Saya Pilih Facebook!

“Hah cerah,alang-alang ko ade kat sini n tengah main facebook,try terang kat aku ape hukum sebenar main facebook ni? Ko dapat spam mesej dari budak-budak ni tak pasal facebook tu yahudi,” soal Ain sambil mencari sesuatu untuk untuk ditunjuk-tunjuk kepada saya.

“Nah,tengok ni.Facebook ni dibuat oleh orang yahudi dan duit die disumbangkan untuk bunuh orang-orang di Gaza,”beritahu Ain sambil menunjukkan satu artikel berkenaan dengan Yahudi dan Facebook.

Masa tu saya tidak komen banyak tentangnya, jawapan saya mudah dan ringkas.

“Persoalannya, adakah betul duit itu digunakan untuk membunuh orang-orang di Gaza? Dan jika tidak, tidak salah untuk bermain FB jika gunakannya ke arah kebaikan. Tengok, even Iluvislam juga menjadikan FB sebagai satu agen penyebar maklumat tentang webnya,” terang saya. Memang saya tidak tahu, Ain faham atau tidak tapi saya dengan berfikiran positif menganggapnya sudah faham tapi saya sudah berjanji untuk mengulas tentang FB dengan lebih terperinci  dalam Azz,Insya Allah.

Rasanya tidak perlu lah saya perkenalkan FB kepada anda semua kerana FB sudah cukup terkenal di Malaysia dan rata-rata remaja sekarang mempunyai akaun FB masing-masing.

“Ade FB tak?Ape?Takde?Kolot gile..”

“Meh FB ko,nanti aq add ko..Ape?Main friendster?Bapak budak-budak ko..”

“Ko jangan tag aku kat gambar kambing tu..”

Dan macam-macam dialog lagi keluar disebabkan Facebook. Idea mencipta satu medan berinteraksi memang satu idea yang sangat bernas dan disukai ramai. Dengan susun atur dan sistemnya yang ok menjadikan FB pilihan utama berbanding dengan friendster dan myspace.Sistem tagging nama dekat gambar juga disukai ramai terutamanya bagi mereka yang ingin bermesra-mesra dengan kawan-kawan. Kadang-kadang,tiada lagi kambing,kuda dan lembu dalam FB tapi apa yang ada Amir,Azuan dan Asraff. Semua gambar binatang di’tag’kan nama kawan-kawan mereka,sungguh menarik.

“Jangan tekan iklan tu,nanti pemiliknya dapat duit.”Ujar Mohsen.

Sebenarnya,iklan di dalam facebook menggunakan kaedah ‘ping back’ di mana untuk mendapat bayaran bagi iklan,anda tidak perlu menekan iklan tersebut,cukup dengan membuka laman tersebut. Apabila anda membuka laman ‘home’ anda, anda dapati ada iklan-iklan di bahagian tepi dan anda secara automatik telah meng’ping’ iklan tersebut dan iklan tersebut akan ‘ping’kan anda,menandakan anda sudah membaca iklan itu dan pemilik FB dapat duit secara tidak lansung.Inilah cara FB mengukuhkan ekonominya.Tak perlu tekan-tekan,cukup dengan anda masuk laman FB,mereka sudah dapat duit.

Persoalannya masih belum terjawab,adakah boleh atau tidak guna facebook.Peringatan,ini bukan hukum atau fatwa dari mana-mana ustaz mahupun mufti,hanya pendapat peribadi untuk difikirkan bersama.Semasa musim memulau barangan yahudi, ada yang memilih untuk memulaunya secara 100% dan ada yang memulaunya secara terpilih. Tidak salah jika anda ingin memulaunya 100% tapi saya lebih suka untuk memulaunya secara pilihan.Kenapa?Kerana ada benda yang kita tetap bergantung pada barangan mereka dan contohnya, facebook.

“Ala,takde FB bukan takley hidup.”

Betul,kalau tiada FB memang boleh hidup tapi FB menjadi medan saya mengiklankan Azzariyat,FB menjadi medan untuk saya mengajak manusia berfikir dan FB juga menjadi medan untuk saya melepaskan tekanan terutamanya melihat gambar yang dihantar oleh kawan-kawan.

Dalam beberapa hal,Rasulullah tetap memilih untuk berurusniaga dengan Yahudi contohnya dalam membeli makanan, rasulullah mencagarkan baju besinya untuk makanan itu. Jika diteliti balik, makanan adalah perkara harian yang mana ada juga orang Islam yang menjualnya tapi kenapa Rasulullah memilih makanan daripada orang Yahudi?Mesti ada kepentingan Rasulullah pada makanan itu.

Tiada sebarang fakta yang kukuh mengatakan pemilik FB menyumbangkan wang kepada Israel untuk membedil rakyat palestin,yang ada hanya sumbangannya kepada tabung Yahudi dan kita tidak tahu ke mana wang di dalam tabung itu dialirkan,tiada siapa yang tahu. Mungkin untuk menolong kanak-kanak Yahudi yang sakit tenat,siapa yang tahu?Salahkah dia ‘menderma’?

Saya bukan seorang yang pro-FB tetapi saya ingin mengajak anda semua berfikir. Jika semua barangan Yahudi tidak boleh dipakai, cepat,pecat kemeja anda,pecat seluar anda,itu Yahud! Fikirlah,selagi perkara itu tidak melanggar syarak,selagi perkara itu betul pada Islam,maka gunalah.Saya guna FB bukan untuk membunuh rakyat palestin tetapi FB juga mempunyai manfaat yang lain.

Saya tidak nafikan,FB juga ada keburukannya tapi buruk baik sesuatu itu,anda yang tentukan…

9 thoughts on “Saya Pilih Facebook!

  1. assalamualaikum..
    tergerak hati ini nk membce artikel psal fb nie..
    pandgan peribadi sye..FB ni boleh membuatkan seseorang tu lagho dgn erti kata membuang masa..saya xcakap smua but most of them..
    contoh yang dapat saya bagi:meletakkan gambar dan men`tag`kan gambar..
    ap pandgn anda jika seorang muslimah yg lengkap bertudung tetapi meletakkan gambar di FB??untuk tontonan ramai.untuk tatapan ramai.kenapa terjadi demikian?
    kdua:lepas dh tag gambar,mula org memberi komen dan kdg2 gurauan yang berlebihan sye mampu kata.ape kebaikan yang dapat dari situ?
    ketiga=menambah kenalan.kdg2 even dri xknal langsung kpda kenal dn kdg2 lebh dri itu.mulut mampu berkata tiada ap2 hubungn tetpi hati itdak mampu berbohong..
    keempat=msa yg diperuntukkan untk FB bukan 1jam tapi kdg2 melarat smpai 2,3 jam..demi masa,sesungguhnya manusia sentiasa dlm kerugian.

    xdinafikan FB ade je membawa kpda kebaikan tetapi tidak rmai yg menggunakannya sebaiknya.pandgn saya di atas bukan untuk mem`provoke` sesiapa.cume fikir2 kan lah..jika ditimbang,adakah ia lebih membawa kepada kebaikan atau keburukan??anda sendri tentukan..

    p/s=maaf jika terkasar bahasa..sye budak baru belaja…

  2. @naruto kun

    saye setuju jugak. tp tu depends on diri sendiri. sama macam telefon. ada orang topup seminggu rm10, ada yg smpai rm100, ada orang gne utk call gf/bf, ada orang gne utk call parents. it depends..

  3. best btol bab fesbuk nih,smpai bole kluar mcm2 hujah,ni hujah sy(maaf eh,mls nk tulis blik so copy je dr sent message dlm email)
    1)ana tertarik dengan perbincangan mahupun pendapat adakah Facebook wajar diboikot atas dasar sumbangannya terhadap kekejaman zionis di Palestin..
    Sebagai mukaddimahnya,ana ingin mengajak bersama-mama kita selusuri coret sejarah para anbia sebagaimana yg telah dirakamkan dalam kitab Al-quran;

    ‘ketika mana burung itu ditanya,adakah dia mampu memadamkan api yg menjilat ibrahim a.s hanya dengan takungan air di paruhnya,burung itu menjawab;”aku hanya menjalankan tanggungjawabku agar bila di mahsyar kelak aku mampu menjawab dihadapan Allah apa yg telah aku lakukan untuk menolong utusanNya’-(petikan sirah nabi ibrahim)

    2)kadang-kadang mahupun selalu,kita seringkali dimomokkan dengan jumlah,nilai,dolar yang kita bakal sumbangkan jika tidak menjalankan boikot.Dan kebiasaannya,mana yg banyak mendatangkan kesan,kita boikot dan yang sebaliknya kita tidak perlu boikot atas dasar boikot secara berstrategi,berkesan dan istilah-istilah lain yang sama waktu dengannya

    -setiap sen yang kita sumbangkan keatas barangan yahudi,mampu mebeli sebutir peluru untuk membunuh anak-anak palestin-(beberapa petikan ketika Prof Yusuf Al-Qardhawi megeluarkan fatwa tentang boikot israel)

    3)memang tidak dinafikan akan kelebihan Facebook dalam jaringan dakwah,namun apa yang menjadi kerisauan tika mana kita berada dalam situas
    i yang menzahirkan bahawa kita terlalu bergantung kepada medium ini,maka apa yang tercerna dalam benak fikiran para da’ie ialah kalau tiada facebook maka terbantutlah misi dakwah.Mana hilangnya pergantungan kita terhadap Allah?mana hilangnya medium2 lain yang mampu kita terobosi selagi mana kita tidak tahu ia bukan tajaan yahudi laknatullah?

    bercerita tentang pengalaman ana di bumi Jepun ketika ini,kebanyakan rakan-rakan Jepun ana yang pertama kali mendengar apa itu puasa,mengatakan ‘matilah kalau kerja tapi tak makan dan tak minum’,’kamu ni bukan manusia kot’,susahnya hidup kalau puasa,nasib baik rakyat jepun tak payah puasa’
    sekali lagi ingin ana timbulkan persoalan bahawa kita tidak akan pernah mampu lari dari persoalan akidah sebagaimana dirakamkan dalam Al-quran;

    “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

    urusan dakwah perlu ditunjangi dengan keyakinan bahawa Allah sebagai penyudah segala perancangan mahupun ketentuan dan atas dasar ini maka ana berpendapat tidaklah perlu kerisauan yang teramat sangat andai kita melancarkan boikot terhadap Facebook. di Jepun tidak lansung menyatakan bahawa Facebook jalan mereka mengenal islam.

    4)mungkin kita lansung tidak click pada papan-papan iklan yang menjadi laba pencernaan untung oleh Facebook,tapi kalau kita bertekad mahu boikot,adalah lebih baik pemboikotan menyeluruh dijalankan,dan sudah pasti sesiapa yang telah memadamkan akaun Facebook tidak perlu risau lagi sama ada wujud lagi lubang2 keuntungan Facebook melalui cara lain#
    5)bagaimana reaksi kita terhadap isu boikot?adakah kita 100% tiada kompromi?ataupun 50%?atau boikot ketika hanya tragedi berdarah berlaku di Palestin?kalau isu palestin hanya berlegar sekadar isu Dolar mahupun Ringgit,maka jalankan sahaja boikot ketika tragedi berdarah berlaku,kerana diluar lingkungan waktu itu kita juga ingin menikmati Mcdonald,Starbuck dan sebagainya..namun isu palestin bagi ana merupakan satu isu akidah yang perlu diimani bagi setiap muslim,dan bagi ana yang serba daif ini berpendapat bahawa boikot secara menyeluruh tanpa kompromi mahupun dilingkari persoalan-persoalan itu dan ini perlu dijalankan

    6)mungkin ada mutiara yang mampu kita pelajari dari kaum jahiliyyah,tika mana kaum ini memulaukan bani Hashim termasuk kekasih Allah,Muhammad s.a.w sehinggakan jangan ada sesiapa yang bercakap mahupun berurusan dengan anggota Bani Hashim.Dan ana juga berminat memetik potongan pidato Benjamin Franklin,bekas Presiden Amerika yang menyebut;

    “Dulu, orang-orang yahudi masuk ke negeri ini sebagai imigran dekil.
    Kemudian mereka menguasai potensi-potensi alam kita. Sekarang, mereka
    begitu sombong kepada kita dengan memonopoli kekayaan alam kita. Mereka
    adalah iblis-iblis jahannam dan kelelawar penghisap darah rakyat
    Amerika. Tuan-tuan, usir gembel laknat itu dari negeri ini sebelum
    terlambat, demi melindungi kepentingan rakyat kita dan generasi mendatang

    hatta sekujur badan bukan muslim ini mampu menterjemah boikotnya dalam bait-bait pidatonya,tidak mampukan kita untuk berkorban menutup 1 akaun Facebook yang sudah kita ketahui apa sumbangannya?

    p/s=kompom men fesbuk lnsung x tag pelik2?,x men game pelik2?kuiz pelik2?n lain2 yg pelik2?xde fesbuk..no comment

    -bab nak buang baju r seluar yahudi buat 2,kalau xtaw biaq p ja la,ni masalahnya da taw produk yahudi..rsanya xdak surah kot ckp suruh boikot produk yahudi,tp sndiri mau ingat maa…

  4. nice comment,
    skali lagi,ana bukan sorang yang pro-FB n kbelakangan ini,sdh jarang bukak makhluk tu..

    Kalo nak persoalkan,duit kite tu masuk akaun yahudi yang tembak rakyat palestin atau tidak,memang satu persoalan yang boleh dikira ‘ghaib’.. seperti biasiswa yang ana dpat skang..Ana dapat biasiswa dari kerajaan, kerajaan ada cukai arak,arak haram..so adakah biasiswa ana ade cukai arak tadi,kalo ade,biasiswa jadi haram..PErsoalan ini same,takde bezenye..
    So,langkah yang disarankan oleh ustat2 supaya ana bersangka baik bahawa biasiswa yang ana dapat tidak bercampur dengan cukai arak,sebaliknya cukai2 lain..da tu,cukai lain tu kalo cukai tanah Ah Chong si penjual babi,camne lak ustat? “Macam saya kate tadi,awak kene think positive,” ustat awang.

    So,bab peluru tu,ana rasa yang paling baik ialah kita kurangkan penggunaan FB seminimum yang mungkin, bkn tidak menggunakannya terus kerana pada FB itu ada kebaikannya juga.Spt bukannamasebenar cakap, sama seperti penggunaan enset.
    Kalao ingin dikaitkan dengan Yahudi,boleh dikatakan apa yang ada atas muka bumi ini hasil yahudi.Tuxedo?Seluar Jeans? T-shirt?Cosmetic? Kebanyakannya dari ISRAEL! Tapi kenapa anda tetap pakai walopon ianya juga dari Yahudi?
    Pasti jawapan anda, “da nak wat camne,da xde yang lain..Darurat..”

    Baiklah,ana stuju dengan alasan darurat..maka atas alasan itu juga ana gunakan atas penggunaan FB,darurat!
    Kalao ada orang Islam buat satu laman seperti FB,ill b da 1st one who sign up it!

    Tp buat masa skarang,kita(umat Islam) masih belum ada laman sesarang seperti itu,ana tidak berkebolehan dalam bab itu,maka ana merayu kepada budak2 IT di luar sana utk mencipta sesuatu yang sama dengan FB…

    Last,tiada siapa yang salah n semuanya betul..Maka terpulang pada individu utk menilainya…
    huuhuh,bincang lagi,bincang lagi…

  5. slalunye org pkai istilah darurat ni bab2 yg nmpak mcm keperluan dan bencana,bukan kemahuan

    cthnye;darurat beras xde,darurat xde pakaian,darurat perang??

    xpnah dgr darurat xde gundam,darurat hilang psp,darurat sminggu x tgk anime

    n alasan klo pkai pakaian dr yahudi 2 sebab darurat,nmpak mcm yahudi je yg pndai wat seluar n baju kt muka bumi ni..x pon nk jadikan alasan nk pakai Levis Red Tab n len2?

    ade member gtaw drpd tenet,andai fesbuk ni sebuah negara,maka fesbuk adalah negara ke-4 terbesar didunia..beso efeknya 2

    haa…bncang lg2,bncang lagi..

  6. btoi2,memang x gune istilah darurat tp ade istilah lain,nanti ana tanye ustat..cuma meaning die hampir sama..
    cuma ana mahu tanya kepada pembaca,adakah anda pengguna google?yahoo?youtube?
    jika ya,kenapa anda tidak boikot seperti anda boikot facebook?
    “nak wat camne,da xde care lain…”
    Mane ade xde care lain,google n yahoo ada pegantinya!
    http://www.alwahy.com/

    ana bkn ingin menghalang kempen boikot cuma ana ingin tegaskan bahawa penggunaan barang yahudi or nasrani dibenarkan dalam islam berdasarkan hadis yang diberi di dalam post di atas..Malah kalau diteliti sirah balik, peranga hunain contohnya,sebahagian besar pakaian,pedang dan perisai adalah dipinjam daripada pembesar quraisy yang belum beragama Islam..Siapa yang buat?Rasulullah!

    n entah knape,ana rasa macam ade warui ‘aura’ je..dalam perbincangan kali ini,so supaya ana dan pembaca tidak terpesong, sila baca artikel-artikel di bawah yang kukuh hujahnya berbanding ana:
    Abu Saif –> facebook:pro dan kontra

  7. haha….gomenne,sje provoke supaya keluar sume pendapat2 n hujah2…nnti klo ade org soal bole jawab brdasarkan sume soalan n jawapan serta hujah2 yang ada

    aku stuju ngan author

    pndapat= usahakanlah apa yg termampu,apa yg terdaya..kerna Allah tidak menilai 100% atas hasilnya,namun atas usahanya

  8. InsyaAllah… mana ad kmahuan.. disitu Allah akn bukakan jalan…

    facebook boleh dielakkan….

    sokong web sosial dr malaysia sendiri… http://www.kawanlah.com

    insyaAllah… xde kne mengene ngn yahudi laknatullah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s