya biasa-biasa je. Tapi ada satu perkara yang menjadi titik tolak kepada perubahan saya. Masa saya duduk dalam halakah, ada orang bagitau saya, seorang Chinese pernah cakap kat dia, “ orang Melayu ni jadi bodoh, mundur sebab mereka beragama Islam la”. Lepas saya dengar tu saya menggeletar, nak marah sangat, tapi saya sabar.”

Mungkin Kak Ayu merasa dirinya tidak layak bangun menyalahkan apa yang diperkatakan Chinese tadi kerana masa tu result dia rendah. Kalu dia bangun membantah, pasti memakan diri sendiri kerana keadaan dirinye sudah ‘membetulkan’ dakwaan Chinese tadi.
“ Sejak saya dengar ayat tu, saya jadi berfikir, aku kena buktikan pada Chinese tu bahawa agama Islam ni tak salah. Lepas tu saya duduk je dalam bilik, belejar. Memang belajar je la saya masa tu. Akhirnya saya dapat pointer 3.89. wahhh, terkejut saya. Mak saya pun terkejut. Dan lepas tu saya jadi bersemangat untuk belajar dan Alhamdulillah saya dapat anugerah pelajar cemerlang masa graduasi hari tu. Kalu boleh, saya taknak pakai jubah graduasi tu. Nak pakai jubah sendiri, nak tunjuk tudung labuh saya ni. bukan sebab nak riak, tapi nak tunjuk bahawa orang Islam ni boleh berjaya.”
“ Saya pernah terfikir, kalau la yang naik ambik anugerah cemerlang tu semua bertudung labuh, mesti best. Sebab kalau saya sorang je naik ambik, mesti orang cakap ‘alah, budak tu memang terror’. Tapi kalu sume yang naik tu tudung labuh, mesti orang akan pikir macam ni. ‘eh, semua tudung labuh ni. oo rupanya diorang ni dari kumpulan yang sama, kumpulan yang mempraktikkan gaya hidup Islam dalam kehidupan mereka.’. kan best kalau macam tu.”

Itu saja yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Menyedari diri ini berada dalam keadaan yang seakan-akan sama dengan Kak Ayu, saya lantas menulis article ini. Cuma sedang cari titik tolak untuk saya mulakan kembali perjalanan hidup saya yang diiringi kejayaan seperti Kak Ayu. Ingatlah, jangan salah berpegang dengan ayat Allah,
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(47:7)
Jika kita berpegang ayat ini tanpa usaha, mustahil kita beroleh kejayaan kerana sunnatullahnya, siapa berusaha dia berjaya. Jangan ‘salahguna’ keyakinan kita pada Allahs.w.t. jika mahu bertawakal, berserah, pastikan usaha kita setimpal dengan tahap tawakal kita.
Ini cuma satu bentuk pesanan kepada diri saya yang alpa dan juga sebagai satu perkongsian kepada pembaca. Bila kita memutuskan untuk berdakwah ketika masih bergelar pelajar,pegang prinsip ini
“DAKWAH NO.1, AKADEMIK BUKAN NO.2
AKADEMIK NO.1, DAKWAH BUKAN NO.2”

Dakwah dan akademik kedua-duanya sama penting. Indah hidup ini andai kehidupan dunia kita diiringi dengan bekalan kehidupan diakhirat. Moga berjaya didunia, akhirat gemilang.
“AKADEMIK CEMERLANG, DAKWAH DIJULANG”

p/s: sempena Ramadhan yang bakal tiba,cik mut ingin ambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali diri cik mut jika cik mut ada buat silap,samaada secara terang mahupun tersembunyi.semoga anda semua memaafi salah silap cik mut agar amalan cik mut tak tersekat dengan dosa cik mut pada rakan-rakan.

3 thoughts on “PRISMA: kisah Kak Ayu~!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s