Perang Hunain:Orang Mengantuk Disorong Bantal

Pembukaan Kota Makkah oleh Nabi pada bulan Ramadhan Tahun ke 8 Hijrah itu telah tersebar ke seluruh alam sehingga pemimpin Parsi dan Rom terduduk mendengarnya.Kehebatan Si Anak Yatim makin terserlah setelah berjaya menawan kota Makkah yang menjadi taruhan Raja Abrahah yang agung suatu ketika dahulu,malah,penaklukan kali ini menyaksikan penduduk Makkah hanya mampu menyerah diam memeluk tubuh,menyerah kalah.Hanya beberapa orang sahaja yang cuba menentang,itupun mereka kalah.

Rupa-rupanya,berita kemenangan nabi di Makkah itu telah menggetarkan lutut pemimpin-pemimpin kota Thaif,kota di mana nabi dilontar dengan batu,kota di mana nabi dibaling najis,kota di mana nabi dicaci,dihina dan dimaki sehingga *Jibrail kepada nabi menawarkan khidmatnya untuk memusnahkan semua penduduk Thaif namun nabi menjawab:

“biarkan mereka,barangkali ada di antara anak cucu mereka yang akan beriman kepada Allah dan aku.”

Bagaikan cacing kepanasan,penduduk Thaif takut pada bayang sendiri.Ketika itu tidak terlintas lansung di fikiran nabi untuk menyerang Thaif tetapi pemimpin-pemimpin Thaif berkumpul,berbincang untuk mempertahankan Thaif lalu mereka memutus untuk ke gunung Hunain bersama-sama dengan anak bini dan harta mereka.Tentera mereka seramai 20,000 orang ramainya.

Apabila berita tentera Thaif atau lebih dikenali sebagai tentera Hawazin telah berkumpul untuk berperang,maka nabi pun mengumpulkan tentera Islam dan pasukan perang kali ini merupakan pasukan perang paling ramai yang dipimpin oleh nabi, 12,000 orang ramainya.Walaupun kurang kalau dibandingkan dengan tentera kufar,namun bilangan kali ini merupakan bilangan teramai berbanding BADAR,UHUD dan FATHUL MAKKAH.

Nabi bukan gilakan glamour atau gila pedang tetapi niat nabi berperang pada kali ini ialah untuk menyahut cabaran tentera Hawazin supaya Islam tidak dipandang rendah oleh orang lain kerana cerita cabaran tentera Hawazin ingin berlawan dengan orang Islam ini sudah tersebar luas. Maka berjalanlah nabi bersama-sama dengan 12,000 orang tentera Islam di bawah pimpinan nabi sendiri.Apa yang peliknya pada perang kalinya,nabi ke medan perang menaiki seekor himar putih.Pelik sekali.

10 Syawal-Ketika dalam perjalanan,2 percakapan yang tidak ingin didengar oleh Nabi terkeluar dari mulut tentera Islam sehingga muka Nabi merah padam.Yang pertama ketika di awal perjalanan,seorang tentera berkata bahawa perang pada kali ini akan dimenangi oleh Islam kerana jumlahnya yang ramai.Kalau dibandingkan dengan BADAR yang 313 lawan 1000 orang pun Islam boleh menang, apatah lagi dengan 12 000.Nabi hanya bermasam muka dan menyuruh tenteranya meneruskan perjalanan. Apabila sampai di satu tempat yang ada sebuah pokok besar yang dipuja oleh arab jahiliyah,maka tentera Islam yang baru sahaja memeluk Islam ketika peristiwa Fathul Makkah pun meminta izin Nabi untuk memuja pokok itu untuk mengambil berkat.Mendengar sahaja permintaan itu, Nabi terus bersuara menyuruh tenteranya beristighfar dan menyakini Allah yang akan memenangkan mereka,bukan jumlah yang ramai atau pokok tersebut.

Keesokan harinya,tentera Islam diserang hendap ketika dalam perjalanan menuju Hunain sehingga semua tentera termasuk Khalid Al-Walid dan Uthman Bin Affan melarikan diri dari medan perang sehingga dinyatakan oleh Imam Nawawi hanya 12 orang sahaja yang tinggal dari 12,000 orang.12 orang itu ialah Nabi,Abu Bakar,Umar,Ali dan beberapa orang sahabat yang lain.Nabi ketika itu berkeras ingin berperang maju ke hadapan walaupun dengan 11 orang yang lain namun dihalang oleh 2 orang sahabat baginda. Tentera Islam yang lari dan terlihat peristiwa itu kembali ke medan perang sehingga menjadi 100 orang yang berperang. Namun, yang peliknya,tentera Hawazin tidak berani berhadapan dengan nabi.Kata salah seorang tentera Hawazin yang memeluk Islam selepas perang Hunain,mereka melihat seorang lelaki yang tampan menaiki seekor himar putih bersama-sama dengan ramai lelaki yang berjubah putih dan berserban merah mara ke arah mereka lalu mereka dikalahkan.

Melihat keadaan tentera Hawazin yang semakin surut,Nabi menyuruh bapa saudaranya,Al-Abbas Bin Abi Mutallib untuk memanggil tentera Islam yang berundur tadi dengan memanggil Ahlul Al-Baqarah dan ahli pohon samrah(perjanjian Aqabah).Maka ramailah tentera Islam yang berpatah balik menyokong nabi.Lalu nabi menyuruh Al-Abbas mengambilnya batu kerikil dan nabi melemparnya ke arah musuh.Dengan izin Allah,batu itu menjadi banyak dan mengena kepala musuh sehingga ramai musuh yang mati.

“Dapur sudah panas,dapur sudah panas!”Laung Nabi sambil menukar Himar dengan seekor kuda.

Tentera Hawazin pun lari meninggalkan Hunain dan bertahan di dalam Thaif dengan menutup gerbang masuk Thaif.Tentera Islam mengepung Thaif dengan penuh harapan.Namun,jelas sekali pertahanan Thaif sangat kukuh sehingga pintu masuknya tidak dapat dirempuh masuk.Seorang sahabat memberi pendapat supaya sebuah kenderaan besi dibuat bagi merempuh pintu masuk Thaif dan nabi menyokongnya.Di dalam kenderaan itu dipenuhi oleh tentera Islam.Namun,penduduk Thaif sedar teknologi yang digunakan itu dan mereka mencuah tembaga panas ke atas kenderaan tersebut sehingga menyebabkan ramai sahabat yang mati kepanasan.

Nabi agak bersedih dengan berita tersebut.

Akhirnya,nabi memutuskan untuk pulang ke Makkah namun ditentang oleh para sahabt.Nabi faham benar akan semangat para sahabat yang inginkan penduduk Thaif memeluk Islam.Jadi,nabi benarkan tentera Islam untuk terus mengepung Thaif.Sebenarnya,nabi sudah tahu apa yang akan berlaku jika mereka terus mengepung kota Thaif namun untuk tidak menghampakan para sahabat,nabi membenarkan sahaja.

Ternyata keputusan nabi lagi tepat,disebabkan mereka hanya mengepung,jadi tentera Hawazin menyerang menggunakan panah dan menghujani tentera Islam yang diluar dengan anak panah menyebabkan ramai yang meninggal.Para sahabat bersedih dan menyesal tidak ingin mengikut pendapat nabi lalu mereka menyerah keputusan untuk nabi 100 peratus.

Nabi memilih untuk membakar pohon kurma yang menjadi bekalan penduduk Thaif.Memang keputusan nabi keputusan yang diberkati,akhirnya penduduk Thaif menyerah kalah dan memeluk Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s