Rasulullah dan umatnya gila seks?

Hari ini, kita seringkali diaju dengan soalan-soalan yang kita sendiri tidak pernah terfikir sebagai orang Islam.Fitnah demi fitnah dilontar kepada kita sehingga terkadang kita terpaksa duduk terdiam dan mengiyakan sahaja apa yang dilontar kepada kita dek kerana kekurangan ilmu di dada.Apa yang menyedihkan lagi,dakwaan-dakwaan seperti ini bukan sahaja berlegar-legar di bibir orang kafir malah orang Islam sendiri seperti Dr. Farish A Noor.Minggu lepas,seorang ustaz yang mengajar pendidikan Islam mengajukan 1 soalan berkenaan dengan nabi kita yang mulia,Muhammad bin Abdullah.Katanya,orang kafir mendakwa bahawa Nabi Muhammad seorang yang ‘gila seks’ disebabkan baginda berkahwin banyak malah lebih daripada 4 orang yang ditetapkan kepada umat Islam yang lain,apa hujah anda untuk menolak dakwaan seperti ini?

Sebelum ini,saya juga ada terbaca tentang satu dakwaan yang mengatakan orang Islam yakni para sahabat juga ‘gila seks’ atau sex maniac oleh kerana mereka sanggup mengorbankan nyawa demi mendapat bidadari yang hakikatnya seorang perempuan cantik. Malah,kita sendiri sebagai lelaki sangat teruja dengan syurga apabila dikatakan di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang jauh lebih cantik daripada perempuan-perempuan di dunia. Kita sanggup tidak tidur berqiamullail,sanggup berjihad mengorbankan nyawa semata-mata balasan Allah yang dipanggil sebagai bidadari itu,bukankah itu ‘gila seks’ namanya?

Dalam menjawab hal ini,beberapa hujah yang boleh dikira sebagai hujah-hujah yang kukuh boleh diberi kepada mereka yang bertanya. Tapi perlu diingatkan supaya terlalu emosi dalam menjawab hal ini sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dan mendatangkan kebencian terhadap Islam,sebaliknya,jawablah soalan0-soalan ini dengan penuh berhemah dan tunjukkan kemurnian Islam yang sewajarnya.Kita perlu mencontohi akhlak Rasulullah dalam menjawab sebarang tuduhan dan cacian orang kafir kepadanya seperti peristiwa baginda di Thaif. Ketika di Thaif,baginda dicaci,dimaki dan dihina oleh orang kafir Thaif dan ketika itu Jibrail datang kepada nabi dan menyuruh nabi mengarahkannya menghempap gunung-gunung yang ada di sekitar Thaif ke atas penduduk Thaif tapi nabi menyuruh Jibrail bersabar dan bersabda, “mungkin ada di antara anak cucu mereka yang akan beriman kepada ku.”Benar,selepas perang Hunain,penduduk-penduduk Thaif ternyata beriman kepada Rasulullah berkat bijaknya Rasulullah dalam mengatasi fitnah ke atasnya.

Rasulullah tidak boleh dikira sebagai seorang yang ‘gila seks’  kerana Rasulullah tidak berkahwin dengan mana-mana perempuan ketika Siti Khadijah masih hidup.Malah,baginda ketika berkahwin dengan Khadijah dikatakan berumur 25 tahun dan Khadijah pula berumur 40 tahun ketika itu.Secara logik akal, adakah seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang yang lebih tua boleh dikatakan sebagai seorang yang gila seks?Jika seseorang itu seorang yang sex maniac,pasti perempuan-perempuan cantik,muda dan masih ‘bergetah’ menjadi pilihan utama,bukan seorang janda yang sudah berumur.Dan apabila sebut pasal janda, kesemua Istri Rasulullah adalah seorang janda kecuali Aishah sahaja.Bagaimana setianya nabi kepada Khadijah,nama Khadijah sering disebut di hadapan isteri-isteri baginda sehingga mendatangkan rasa cemburu Aishah kepada Khadijah dan Aishah terhina Khadijah,lalu ditegur oleh Nabi.Kalaulah nabi seorang yang ‘gila seks’,pasti isteri yang telah meningga dilupakan secara terus dan bergembira dengan isteri-isteri baru yang jauh lebih cantik dari Khadijah.

Isteri-isteri nabi bukanlah seorang yang cantik kecuali Aishah,Zainab dan Hafsah sahaja.Isteri-isteri baginda yang lain dikahwini atas alasan politik dan sebab utamanya,nabi ingin memuliakan kedudukan kaum perempuan yang pada ketika itu dipandang hina oleh orang kafir quraisy.Orang kafir ketika itu sangat malu apabila mendapat anak perempuan,muka mereka merah padam tetapi nabi sangat memuliakan anak perempuannya,Fatimah.Salah seorang isterinya,Ummul Mukminin Sofiah ialah seorang berkulit hitam dan gemuk,tidak jelita orangnya.Dan yang penting,nabi tidak pernah mendeskriminasikan isteri-isteri baginda mengikut kecantikan masing-masing.

Pernah nabi ditanya oleh Isteri-isterinya,siapakah di kalangan mereka yang paling nabi sayangi,nabi hanya tersenyum.Dan pabila malam,ketika bersama isteri-isteri baginda,baginda memberi mereka sebilah cincin dan nabi memesan kepada mereka supaya tidak memberitahu hal itu kepada orang lain.Apabila nabi duduk kembali dengan isteri-isteri baginda,baginda menjawab soalan itu dengan mengatakan, “orang yang aku berikan cincin kepadanya adalah orang yang paling aku sayang di antara kamu.”Kesemua isteri baginda tersenyum kegembiraan.Lihat,nabi tidak pernah mendeskriminasikan isteri-isteri baginda.

Bab anak pula,nabi hanya mendapat anak dengan isteri pertama sahaja,tidak dengan isteri-isteri seterusnya.Bayangkan kalau kita yang berkahwin ramai,pasti kita akan mendapat anak dengan setiap seorang isteri yang dikahwini,jika 11 orang isteri maka dengan kesebelas orang itulah kita mendapat anak.Tetapi tidak pada nabi,nabi hanya mendapat cahaya mata dengan Khadijah sahaja.

Memiliki 11 orang isteri juga menjadi satu kehebatan bagi nabi sebagai utusan daripada Allah.Kehebatan nabi sangat tertonjol dalam menguruskan rumah tangganya sehingga isteri-isteri baginda tidak bergaduh seperti kisah di atas dan saling berlumba dalam menjaga kebajikan nabi,berlumba dalam memberi yang terbaik buat nabi seperti ketika nabi ingin wafat.Ketika nabi nazak,isteri-isteri baginda tahu bahawa nabi sangat sayangkan Aishah,jadi mereka sepakat menjaga nabi di rumah Aishah tanpa rasa cemburu dan tidak puas hati.Malah mereka sangat gembira dapat memberi yang terbaik buat nabi. Jika dilihat realiti hari ini,baru 2 orang isteri,rumah tangga itu pasti porak puranda tetapi nabi menjaga ramai isteri dalam satu masa dan tidak pernah timbul sebarang konflik dalam rumah tangga baginda.

Kalau kahwin ramai itu satu perkara yang memalukan,lihat nabi Daud yang berkahwin dengan 99 orang perempuan dan anaknya juga,nabi Sulaiman pula berkahwin dengan 60 orang isteri.Dalam satu hadis dikatakan bahawa nabi dikurniakan kehebatan beberapa orang lelaki dari syurga.Seorang lelaki di syurga mempunyai 70 kuasa kuda dan 1 kuasa kuda boleh dibayangkan dengan kuasa seekor kuda sama dengan 4-5 orang lelaki.Bayangkan,nabi mempunyai kekuatan beberapa orang ahli syurga,bukan seorang.Jadi mengikut nisbahnya,11 orang isteri itu sangatlah sedikit.

Bab orang Islam umumnya gila seks akibat beramal kerana inginkan balasan bidadari,biar orang Islam gila seks tetapi biar gila seks di akhirat.Di dunia,Umat Islam lah pembela nasib wanita buakn perosak wanita.Barat mengatakan sistem poligami berat sebelah, memberi kelebihan kepada lelaki,memberi peluang kepada lelaki memanipulasi wanita.Islam dikatan menentang hak asasi manusia iaitu wanita kerana membenarkan lelaki berkahwin sampai 4 orang perempuan.Tetapi lihat apa yang berlaku di barat,lelaki tidak berkahwin dengan wanita tetapi melakukan seks bebas,akibatnya,anak-anak yang dilahirkan tidak berbapa.Mana pergi tanggung jawab dalam berumah tangga?Jelas sekali Islam sangat membela kaum wanita dalam isu poligami.

Wallahua’lam.

2 thoughts on “Rasulullah dan umatnya gila seks?

  1. Salam ukhuwah dan salam integriti buat warga berintegriti berkualiti….tahniah kerana mendedahkan hal ini…isu ini telah lama berbangkit tetapi tiada siapa berani rungkai….tahniah! pertahankan kembali Islam!

  2. sbg wakil Azz,kami mengucapkan syukran atas sokongan anda.Jika ada apa2 perkara yang ingin dibincangkan,sila kemukakan,moga-moga perbincangan kita mendapat berkat Nya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s