Kemerdekaan yang memecahkan

merdeka_child_thumb31 Ogos 1957 ialah tarikh pengisytiharan Malaya telah merdeka daripada sebarang ancaman atau taklukan negara luar,baik dari negara Asia mahupun negara-negara Barat.Dan apa yang penting apabila kita meniliti balik kisah-kisah penaklukan,peperangan atau penentangan semasa era Melayu Melaka, kita dapati bahawa Melaka hanya dijajah hanya sekali iaitu oleh Portugis(kalau tak silap).Selepas penaklukan Belanda,orang melayu tidak sedikitpun bangun menentang kuasa-kuasa lain tetapi Portugis yang mempertahankan Melaka seperti negara mereka sendiri,jadi pada pendapat saya dan disokong oleh beberapa orang kawan yang lain,Melaka hanya dijajah hanya sekali. Dan apa yang kami maksudkan Melaka di situ ialah orang melayu.

Hati ini hiba apabila belajar Sejarah Tingkatan 5 tentang Menuju Kemerdekaan.Apa yang menyedihkan ialah kebodohan orang Melayu dalam menolak idea asal penggabungan UMNO dengan parti-parti bangsa lain yang dicetus oleh Dato’ Onn Jaafar. Ketika itu idea Dato’ Onn ditolak mentah-mentah oleh orang melayu dan dia mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO dan membuat parti sendiri. Namun malangnya,dia tiada penyokong.Beberapa tahun kemudian,Tun Abdul Rahman Putra Al-Haj bangkit dengan idea yang sama tetapi yang mengejutkan,idea Dato’ Onn yang dibawa oleh Tun diterima umum.Tun disokong dan dia berlepas ke London buat kali pertama dengan menaiki kapal.Semasa di tingkatan 5 dahulu,kami ditanya mengapa rombongan kemerdekaan pertama menaiki kapal, anda tahu jawapannya?Anda tahu sebabnya?Ya,lebih lama masa yang ada untuk berbincang.

Perbincangan demi perbincangan,akhirnya Malaya dibebaskan daripada cengkaman penjajah.Kini Malaya hidup dengan sendirinya dan beberapa tahun kemudia,Malaya bertukar nama kepada Malaysia.Tahun pengumuman kemerdekaan ialah 1957 dan jika diundur kembali beberapan tahun sebelum itu,kita dapat saksikan kejatuhan empayar Islam di muka bumi ini,sistem khalifah menyembah bumi,sujud akur dan patuh kepada nasib malangnya.Kini,tiada lagi seorang ketua bagi umat Islam,umat Islam berpecah,setiap negeri dan negara mempunyai imam masing-masing,mempunyai ketua masing-masing dan ketua-ketua ini tidak berhubung dengan yang lain melainkan ada manfaat yang diperolehinya.Inilah tujuan utama sistem sempadan ditubuhkan.Memecah belahkan umat Islam.

Kita dibenarkan untuk merdeka dan diberi perlindungan daripada ancaman luar sekiranya kita bersetuju bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bebas daripada negara yang lain.Betul,Islam berada di salah satu tangga teratas dalam perlembagaan namun perlembagaan tetap tinggal menjadi lembaga,tidak sah dimata dan tidak wujud di nyata.Hanya menjadi ketakutan di hati.

Hari ini,kita saksikan sendiri berapa banyak laman web Indonesia yang mengutuk Malaysia,berapa banyak laman web Malaysia yang mengutuk Indonesia?Padahal rata-rata penduduk di kedua-dua negara beragama Islam,sama-sama mengucap dua kalimah syahadah dan sama-sama berpuasa di bulan Ramadhan.Mana perginya ayat Allah, “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara,” dan kemana pergi kata-kata Rasulullah, “sesungguhnya mukmin itu ibarat satu badan.Satu yang sakit,satu lagi juga turut terasa.”

Jelas,misi barat untuk memecah belahkan umat Islam dengan mewujudkan sistem sempadan telah berjaya.Hari ini kita berasa sakit hati apabila melihat orang Indon berkerja di tempat-tempat esklusif,ingin sahaja kita pergi meneranjangnya walaupun dia Islam. Kerana apa? Kerana kita merasakan bahawa orang Malaysia,Malaysia dan orang Indon,Indon.Tidak terasa di hati kita bahawa kita sama-sama Islam.Tidak pernah terdetik untuk bersyukur kerana sahabat kita mendapat pekerjaan yang baik.Sama sekali tidak ada.

Kemuncak sistem sempadan adalah semasa barat memisahkan Iraq dan Iran dan mereka berjaya menimbulkan kontroversi sehingga kedua-dua negara emas hitam itu berperang sehingga beribu-ribu nyawa umat Islam tergadai di tangan saudaranya juga.

Biarpun negara mana kita,biarpun bangsa apa kita,selagi kita mengucap 2 kalimah syahadah,jangan sesekali kita berpecah,jangan sesekali kita bergaduh.Kita sama-sama Islam,kita sama-sama berpuasa dan kita sama-sama solat,maka marilah kita bersama-sama binakan kembali sistem khalifah supaya Islam kembali bertapak di muka bumi Ilahi ini.

http://www.youtube.com/v/bqN5rksdf_E&feature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s