Mungkin Salahku…

Seorang pelajar kejuruteraan diajar ilmu kejuruteraan selama 5 tahun tanpa sebarang praktikal dan sentiasa mendapat gelaran pelajar terbaik fakulti kejuruteraan, apabila pelajar itu berkerja di dunia sebenar di mana dia wajib menggunakan semua ilmunya, apakah yang akan terjadi kepada nya? Pasti dia terkedu buat seketika,diam membisu seribu bahasa. Ke mana pergi ilmu-ilmunya yang mana pada suatu ketika dahulu mengangkatnya menjadi pelajar terbaik di university? Ke mana pergi ilmu-ilmu yang diajar olehnya kepada kawan-kawan nya yang lain?

Itulah yang berlaku kepada diri ana pada raya aidilfitri yang lepas, diri ini diam seribu bahasa apabila makcik ana menyuruh ana membenarkan adik ana mengangkat tudungnya ke atas bahu atau mungkin antum semua faham istilah ‘siba tudung’.

“Ala, sporting la mad. Ni kan befday party, lagipun semua family kita,” ujar makcik ana.

Entah ke mana pergi ilmu-ilmu agama yang digunakan untuk membuat artikel di Azzariyat dan blog ana suatu ketika dahulu, semuanya lenyap begitu sahaja dan apa yang ana mampu buat, diam tersenyum kambing. Dan adik ana hanya tersenyum melihat ana, entah dia faham atau tidak tapi dia seakan-akan faham kehendak hati ana dan Alhamdulillah, dia tetap memakai tudung dengan sempurna.

Para pendakwah asyik sibuk berdakwah kepada orang lain, kawan-kawannya dan jiran-jirannya namun adakah keluarganya sendiri terjaga? Bayangkan antum semua berada di tempat ana ketika itu, salah seorang ahli keluarga antum menyuruh adik atau akak antum memecat tudungnya, adakah antum mampu berdiri dan menyuarakan pendirian antum? Ayah antum sendiri memberi duit kepada adik perempuan antum supaya pergi ke saloon untuk rebonding rambut dan free-hair,adakah ketika itu anda sanggup mengangkat tangan dan berkata “saya tidak setuju!”?Renung dan fikirkan wahai kawan.

Tidak mampu?

Suatu ketika setelah didesak oleh pemimpin quraisy, datuk nabi yang tercinta datang berjumpa dengan nabi dan meminta supaya nabi berhenti berdakwah demi nya.Apa yang nabi balas?

Sambil memandang kea rah yang lain, air mata mula mengalir dari mata nabi dan baginda berkata, “wahai datukku,biar engkau letak bintang di sebelah riba ku dan bulan di sebelah yang lain, aku akan terus mengajak manusia menyembah Allah yang satu..”

“Adik aku free hair…Famili sendiri pun aku tak dapat dakwah,ni nak dakwah kat orang lain lak,”Fulan memberi alasan.

Ini bukan alasan untuk kita berhenti daripada berdakwah. Kita kena jelas bahawa hidayah adalah milik Allah yang esa,biar beribu kali pun kita berdakwah kepada seseorang,andai Allah tetap tidak ingin memberi hidayah Nya kepada orang itu,pasti orang itu akan terus sesat.Dan biar hanya sekali kita berdakwah kepada seorang gangster,andai kata Allah memilih nya,pasti dia menjadi imam besar.

Renung-renugkanlah….

4 thoughts on “Mungkin Salahku…

  1. silap sikit rasanya, bukan datuk nabi, tapi bapa saudara nabi, Abu Talib… kan?

  2. maybe klu nk dakwah kat adek ade kekuatan kot tp klu kt abang cm susah je..lg2 dr adek pmpuan sndri.cuz men haf their own ego..tp opinion ana,klu nk dakwah ngan family kne start ngan membuang segae keburukan kte dulu spy derang sndri bleh jatuh hti ngan akhlak kte n start to gain full trust on us..wallahua’lam

  3. some experience to share,

    Allah gave me a very understanding family, (Alhamdulillah) and dlm baai family saya, kalau benda baik mmg xde orang berani sangkal (at least kalau xsetuju pun senyap je, xsangkal terang2an). And each family member of mine, mostly berpegang dgn kangaekata yang sama.so kalau nak tegur pun mmg xde masalah.

    Tapi, it’s quite difficult if i have to handle this kind of thing with someone yg rapat tp bukan dari kelompok kangaekata yg sama. friends, colleagues, for example. because they got their own family that have the kind of tak-kisahla-dah-pakai-ni-pun-cukup-bagos kangaekata, lagi susah nak tegur.

    any idea?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s