Datang dan Pergi…

come-n-goSedar tidak sedar, Ramadan telah tiba ke penghujungnya. Bagi sesetengah manusia, sepertimana kedatangannya tidak dihargai, pemergiannya juga tidak ditangisi. Tiada sesalan di hati, menghabiskan Ramadan yang penuh barakah dengan segala aktiviti maksiat.

Apabila berbicara tentang Ramadan dan ruginya melalaikan diri ketika Ramadan, ramai yang tidak terasa nasihat itu ditujukan kepada diri. Kerana ramai yang menyangka, mereka tidak melakukan maksiat, tidak melakukan dosa-dosa besar, cuma menikmati Ramadan dengan sekadarnya. Hidup bersederhana, tidak mahu kelihatan terlalu alim, turun ke surau bertarawih, bangun malam merintih mengenang dosa silam. Juga tidak terlalu jahat, tidak melakukan maksiat, tidak mengumpat, tidak melakukan dosa-dosa besar.

Bagi golongan biasa-biasa ini, sukar sekali mengajak hati mereka menginsafi Ramadan yang bakal pergi. Kerana segala nasihat terasa bukan ditujukan pada diri, lantaran tiada dosa yang mereka lakukan (pandangan sendiri).

Maka untuk Ramadan yang masih tersisa ini, saya menyeru kepada golongan ‘biasa-biasa’ ini, tidak kurang juga mereka yang alpa lalai dan leka serta mereka yang tenggelam dalam lautan amal yang tidak ikhlas, marilah kita bersama-sama menginsafi diri, memanfaatkan Ramadan yang tersisa dengan amal yang bisa menyelamatkan diri kita dari azab api neraka.

Sahabat-sahabat sekalian,

Api neraka sangat dahsyat siksanya. Cuba bayangkan, andai di dunia ini, anda dihukum, dikurung di dalam tandas selama 1 bulan. Tanpa diberi makan atau minum kecuali makanan basi dan air longkang. Semestinya hukuman itupun sudah cukup menakutkan kita, dan membuatkan kita menangis, meratap memohon agar dibebaskan daripada hukuman itu. Sesiapa yang tidak merasa takut, cubalah kurung diri anda di dalam tandas selama sehari. Nescaya tidak tertanggung azabnya.

Tetapi sahabat-sahabat, neraka jauh beribu-ribu bahkan berjuta-juta kali ganda lebih busuk, jijik, kotor dan hina daripada tandas. Bukan sahaja menjijikkan, dihuni pula oleh berjuta-juta makhluk yang menakutkan. Bukan sekadar diberi makan makanan basi, bahkan makanan panas menggelegak dan berduri. Bukan pula dikurung sehari atau sebulan bahkan bukan juga setahun, malah berpuluh-puluh, bahkan beratus-ratus ribu tahun malah mungkin juga selama-lamanya.

Tidakkah gambaran ini cukup untuk menggentarkan hati kita?

Tidakkah gambaran ini cukup melonjakkan semangat kita untuk beramal?

Ataukah kita merasakan kita memang tidak akan masuk neraka?

Ataukah kita merasakan diri kita suci maksum, hingga diharamkan daging kita mencecah neraka?

Ataukah kita tidak merasakan adanya neraka?

Sahabat-sahabat, seperti yang kita tahu, (tetapi masih lagi kita tidak mahu), bulan ini dijanjikan pelepasan daripada neraka. Bukan pelepasan daripada penjara atau ISA, tetapi NERAKA!!! Dan tawaran ini bakal berakhir beberapa hari lagi!!!

Tidakkah sudi kita melapangkan masa dan menyabarkan hati, menambah sedikit amal lagi. Merendahkan diri, menangis meratap memohon pada-Nya agar diampunkan dosa-dosa, dosa ibu bapa kita dan dosa sekalian umat ini. Tidakkah sudi kita berhenti sebentar tertawa, tinggalkan sebentar dunia gila-gila remaja kita, pasakkan kaki di sejadah berbanding keluar ‘shopping’ hingga larut malam, mujahadah sebentar dalam ibadah.

Marilah wahai yang masih punyai hati, renung kembali nasib diri, apakah ada sekelumit harapan untuk dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga?

Kepada yang masih setia memerhati, Ramadan datang dan pergi, tanpa niat mengubah diri, ketahuilah, ANDALAH ORANG YANG PALING RUGI!!! Kerana berlagak sombong, menolak tawaran dari Yang Maha Pemurah.

Beramallah walaupun sedikit (dengan ikhlas), di sisa-sisa terakhir Ramadan ini….

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

[luqman : 16]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s