raya+cuti=futur??

Hari ini kita sudah pun berada pada 13syawal. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk terus hidup dan menyediakan bekal untuk dibawa bertemuNya nanti. Bagi pelajar jad, kita masih mempunyai beberapa hari untuk dihabiskan bersama keluarga di rumah. Syukur kepadaNya di dalam kesibukan hidup sebagai pelajar, masih ada ruang untuk diluangkan bersama keluarga tercinta.

Betul ke formula ni? Raya+cuti=futur? Tepuk dada, tanyalah iman kita. Tidak dapat dinafikan, kesenangan kadangkala membuatkan kita jauh dariNya. JAuh daripada mengingatiNya, apatah lagi suruhan dan laranganNya.

Cabaran Raya

Bersalaman dengan bukan mahram

Saya pasti kita semua tak dapat nak elakkan diri daripada berhadapan dengan situasi ini. Samada kita mampu untuk berterus terang dengan pendirian diri dan menerima pandangan pelik daripada orang sekeliling, atau terus berdiam diri dan menghalalkannya kerana belum terjumpa kekuatan yang dicari. Tapi kalau ikut pengalaman sendiri, saya akan melarikan diri ke bilik apabila aktiviti bersalaman ini berlangsung.

Aurat dengan sepupu dan ipar

Ini juga perkara yang sering kita abaikan. Saya sendiri pernah melalui saat-saat sukar berhadapan dengan berbagai komen apabila mula bertudung di hadapan sepupu. Tegakkanlah Islam dalam diri kita. Janganlah disia-siakan segala amalan di bulan Ramadhan dengan dosa-dosa kita di hari raya ini. Carilah kekuatan dariNya.

Makanan yang banyak

Sememangnya raya di Malaysia ibarat pesta makanan. Terlalu banyak makan boleh mengundang kepada pelbagai penyakit dan yang paling nyata adalah penyakit malas.

Sabda Nabi Muhammad SAW,

“Sumber daripada penyakit adalah perut. Perut adalah gedung penyakit dan berpuasa adalah ubatnya.” – (Hadis riwayat Muslim)

Hiburan berlebihan

Tidak dinafikan, sejak kebelakangan ini stesen televisyen bersaing untuk menayangkan program-program hiburan yang berbagai-bagai bentuk di televisyen. Saat ini, hanya iman yang mampu untuk memimpin kita memilih yang mana lebih baik untuk diri kita.

Cabaran Cuti

Masa lapang yang membunuh

Bagi mereka yang telah biasa dengan kesibukan tugasan di JAD, pasti cuti ini dirasakan terlalu lapang buat kita. Jadi, secara tidak langsung masa yang lapang ini telah membunuh potensi diri kita dan mengundang futur apabila dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Jadi, rancanglah hari cuti kita sebaik-baiknya.

Tidur berlebihan

Tidur awal dan bangun lewat. Mungkin inilah sindrom yang kita hadapi waktu cuti ini. Tidur tak salah, tapi bersederhanalah. Mungkin kerana terlalu lapang, maka kita mengambil peluang untuk tidur sebanyak-banyaknya cuti ni. Tapia pa yang lebih baik adalah kita manfaatkan masa yang ada untuk berbakti kepada ibubapa atau tanah2 lapang disekeliling rumah.

Sabda Nabi Muhammad SAW,

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

Rancang Masa Depanmu

Sebaiknya, masa yang ada ini kita gunakan untuk merancang yang terbaik untuk semester akan datang. Merancang jadual study, merancang masa untuk menulis gansho, merancang yang terbaik untuk aktiviti dakwah dan sebagainya. Saya pasti semua pernah dengar kata-kata ini,

“You’re planning to fail, if you fail to plan..”

Itulah serba ringkas cabaran-cabaran yang saya hadapi sewaktu cuti dan raya ini, yang mungkin jika tidak diurus dengan baik boleh mengundang futur. Jadi, untuk kita sama-sama menjaga benteng iman sewaktu cuti ini, cubalah untuk jaga 3 perkara ini.

  1. Solat di awal waktu.
  2. tilawah al-Quran
  3. al-ma’thurat setiap pagi dan petang

7 thoughts on “raya+cuti=futur??

  1. salam,just nk bg opinion je..
    bab salam ngan bukan mahram..
    kalo ana,xjadi masalah sgt bab ni coz laki kan,kalo kite tak hulur, pompuan memang malu la..tp kadang2 redah gak bile umi suh salam ngan spupu yg da hampir sbaye ngan umi…
    tp bg pompuan,ana rase care mak sdare ana yg paling baik,die berlapis, samede gune tudung die or gune sarung tangan..biase die gune 2-2..
    care larikan diri bukanlah satu care yang baik ana rase.. orang datang nak jumpe ngan kite tp kite lari masuk bilik,em… ape orang akan kate nanti? sombong tu wajib dah..tp takot die cakap “sebab Islam budak tu…blablabla..”..
    jadi fitnah buat agama lak..
    ni just pendapat je..

  2. da dpn awam,bukan secara khalwat dan perkara ini juge adat,lantas dipandang secara serius oleh orang tua,so ana rase takde masalah cuma niat mesti betul,bukan utk menggoda

  3. ak pn jgk larikin dr cmtu.mse mula2 stat paka tdg dpn spupu laki.tp, tiap kali buat g2, msti kene mrh di ma ayh ak.ade jgk ak kne tuduh buat g2 sbb ak ade hati kt spupu ak tu.haha..skrg, dh ok..dier pn phm.alhamdulillah..

  4. sedangkan Islam itu datang untuk memudahkan…kita sebagai hambaNya patut mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh..bak kata orang jgn amik Islam dalam sesetengah hal sj..

Leave a comment