Negara Atau Agama?

Kem Bina Negara di Meru hari itu membuka minda ramai peserta antara agama dan Negara,yang mana patut didahulukan.Asal cerita apabila kami diberi sekeping 20 sen,sekeping 10 sen,sekeping 5 sen dan sekeping 1 sen dan kami dikehendaki meletak duit-duit itu pada tempatnya iaitu antara agama,Negara,bangsa dan diri sendiri.Secara majoriti,ramai peserta yang memilih untuk menjadikan agama sebagai perkara paling mahal iaitu sekeping 20 sen dan Negara 10 sen.

Sebelum datang ke kem ini,ana telah diberi pendedahan awal oleh kawan-kawan ana yang telah menyertai BTN supaya mendahulukan Negara dalam apa-apa soalan sekalipun.Namun,disebabkan kedegilan dan perasaan ingin mencuba,ana memilih agama sebagai perkara yang penting. Alhamdulillah,fasilitator kumpulan ana tiada sebarang tentangan dan bersetuju dengan pendapat ana.

Lain cerita bila ana balik ke dorm,berbual-bual dengan rakan-rakan ana.Ada satu kumpulan yang ‘dicuci’ kepala mereka supaya menerima Negara adalah perkara yang terpenting.Alasannya mudah, Islam tidak berkembang sehinggalah Negara Madinah wujud.

Em,betul juga.

Tapi ada sesuatu yang tidak kena pada fikiran ana bila ana cuba mendahulukan Negara daripada agama kerana apabila diteliti balik sejarah-sejarah terdahulu,agama didahulukan.

Tidak perlu untuk kita mengungkap sejarah Islam,malah tamadun Yunani,Cina,Mesir Purba ,India dan banyak lagi tamadun-tamadun yang pernah menakluk dunia,semuanya bermula dengan agama.

Sebelum kita berbicara tentang sejarah,ana ingin menepis dahulu hujah fasi tersebut yang menyatakan Negara patut didahulukan daripada agama dek kerana sebelum Madinah wujud, Islam tidak berkembang.

Ketahuilah bahawa Islam telah pun tersebar luas sebelum madinah itu wujud.Nabi telahpun membuat hubungan baik dengan Raja Najasyi iaitu raja Habsyah dan nabi juga pergi ke Thaif untuk berdakwah cuma dakwah nabi ditolak.Adakah disebabkan nabi tidak bernegara nabi ditolak,dakwah nabi ditohmah sekeji-kejinya?Tidak!Mereka menolak agama Islam BUKAN kerana kepentingan Negara tetapi demi kepentingan peribadi mereka,mereka bimbang kuasa mereka dirampas oleh Nabi.

Berbalik kepada kehebatan sesebuah tamadun bermula dengan agama,bukan Islam sahaja tetapi agama!

Apakah agama itu?

Agama secara umum adalah kepercayaan jadi ana mengkategorikan segala fahaman yang ada di atas muka bumi ini sebagai agama contohnya Buddha.Alasannya kerana semua fahaman mengakui adanya satu kuasa besar.

Jadi,bagaimana tamadun Yunani berkembang?Tamadun Yunani tidak pernah dipanggil sebagai tamadun sehinggalah perkembangan Ilmu di sana pesat dan kita persoalkan kerana apa perkembangan ilmu pada tamadun tersebut pesat?Kaji balik nama-nama seperti Aristotle, Socrates dan Plato,siapakah mereka?Bagaimana mereka hidup dan kenapa mereka dibunuh? Ketiga-tiga nama ini merupakah guru kepada Alaxender The Great dan merupakan guru 3 generasi.Merekalah yang mengubah pemikiran orang-orang Yunani dengan ilmu berdasarkan kepercayaan mereka sehingga Aristotle diracun.Mereka bertiga percaya bahawa adanya satu kuasa yang amat berkuasa di atas muka bumi ini yang tidak perlu dipersoalkan.Jadi,adakah datang Negara dahulu baru agama?

Berbalik kepada Asoka,bagaimanakah tamadun agung india bermula?Tiang Asoka sebagai rang undang-undang menjadi kebanggaan orang India sehingga kini apatah lagi cerita Asoka dilakonkan pula oleh Shah Rukh Khan.Apabila dikaji balik sejarah Asoka,mengapa dia membangunkan India pasti anda menemukan atas sebab agama,dia membangunkan India sehingga tamadun India dijulang di mata dunia.Disebabkan kebinasaan yang dilakukan oleh ayahnya dalam satu peperangan,dia yang beragama hindu insaf dan menjanjikan kebahagian dan keselesaan buat rakyatnya.Disebabkan janjinya,janji atas agama,maka Asoka membangunkan negaranya.

Kita kembali pula ke zaman tentera bergajah,adakah atas sebab Negara Abrahah memimpin tentera bergajah datang menyerang kaabah?Tidak! Disebabkan rumah ibadah buatannya tidak berjaya menarik ramai pedagang,maka dia memutuskan untuk memusnahkan kaabah.Tidak cukup dengan manusia,gajah pula dikerah untuk memusnahkan rumah peribadatan yang didirikan oleh Nabi Ibrahim beranak.

Hijrah nabi juga menyaksikan kepada kita satu perkara yang tersangat penting,apakah perkara pertama yang dibuat oleh nabi apabila sampai di Madinah?Nabi turun daripada untanya dan meletakkan satu batu tanda masjid kedua di dalam Islam dibina dan masjid pertama di buat dalam Negara Islam Madinah.Apa maksudnya?Agama lagi penting daripada Negara!

Soalan seterusnya,adakah Negara yang hebat tanpa agama?

Amerika?Yahudi!

Jepun?Semangat Samurai!

German?Komunis!

Sekarang,apa yang lagi penting?Agama atau Negara?Anda pilihlah sendiri kerana anda ada pendapat masing-masing.

6 thoughts on “Negara Atau Agama?

  1. nk brkongsi pngalaman dgn jawapan aku swaktu menghadiri program btn thn lepas,1 jawapan yg saja aku wat walaupun tahu akan menimbulkan kontoriversi dan selanjutnya melanjutkan proses pem’ban’an faci2 kt aku sjak dari hari 1st kt btn..

    same je format thn lpas,dorang kasi duit syiling lain2 nilai n letak la kt negara,agama,bangsa n pendidikan kot,klo x silap..maka aku dgn niat nk mencuci kpala otak org lain,sblom dicuci oleh mereka,maka jawapan yg aku putuskan utk letakkan suma duit kat agama..dan ni la peluang aku nk xplain yg berbunyi:-

    slama ini kita asingkan agama,bangsa,dan negara sbb 2 la kita berserabut nk putuskan mana lebih penting,ibarat org yang timbulkan masalah,dia sendiri yg trperangkap dgn masalah itu..

    mungkin ada yang lupa,ada yang alpa,bahawa kita dijajah satu ideologi bernama ‘sekularisme’ dimana agama diasingkan dari sudut kehidupan manusia.maka kesannya kite lihat manusia itu sndiri mencabut akar negara dari agamanya,melayukan pokok bangsa dari pegangannya,menanduskan tapak semaian akhlak dari akidahnya,hanya kerana Islam dianggap sekadar agama,ironinya islam itu ad-din yakni cara hidup
    cukuplah sekadar si at-tartuk yg sudah mendoktrin sekularisme dalam nafas setiap jiwa muslim.Dan kalau mahu bercakap pasal sejarah nabi maka perhalusilah dalam-dalam.Perjuangan nabi serta sahahabat tunjangnya menegakkan kalimah Allah,maka pembentukan Madinah hanyalah sebagai cernaan dalam perjuangan mereka.Jika matlamat Rasulullah adalah khilafah maka baginda telah gagal,kerna khilafah dicerna setelah kewafatannya,namun atas nama Islam jangan kata negara,2/3 dunia pernah pon pernah kita tawan

    p/s=apa tfsiran anda mengenai bangsa?bangsa Melayu atau bangsa Islam?tepuk dada tanya iman

  2. rpenye ade jugak yg bg jwpn yg sme pd faci…asalnya saya ltkkn duit syiling tu secara berasingan tp saja nk mnmbh ‘perencah’ maka sy kate la klu blh nk ltk semua kt agama.mcm2 nas quran hadis kuar..last2 skali fasi tu cop sy ust…sdey..hu3…

  3. mcm besa la..snpai kene ban n kne cop ‘ulama sesat’

    -ingt lagi antara pilihan jwpan soalan objektif btn,solan berbunyi lbey kurang ‘apakah bukti kerajaan membangunkan islam?’

    pilihan jawapan (dan yg ni je plg btol tp agak pelik)=
    membina banyak masjid

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s