Cerpen:Syawal Yang Tiada Maknanya

rumah_kampung“Allahuakbar Allahuakbar……..”

Takbir bergema di masjid-masjid, di corong-corong radio serta televisyen. Umat Islam yang berpakaian serba indah berpusu-pusu menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Tidak kira yang kecil atau yang besar, masjid-masjid serta surau dipenuhi dengan jemaah yang hadir sehingga ruang untuk solat tidak mencukupi.Manusia berlimpah sehingga ke pintu pagar luar masjid dan surau.

Ramli memerhatikan sahaja gelagat mereka dengan penuh sayu. Teringin benar untuk mengikuti mereka menunaikan solat sunat tersebut tetapi apakan daya, kaki dan tangannya yang cacat itu tidak mengizinkannya melakukan sedemikian. Kini sudah genap 30 tahun Ramli hidup di muka bumi ini, tapi tidak sekali pun dia dapat mengikuti solat sunat hari raya bersama rakan-rakan yang lain dan sudah genap 15 tahun Ramli tidak menyambut hari raya bersama keluarganya.

“ Ya Allah, jika ini ujian yang kau berikan kepadaku, aku terima dengan hati yang terbuka. Tetapi Ya Allah, izinkanlah aku menyambut bulan yang mulia ini bersama umat-umat Mu yang lain sebelum daku kembali bertemu Mu,” Ramli menadah tangannya yang cacat itu dan berdoa kepada Allah SWT.

Air mata yang mengalir semakin membasahi pipinya. Dengan suara yang teresak-esak, Ramli berdoa, memohon kepada Sang Pencipta semoga dia dapat menyambut hari raya kali ini bersama-sama keluarganya yang masih ada. Entah kenapa tahun ini, dia teringin benar menyambut hari raya bersama keluarganya. Sekarang, hanya tinggal Rusdi dan keluarganya sahaja yang masih ada di muka bumi Allah yang luas ini setelah ibu dan bapa mereka meninggal dunia akibat kemalangan. Tak seperti tahun-tahun lepas, dia tidak begitu ghairah.

“Adikku Rusdi, izinkanlah abang menyambut hari raya bersama Rusdi sekeluarga. Hanya ini sahaja permintaan daripada abang,” Ramli berbisik di dalam hati dengan tangisan yang memilukan.

Mata Ramli masih terpaku di masjid yang berdekatan dengan rumahnya itu. Kalaulah kakinya dapat berjalan ke arah masjid tersebut, sudah pasti Ramli akan mengikuti solat tersebut

“Ramli, tahun ni nak pakai baju raya warna apa?”

“Ramli nak ikot ibu. Tahun ni kita pakai semua samalah bu. Cantikkan?”

“Amboi, anak ibu dah pandai bergaye eh,”

“Abang cacat, pakai lawa-lawa pon bukan orang kesah,”

“Rusdi!! Tak baik cakap macam tu. Inikan abang Rusdi. Pergi mintak maaf!”

“Abang Ramli cacat. Tapi ibu selalu sayang abang lebih dari Rusdi. Ibu tak adil!”

Rusdi terus lari ke dalam biliknya. Ramli tidak sedikit pun kecik hati dengan perangai adiknya itu. Lagipun, Rusdi baru berumur 9 tahun pada masa itu. Ramli sedar, ibu dan bapanya sayangkan kedua-dua anaknya tapi mereka memberi perhatian lebih kepada Ramli disebabkan oleh kecacatannya. Kaki dan tangannya serta tulang-tulang tubuhnya bengkok. Ramli hanya boleh bergerak dengan bantuan kerusi roda saja.

Sejak kecil lagi, adiknya Rusdi tidak menyukai abangnya itu. Sehingga kini Ramli masih belum mengerti tetapi dia dapat mengagak bahawa Rusdi berasa malu dengan kecacatannya atau mungkin Rusdi berasa cemburu dengan perhatian yang dicurahkan kepadanya oleh kedua ibu bapanya. Ramli tetap gembira kerana ibu bapanya masih menjaganya dan menjalankan amanah Tuhan untuk menjaga dan membesarkan zuriat yang serba kekurangan ini dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang daripada ibu bapanya sudah cukup untuk memberi semangat kepada Ramli meneruskan hidup di muka bumi Allah ini. Ramli juga percaya, apabila Rusdi dewasa nanti, pasti Rusdi akan dapat menerima Ramli.

“Ibu, Ramli nak ikut ibu pegi sembahyang hari raya..boleh Bu?” Ramli bertanya kepada ibunya pada suatu pagi dengan penuh harapan.

“ Tak boleh sayang..nanti bile Ramli dah besar sikit, Ramli sudah boleh berjalan, ibu bawak Ramli pegi ye?”

Ramli akur. Dia hanya tersenyum mendengar jawapan dari ibunya.

“ Orang cacat mana boleh gi sembahyang!” usik Rusdi lalu mengikut ibu dan bapanya ke masjid.

Kali ini hati Ramli betul-betul terusik. Ramli tidak menyangka kecacatannya itu menjadi penghalang baginya untuk bertemu dengan Tuhannya. Namun, Ramli tetap bersabar dengan ujian tersebut.

“Tuk! Tuk! Tuk!”

Ramli tersentak dari lamunan. Pintu rumah kecilnya dibuka.

“ Ayya orang muda, lu apa bikin sini? Lu talak mahu pegi hali laya sama itu famili ka?”

“ Oh auntie. Masuklah. Wah! Pagi-pagi auntie sudah datang. Auntie sudah makan?”

Insan yang dipanggil auntie itu adalah jiran Ramli, seorang wanita cina yang sudah separuh abad umurnya. Auntie itu juga dikenali sebagai auntie Li. Dia sering datang ke rumah Ramli untuk memberinya makanan.

“Wa pagi-pagi sula makan. Ini wa ada bawak lu lontong. Lu sukaka? Lu jangan takot. Ini anak wa punya kawan kasi ini lontong. Halal punya..jangan takot..,” pelawa wanita cina itu. Ramli terharu mendengar ketulusan Auntie Li. Wanita tua yang kuat itulah yang menjadi temannya semenjak berpindah ke rumah sewanya itu. Tergerak hati auntie Li untuk bertanya tentang hal peribadi Ramli, tapi Ramli sentiasa kelihatan sedih dan menangis. Jadi auntie Li tak mahu menambah lagi kesedihan Ramli. Auntie Li dapat merasakan bahawa hati Ramli sedang merana. Kalau tidak, Ramli tidak akan tinggal seorang diri di rumah sewa yang tiada bilik ini.

Ramli yang sedang khusyuk menikmati hidangan lontong itu berhenti makan apabila melihat auntie Li sedang memerhatikannya.

“Auntie mahu tahu sejarah hidup saya?” Ramli seperti membaca apa yang bermain di fikiran auntie Li.

“Eh?? Lu boleh baca wa punya otak ah?? Wah..lu manyak bagus maa. Manyak pandai,” Auntie Li berseloroh. Dengan hati yang terbuka, Ramli memulakan cerita. Air matanya ditahan daripada mengalir keluar.

“Dulu saya ada ibu dan ayah. Mereka baik sangat. Mereka sayang sama saya. Tapi masa saya umur 10 tahun, ibu dan ayah meninggal dunia selepas kemalangan. Tinggallah saya dengan adik saya Rusdi. Kami dijaga oleh mak cik kami. 15 tahun kemudian, Rusdi pun berkahwin. Mak cik saya pulak tak mahu menjaga saya lagi. Saya terpaksa tinggal bersama Rusdi dan isterinya. Satu hari, isteri dia sakit. Saya masuk dia punya bilik mahu tolong adik ipar saya. Rusdi pulak baru pulang dari kerja” terang Ramli.

“Ramli!! Ape kau buat dalam bilik aku ni?? Kau nak kacau bini aku ye??”

“Astagfirullahhal’azim, mengucap Rusdi. Isteri kau sakit, aku nak tolong je.”

“Ah!! Alasan! Aku tau kau memang da lamaa kan nakkan isteri aku??”

Rusdi menendang Ramli.

“Selepas itu, mereka menghalau saya. Pakcik Manikam nampak saya duduk kesorangan di kedai bawah lalu mengajak saya untuk tinggal bersamanya. Tapi sekarang, pak cik Manikam sudah balik India. Jadi tinggallah saya sorang-sorang,” Ramli memberhentikan ceritanya.

Ramli tidak dapat menahan kesedihan. Dia kembali termenung. Tanpa disedari, air mata Auntie Li turut mengalir.

“ Lu mahu pegi lumah lu punya adik kah?”

“ Takpelah auntie. Saya tak mahu susahkan mereka lagi. Kalau mereka ingat saya, mereka akan datang cari saya.”

Hati Ramli hanya tuhan saja yang tahu pada ketika itu. Ingin benar dia bertemu dengan adiknya. Ramli berdoa teresak-esak memohon pertolongan dan kemaafan kepada Ar-Rahman; Yang Maha Pengasih. Ramli berdoa agar dapat bertemu dengan adiknya pada raya kali ini.

Sedang berdoa, Ramli terhenti. Dia tidak mampu untuk menyambung doanya lagi. Badannya semakin lemah dan direbahkan ke atas tilam buruknya. Matanya dibanjiri dengan air mata. Ramli menutup matanya. Dengan kuasa Allah yang Maha Mendengar segala rintihan umatNya, auntie Li dan anak-anaknya muncul di depan pintu rumah Ramli. Melihat Ramli yang sedang tidur, auntie Li menyuruh anak-anaknya mengangkat Ramli masuk ke dalam kereta. Auntie Li mengambil alamat rumah Rusdi yang terselit di dalam diari Ramli dan terus membawa Ramli ke alamat yang tertera. Ramli sudah terlalu lemah. Sehari suntuk dia tidak tidur.

Sesampainya di rumah Rusdi, auntie Li mengetuk pagar rumah Rusdi yang sudah terbuka luas . Rumahnya dipenuhi ramai tetamu. Beberapa minit kemudian, Rusdi muncul di muka pintu. Rusdi rebah ke lantai apabila melihat abangnya yang sudah lama tidak ditemuinya itu.

“Ini lu punya abang mau jumpa sama lu. Kalau lu tak mahu simpan sama dia, lu cakap sama wa. Nanti wa punya anak-anak angkat dia balik rumah wa” auntie Li berkata dengan tegas.

Ramli masih memejamkan matanya sambil duduk di atas kerusi roda, manakala Rusdi meraung di kaki abangnya meminta maaf.

Dia tidak sedarkan diri lagi…

Ya,Ramli sudah pergi…

Pergi meninggalkan Rusdi…

Pergi menemui Tuhan nya…

by:kouhai

Advertisements

3 thoughts on “Cerpen:Syawal Yang Tiada Maknanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s