Syawal:Bulan keinsafan

Ramadhan,bulan pesta Ibadah yang digempar-gempurkan sudah pun berlalu pergi meninggalkan kita,perginya tidak akan kembali lagi. Rasulullah, para sahabat dan para ulama’ menangisi pemergiannya sepertimana kita menangis pemergian orang yang tersayang. Bagi yang berjaya menyempurnakan objektifnya di bulan Ramadhan,ana ucapkan tahniah dan perbanyakkanlah bersyukur kepada Allah dan bagi yang tidak berjaya,istighfar dan muhasabahlah diri sendiri dan tanya mengapa objektif itu tidak dapat dicapai?Jika izin Allah diambil sebagai alasan,ana rasa itu bukan alasan yang tepat kerana Allah sentiasa mengizinkan kita melakukan kebaikan,soalnya adalah kita.Kita mahu atau tidak,kita usaha atau tidak.Ingat, Allah tidak zalim untuk menyekat hamba-hamba Nya daripada melakukan kebaikan.

Suatu malam,ana dan Mohsein pergi ke masjid Biru atas arahan seorang ketua dan juga atas keinginan diri sendiri yang ingin beriktikaf di masjid.Belum sempat masuk ke dalam masjid,alunan bacaan al-quran kedengaran dengan jelas di telinga masing-masing. Bacaannya cukup merdu dan tartil.

“Eh,syok la beriktikaf kat masjid biru ni,rase cam dot madinah,”ujar Mohsein.

“a’a,memang plan die nak suh oram pikir camtu.Die cakap,kalo OU bukak 24jam,masjid pun patot hidup 24jam,”jawab ana.

Selepas solat sunat tarawih berduan,ana dan mohsein naik ke bahagian atas untuk mendengar sedikit tazkirah daripada naqib ana tentang puasa.Tapi agak malang kerna ana dan mohsein datang lambat jadi hanya sedikit sahaja tazkirah dapat diikuti. Namun, ana dan mohsein tetap memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berjaya ‘memecut’ bacaan Al-Quran pada malam itu disebabkan terlampau banyak tertinggal daripada sepatutnya.Mungkin disebabkan biah atau suasana di masjid yang tidak putus-putus orang membaca al-quran,ana dan mohsein juga terikut.

Pagi itu kami bangun berqiamullail nafs-nafs walaupun disuruh untuk berjemaah.Ana bangun pukul 4 dan ana dapat lihat kanak-kanak yang beriktikaf berpusu-pusu beratur mengambil makanan.Disebabkan ana tahu makanan dibahagikan 2 kali,pukul 4 dan pukul 5,ana tidak bergegas untuk berebut makanan dengan kanak-kanak hafiz itu semua sebaliknya ana tidur balik dan suruh Mohsein kejutkan jika dia sudah selesai solat sunat.Tapi,dia terlupa kejutkan ana dan ana terlepas untuk bersahur.Selepas subuh sebelum ke kelas,kami sempat habiskan 1 lagi juzuk.

Alhamdulillah..

Namun..

Adakah budaya membaca al-quran ini masih diteruskan pada syawal yang mulia ini?

Adakah qiamullail masih didirikan biarpun sudah tiada lailatul qadr?

Adakah iktikaf di masjid akan diteruskan walaupun ramadhan telah pun berlalu?

Perkara itu patut ditanya dalam diri masing-masing…

Syawal bukanlah bulan untuk bergembira sepenuhnya..

Syawal bukanlah masa untuk kita makan dan terus makan…

Syawal bukanlah saat untuk kita melupakan segala amal ibadah..

Tetapi syawal adalah permulaan segala-galanya..

Aidil Fitri ialah putaran..

Putaran Fitrah..

Putaran ke sifar…

Putaran ke kesucian…

Sama-sama kita muhasabah diri kita…

3 thoughts on “Syawal:Bulan keinsafan

  1. terima kasih atas peringatan…tercari-cari di mana iman dalam diri sewaktu cuti dan syawal ini…semoga Allah SWT sentiasa di hati…gomen xupdate artikel kt azz.com…saat dilanda futur, takut segala yang dicoretkan tak mampu untuk dilaksanakan…mgkin hanya alasan..tp nak ajak diri sendiri dan semua, marilah kembali mencari hakikat diri sewaktu dibanjiri kesenangan…

    nantikan, “raya+cuti=futur??”
    insyaAllah tak lame lg…tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah SWT..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s