Terawih Pengukur Iman

Seringkali dibangkitkan oleh para daie tentang keutamaan solat fardhu berjemaah dan solat sunat terawih. Berulang kali keluar dari mulut si pendakwah bahawa kenapa semasa solat sunat terawih kita pentingkan berjemaah sedangkan semasa solat fardhu kita sibuk solat bersendirian?Rasulullah mengerjakan solat suant terawih secara berjemaah hanya beberapa hari sahaja tetapi selepas itu baginda solat sunat terawih secara bersendirian,sedangkan Rasulullah tidak pernah solat fardhu secara bersendirian walaupun ketika bagin nazak.

Saya tidak ingin mempersoalkan hal ini kerana sememangnya ia betul,solat fardhu berjemaah lebih penting atau lebih afdhal berbanding solat sunat terawih secara berjemaah tetapi kenapa ketika solat sunat sunat terawih kita mampu solat berjemaah tapi tidak pada solat fardhu yang biasa?Ada yang solat Isyak di rumah dan turun ke surau untuk solat sunat terawih secara berjemaah, terbalik dengan apa yang dibuat oleh baginda Rasulullah.Adoyai~

Disebabkan ramai orang-orang agama mula sedar akan senario yang berlaku di Malaysia ini,maka bangkitlah golongan-golongan yang mempersoalkan hal ini kepada para jemaah.Jika jemaah yang dipersoalkan itu kukuh pegangan agamanya,banyak ilmu agamanya,saya tidak kisah tetapi cuba fikirkan apa yang bakal difikirkan oleh jemaah yang rapuh pegangannya,cetek ilmunya?

“Ah,kalo solat fardhu pon aku tak solat berjemaah,watpe aku nak solat sunat terawih berjemaah,” lantas dia pun tidak lagi ke surau untuk solat sunat terawih secara berjemaah.Jemaah kehilangan seorang makmum dan secara automatik,jemaah menjadi kurang dan apabila jemaah kurang,maka pahala berjemaah juga kurang.Bukankah ada bersabda bahawa solat 2 orang berjemaah lebih baik daripada seorang berjemaah,soalt 4orang berjemaah lebih baik daripada 3 orang yang berjemaah?

Jika tinggi ilmu mereka,saya persilakan cik dan encik menegakkan bahawa solat fardhu secara berjemaah lebih penting daripada solat sunat terawih secara berjemaah.Insya Allah,mereka akan faham untuk solat fardhu juga secara berjemaah.Tapi jika ilmu agama mereka kurang,saya pohon pada cik dan encik supaya tidak menerangkan hal ini kepada mereka buat kali ini.Bukan ingin menyembunyikan ilmu,tetapi bila tiba masanya,sila terangkan kepada mereka.

Bila?

Setelah encik telah berusaha mengajar mereka ilmu agam,setelah pegangan mereka terhadap agama sedikit kuat daripada sekarang.Percayalah bahawa solat sunat terawihlah yang menjadi kayu ukur kepada iman kita sekarang.Memang tiada hadis tetapi ini dalil aqli daripada insan yang lemah ini.

Analoginya,jika anda seringkali tegaskan solat fardhu berjemaah lebih penting daripada solat sunat terawih secara berjemaah, bermakna solat sunat terawih berada pada tangga terbawah.Jadi,jika yang paling bawah pun orang tak buat,maknanya, mereka itu golongan yang paling bawah daripada yang paling bawah!

Jadi,ajak lah kawan-kawan anda turun terawih di surau kerana solat sunat terawih secara berjemaah ialah kayu ukur samada masih ada cahaya atau tidak dalam hati mereka….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s