Fikir Dahulu Sebelum Buang

sebelum tangan ini leka dengan tarian di atas keyboard,ada baiknya saya mewakili seluruh warga Azz.com meminta maaf kerana lama tidak menghantar pos baru di Azz.com.Ternyata tindakan menarik internet di semua rumah warga JAD memberi kesan yang jelas kepada kami.

Bola Sepak Piala Malaysia sudah hampir ke penghujungnya,malam ini 4 pasukan kan berentap mempamirkan aksi masing-masing bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir.Dan selaku peminat dan penyokong tegar pasukan bola sepak kelantan, saya sempat menyaksikan perlawanan antara kelantan dengan Kl plus di stadium cheras pada minggu lepas.

Post ini bukan bertujuan untuk mempromot kelantan atau bola sepak malaysia tetapi apa yang ingin dikongsikan bersama ialah situasi yang berlaku di stadium.Pada awal perlawanan,kelantan mendahului Kl plus dengan 1 mata tetapi selepas beberapa minit kemudian,Kl plus berjaya menjaringkan gol menjadikan kedudukan kedua-dua pasukan sama. Jelas sekali,gol Kl plus itu telah menjadikan penyokong-penyokong kelantan ‘gila’.

“Ape yang terbang tu?”Monolog hati ini sambil mata memerhatikan satu objek hijau terbang ke arah ahli FRU.

“Ya Allah,kerusi.”Tersentak.

Jika Palestin berhujankan bom dan peluru berpandu,stadium cheras pada malam itu bermandikan kerusi dan mercun-mercun.Stadium tidak pernah senyap daripada bunyi mercun,kalau bukan sebelah kiri,belah kanan.Kalau bukan belah depan,belah belakang.Fanatik,sungguh fanatik.

Mungkin disebabkan perlawanan yang bosan,tumpuan penyokong bertukar ke arah ahli pasukan FRU.Daripada laungan ‘gomo kelate gomo’ bertukar kepada ‘kirip kanan kirip’.Jelas sekali kehadiran ahli FRU memang dialu-alukan oleh penyokong-penyokong kelantan.

Kerusi yang pada awalnya dibaling kepada pengadil penjaga garisan disebabkan sedikit kesilapan sekarang dibaling ke arah ahli FRU.Apa tugas FRU?Mungkin mereka yang tidak pernah pergi ke stadium tidak tahu apa tugas FRU.FRU hanya menjaga padang daripada dicerobohi oleh penyokong.Itu sahaja.Tangkap pemain mercun?Tidak.Tangkap vedalisme?Tidak.Hanya berdiri menghadap penyokong sahaja.

Uish,tok baik sengoti awok ni wat gitu ko sek FRU,sek dio xdok wat gapo pom tp keno baling bedil(Uish,tidak baik betul diorang buat macam tu kat FRU padahal mereka bukan ada buat apa-apa pun tapi kena baling dengan mercun),”ujar Mohsein.

Acu try bace kalu tu ayoh kito ko,abe kito ko,nyaknyo sengoti(cuba bayangkan kalau mereka itu ayah kita ke,abang kita ke,kasihan betul),”tambah Mohsein lagi.

Walaupun biasa tapi kata-kata Mohsein benar-benar menjadi pengajaran buat diri ini.

Jika kita ingin berbuat jahat pada orang lain,cuba fikirkan kalau orang lain buat jahat pada ahli keluarga kita. Pasti kita tidak sanggup membuatnya.

Jadi,nak baling mercun lagi kat FRU?

Nak baling kerusi lagi kat FRU?

Fikir dahulu sebelum buang!

2 thoughts on “Fikir Dahulu Sebelum Buang

  1. jadilah seperti pnyokong Burnley,team sndiri x bole score,msuk je padang n tolog scorekan :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s