JOM SURAU KEMBALI LAGI…(with trailer)

poster_jom-surau

(semua pembaca dijemput hadir – bukan student JAD pun dialu-alukan – sila hubungi nama-nama di atas)

http://www.youtube.com/v/MlMQNIeOABw

JOM SURAU 2

1.0 Pendahuluan

Program ini dirangka bertujuan untuk mengukuhkan kembali pemahaman pelajar-pelajar tentang Islam dan menghayati semula apa erti kita menganut Islam. Di samping itu, program ini juga dirangka dapat mengukuhkan hubungan antara pelajar-pelajar UNISEL dan JAD. Diharapkan melalui program ini, pelajar-pelajar mendapat input yang cukup sebagai bekalan asas melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Selain itu, program ini dirangka bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar batch 8,9 dan 10 berkongsi cerita dan pengalaman dari pelajar batch 6 dan 7 yang pulang bercuti di Malaysia. Kesemua mereka mempunyai rekod akademik yang baik, serta pelajar terbaik JAD (batch 7), saudara Wan Aizzuddin turut dijemput untuk memberikan perkongsian pengalaman. Diharapkan melalui pertemuan ini, bukan sahaja hubungan sesama pelajar dapat dieratkan, bahkan pelajar mendapat momentum yang kuat untuk belajar bersungguh-sungguh mengejar cita-cita ke Jepun dan mengikut jejak langkah abang-abang yang telah berjaya.

2.0 Maklumat Program

Tarikh                    :           06-07 September 2009

Hari                       :           Ahad dan Isnin

Tempat                  :           UNISEL (Kampus Shah Alam)

3.0 Tentatif Program

Tarikh Bil Waktu Perkara
06 September 2009 1 9.00pg-9.30pg Kehadiran Penceramah & Peserta
2 9.30pg-12.30t.Hari Slot Pengisian 1
3 12.30t.Hari-2.00ptg Rehat Dan Solat Zuhur
4 2.00 Ptg – 3.00 Ptg Slot Aktiviti : Lakonan Drama Pendek

(asing lelaki dan perempuan)

5 3.00 Ptg – 4.30 Ptg Slot Pengisian 2
6 4.30 Ptg – 5.15 Ptg Rehat Dan Solat Asar
7 5.15 Ptg – 6.15 Ptg Riadhah (asing lelaki dan perempuan)
8 6.15 Ptg – 10.00 Mlm Rehat, Iftar Jama’ie Dan Tarawih
9 10.00 Mlm – 12.00 Mlm Slot Pengisian 3
10 12.00 Mlm – 4.30 Pg Minum Malam, Tidur
07 September 2009 1 4.30 Pg – 6.20 Pg Qiam, Sahur Dan Solat Subuh
2 6.20 Pg – 7.20 Pg Kuliah Subuh
3 7.20 Pg – 9.00 Pg Rehat Dan Khidmat Diri
4 9.00 Pg – 10.30 Pg Forum Bersama Alumni JAD (Pelajar batch 6 dan 7)
5 10.30 Pg – 11.30 Pg LDK
6 11.30 Pg – 12.30 T.Hari Rumusan Dan Acara Penutup

4.0 Slot Pengisian

Slot pengisian terbahagi kepada 4 slot :

4.1 Slot Pengisian 1

Jam                     :  9.30pg-12.30t.Hari

Tarikh :  06 September 2009

Tajuk                  :  Ada Apa Dengan Allah?

Objektif :

  • Meningkatkan kesedaran beragama pelajar
  • Mengukuhkan sistem kepercayaan (belief system) pelajar agar Islam yang dianuti tidak sekadar agama warisan tetapi juga agama pilihan.
  • Memupuk kesedaran pelajar tentang hakikat dan tujuan penciptaan manusia

Pendahuluan   :

Antara perkara-perkara yang ingin dibincangkan adalah :

1.      Fitrah manusia yang ingin bertuhan dan beragama.

2.      Mengapa Allah dan Islam menjadi pilihan, mengapa tidak agama lain?

3.      Tujuan penciptaan manusia (beribadat dan khalifah).

4.2 Slot Pengisian 2

Jam                     :  9.30pg-12.30t.Hari

Tarikh :  06 September 2009

Tajuk                  :  Gemilang Generasi Silam

Objektif           :

  • Menyedarkan pelajar bahawa usia remaja perlu dimanfaatkan untuk membangunkan kegemilangan Islam.
  • Menaikkan semangat peserta untuk berjuang demi Islam melalui penceritaan-penceritaan kisah sahabat ketika remaja.
  • Memupuk kesedaran kepada pelajar bahawa untuk mengubah manusia seterusnya mengubah dunia, perubahan perlu bermula dengan diri kita sendiri dahulu.

Pendahuluan   :

Sebelum sesi slot ini berjalan, satu slot aktiviti akan dijalankan. Pelajar akan diminta melakonkan drama pendek untuk menerangkan kisah para sahabat/tokoh-tokoh Islam yang menyerlah ketika remaja. Sesi ini sebagai muqaddimah kepada slot pengisian ini serta dijalankan untuk mengelakkan rasa mengantuk pelajar.

Untuk slot pengisian ini, diharapkan penceramah dapat mengupas kisah-kisah sahabat/tokoh Islam yang gemilang di usia remaja, yang jarang diketahui kisahnya oleh remaja masa kini.

4.3 Slot Pengisian 3

Jam                     :  10.00 Mlm – 12.00 Mlm

Tarikh :  06 September 2009

Tajuk                  :  Pewaris Syurga Firdaus

Objektif           :

  • Menyedarkan pelajar mengenai hakikat kematian, dan destinasi selepas kematian.
  • Menyuntik semangat pelajar untuk mengejar syurga Firdaus.
  • Muhasabah diri atas kekurangan dan kelemahan diri dalam memenuhi prasyarat pewaris syurga firdaus.

Pendahuluan   :

Kami mengharapkan pengisian malam ini lebih berbentuk pengisian rohani dan slot muhasabah diri. Perkara yang ingin dibincangkan pada malam ini :

  • Ciri-ciri pewaris syurga Firdaus
  • Muhasabah diri, layakkah kita menduduki syurga firdaus
  • Cara agar remaja masa kini dapat memenuhi ciri-ciri pewaris syurga Firdaus melalui cara yang lebih mudah pada praktikal bukan sekadar mantap dari segi teori.
  • Penekanan elemen emosi diserapkan sekali(e.g video, gambaran-gambaran para sahabat) [kalau boleh sehingga membuatkan pelajar menangis insaf]

4.4 Slot Pengisian 4 [Kuliah Subuh]

Jam                     :  6.20 Pg – 7.20 Pg

Tarikh :  07 September 2009

Tajuk                  :  Penghuni Neraka Jahannam

Objektif :

  • Menyedarkan pelajar mengenai hakikat kematian, dan destinasi selepas kematian.
  • Menyuntik semangat pelajar untuk menjauhi neraka.
  • Muhasabah diri atas kekurangan dan kelemahan diri yang selalu terlibat dalam maksiat.

Pendahuluan   :

Kami mengharapkan pengisian pagi ini menjadi pelengkap kepada slot muhasabah malam sebelumnya. Antara perkara yang ingin dibincangkan :

  • Ciri-ciri penghuni neraka
  • Muhasabah diri atas segala kelemahan dan kekurangan diri.
  • cara agar remaja masa kini dapat menjauhi ciri-ciri pewaris neraka melalui cara yang lebih mudah pada praktikal bukan sekadar mantap dari segi teori.
  • Penerangan tentang taubat dan insaf dikupas melalui cara yang mudah dan berkesan.

5 thoughts on “JOM SURAU KEMBALI LAGI…(with trailer)

  1. aik.. poster tulis 6-7 september,tp program tulis 5-6..
    kalo nk join yg 6hb jer boleh x? program alumni tuh.. ??

  2. mintak maaf atas kesilapan di atas… jom surau 6 n 7 hb… program bersama alumni 7hb… jemput hadir… heheheheh

  3. tahniah kohai tachi..awl2 pn dh wat feature yg inviting.hrp2 taun n lbeh ramai..zenryoku de ganbattene

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s