Sekurang-kurangnya ia menjadi hujah buatku

Kita dikejutkan dengan lukisan karikatur Rasulullah di Denmark suatu ketika dahulu.Tidak berhenti di situ,mereka terus memprovok kita dengan menghina Al-Quran dengan satu cerita pendek di Belanda.Umat Islam bangun,marah dan menyuarakan tentangan terhadap mereka sehingga mereka terpaksa tunduk dan akur dengan penentangan umat Islam terutamanya dari sudut ekonomi.Kempen boikot barangan Belanda sememangnya disambut dengan baik oleh setiap muslim sehingga dalam masa 6 bulan sahaja,Belanda menampung beribu-ribu bilion kerugian dek kerana Belanda banyak bersandar pada jualan antarabangsa.

Tengah tadabbur surah As-Saf,saya ketemu ayat 8 yang berbunyi:

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Lalu saya terfikir,jika Allah sendiri berkata bahawa orang kafir ini tidak akan puas memporak-purandakan agama Allah dan Allah pasti akan menangkan agama Nya,kalau kita ada ke,tiada ke,sama sahaja.Agama Allah tetap menang.Orang kafir lukis karikatur Rasulullah untuk menjatuhkan maruah Rasulullah tapi akibat itu satu dunia tahu keagungan,kepimpinan dan kehebatan Rasulullah. Mereka hina Al-Quran,konklusinya ramai orang kafir membeli Al-Quran dan mengkajinya dan pada akhirnya,mereka peluk Islam. Inilah yang dimaksudkan dengan mereka cuba memadamkan agama Allah,tetapi Allah tetap akan memenangkan agama Nya.Jadi, perlukah kita ada dan sibuk-sibuk memberontak,memboikot dan menentang kafir yang menghina Islam?

Jika diteliti lagi ayat ini,kita akan dapat tahu bahawa sifat mempersendakan Islam,menghina Islam dan memfitnah Islam adalah sifat fitrah atau semulajadi orang kafir,jadi secara logiknya,tidak perlulah kita marah mereka.Sebagai contoh,jika kucing sifatnya suka menggesel badannya dekat badan kita,adakah kita perlu marah kucing itu?Sepak kucing itu sehingga patah kaki?Kalau kita sepak pun dan kucin itu patah kaki,esok bila kucing itu sudah sembuh,dia akan datang menggeselkan badannya dekat badan kita juga.Burung contohnya,fitrahnya untuk terbang tapi kita asyik sibuk memarahi burung disebabkan ia terbang,logikkah?Tidak logik.

Jadi,LOGIK mengatakan,biarlah orang kafir ingin menghina agama kita,biarkan mereka memfitnah agama kita,lantak lah diorang ingin meludah agama kita,yang penting kita tahu bahawa Allah akan memenangkan agama Nya tanpa kita.Er…Betul ke camni?

Ingat,agama bukan logik.Banyak perkara dalam agama tidak boleh diterangkan dengan menggunakan logik akal.Memang betul Allah akan memenangkan agama Nya walaupun teruk dibelasah oleh orang kafir,walaupun tanpa kita,tapi sewajarnya kitalah yang menjadi alaty yang digunakan oleh Allah untuk memenangkan agama Nya.Allah tidak pernah membuat sesuatu tanpa sebab,jadi agama Nya tidak akan menang tanpa sebab melainkan kita menjadikan diri kita sebagai sebab untuk memenangkan agama Allah.Jika kita tidak mahu?Sedikitpun tidak merendahkan Allah,Dia tetap dengan mahkota Nya di atas arasy Nya yang mulia.Firman Nya dalam surah Muhammad ayat 38:

Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

Semasa Nabi Allah Ibrahim dibakar di dalam api,seekor burung yang kecil sibuk mengambil air dari sungai dan cuba memadamkan api besar yang sedang marak menyala itu.Bila ditanya oleh malaikat, “wahai burung,kamu itu kecil dan sememangnya paruh kamu lagi kecil.Tetapi mengapa kamu masih cuba memadamkan api walaupun kamu tahu perkara itu sia-sia?”Burung itu menjawab, “sekurang-kurangmya aku telah berusaha dan aku ingin jadikan ia sebagai hujah bila aku berhadapan dengan Allah.Jika ditanya apa yang telah aku lakukan semasa Ibrahim dibakar?Aku mampu menjawab bahawa aku cuba memadamkannya.”

Agama Allah tetap akan menang,kita ada atau tiada,itu bukan masalah bagi Allah.Yang jadi masalah sebenarnya pada kita,semasa agama Allah naik,kita ada atau kita tiada?Muhasabahlah diri sendiri….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s