Malam Lailatulqadar: Capai kalkulator dan kira!!~

calculatorAlhamdulillah. Ramadhan disambut dengan begitu meriah oleh umat Islam. Bazar-bazar pasti penuh di petang hari. Pelajar-pelajar JAD juga tidak terlepas bergembira berbuka puasa dengan menu-menu iftar yang pastinya sedap dan lain dari yang lain. Dalam kegembiraan kita berpuasa bersama rakan-rakan, rupa-rupanya  dah masuk hari ke-25 kita menyambut Ramadhan. 10 malam terakhir Ramadhan sangat sinonim dengan Malam Lailatulqadar. Sana sini orang bercerita tentang Malam Lailatulqadar. Malah, blogger-blogger juga tidak ketinggalan berkongsi cerita tentang Malam Lailatulqadar. Saya tertarik dengan cerita yang ditulis seorang rakan diblog miliknya. Dia bercerita tentang perkara-perkara aneh yang biasa berlaku pada Malam Lailatulqadar, memang menarik dan saya juga pernah dengar cerita-cerita aneh seperti pokok sujud dan terukirnya kalimah Allah di langit. Teringat masa zaman kecik-kecik dulu. Ayah saya suka bercerita tentang kelebihan Malam Lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam yang berlaku setahun sekali dan hanya pada bulan Ramadhan. Tapi masa tu saya kecil lagi, baru 7 tahun. Saya tidak nampak kelebihan malam itu. Saya sendiri  tidak tahu mengapa saya puasa ketika itu apatah lagi nak mencari Malam Lailatulqadar.

Namun ayah saya tidak putus bercerita tentang kelebihan  malam barakah ini setiap tahun. Kini baru saya sedar kenapa ayah saya bersungguh-sungguh cerita pasal Malam Lailatulqadar. Rupa-rupanya kelebihan malam itu sungguh luar biasa. Kini baru saya terfikir untuk mencapai kalkulator lalu saya bahagikan 1000 dengan 12 bulan dan  saya dapat jawapannya 83.33333. Maknanya siapa yang beribadat pada Malam Lailatulqadar lebih baik daripada beribadat  selama 83 tahun lebih. Perkara ini sungguh membuka mata saya. Kita sendiri tak dapat jamin boleh hidup selama 83 tahun. Kalau hidup 83 tahun pun, mampu ke kita beribadat sepanjang masa selama 83 tahun itu? Itupun belum cukup untuk menandingi kelebihan Malam Lailatulqadar.  Subhanallah.

Menyedari tentang luar biasanya pahala amalan pada malam ini, bukan saya saja, semua orang pun pasti ada menanam cita-cita untuk bangun qiam pada Malam Lailatulqadar itu. Subhanallah, pasti tidak dapat dikongsi nikmat ketenangan yang Allah kurniakan kepada hambaNya yang bangkit beribadat pada malam itu. Jadi, apa persediaan kita untuk bertemu Malam Lailatulqadar ni? Susahkan nak bangun pagi-pagi? Letih sebab kelas start awal. Kadang-kadang habis lambat. Nak bangun sahur pun susah. Apatah lagi nak bangun qiam.  Tapi dalam bulan Ramadhan, syaitan kan dirantai. Jadi x ade la makhluk perosak nak ganggu kita beribadah. Tapi kenapa susah jugak nak bangun qiam? Sebab kita ada nafsu. Nafsu tidur. Kan kita belajar masa Pengajian Islam, jihad terbesar adalah jihad melawan nafsu. Jadi, marilah kita melakukan jihad besar, lepas menang jihad dengan nafsu, kita bangkit pula bertahajud kepada Allah. Banyaknya pahala kita dapat. Lebih-lebih lagi pahala amalan diganda-gandakan pada bulan Ramadhan ini. Banyak mana pahala dan banyak mana pula ia digandakan, itu semua urusan Allah Yang Maha Esa. Matlamat kita hanyalah untuk mencapai kemanisan iman sekaligus mendapat keredhaan Allah. Itulah satu-satunya matlamat hidup terbaik bagi kita sementara jasad masih bernyawa.

Saya bukanlah orang yang layak mengulas panjang lebar tentang Malam Lailatulqadar ini. Cuma ingin berkongsi rasa kagum dan terpegun dengan kelebihan yang Allah janjikan kepada hambaNya yang beribadat pada malam Lailatulqadar. Mungkin artikel ini tidaklah menjadi pemangkin utama untuk pembaca bangun bertahajud di 10 malam terakhir ini. Semua itu bergantung kepada diri masing-masing. Cuma saya sarankan pembaca capai kalkulator berdekatan bahagikan 1000 dengan 12. Buka mata dan buka hati untuk menilai mampukah kita beribadah selama 83 tahun lebih sedangkan  pahala yang sama  hanya boleh kita capai dalam 1 malam berkat di bulan Ramadhan ini. Yang kita perlukan hanyalah kesungguhan dan sedikit pengorbanan.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. “ (97:1-5)

One thought on “Malam Lailatulqadar: Capai kalkulator dan kira!!~

  1. Dalam umur saya 49 tahun saya dapat merasa hanya 2 kali malam lailatul Qadar sehingga sekarang bila sampainya bulan puasa saya rasakan hingga sekarang kelebihan hingga hari ini. Pada malam itu malam cukup belinan pada bulan-bulan yang lain. Pada ke esokan harinya saya menceritakan kisah malam tadi. Malam kerbekatan pada ketika itu cukup sunyi sehinggakan ungas-ungas tidak kedengaran dan merasakan sesuatu akan belaku ketika itu kita berseorangan. Bayangkan dalam orang sedang lenyak tidur rasanya seperti ada sesuatu yang turun dari langit dan terasa rumah pada malam itu seperti ada orang terlalu ramai dan terdengar sayup-sayup orang mengaji mendayu-dayu jam 2 subuh hingga ke 4.30 subuh. Selepas sebulan baru dapat petunjuk dari allah selepas Raya. Saya pun buat puasa 6 kerana kesyukuran saya kepada Allah. Yang pentingnya ialah berbanyakkan ibadah dan puasa kita kena jaga. Maaf bermaaf didalam bulan Ramadahan banyakkan sedekah walaupun RM 1.00 yang pentingnya adalah ikhlas. Pada masa itu saya berniat untuk sembahyang terawih 7 buah masjid alhadullih hajat saya tercapai. Cuba-cuba lah usaha mencari keberkatan malam lailatul qadar insya allah, allah akan beri kepada kita satu hari nanti tanpa kita sedari. Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s