10 saat lagi!!! LARI!!!!!!!!

10secondsPernah dengar kisah orang mati terhidu gas aircond yang bocor? Kalau tak silap saya pernah terdengar kisah ni, saluran aircond kereta bocor, tingkap pula tertutup rapat dan entah macam mana system berfungsi, gas ekzos yang beracun (karbon monoksida) termasuk dalam kereta dan dihidu mengakibatkan penumpang meninggal. Khabarnya, mereka yang terhidu gas ni, tak tahu pun yang mereka terhidu gas beracun dan akhirnya mereka rasa mengantuk dan terus ‘tertidur’ tak bangun-bangun lagi. Sebenarnya saya pun tak pasti jalan cerita yang sebenar dan tak pasti betul ke tidak olahan saya, tapi kita anggap je la cerita tu benar supaya saya boleh kaitkan dengan artikel kali ini.

Cuba anda bayangkan anda di dalam sebuah bilik terkunci, dan anda berada dalam situasi saluran aircond bocor dan anda sedang menghidu gas-gas beracun. Pada mulanya anda juga tidak sedar gas yang anda sedut beracun dan anda menikmati rasa mengantuk yang tiba-tiba datang dan mula tenggelam dalam alam fantasi. Namun tiba-tiba datang suara memberitahu gas itu gas beracun. Tiba-tiba, BANG!! Pintu yang kira-kira 30 meter dari anda dikopak dari luar dan terbuka. Anda yang sedang terpinga-pinga merangkak sedikit-sedikit menuju ke muka pintu. Namun kerana mengantuk, anda berhenti dan melayan perasaan mengantuk itu. Tiba-tiba suara dari luar berteriak lagi, pintu akan tertutup dalam 10 saat lagi!

Apa reaksi anda ketika itu? Anda dilanda mengantuk yang amat sangat, letih dan tidak bersemangat untuk bergerak. Apa yang anda ingin ketika itu hanyalah tidur dan berehat. Namun, nyawa anda menjadi pertaruhan? 10 saat lagi bakal menjadi penentu hidup atau mati anda!

Nescaya ketika itu, walau apa pun alasannya, walau apa pun dugaannya anda akan berlari selaju mungkin menuju pembebasan dari bilik tersebut.

Begitulah mungkin situasi kini. Ramadan tinggal 10 hari terakhir. Dan di saat-saat akhir ini anda ditawarkan pembebasan dari neraka. Bukan calang-calang tawaran! Bahkan ada peluang dijamin ke syurga, idaman setiap insane! Namun di saat-saat akhir ini, masih lagi anda leka dan lalai. Masih tega melayan nafsu mengantuk, letih dan malas. Masih tak terasa nak mengejar syurga Allah.

Adakah anda merasakan, anda masih berpeluang bertemu Ramadan akan datang?

Atau anda merasakan pahala amalan anda cukup besar untuk membeli sebuah syurga?

Atau memang anda tidak kisah nak masuk syurga atau neraka?

Saya menyeru kepada diri sendiri, diri yang banyak menghabiskan Ramadan ini dengan tertawa.

Diri yang banyak menghabiskan Ramadan ini dengan bersuka.

Diri yang banyak mensia-siakan Ramadan ini dengan dosa dan noda.

Diri yang membiarkan malam-malam rahmat berlalu begitu sahaja.

Marilah wahai diri, duduk sejenak dan insafi diri. Bahawa manusia ini, suka atau tidak, sedia atau tidak, rela atau tidak, pasrah atau tidak, semuanya tanpa terkecuali pasti akan mati. Di sana nanti apabila dibangkitkan semula, ke manakah diri hendak bergantung harap? Pada siapa nak mohon pertolongan?

Wahai hati, bulan mulia ini bakal berlalu pergi, tak mahukah mengejar syurga-Nya? Tak mahukah lari dari neraka-Nya? Atau kau tidak percaya akan kebangkitan semula?

Tuhan yang maha pemurah dan maha penyayang telah menunaikan segala keperluan kita, bila pula giliran kita menunaikan hak dan perintah-Nya?

Semoga 10 malam terakhir ini tidak disia-siakan, seperti 20 malam yang telah berlalu….

Lupa Tuhan Lantas Lupa Diri

September 7th, 2009 | by Abu Saif | 7,479 views | Print Print | Email Email |

“Beli 1 dapat 10!!!” sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya.

Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. “Talk of the town” kata orang putih.

Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10.

Bukan sahaja beli 1 dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang lain telah dikenakan road block. Lebih dari itu, kedai-kedai lain juga ditutup. Semuanya demi memudahkan kita pergi mendapatkan tawaran mega itu iaitu beli 1 dapat 10.

Dengan pelbagai cabutan bertuah yang ada, anda mungkin dapat lebih dari 10. Ada hari istimewa di hujung-hujung mega sale itu, anda boleh dapat 1000! Ya, melampau sungguh tawaran itu. Hanya pasar raya yang maha untung dan kaya sahaja mampu menawarkan pakej sehebat ini.

Tiba-tiba, anda buat tidak peduli sahaja. Melangut duduk di rumah dan hanya memekakkan telinga dan membutakan mata daripada mendengar dan melihat keghairahan orang lain berjalan, berlari, berkereta dan mungkin ada yang sampai merangkak untuk ke pasar raya berkenaan. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Maknanya, anda memang tak teringin langsung dengan apa yang ditawarkan. Tak ada hati langsung… tak ada kena mengena langsung!

RAMADHAN

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka ia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakana alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

Bukan sahaja begitu, malah Lailatul Qadar juga harus dilihat sebagai kemuncaknya.

Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr 97.3]

Sudahlah Allah berjanji begitu, dipermudahkan pula segala jalan untuk merebutnya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat

TIBA-TIBA

Tiba-tiba kita buat tidak tahu sahaja. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Tidak teringin nak menambah amal. Tidak tergerak untuk meninggalkan kejahatan. Dosa, pahala, Syurga, Neraka, memang tak menarik langsung untuk diberi perhatian.

Maknanya memang seseorang yang tidak mempedulikan Ramadhan, tak ingin langsung dengan apa-apa yang ada di sisi Tuhan. Tak peduli dan langsung tidak mahu mengambil tahu. Sungguh orang seperti ini tiada kena mengena dengan Allah SWT!

Pinggan tak retak, nasi tak dingin,
Allah tak hendak, dia pun tak ingin!

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan [Al-Hashr 59 : 19-20]

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 AMPANG

2 thoughts on “10 saat lagi!!! LARI!!!!!!!!

  1. harap-harap adik-adik yang baru lepas hadir program Jom Surau khasnya, masih membara semangat nak mengejar syurga dan melarikan diri dari neraka…. jangan semangat datang time program je…. semoga ramadan yang berbaki ini dimanfaatkan…

    selamat beramal, biarpun sekecil biji sawi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s