Bersedeqah?One Malaysia!

logosatumalaysiaAhad yang lalu,ana sempat menghadirkan diri dalam satu slot Jom Surau 2 – Menghayati Kisah Para Sahabat. Apa yang menarik minat ana ialah perkongsian pengalaman daripada penceramah.Katanya ketika ditanya adakah boleh bersedeqah kepada orang bukan Islam, jawabnya boleh walaupun ramai orang Islam yang tersalah mengatakan haram bersedeqah kepada orang bukan Islam.Hujahnya berdasarkan sirah Nabawiyah apabila Rasulullah juga bersedeqah kepada orang bukan Islam.

Kisah Yahudi Tua Yang Buta

Di satu sudut Pasar Madinah terdapat seorang pengemis buta yahudi yang setiap harinya mengemis di kawasan tersebut. Kerana bencinya beliau kepada Baginda Rasulullah s.a.w., maka setiap kali di dekati orang ramai dia akan berkata “wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.

Namun Baginda Rasulullah s.a.w. tidak mempedulikan kata-kata tersebut, malah setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan membawa makanan untuknya. Tanpa berkata sepatah pun, Baginda Rasulullah s.a.w. akan menyuapkan makanan tersebut tanpa di ketahui oleh pengemis buta itu yang menyuapkannya adalah Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Baginda Rasulullah s.a.w. melakukan perkara itu pada setiap hari sehinggalah beliau wafat.

Setelah wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi orang yang menghantar makanan kepada pengemis buta Yahudi tersebut sehinggalah pada suatu hari Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. yang merupakan isteri kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

Abu Bakar r.a. bertanya kepada anaknya “Anakku, adakah kebiasaan kekasihmu yang belum aku kerjakan?. Aisyah r.a. menjawab “wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tiada satu kebiasaannya pun yang ayah belum lakukan kecuali satu perkara sahaja”.

Abu Bakar r.a. bertanya lagi “apakah perkara itu wahai anakku, beritahulah”. Aisyah menjawab “setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan pergi ke Pasar Madinah membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi yang terdapat di sana”.

Keesokan paginya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk pengemis buta Yahudi tersebut. Abu Bakar r.a. mendekati pengemis itu dan memberikan makanan yang di bawanya. Ketika dia mula menyuapkannya, si pengemis itu marah dan mengherdik “siapakah engkau?” tanya pengemis itu.

Jawab Abu Bakar r.a “akulah, orang biasa yang selalu membawa makanan untuk kamu”. “Bukan!, engkau bukan orang biasa yang mendatangi aku”. bantah pengemis buta itu. “orang biasa yang mendatangi aku apabila dia kemari, tanganku ini tidak perlu memegang dan mulutku ini tidak susah untuk menguyah. Dia akan memicit-micit makanan tersebut sehingga halus sebelum menyuapkan aku” pengemis itu memberikan penjelasan.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air mata apabila mendengar penjelasan tersebut. Beliau menangis kerana sangat terharu dengan sikap mulia Baginda Rasulullah s.a.w. Walaupun Baginda Rasulullah s.a.w. seorang pemimpin umat tetapi beliau sanggup membawa makanan, memicit-micit sehingga halus dan menyuapkan seorang pengemis buta yang kotor dan miskin.

Sambil menahan tangisnya Abu Bakar r.a. berkata “aku memang bukan orang biasa yang mendatangi kamu tetapi aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang mulia yang selalu mendatangi kamu itu sudah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.”

Pada saat itu juga pengemis tersebut menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a. dan kemudiannya berkata “benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya tetapi dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Setiap pagi dia akan membawakan aku makanan. Dia begitu mulia sekali…..”

Kerana terharu dengan peribadi Baginda Rasulullah, akhirnya pengemis buta Yahudi tersebut telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar r.a. dan semenjak daripada saat itu dia menjadi seorang muslim.

_________________________

Bila menonton ‘Bersamamu’ di tv 3,bukan sahaja Islam tetapi bukan Islam juga ada yang ditunjukkan.Betapa susah dan payah mereka mengharungi hidup ini,dipertonton supaya ada hati yang tersentuh lantas sudi menolong mereka.Namun,sikap prajudis dan fikiran yang sempit membuatkan kita jarang sekali melihat dan membatu kesusahan orang bukan Islam,sedangkan Islam itu diturunkan menjadi rahmah ke seluruh alam.

Pernah atau tidak kita terfikir bahawa kita ini terlampau zalim?Mana tidaknya,kita sudi menolong haiwan-haiwan seperti kucing,kambing dan burung yang dalam kesusahan tetapi kita mengatakan HARAM membantu orang bukan Islam.Perhatikan, apabila kita menyatakan satu hukum,hukum itu adalah berasal daripada Allah.Jadi,apabila kita mengatakan haram menolong orang bukan Islam,bermakna kita telah mengatakan Allah mengHARAMkan kita menolong orang bukan Islam.Bukankah Allah itu maha pemurah kepada semua hamba Nya,tidak kita Islam mahupun kafir,tidak kira manusia ataupun binatang.

Konsep One Malaysia yang diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada kasarnya tidak memberi apa-apa makna kepada kita selagi mana adanya parti-parti politik yang berasaskan perkauman masih wujud.Mereka ingin satukan rakyat Malaysia tetapi mereka benarkan parti-parti politik berasakan perkauman diwujudkan,pelik.

“Ala,kan ade pakatan2 yang ditubuhkan?Bersatu la tu.”

Tidak!Mereka tidak akan bersatu selagi mana parti perkauman itu masih wujud.Betul,pakatan telah ditubuhkan tapi ana seratus peratus yakin bahawa selepas sahaja perjumpaan antara parti dalam pakatan selesai dan ketika perjumpaan parti masing-masing, setiap kaum akan mengutuk kaum lain.

Buktinya jelas,suatu ketika dahulu ada seorang ahli politik cina yang menyanjung politik Umar Abdul Aziz ketika berada di dalam perjumpaan pakatan namun dia sendiri mengutuk Umar Abdul Aziz dan Islam ketika perjumpaan dalam partinya.

Apa yang patut dipuji tentang 1 Malaysia,PM cuba merapatkan jurang antara kaum dan agama.Inilah Islam.Islam tidak pernah mengharamkan kita berlaku baik kepada orang bukan Islam,malah digalakkan.Kita disuruh berlaku baik dan adil kepada orang bukan Islam supaya keindahan Islam terpancar dari diri kita.Apabila mereka yang bukan Islam melihat kita,mereka tertarik memeluk Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam banyak peristiwa.

Sangkaan kafir Makkah yang Rasulullah akan membunuh mereka dan menjadikan keluarga mereka sebagai hamba ketika Fathul Makkah ternyata salah apabila Rasulullah mengampunkan mereka semua.Lantaran itu,ramai orang kafir memeluk Islam secara beramai-ramai termasuk anak kepada Abu Jahal.

Marilah kita bersama-sama membantu orang Islam dan bukan Islam,haiwan dan tumbuhan supaya cahaya Islam terpancar dari dalam diri kita.Semoga dengan akhlak baik yang kita tunjukkan menjadi sumber hidayah kepada orang Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s