10 minit yg bermakna: bagaimana saya boleh bertudung~

Hari Ahad lalu, saya meluangkan masa yang agak lama bersama lima rakan untuk keluar membeli barang-barang keperluan. Hari itu merupakan hari yang paling lama saya luangkan masa untuk keluar bersama rakan-rakan. Namun, daripada berjam-jam, hanya 10 minit masa yang mampu menyentuh hati kecil saya. Alhamdulillah, setelah berjam-jam saya keluar atas urusan dunia, Allah anugerahkan saya 10 minit masa untuk saya ingat kembali tujuan hidup saya di dunia ini sekaligus memberi peluang untuk saya muhasabah kembali diri saya yang kerdil ini. Ketika sedang berjalan-jalan di Sunway Pyramid, seorang rakan membuka bicara.
“ Eh, tadi aku ade bace satu buku ni. menarik.”
“Buku pasal ape? Ko bace kat mane? kat Jamek tadi ke?”
“ eh x de lah. Aku bace kat Popular tadi buku pasal wanita cerita pengalaman bagaimana diorang boleh bertudung.”
“ macam menarik je. sementara tunggu yang lain ni. jom kite masuk Popular dulu la. Aku nak tengok buku yang ko cakap tu.”
Langkah diatur menuju masuk ke dalam Popular dan terus berjalan ke ruangan keagamaan. Rakan tadi mencapai buku yang bertajuk ” Bagaimana sya boleh bertudung” lantas saya duduk di lantai sekejap membaca isi buku itu. Seperti yang saya jangka, buku itu memang menarik namun dalam banyak-banyak kisah, hanya satu yang berjaya mencubit hai kecil saya lantas saya gagahkan jari menulis artikel ini untu berkongsi dengan rakan-rakan pembaca . mata saya hanya tertumpu pada satu kisah, kisah seorang penyanyi,pelakon yang terkenal suatu ketika dahulu, Noor Kumalasari. Seingat saya dia merupakan artis yang kuat berfesyen suatu ketika dahulu namun sejak akhir-akhir ini dia terus menyepi dari dunia seni. Alhamdulillah Allah benar-benar membuka hatinya untuk terus bertahan dan istiqamah dalam perubahannya. Saya tertarik berkongsi sedikit sebanyak bagaimana beliau boleh bertudung.
Sebenarnya sudah lama beliau punya keinginan untuk betudung kerana terbaca satu hadith yang memberitahu bahawa setiap helai rambut yang didedahkan menyebabkan wanita itu diseksa 60 tahun dalam neraka. Walaupun beliau tahu itu adalah hadith daif namun beliau tetap menjadikan hadith itu sebagai pendorong untuk beliau bertudung. Beliau menyuarakan hasrat itu kepada suami tercinta. Mereka bercadang untuk menunaikan umrah. Setelah pulang dari umrah, suami beliau menyuruh beliau menetapkan satu tarikh untuk mula bertudung dan dalam masa yang sama, suaminya mengingatkan beliau untuk berdoa agar dipanjangkan umur sehingga tarikh yang dipilih. Alhamdulillah, umur beliau dipanjangkan dan beliau mula bertudung. Perubahan itu benar-benar memberi kesan positive dalam diri beliau sehingga ke dapur pun beliau ingin bertudung . beliau juga sentaisa berjubah bila keluar untuk memudahkan beliau bersolat dimana-mana saja pada bila-bila masa saja setelah mendengar azan berkumandang. Saya terkesan dengan satu ayat beliau.
“ baru saya tahu macam mana tenangkan hidup dalam mengikut syariat Islam.”
Namun setelah beliau bertudung. Muncul pula cerita-cerita yang kurang enak tentang perubahannya. Ada yang cakap itu hanyalah fesyen semata-mata. Ada pula yang kata suami beliau memaksa beliau bertudung.
“ suami saya tidak pernah memaksa saya malah mendidik saya. Cinta saya pada suami membawa kepada cinta saya pada Ilahi.”
Hanya itu yang mampu dib alas atas semua tohmahan.
“ ramai juga yang suka pada perubahan saya ni. rakan-rakan artis pon begitu juga. Mereka juga selalu suruh saya doakan supaya mereka boleh berubah menjadi baik. Jangan pandang artis ni jahat. Mereka sebenarnya punya hasrat menjadi baik.”
Kata-kata beliau seakan-akan menampar diri saya kerana saya antara orang yang selalu bersangka buruk dengan artis-artis. Benar juga kata Noor Kumalasari, setiap manusia ada niat untuk menjadi baik, Cuma cara mereka peroleh hidayah berbeza-beza. Kadang hanya dengan doa dari rakan, seseorang itu peroleh hidayah. Cerita kisah hidup Noor Kumalasari tadi sebenarnya memberi kesan pada diri saya. Bukan senang seorang artis boleh berubah sedrastik itu kerana tuntutan kerja mereka menuntut mereka menjadi sentiasa moden dan bergaya.
Perubahan sebenarnya tidaklah sepayah yang kita sangkakan. Cuma perlu niat yang ikhals, ketabahan dan kesungguhan selain kebergantungan kita kepada Allah s.w.t. yakinlah apabila kita menetapkan hati mengikut perintah Allah, setiap perkataan sinis yang keluar dari mulut manusia bukanlah menjadi satu halangan yang menjatuhkan semangat kita. Sempena Ramadhan ini, masih belum terlambat untuk kita memohon ampun atas kesilapan kita dan memulakan hidup baru untu menjadi hamba yang bersyukur dan hamba terbaik untuk Allah s.w.t.

9 thoughts on “10 minit yg bermakna: bagaimana saya boleh bertudung~

  1. setuju3, masih belum terlambat…. ramadan ade lagi 1/3 untuk kite kejar pengampunannya…

    mari beramal!!

  2. kadang2 niat yg baik selalu je di pandang serong malah de anggap yg bukan2..kagum dgn artis tersebut..cinta kpd suaminya menemukan beliau dgn cinta ilahi..sama mcm kisah yusuf dan zulaikha..cinta zulaikha kpd yusuf akhirnya menemukannya dgn Ilahi..semoga kita semua berubh mnjdi yg trbaik utk mencapai redha Ilahi..

    p/s:kata kak naemah berubh x semudh mnterbalikkn tapak tangan..tpi klu disertai dgn niat yg ikhlas..insyaAllah segalanya akan dipermudahkan..

  3. salam,
    kisah zulaikha menemukan cinta Ilahi merupakan kisah Israiliyat yang ditokok tambah..
    tp mengambil pengajaran daripadanya tidak salah seperti kita ambil pengajaran daripada kisah sang kancil
    hhuhhuhu

  4. tak tahulah kelakar ke tidak,tapi ini hadis Rasulullah;
    “Wanita apabila solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.”
    (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s