Merawat Dunia Dengan Kisah Kak Ayu

heal_world_thumbPesanan ini mungkin ringkas, tapi moga-moga ia bermanfaat. Di sebalik kisah Kak Ayu terselit sebuah pengajaran, bukan sahaja di bidang akademik bahkan skop kehidupan yang lebih luas dari itu, yang perlu diperhalusi setiap umat Islam umumnya dan setiap jiwa yang menggelar dirinya dai’e khususnya.

Masa saya duduk dalam halakah, ada orang bagitau saya, seorang Chinese pernah cakap kat dia, ” orang Melayu ni jadi bodoh, mundur sebab mereka beragama Islam la”. Lepas saya dengar tu saya menggeletar, nak marah sangat, tapi saya sabar.”
Mungkin Kak Ayu merasa dirinya tidak layak bangun menyalahkan apa yang diperkatakan Chinese tadi kerana masa tu result dia rendah. Kalu dia bangun membantah, pasti memakan diri sendiri kerana keadaan dirinye sudah ‘membetulkan’ dakwaan Chinese tadi.

1. Pertama, situasi yang melanda umat yang direalisasikan oleh ungkapan jujur pelajar cina tersebut. Malahan pelbagai lagi pandangan-pandangan sinis dilemparkan kepada agama Islam yang kita dakwa suci ini. Isu keganasan, penindasan hak wanita, kemunduran dan segala yang negatif dalam era akhir zaman ini dinisbahkan kepada umat Islam. Lebih malang lagi bukan sahaja orang bukan Islam yang memandang sinis akan agama ini, bahkan segelintir umat Islam sendiri merasakan ada cacat celanya dalam agama yang didakwa sempurna ini.

Islam didakwa menaja keamanan, realiti di hadapan mereka menafikannya.

Islam didakwa menjaga keharmonian, politik di hadapan mereka menafikannya.

Islam didakwa meninggikan taraf wanita, lelaki muslim di hadapan mereka menafikannya.

Maka terjadi kekeliruan yang amat sulit apabila dakwaan-dakwaan yang mulia terhadap Islam bercelaru dengan realiti-realiti semasa yang menafikannya. Dan realiti itu, dicipta oleh umat Islam sendiri.

Namun mungkin kerana masih ada cebis-cebis cinta terhadap Islam, masih ada yang cuba menafsirkan kebenaran Islam di balik kecelaruan-kecelaruan pemahaman mereka terhadap Islam. Maka lahirlah aliran-aliran pemikiran liberal, sekular dan jumud, yang menuntut proses tajdid (pembaharuan) dalam agama ini dilakukan semula dalam bahasa yang cukup pelik. Contohnya tuntutan agar Al-quran ditafsir semula kerana semua mufassirin dahulu ialah lelaki maka tafsirannya tidak adil kepada wanita.

2. Kedua, kita tahu susur galur punca permasalahannya, namun kita tidak mampu bangun berdiri menafikan suara-suara mereka dan menegakkan kebenaran. Mengapa?

Kerana kita lah realiti itu, kita lah akar umbi yang mencelarukan pemahaman dan pandangan mereka tentang Islam. Kitalah orang-orang yang mengaku Islam, tetapi menonjolkan imej yang tidak selari dengan tuntutan sebagai seorang Islam. Sebagaimana juga Kak Ayu yang tidak dapat berdiri mempertahankan agamanya, kerana ketika itu, dialah manusia yang mundur kerana Islamnya. Kata-kata pelajar cina itu tepat terkena pada batang hidung sendiri.

Ya, kita boleh bangkit berdiri menjerit kepada dunia, bahawa yang hina dan lemah itu diri kita, bukan agama ini! Namun nanti akan timbul pula persoalan, jika kita yang dikatakan memahami Islam pun gagal dibentuk menjadi manusia yang Islam mahukan, maka di mana kredibiliti Islam sebagai agama pilihan tuhan?

Mungkin kita juga ada jawapan lain untuk soalan ini, namun akhirnya jawapan kita itu akan turut menyeret siri-siri persoalan yang lain.

Caranya satu sahaja, tidak ada yang lain. Kita harus berubah!

Mengubat permasalahan perlu dimulakan dari punca permasalahannya, dan jika kita lah punca itu, maka kita lah yang pertama sekali perlu diubat. Menyelesaikan masalah ini sangat sukar, kerana menjawab persoalan-persoalan kritikal ini, kebanyakannya perlu dijawab dalam bahasa badan yang tunduk pada aturan tuhan, bukan sekadar lisan yang tegas atau tulisan yang keras.

Jika dibandingkan diri kita (terutama saya) dengan umat yang digambarkan Al-Quran, malu rasanya mengaku diri Islam. Sangat banyak kelemahan, dan jika perubahan yang dituntut, bagai tak termampu untuk berubah.

Namun sahabat-sahabat, saya menyeru kepada diri saya dan yang membaca, perubahan itu perlu bermula dengan langkah pertama. Biar sedikit demi sedikit, kelak nanti kita akan menuai hasilnya. Biarlah jauh jalan yang ditempuh, kerana kalaupun kita mati sebelum mencapai impian kita mati dalam perjuangan merealisasikan cita-cita.

Semoga Ramadan yang tiba, menyemarakkan semangat kita dan menjadi titik permulaan yang baik untuk kita mengganjak diri menempuh ruang perubahan.

Muhasabahlah diri kembali seandainya kita di tempat Kak Ayu dan diaju kata-kata,

“Umat melayu mundur kerana mereka Islam”

Di saat itu, mampukah kita berdiri bangga mempertahankan agama, atau bibir lesu tanpa kata, mata tertunduk merenung bayang diri yang kelam?

Saya akhiri dengan petikan kata-kata seorang ustaz,

“Syaitan sentiasa mengusik kita tetapi yang lebih penting kita tahu itu adalah usikan mereka. Lalu kita beristifar banyak-banyak!”

Kita sentiasa melakukan kesilapan, tetapi yang lebih penting kita tahu kita tersilap, lalu kita berubah dan bertaubat.

One thought on “Merawat Dunia Dengan Kisah Kak Ayu

  1. Prof Kamil pengarang buku travelog haji : mengubah sempadan iman dan travelog dakwah : meniti hari esok, dalam tulisan beliau mencadangkan amal-amal asas yang saya kira boleh menjadi titik permulaan yang baik kepada sebuah perubahan yang besar, iaitu :

    1. berdoa kepada tuhan
    2. solat berjemaah
    3. membaca al-Quran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s