eee….gelinye…

Melangkah ke alam dewasa, semakin banyak tugas yang perlu dipikul. Semakin banyak tanggungjawab yang tergalas di bahu. Semakin perlu kepada kematangan untuk mengharungi hidup penuh cabaran. Maka, dengan ini, ingin saya kongsikan secebis pengalaman saya dan rakan-rakan serumah dalam mengharungi dugaan di bulan mulia ini. Dugaan mengahadapi masalah sinki tersumbat!!

“Dah buat laporan ke ni? Kenapa ypm tak baiki lagi ni…x feel la nak masak camni…susah nak basuh pinggan sume…”

“Laporan dah buat, cuma tak bagi kat abang ad je lagi…xjumpe abang ad…”

“Isk…susah la camni…tensionnye…gi beli pam sinki tu kat kedai auntie la…”

“Tak nak la…macam nak pam toilet pulak…taknak…”

“Adey…susah la camni…”

“Apakata, kita bersihkan sendiri? Bukak perangkap kat bahagian bawah tu…jom, mulakan operasi…”

perangkap

Maka, seisi rumah sepakat untuk menyelesaikan sendiri masalah sinki tersumbat. Segala persediaan dilakukan. Baldi kosong dicari, mask dipakai.

“Betul ke nak buat sendiri ni? Sanggup ke nak tengok dan bau ni?”

“Terpaksa la kan…nak buat camne…”

“Ok, sume ready…pakai mask elok2…mata pandang tempat lain…”

cara

Saat terdengar bunyi air melimpah keluar daripada perangkap, semua orang mengeluarkan bunyi “eeeee…” yang menggambarkan betapa jijiknya segala sisa yang terkeluar daripada perangkap tersebut. Dan yang paling tabah pastilah orang yang membuka perangkap itu, kerana rumah kami tiada glove untuk dipakaikan kepada dia. Tapi, masalah sinki tersumbat masih belum selesai. Masih ada sisa-sisa yang melekat di bahagian atas perangkap yang menghalang laluan air.

“Eee…kotornye…nak buat camne ni? Nak korek guna apa ni?”

“Erm, boleh tak nak guna chopstick ni? Nanti kite buang la lepas ni…”

“ok…semoga tabah hati ye…”

“Actually kite dah penah belaja sume ni dalam subjek kh dulu kan? Patut la subjek tu diberi nama kemahiran hidup. belajar kemahiran untuk hidup…”

“Sou ne…waa…mung dah boleh kawen ni…dah pandai bersihkan sinki…hehe..”

Alhamdulillah segalanya selesai dengan baik walaupun masalah sinki tersumbat masih tak berjaya di atasi. Bukan mungkin masalah kotoran yang melekat di perangkap juga menyumbang kepada sinki tersumbat. Tapi ada masalah kotoran lain yang mungkin tersumbat dalam laluan ke longkang. Terpaksa mintak tolong abang ad jugak untuk selesaikan sebab ketiadaan alat yang mencukupi. Apapa pun, semua puas hati, kerana sekurang-kurangnya kami telah belajar satu lagi kemahiran baru dalam hidup.

“Takutnye…nanti lepas kawen mesti kite yang kene buat sume keje ni sendiri…”

“Kalau dapat husband yang baik xpe la…boleh suruh tolong buatkan…”

“hm, tu belum masuk kes kene jaga baby, orang tua yang sakit…kene basuh kencing, berak, muntah semua…”

“sou da ne…banyak lagi kemahiran hidup yang kite kene belajar…”

“ha…next time dah tak boleh pakai mask lagi…yang ni melibatkan benda, xpe la…kalau melibatkan manusia, ada banyak hati yang perlu dijaga…mulut pun dah kene control daripada keluarkan bunyi yang bukan-bukan..”

“betul3…”

Banyak yang boleh diambil pengajaran sebenarnya. Dalam kita meniti hidup ini, banyak lagi liku-liku yang akan kita lalui. Bagi anda yang tak tahan dengan hingus, najis, muntah, kekotoran dan sebagainya, belajarlah untuk biasakan diri dengan semua itu demi menjaga hubungan kita sesama manusia dan juga kepada Allah SWT.

Sebenarnya, apabila kita terbiasa dengan segala najis dan kekotoran ini, kita mengajar diri kita untuk merasa hina di hadapanNya. Mengajar diri untuk merendahkan ego diri dan merasakan diri sebagai hamba yang penuh dengan najis dosa. Dan kalau Allah masih mampu menerima taubat kita yang dilumpuri kotor ini untuk dibersihkan kembali dengan sinar hidayahNya, maka siapalah pula kita yang terlampau sombong sehingga tidak mahu membersihkan kekotoran-kekotoran yang berada di sekeliling kita.

Membiasakan diri dengan kerja-kerja pembersihan juga sebenarnya mendidik kita untuk menjaga hubungan sesama manusia. Fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan bersih. Fitrah manusia juga mudah tersinggung dengan perkara-perkara yang melibatkan hal yang serupa. Saya kongsikan juga kisah pengalaman seorang rakan.

“Aku gi umah akak aku hari tu…pastu anak die yang kecik tu muntah depan aku…aku memang tak tahanlah dengan semua ni…pastu aku pun muntah sekali…kesian kakak aku..”

“Pastu akak aku cakap die terasa dengan aku..geli sangat ke dengan muntah anak die? Tapi aku memang tak boleh la…muntah sape2 pun aku geli jugak…”

“Tak leh la camtu…nanti mak ayah kite sakit macam mane…”

“ha…tu la…akak aku pun cakap mende yang same…kalau mak ayah sakit nanti, tak kan taknak dekat langsung dengan mak ayah…taknak tolong basuhkan…takkan nak tutup hidung sebab geli, sebab tak tahan bau busuk…nanti ada anak macam mane? takkan nak suruh orang lain yang buatkan semua tu…”

“betul la tu..takkan nak buat dekat mak ayah kite camtu..kecik hati diorang nanti”

“Sejak tu aku insaf dah la…biarlah aku geli pun, nak termuntah pun, tapi aku tahan je la…boleh control sebenarnya semua tu…masa nenek aku sakit masuk hospital sebelum meninggal dulu, aku yang tolong jaga dan basuh sume..takde la susah mana pun…tapi, kalau tak tahan tu, aku ingat la kata2 akak aku tu…aku sendiri yang kene ubah sume tu..”

“hm, tq sebab sudi kongsi cerite…nanti aku pun kene tabah jugak menghadapai perkara yang sama satu hari nanti..”

Semoga kita dapat sama-sama mengambil pengajaran daripada kisah-kisah ni. Hidup ini, bukan ada kita sahaja. Kita masih punya ramai insan sekeliling yang perlu diberikan haknya. Hak untuk menjaga hati-hati mereka agar tidak terluka dengan perbuatan dan perkataan kita.

Semoga kita semua dapat belajar menjadai dewasa.

Semoga kita lebih matang dan rasional dalam setiap tindakan kita.

Semoga segala yang kita lakukan, mengundang rahmatNya buat diri kita.

Semoga kita semua berjaya mendidik jiwa hamba yang hina.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s